You are on page 1of 13

TEORI PEMIKIRAN EKONOMI ADAM SMITH

1. Teori pembahagian buruh (Division of Labour)


Pembentukan teori Pembahagian buruh (Theory of Labor) dibuat oleh Adam Smith
pada tahun 1760 dan 17701. Adam Smith menyatakan didalam The Wealth of Nation, buruh
merupakan suatu faktor yang penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi
sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara boleh diukur melalui kadar
pendapatan per kapita (KDNK) dan pertumbuhan ekonomi ini diukur melalui dua faktor iaitu
produktiviti buruh dan nisbah antara produktiviti buruh dengan tidak produktiviti buruh2.
Takrifan pembahagian buruh merujuk kepada pengkhusususan sesuatu pekerjaan yang
merujuk kepada pengagihan buruh melalui sesuatu pekerjaan yang khusus dan dikawal selia
oleh pekerja yang cekap3. Jadi secara kesimpulannya, sesuatu produktiviti atau output akan
diproses dengan segera. Menurut Adam Smith, pembahagian buruh atau pekerja dengan
mengurangkan beberapa orang pekerja didalam sesuatu operasi dan meletakkan beberapa
pekerja yang cekap didalam sesuatu operasi tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan
kecekapan pengeluaran. Sebagai contoh mudah, mesin yang mengendalikan komponen tayar
kereta dikendalikan oleh beberapa pekerja yang biasa tentang pekerjaan tersebut. Jadi
pengeluaran komponen tayar kereta tersebut boleh dijalankan dengan cekap dan bagus.
Pembahagian buruh boleh terjadi secara mudah, kompleks dan luas. Apabila sesebuah
kumpulan yang berbeza dan mempunyai kepakaran yang khusus didalam sesuatu pekerjaan
maka pembahagian buruh itu menjadi mudah. Sebagai contoh, pembuatan kereta seorang

Online Library of Liberty, The Division of Labour: Adam Smith and the Pin-Maker, tarikh terakhir diakses
17/12/2014, http://oll.libertyfund.org/pages/adam-smith-and-j-b-say-on-the-division-of-labour
2
Andrea Mario Lavezzi, Division of Labor and Economics Growth: from Adam Smith to Paul Romer and
Beyond, Universiti of Pisa, tarikh terakhir diakses 17/12/2014, http://time.dufe.edu.cn/article/romer/5.pdf
3
Economics Concepts, Division of Labor, tarikh terakhir diakses 17/12/2014,
http://economicsconcepts.com/division_of_labor.htm

mengendalikan tayar kereta, seorang pekerja lagi mengendalikan mesin pintu kereta. Jadi
pembahagian buruh dapat dilihat berdasarkan pembahagian kerja yang dibuat kepada pekerja
yang cekap untuk meningkatkan keluaran atau output dengan baik4.
Kelebihan pengagihan buruh5
i.

Meningkatkan kecekapan pekerjaan bagi setiap pekerja.

ii.

Pengagihan buruh dapat meningkatkan kecekapan dengan meletakkan pekerja yang


cekap dalam menguruskan sesuatu pekerjaan. Jadi, produktiviti sesuatu pekerjaan
tersebut menjadi mudah.

iii.

Menjimatkan masa dalam memproses sesuatu output dan keluaran.

iv.

Pembahagian buruh dapat menjimatkan masa dengan melakukan sesuatu output


tersebut dengan membahagikan tugas pada pekerja yang cekap. Jadi seseorang pekerja
tidak akan melakukan pekerjaan yang berlainan dan setiap proses pengeluaran outpurt
dapat dijalankan dengan baik.

v.

Penggunaan mesin dalam menggantikan tenaga manusia.

vi.

Penggunaan mesin dapat mempercepatkan proses pengeluaran sesuatu output dan


penggunaan tenaga pekerja boleh disalurkan kepada pekerjaan yang lain untuk
memepercepatkan proses pengeluaran yang banyak. Selain itu penggunaan mesin dapat
memudahkan urusan pengeluaran berbanding penggunaan tenaga manusia yang begitu
terhad. Sebagai contoh, didalam aspek pembajakan., penggunaan mesin pembajak

Ibid hal 2
Business Management (Ideas about Entrepreneurship, Innovation & Leadership), Division of Labor (Adam
Smith), tarikh terakhir diakses 17/12/2014, http://ozgurzan.com/management/management-theories/adamsmith/
5

dapat mempercepatkan proses pembajakan berbanding menggunakan kaedah


tradisional iaitu tenaga manusia dan binatang.
Kekurangan pembahagian buruh6
Wujud pengulangan pekerjaan
i.

Jika seseorang pekerja melakukan pekerjaan yang sama maka ia akan menimbulkan
perasaaan bosan terhadap sesuatu pekerjaan,. Sebagai contoh, seorang pekerja yang
berumur 25 tahun dalam mampu menghasilkan sebanyak 100 pin baju sehari tetapi jika
pekerja yang sama telah lanjut usia kepada 35 tahun tidak akan berlaku perkara sama
dalam pengeluaran pin baju sebanyak 100 pin baju sehari.

ii.

Risiko kepada pengangguran

iii.

Jika seseorang pekerja yang melakukan pekerjaan yang sama dan mempunyai
kemahiran yang satu maka jika sesebuah firma tersebut muflis peratusan untuk tidak
mendapat pekerjaan akan tinggi. Hal ini kerana kemahiran yang ada pada seseorang
tersebut tidak banyak dan hanya bergantung kepada satu kemahiran sahaja.

iv.

Hilang sikap rasa tanggungjawab

v.

Sikap tanggungjawab ini akan hilang apabila sesuatu kumpulan pekerja yang saling
kenal mengenali sesama sendiri. Hal ini kerana apabila berlaku kesalahan didalam
sesuatu operasi maka kesalahan tersebut tidak ditegur oleh rakan sekerja sendiri jadi ia
akan memberi kesan kepada suatu produktiviti atau output.

Economics Concepts, op cit;

Kepentingan Harmoni Dan Kuasa Kerajaan Pada Tahap Minimum


Seperti mana yang sedia maklum, Adam Smith membuat teori ekonomi moden dengan
berasaskan sistem pasaran bebas atau lebih dikenali sebagai sistem kapitalis yang
mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Didalam sistem ekonomi
ini, manusia bebas dalam mentadbir dan menggunakan sumber yang ada tanpa berlaku campur
tangan oleh pihak kerajaan. Malahan kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga
menetapkan upah dan harga. Semua ini bergantung kepada mekanisme pasaran iaitu kuasa
penawaran dan permintaan7.
Kunci kejayaan dalam aktiviti ekonomi yang mementingkan diri sendiri mampu
menyumbang kepada output maksimum dan kebaikan masyarakat. Peranan setiap unit
ekonomi yang berusaha akan lebih terserlah dengan konsep tangan yang tidak Nampak (the
invisible hands) iaitu yang membawa maksud tiada campur tangan kerajaan. Menurut Adam
Smith, kerajaan sentiasa berlaku pembaziran, berlaku korupsi, dan memberi keistimewaan
kepada monopoli yang merosakkan keseluruhan masyarakat. Walaubagaimanapun, peranan
asas kerajaan hanyalah pada memberi perlindungan kepada masyarakat daripada serangan
negara asing, menubuh pentadbiran, pengadilan, membina dan mengekalkan kerja awam dan
institusi yang usahawan swasta tidak boleh lakukan dengan keuntungan8.
Menurut Adam Smith, pasaran ekonomi bebas akan menyebabkan persaingan yang
merujuk kepada pengeluar akan cuba menjual output pada harga yang murah dan ini akan
menyebabkan keuntungan pada tahap minimum. Jika tidak berlaku persaingan, maka pengeluar
mampu untuk membuat keuntungan hasil daripada jualan output tersebut. Sistem pasaran

Jabatan Penerangan Malaysia, Sistem-sistem ekonomi, tarikh terakhir diakses 17/12/2014,


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/5698-sistem-sistem-ekonomi.html
8
Mordanicus, Adam Smith on the Functions of Government, Lagrangian Republican Association, April 6,2003,
tarikh terakhir diakses 17/12/2014, http://republicoflagrangia.org/2013/04/06/adam-smith-on-the-functionsof-government/

bebas ini merujuk kepada dua perkara iaitu pasaran yang tidak ada campur tangan kerajaan dan
pasaran yang mempunyai persaingan9.
2. Undang-undang ekonomi
Menurut Adam Smith, undang-undang ekonomi merangkumi gabungan idea yang dibentuk
oleh beliau sendiri seperti pembahagian buruh, hukum kelakuan kepentingan diri sendiri dan
hukum faedah mutlak perdagangan antara bangsa. Selain itu, ia termasuk dengan hukum nilai
dan harga, upah, untung dan sewa, peranan wang dan kredit dan pembangunan ekonomi.
Nilai
Menurut beliau nilai terbahagi kepada dua iaitu nilai kegunaan dan nilai pertukaran.
Sebagai contoh yang diketengahkan oleh Adam Smith adalah berkaitan dengan Water diamond
paradox dimana air mempunyai nilai kegunaan yang tinggi tetapi nilai pertukaran yang rendah.
Hal ini kerana air (water)merupakan bahan asas dalam kehidupan dan kegunaannya sangat
besar dan dalam aspek pertukaran tidak mempunyai apa-apa nilai bahkan tiada mana-mana
masyarakat pada waktu dahulu menggunapakai air sebagai alat pertukaran. Manakala berlian
(diamond), mempunyai nilai pertukaran yang tinggi kerana fungsi berlian sama seperti wang,
emas dan perak dimana ia merupakan alat pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang.
Walaubagaimanapun, nilai kegunaan adalah rendah kerana kegunaan berlian dalam kehidupan
seharian tidak seperti air dalam kehidupan seharian bahkan ia berfungsi sebagai perhiasan diri
seseorang individu sahaja.
Selain itu, Adam Smith berpendapat juga didalam aspek nilai ini didalam teori nilai
buruh dalam masyarakat primitif. Menurut Adam Smith, buruh merupakan seseorang individu
yang menjadi pengukur benar nilai pertukaran semua komoditi (labour commanded theory of

Biz/ed (Virtual Economy), The Theories of Adam Smith, tarikh terakhir diakses 17/12/2014,
http://www.bized.co.uk/virtual/economy/library/economists/smithth.htm

value). Sebagai contoh, dalam menangkap seekor memerang memerlukan dua orang buruh
manakala dalam menangkap seekor rusa Cuma memerlukan seorang buruh dalam
menangkapnya. Jadi contoh yang disebutkan ini jelas menunjukkan bahawa buruh merupakan
sumber dan pengukur nilai pertukaran.
Jika dilihat teori nilai buruh dalam masyarakat primitif menunjukkan nilai tenaga buruh
pada komposisi penduduk pada masa dahulu yang mengamalkan sistem barter pada ketika itu10.
Jadi terdapat perbezaan dalam teori nilai buruh dalam ekonomi moden kerana keadaan pada
dahulu dan sekarang amat berbeza dari segi pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Bagi konsep
teori nilai buruh dalam ekonomi maju. Sebagai contohnya, pengeluaran tekstil memerlukan
modal untuk mengeluarkan keluaran tekstil. Oleh itu, masyarakat yang mementingkan
pelaburan modal dan sumber tanah, maka pertukaran barangan akan dibuat dengan barangan
sahaja manakal pertukaran wang atau buruh akan ditukarkan dengan satu nilai yang mencukupi
iaitu upah, sewa atau untung. Walaubagaimanapun, menurut beliau lagi, penentu sesuatu nilai
itu bergantung kepada kos pengeluaran yang digunakan iaitu upah, sewa atau untung.

Harga pasaran
Harga pasaran merujuk kepada harga sebenar sesuatu komoditi dijual dan harga pasaran
ditentukan oleh perbezaan antara kuasa permintaan dan penawaran dalam jangka pendek.
Harga pasaran boleh terjadi dalam keadaan meningkat, menurun atau sama dengan harga
semula jadi. Harga semula jadi bermaksud hasil jualan sesuatu barangan tersebut mampu
menutupi kos pengeluaran sesuatu barang tersebut ditambah dengan nilai keuntungan. Jika
harga pasaran lebih tinggi daripada harga semula jadi, kuasa penawaran barangan akan

10

Dewan Bahasa & Pustaka, tarikh terakhir diakses 19/12/2014,


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=primitif

bertambah dimana bertepatan dengan hukum penawaran iaitu semakin tinggi penawaran,
semakin tinggi harga barangan.
Sewa
Sewa bermaksud suatu wang yang dibayarkan kerana memakai atau menggunakan
sesuatu11. Sewa merupakan ganjaran bagi penggunaan faktor pengeluaran iaitu tanah. Ia adalah
harga yang tertinggi yang mampu dibayar oleh penyewa selepas ditolak upah, susut nilai
modal, purata untung dan lain-lain perbelanjaan pengeluaran.
Untung
Pelaburan terdedah kepada risiko kerugian. Oleh itu kadar keuntungan yang didapati
mesti mencukupi untuk menutup kerugian dan juga menghasilkan lebihan kepada usahawan.
Untung kasar ialah merangkumi jumlah yang menampung kerugian dan lebihan. Oleh itu,
keuntungan bersih ialah jumlah lebihan semata-mata atau hasil bersih perniagaan. Untung
merupakan ganjaran kepada faktor pengeluaran usahawan. Untung yang rendah dan tidak
mampu menutupi kerugian akan merencatkan aktiviti ekonomi dan pengeluaran output.

Upah
Upah merupakan ganjaran bagi tenaga buruh yang disumbangkan kepada penghasilan
output. Kadar peningkatan kekayaan negara menentukan permintaan buruh dan mempengaruhi
saiz dana upah. Sekiranya kekayaan sesebuah negara itu besar dan tetap, ia memberikan kesan
kepada peningkatan pertambahan penduduk dan penawaran buruh. Pertambahan penduduk dan
penawaran akan menyebabkan berlaku lebihan dalam peluang pekerjaan dan ini menjurus

11

Dewan Bahasa & Pustaka, tarikh terakhir diakses 19/12/2014, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sewa

kepada penurunan kadar upah. Menurut Adam Smith, kadar upah yang tinggi mampu
meningkatkan daya kesihatan dan kekuatan bekerja. Oleh itu, Adam Smith dikatakan
mempelopori konsep upah yang cekap. Pendapat teori nilai upah ini menyamai dengan teori
yang dibentuk oleh Adam Smith.
3. Teori Pertumbuhan Ekonomi
Suatu negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi tercermin pada pertumbuhan
output yang dihasilkan. Pertumbuhan output yang dihasilkn bergantung pada pertumbuhan
penduduk. Namun begitu, suatu negara yang mengalami peertumbuhan ekonomi dapat dikenali
melalui dua faktor yang mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu:
i.

Pertumbuhan output

ii.

Pertumbuhan output total

Pertumbuhan penduduk dianggap sebagai faktor pasif sedangkan pertumbuhan output


dianggap sebagai penentu pertumbuhan atau faktor aktif. Tingkat pertumbuhan output
dipengaruhi melalui tiga komponen iaitu:
i.

Sumber-sumber alam

ii.

Tenaga kerja (pertumbuhan penduduk)

iii.

Jumlah persediaan barang modal

Sumber-sumber alam yang dimiliki oleh sesebuah negara menentukan tingkat


pertumbuhan output kerena sumber daya alam menentukan batas pengeluaran output yang
maksimu. Penggunaan sumber daya alam akan mencapai pada tahap maksimum dalam

pencapaian peningkatan output apabila dihasilkan oleh tenaga kerja yang memiliki kepakaran
atau skill yang baik disamping dengan faktor barang modal yang mencukupi12.
3. Teori kuantiti wang
Wang merupakan barang keperluan bagi manusia pada masa sekarang ini. Hal ini
kerana segala transaksi untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan, seseorang individu
perlu menggunakan wang13. Secara amnya, wang bermaksud:
Any object or record, that is generally accepted as payment for goods and service and
repayment of debts in a given country or socio-economic contexts14
Menurut Adam Smith wang tidak mampu untuk menghasilkan apa-apa kecuali untuk
mempermudahkan sesuatu proses transaksi maka wang yang diperlukan oleh seseorang
individu bertujuan untuk memudahkan proses penukaran dalam mendapatkan seseuatu
barangan atau perkhidmatan. Jadi, semakin banyak transaksi yang diperlukan oleh seseorang
individu maka semakin banyak wang yang diperlukan oleh seseorang individu itu. Jadi
hubungan antara transaksi yang diperlukan dan kuantiti wang yang diperlukan adalah bersifat
positif.

12

Eeng Ahman dan Epi Indriani, Ekonomi dan Akuntansi: Membina Kompetensi Ekonomi, Bandung,
Indonesia, tarikh terakhir diakses 22/12/2014, https://books.google.com.my/books?id=qaGHcKxRrIC&pg=PA26&lpg=PA26&dq=tangan-tangan+gaib+adam+smith&source=bl&ots=-5LwzZrYJ&sig=aPiljqHAaBnuINrWvfuJ7lDUgTc&hl=en&sa=X&ei=1MOWVJPHEoK1uQS504DYCQ&ved=0CFAQ6AEwB
g#v=onepage&q=tangan-tangan%20gaib%20adam%20smith&f=false
13
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Wang dan Pertumbuhan Ekonomi: Penilaian semula Peranan wang menurut
pandangan Imam Al-Ghazali, Prosiding PERKEM VI, Jilid 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, tarikh terakhir
diakses 22/12/2014, http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-3C2.pdf
14
Mohd Nazri Chik, Pendirian Syariah terhadap penggunaan Wang Kertas (Fiat Money), Konvesyen
kewangan Islam 2011, 2011 Mei, 7, tarikh terakhir diakses 22/12/2014,
http://www.bankislam.com.my/en/news/Pages/Shariah%E2%80%99s%20Principle%20Towards%20The%20Us
age%20of%20Paper%20Money%20%28Notes%29%20%28Bahasa%20Malaysia%29.pdf

Perbezaan Teori Pemikiran Ekonomi Adam Smith Dan Ibnu Khaldun


Berdasarkan teori ekonomi yang dibentuk melalui kedua-dua tokoh ekonomi ini
menunjukkan bahawa tiada berlaku perbezaa secara ketara. Secara umumnya, teori yang
dibentuk oleh kedua-dua tokoh ini mempunyai persamaan. Walaubagaimanapun, pendekatan
yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini berbeza.
Adam Smith yang membentuk teori sama iaitu mengamalkan sistem pasaran bebas
tetapi tiada peranan kerajaan dalam mengawal aktiviti ekonomi bahkan mengandaikan kerajaan
ini merupakan punca kehancuran dalam masyarakat dan beliau menekan peranan kerajaan
hanyalah menjaga kebajikan rakyat sahaja15. Selain itu, penerapan aspek tangan-tangan
ghaib adalah merupakan salah satu faktor dalam memantapkan pertumbuhan ekonomi bagi
sesebuah ekonomi. Teori tangan-tangan ghaib merujuk kepada mekanisme pasaran yang
merupakan kata kunci dalam menentukan tahap ekonomi bagi sesebuah negara.
Walaubagaimanapun, mekanisme pasaran disini tiada campur tangan daripada kerajaan dan
semua keputusan ekonomi dilakukan berdasarkan pengguna barangan atau perkhidmatan bagi
sesebuah negara. Namun begitu, bagi Ibn Khaldun tiada tangan-tangan ghaib sepertimana
yang dibentuk oleh Adam Smith malahan pengamalan nilai yang baik yang diajar oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
Perbezaan yang seterusnya adalah penyusunan teori yang dikemukakan oleh Adam
Smith agak tersusun berbanding daripada Ibn Khaldun. Penyusunan teori dibuat secara
sistematik melalui tokoh-tokoh ekonomi yang lahir selepas kematian Adam Smith. Manakala

15

Mordanicus, Adam Smith on the Functions of Government, op cit;

Ibn Khaldun tidak perlu kepada penyusunan bahkan kitab Al-Muqaddimah tersebut sudah
sarat dengan teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pandangan mengenai teori Adam Smith
merupakan teori ciplak daripada teori Ibn Khaldun. Hal ini keran teori Adam Smith mempunyai
persamaan yang ketara dengan teori yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
Secara kesimpulannya, teori yang dibawa oleh kedua-dua ini adalah sama dan tiada
peniruan teori antara satu sama lain bahkan jika lihat kepada latar belakang bagi kedua-dua
tokoh ini mempunyai latar belakang kehidupan yang hebat. Selain itu, pendekatan yang
dibawakan oleh kedua-dua tokoh ini adalah berbeza akibat daripada pegangan agama yang
berbeza. Tambahan pula, tiada bukti yang tepat malahan tiada kajian secara empirical dari
mana-mana sarjana barat atau Islam dalam mengkaji sejauh mana keaslian teori Adam Smith.
Bagi pendapat penulis kedua-dua tokoh harus digelar Bapa Ekonomi Dunia seperti mana yang
diuarkan didalam media massa dan sebagainya. Sumbangan kedua-dua tokoh ini membawa
kepada sinar bagi kegemilangan negara masing-masing.

Kritikan terhadap Adam Smith dan Ibn Khaldun


Pada bahagian ini, penulis akan menyatakan mengenai kritikan terhadap teori yang
terdapat didalam Adam Smith dan begitu juga terdapat Ibn Khaldun. Bahagian ini merupakan
hasil daripada pemerhatian penulis berdasarkan bab dua dan tiga yang telah dinyatakan
sebelum ini. Selain itu, pembentukan bahagian atas bertujuan untuk mengenal pasti sama ada
adakah teori yang dibentuk oleh Adam Smith hasil daripada Ibn Khaldun atau sebaliknya.
Pada ketika Adam Smith dilahirkan, keadaan negera Barat pada zaman itu mengalami
proses kemundurun yang mana pemerintahan Barat ketika itu dikuasai sepenuhnya oleh pihak

catolik atau lebih dikenali sebagai gereja. Pada ketika itu negara Barat dihimpiit zaman gelap
yakni zaman yang tidak memberi cahaya harapan kepada bakat, usaha, kemahuan dan nilainilai individu untuk berkembang mengikut landasan-landasan yang boleh mendatangkan
manfaat yang lebih membahagiakan indidvidu itu sendiri sebagai insan yang bebas di dunia16.
Zaman kegelapan ini berlarutan lama sehingga pada abad ke 18 yang mana wujud kemunculan
beberapa gerakan untuk membanteras kuasa gereja .
Akibat daripada itu, wujud usaha barat dengan menghantar beberapa penterjemah dan
ilmuwan Barat untuk membawa pulang ilmu Islam ke Eropah. Antaranya Adelard Bath,
Constantine Africa dan sebagainya17. Melihat kepada usaha ini wujud zaman kebangkitan bagi
negara Barat dan kuasa gereja pada ketika itu lenyap sedikit demi sedikit. Jadi hal ini
berkemungkinan bahawa teori yang dikemukakan oleh Adam Smith hasil daripada pembacaan
beliau sendiri melalui kitab Ibn Khaldun. Walaubagaimanapun, tiada kajian yang tepat yang
menampakkan bahawa teori Adam Smith diambil seratus peratus berdasarkan teori Ibn
Khaldun.
Walaupun, jarak kehidupan antara Ibn Khaldun dan Adam Smith jauh iaitu lebih kurang
sekitar 400 tahun18 tetapi cara pendekatan yang dibawa oleh kedua tokoh ini berbeza. Hal ini
berkemungkinan pegangan agama menjadi salah satu faktor yang mana setiap teori yang
dibawa oleh Ibn Khaldun harus berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah manakala
Adam Smith sebaliknya. Selain itu, dengan latar belakang kehidupan Adam Smith jelas
menunjukkan bahawa beliau mempunyai akal yang baik dan bijak. Hal ini dapat ditunjukkan

16

Muhd Yusof Ibrahim, Satu Tinjauan tentang bentuk dan perkembangan Falsafah Sejarah zaman Kesedaran
di Eropah, JEBAT 18 (1990), tarikh terakhir diakses 21/12/2014, http://journalarticle.ukm.my/464/1/1.pdf
17
Mohd Roslan Mohd Nor, Meneladani Sejarah Umat Islam dalam membentuk masyarakat Hadhari yang
gemilang abad ke 21, Jurnal Hadhari 2(2010), Universiti Kebangsaan Malaysia, tarikh terakhir diakses
21/12/2014, http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n22010/makalah-v2n2-n2.pdf
18
Mansor Md. Isa, Ekonomi Islam: Perspektif dan Cabaran, Kertas Seminar Ekonomi Islam, Universiti
Kaherah, tarikh terakhir diakses 21/12/2014,
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:vGzeV0qvyB4J:www.iefpedia.com/malay/wpcontent/uploads/2009/09/kertas_seminar_ekonomi_islam1.doc+&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my

bahawa beliau mampu menjejakkan kaki ke Universiti Galsgow pada ketika usia 14 tahun. Jika
dibandingkan umur sebegitu di Malaysia, seorang pelajar 14 tahun19 baru mencapai sekolah
menengah tidak seperti Adam Smith. Selain itu, usaha beliau sehingga menjadi salah seorang
pensyarah di Edinburgh dan professor di Glasgow20 jelas menunjukkan beliau mempunyai
wawasan yang bagus dan akal yang cerdik.
4.5 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, teori yang dibawa oleh kedua-dua ini adalah sama dan tiada
peniruan teori antara satu sama lain bahkan jika lihat kepada latar belakang bagi kedua-dua
tokoh ini mempunyai latar belakang kehidupan yang hebat. Selain itu, pendekatan yang
dibawakan oleh kedua-dua tokoh ini adalah berbeza akibat daripada pegangan agama yang
berbeza. Tambahan pula, tiada bukti yang tepat malahan tiada kajian secara empirical dari
mana-mana sarjana barat atau Islam dalam mengkaji sejauh mana keaslian teori Adam Smith.
Bagi pendapat penulis kedua-dua tokoh harus digelar Bapa Ekonomi Dunia seperti mana yang
diuarkan didalam media massa dan sebagainya. Sumbangan kedua-dua tokoh ini membawa
kepada sinar bagi kegemilangan negara masing-masing.

19

Economist`s View, The very best short summary of Adam Smith`s Life and Work, November 17,2009,
tarikh terakhir diakses 21/12/2014, http://economistsview.typepad.com/economistsview/2009/11/the-verybest-short-summary-of-adam-smiths-life-and-work.html
20
Ian Simpson Ross, The Life of Adam Smith, Oxford Scholarship Online, 1995, tarikh terakhir diakses
21/12/2014, http://www.oxfordscholarship.com/view/10.1093/0198288212.001.0001/acprof-9780198288213

You might also like