You are on page 1of 1

MAKLUMAN PENTING

BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN


MENYAMBUNG PENGAJIAN DI IPT DI MALAYSIA
Sebagai makluman, syarat kemasukan bagi pelajar-pelajar Malaysia dari
universiti di Mesir untuk menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi
(IPT) di Malaysia yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan
Pengajian

Pelajar

Malaysia

di

Mesir

(JPPPMM)

adalah

dengan

memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam Sijil Pelajaran Malaysia


(SPM) bagi 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik, Kimia dan Biologi.

Namun begitu, mesyuarat pada 6 November 2013 yang dihadiri oleh Majlis
Perubatan Malaysia, Majis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi telah
bersetuju agar pelajar yang memperoleh 1 subjek gred C dalam manamana subjek di peringkat SPM kecuali subjek Biologi dan Kimia boleh
memohon untuk menyambung pengajian di IPT swasta tertakluk pada
kekosongan kuota dan syarat-syarat sedia ada yang digunapakai oleh
badan-badan profesional secara one-off. Permohonan ini hanya layak bagi
pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan melalui atas talian yang
telah dibuka oleh JPPPMM mulai 24 September 2013. Semua pelajar yang
ingin memohon menyambung pengajian di IPT swasta pilihan mereka
hendaklah berhubung terus dengan pihak IPT berkenaan tanpa melalui
JPPPMM.

Kementerian Pendidikan Malaysia


7 November 2013

You might also like