You are on page 1of 14

1.

Proses menghasilkan kutleri bermula dari bijih besi

Kutleri merupakan sejenis alatan kegunaan harian tahan karat yang dihasilkan melalui
pemprosesan keluli tahan karat ataupun stainless steel. Stainless steel mempunyai ciri
fizikal yang mudah lentur dan tahan oksida. Ianya tidak mudah teroksida dan tidak
mudah mengalami pereputan dan penyah bentuk walaupun berada dalam suhu tinggi
ataupun suhu lembab.
1.1

Ciri-ciri umum stainless steel :


Keluli karbon biasa yang mengandungi kandungan kromium melebihi 12%

dimana wujud lapisan nipis kromium oksida yang bertindak sebagai anti pengoksidaan
oleh udara dan persekitaran. Ia mempunyai rintangan yang sangat baik untuk
mengelakkan daripada berkarat. Ianya juga menjadi penghalang atau tembok kukuh
untuk mengelakkan kakisan lanjut yang merosakkan struktur bahan. Ketahanan terhadap
karat pula bergantung kepada kandungan kromium di dalamnya untuk membina lapisan
tahan karat pada permukaannya iaitu kromium oksida.

1.2

Besi tulen
Besi Tulen cair cair terhasil daripada proses penurunan bijih oksida kepada besi

tulen. Antara kaedah terbaik adalah dengan menggunakan relau bagas. Pertama tangki
relau bagas diisi penuh dengan besi oksida (bijih, penabur, sinter), batu kapur atau
dolomit dan bahan bakar ( arang kok) di bahagian corong atas. Seterusnya gas oksigen
disuntik ke dalam tangki untuk membantu pembakaran. Gas oksigen akan bertindak balas
dengan arang kok dan menghasilkan gas karbon dioksida. Kemudian gas karbon dioksida
yang terhasil tadi akan bertindak balas pula dengan arang kok menghasilkan gas karbon
monoksida. Gas monoksida yang dihasilkan pula digunakan untuk bertindak balas
dengan besi oksida untuk menghasilkan besi cair tulen dan gas karbon dioksida. Gas
karbon dioksida ini tidak diperlukan dan dikeluarkan melalui corong atas.

Hasilnya dua produk diperolehi dari relau ini ialah besi tulen lebur yang mana
ia terkumpul di dasar relau (perdiangan) kerana jisimnya yang lebih berat dan cecair
jermang (slag) terapung di atas besi lebur. Proses ini dijalankan pada suhu 1500C. Besi

cair tulen akan keluar melalui corong yang paling bawah manakala slag keluar pada
bahagian corong atas sedikit iaitu pada bahagian terdapatnya slag cair.
'Slag'(jermang) adalah cairan yang terhasil semasa proses penurunan bijih besi, di
mana ianya mengandungi silika dan alumina yang terhasil dari tindak balas oksida besi
batu kapur dan magnesiJMKKm oksida. 'Slag' ini sesuai digunakan untuk penghasilan
simen untuk bahan binaan terutama pembuatan konkrit dan jalanraya.
1.3 Berikut merupakan proses penghasilan kutleri tahan karat (stainless steel) :

1.3.1

Lebur dan penuangan - bahan-bahan mentah seperti bijih besi, kromium,

silikon, nikel dan lain-lain akan di cairkan bersama-sama dalam relau elektrik.
1.3.2

Membentuk selepas dileburkan, besi akan dituang kepada beberapa

bentuk seperti bentuk bunga, bilet atau rod.


1.3.3

Rawatan haba Selepas keluli terbentuk, keluli dipanaskan dan

disejukkan di bawah keadaan terkawal untuk melegakan tekanan dalaman dan


melembutkan logam (suhu 482- 537 darjah Celsius)
1.3.4

Kemasan proses menanggalkan kerak pada permukaan keluli,

dibersihkan dan digilap untuk memberikan kemasan yang dikehendaki.


1.3.5

Pemotongan keluli dipotong mengikut saiz dan bentuk yang

dikehendaki. Kaedah pemotongan dilakukan dengan cara seperti ricih lurus, ricih
bulatan, blanking atau nibbling. Kemudian diikuti dengan rekabentuk kutleri yang
dikehendaki.

1.4 Ianya dapat diringkaskan dalam gambarajah berikut :

1.5 Berikut merupakan klasifikasi bahan di dalam produk besi

2. Jenis-jenis bahan buangan / produk industry besi serta klasifikasi pencemaran


sesuai
2.1 Industri Dan Sisa Yang Dihasilkannya
Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah
negara itu semakin pesat aktiviti perindustrian yang terdapat di dalamnya. Industri boleh
dikelaskan kepada:
Industri berat - industri yang menjalankan pembuatan barangan logam (besi-keluli,
aluminium), simen, kaca, petrokimia, kilang penapis minyak petroleum, jentera,
kenderaan dan lain-lain lagi.
Industri sederhana - menjalankan aktiviti pemprosesan barangan seperti minyak
masak, makanan bertin, kotak dan kertas. tekstil dan Iain-Iain.
Industri ringan - biasanya tidak melibatkan aktiviti pembuatan dan pemprosesan yang
besar-besaran. Lebih kepada aktiviti seperti pemasangan, penyaduran dan pembungkusan.
Hampir kesemua operasi pengilangan menghasilkan sisa kerana tidak ada satu
pun proses pengeluaran yang boleh menukar kesemua bahan mentah kepada produk.
Sisa yang dihasilkan ada proses pembuatan terdiri daripada: saki-baki bahan mentah,
hasil sampingan, pemangkin terpakai dan bahan asing (impurities yang wujud dalam
bahan mentah- selepas produk dibersihkan).
Ini termasuk juga bahan kimia komersial yang menjadi sisa setelah digunakan
dalam industri seperti bahan pencuci, bahan kimia yang telah tamat tempoh (outdated
shelf-life), saki-baki daripada bekas simpanan bahan kimia yang digunakan dan sisa yang
terhasil kerana tumpahan atau kebocoran bahan kimia yang tidak disengajakan. Selain
proses pembuatan, aktiviti mengindahkan produk dan penggunaan bahan pelindung
menghasilkan sisa toksik seperti sianida, pelarut terpakai, asid pekat terpakai dan enap

cemar cat. Perkhidmatan pembersihan dan baik-pulih peralatan menghasilkan minyak


atau pelincir terpakau

2.2

Kesan Pelepasan Sisa Industri ke Atas Alam Sekitar


Alam sekitar sering menjadi tempat pelepasan pencemar yang terdapat di dalam

sisa yang dihasilkan oleh proses pembuatan industri. Sisa yang dihasilkan mungkin dalam
bentuk gas, cecair atau pepejal. Tidak kira di ruang mana pencemar itu memasuki alam
sekitar, pencemar tersebut boleh bergerak dan tersebar dalam alam sekitar dan rantaian
makanan. Oleh yang demikian, pencemar yang dilepaskan oleh industri ke alam sekitar
sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan kualiti udara, sumber air dan tanah. Sekiranya
penyebaran pencemar toksik tidak dibendung boleh merosakkan harta benda, kepupusan
organisma akuatik dan terestial. Bagi manusia, kesan yang ketara akibat pendedahan
kepada pencemar toksik ialah menghidap penyakit akut dan kronik.
2.3

Tanggungjawab atau Peranan Industri


Adalah menjadi satu cabaran bagi industri untuk menghasilkan produk yang boleh

mendatangkan keuntungan tetapi pada masa yang sama produk tersebut tidak
menghasilkan sisa yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Untuk memenuhi
kehendak ini, industri hendaklah merancang tindakan yang perlu dilaksanakan. Bagi
jangka masa pendek, sisa yang dihasilkan oleh proses pembuatan di industri hendaklah
dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Sekurang-kurangnya
melaksanakan teknologi pengawalan yang melibatkan proses rawatan di hujung paip
(end-of-pipe treatment) yang boleh mengurangkan ketoksikan dan/atau isi padu pencemar
yang dilepaskan. Terdapat beberapa teknologi pengawalan yang boleh digunakan untuk
merawat sisa yang telah direka bentuk berasaskan sifat pencemar yang perlu dihapuskan
mengikut turutan tertentu laitu dari peringkat awal, sekunder sehinggalah ke peringkat
tertier (polishing). Sisa yang mengandungi pencemar organik yang mudah diurai boleh
dirawat dengan proses rawatan secara biologi, Proses rawatan kimia-fizik, rawatan terma
dan proses berasaskan pengasingan membran boleh digunakan untuk sisa yang sukar
dirawat secara biologi.

Pada masa yang sama industri juga boleh mengamalkan konsep sisa sifar (zero
waste) dengan aktiviti guna semula, pertukaran sisa dan pemprosesan sisa untuk
mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dirawat dan dilepaskan ke alam sekitar. Industri
juga boleh mengamalkan aktiviti meminimumkan sisa (waste minimization) mengikut
keutamaan bermula dengan pengurangan di punca (source reduction) diikuti oleh
penggunaan semula (recycling) dan diakhiri dengan rawatan (treatment).
Bagi jangka masa panjang, pihak industri perlu mengambil pendekatan terkini
dalam megurus sisa industri iaitu ke arah teknologi bersih yang menggabungkan
pendekatan pencegahan pencemaran dan pengurangan sisa bermula dari peringkat awal
proses rekaan dan pembangunan sesuatu,produk dengan menjalankan penilaian kitaran
hayat (life cycle analysis) produk yang hendak dihasilkan. Langkah-langkah pencegahan
seperti mengelak (avoiding) dan/ atau menghapuskan pelepasan pencemar (eliminating)
adalah lebih baik dan efektif berbanding rawatan, pelupusan atau pemulihan pencemaran.
(pollution remediation) kerana ia memastikan integriti ekologi dan pemeliharaan sumber
secara mampan.
Salah satu pendekatan teknologi bersih ialah mengamalkan pengeluaran hijau
bersih (cleaner greener production) iaitu mengaplikasikan strategi pencegahan
pencemaran yang bersepadu dalam proses, produk dan perkhidmatan untuk
meningkatkan kecekapan keseluruhan dan mengurangkan risiko kepada manusia dan
alam sekitar. Tujuan utama pengeluaran bersih adalah untuk mengurangkan penggunaan
sumber dan mengelakkan pencemaran. la boleh menurunkan kos rawatan dan pelepasan
sisa serta kesan pada kesihatan dan alam sekitar.
Di Malaysia, strategi keempat Polisi Alam Sekitar Kebangsaan bertajuk
"Pencegahan dan Pengawalan Pencemaran" menyarankan supaya industri mengambil
tindakan pendekatan pencegahan pencemaran melalui penggunaan pengeluaran bersih
serta membangunkan dan mengimplementasikan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
(Environmental Management System), industri juga digalak untuk mendapatkan sijil ISO

14001 yang salah satu keperluan sijil ini ialah peningkatan berterusan (continuous
improvement) dalam pengurusan alam sekitar. Ini adalah salah satu peluang penggunaan
teknologi bersih dalam proses pembuatan bagi industri yang ingin mengekalkan sijil ISO
14001.
3. Cadangan / tindakan untuk mencegah / mengurangkan kesan-kesan alam sekitar

yang timbul dari industri besi

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah


negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang
kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah
negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari
segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan
kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari
dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut
memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar
dan berusaha untuk melindunginya.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang
memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari
punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri
dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang
ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum
dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran
patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu
operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang
melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan
peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan
dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa

Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris
disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program
Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan
kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan
hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak
lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun
atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM
1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis
yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan
Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan
untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini
memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan
berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan
udara.

Tindakan

yang

diambil

oleh

Jabatan

Perhutanan

dan

Semenanjung

Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap pesalahpesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan
haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .
Kementerian

pelajaran

bersama-sama

Jabatan

Alam

Sekitar(JAS)

telah

menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang
sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi
alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam,
Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang
dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti
perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar
pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah
merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan

aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota
masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam
membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang
dikenali sebagai program rakan alam sekitar.
Di dalam al-Quran,manusia telah beberapa kali diberi peringatan supaya tidak
melakukan kerosakkan di atas muka bumi kerana perbuatan itu sangat-sangat dibenci
Allah selain amat merugikan manusia. Pelbagai kesan negatif timbul akibat daripada
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.Kesan-kesan
negatif

daripada

pencemaran

ini

adalah

seprti

pemanasan

global,bencana

alam,jerebu,pencemaran air,kimia dan lain-lain lagi.Kesemua kesan-kesan ini mampu


memberi kesan yang negatif ke atas diri manusia.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi


pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempenkempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun,
usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihakpihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.

4. Mendidik murid dalam kelas/ sekolah untuk mencegah / mengurangkan


pencemaran berkaitan industry besi masa hadapan.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan

sama

ada

secara

langsung

atau

tidak

langsung

kepada

sifat-sifat

fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan


melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaankegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya

kepada

kesihatan,keselamatan

atau

kebajikan

awam

atau

organisma-organisma

lain,tumbuhan dan haiwan.


Kesedaran pengurusan sisa barangan yang betul haruslah dididik di dalam bilik darjah
kanak-kanak. Kitar Semula ialah mengasingkan, mengumpul, memproses bahan kegunaan
harian dan bahan yang telah digunakan dalam kehidupan dengan menghasilkan satu produk
yang baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh dipakai, mengurangkan
penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada
pembakaran sisa-sisa terbuang, mengurangkan pencemaran air daripada tapak perlupusan dan
mengurangkan gas kesan rumah hijau.
Kitar Semula merupakan satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden
dan mengandungi 3R; Reduce, Reuse, Recycle. Reduce bermaksud pengurangan
contohnya kurangkan pembelian yang tidak perlu. Reuse bermaksud guna semula seperti
beg-beg plastis boleh digunakan semula untuk membeli-belah pada lain kali. Recycle
bermaksud kitar semula contohnya tin minuman aluminium boleh dikitar semula sebagai
kereta, pintu besi, atau pun tin kembali.
Bahan yang boleh dikitar semula mengandungi banyak kategeri iaitu kaca, kertas,
logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dikategeri
sebagai kitar semula. Bahan-bahan yang hendak dikitar semula akan dikategerikan sebelum
ia dibersihkan, kemudiannya bahan tersebut akan diproses semula menjad produk baru.
Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar. Fakta pertama ialah mengitar
semula 1 tin aluminium dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3 jam
televisyen. Fakta kedua adalah sebanyak 4,360 tan sampah dapat dikurangkan jika kertas
dikitar semula secara maksimum. Fakta ketiga merupakan dengan mengitar semula 1 botol
kaca dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
Kita juga boleh menyayangi alam sekitar dengan menggunakan beg kertas bagi
menggantikan beg plastis, membawa beg kitar semula atau beg kain semasa membeli-belah,
jangan menggunakan polistren untuk membungkus makanan, dan sebagainya.

Kitar semula dapat membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu. Bahan
buangan contohnya surat khabar, besi dan botol minuman boleh dikitar semula sebagai bahan
mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Misalnya botol minuman kaca boleh dikitar
semula sebagai kaca cermin, surat khabar lama boleh dikitar semula sebagai kertas kitar
semula manakala besi boleh dikitar semula sebagai bahan logam dalam pembuatan kereta.
Kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah dan pihak majlis atau pihak
swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan sampah. Selain itu, ia juga
memelihara ruang kehidupan kita. Sekiranya sampah tidak diuruskan dengan baik, manakala
persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak pelupusan sampah. Ini akan
menjejaskan kesihatan kita kerana sampah akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit
seperti tikus dan gagak. Kitar semula juga akan mengurangkan pencemaran, maka kesihatan
kita akan dijamin.
Kitar semula dapat menjimatkan sumber kita iaitu Malaysia dapat mengurangkan
kuantiti kertas buangan setiap bulan bagi menghasilkan produk kertas untuk memenuhi
permintaan tempatan. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan tenaga iaitu mengitar semula satu
tin aluminium adalah bersamaan tenaga yang digunakan memasang televisyen selama 3 jam.
Kitar semula juga dapat menyelamatkan hutan kerana sebanyak 17 pohon pokok dipaksa
ditebang bagi menghasilkan satu ton kertas manakala menggunakan kertas kitar semula akan
mengurangkan pokok yang ditebang. Ini dapat memelihara hutan kerana ia membekalkan
oksigen dan udara yang segar kepada kita dan mengelakkan berlakunya kesan rumah hijau.
Kita harus mengamalkan amalan kitar semula untuk melindungi bumi kita. Kita boleh
mengasingkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna masingmasing iaitu warna coklat ialah kaca, warna biru ialah kertas manakala warna orange ialah tin
aluminium keluli dan plastik. Tong-tong kitar semula biasanya akan disediakan di sekolahsekolah, stesen minyak, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan. Selain itu, kita juga
boleh menghantar bahan-bahan kitar semula ke pusat kutipan yang lebih besar.

Di sekolah, guru-guru boleh menyalurkan pendidikan berkaitan dengan kitar semula


kepada pelajar. Pelajar-pelajar perlu mengetahui faedah dan kesan kitar semula supaya
mereka melibatkan diri dalam program tersebut. Mereka juga dapat mempengaruhi ahli
keluarga mereka dalam melakukan kitar semula. Dalam masa yang sama, program kitar
semula akan dijalankan oleh semua anggota keluarga yang membantu pelajar-pelajar ini dan
ini sekaligus dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.
Pihak kerajaan juga boleh melancarkan kempen kitar semula untuk menggalakkan
lebih ramai orang melibatkan diri dalam kitar semula. Mereka juga boleh menggubal undangundang bagi menjalankan program kitar semula contohnya negeri Pulau Pinang telah
melancarkan iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, beg plastik tidak akan dibekalkan dan
pengguna perlu menyediakan beg plastik sendiri atau dikenakan caj bagi setiap beg plastik
yang diminta.
Akibat sisa buangan besi karat (besi teroksida) yang tidak diurus :
1. Penyakit tetanus (kancing gigi)
2. Air sungai tercemar berwarna kuning
3. Kekotoran tanah
4. Keracunan tanah
Kesimpulannya, kitar semula bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai
dan menghargai alam sekitar. Oleh sebab itu, kita perlu mengitar semula bagi melindungi bumi
kita daripada terancam.

RUJUKAN
Dr. Amiruddin bin Udin (2012), Teknologi Pembuatan Stainless Steel, Universiti Putra Malaysia
Nik Norulaini Nik Ab. Rahman (2012), Audit Alam Sekitar dan Kaedahnya Penerbit USM
Forum Pengurusan Sisa Industri, Tarikh diambiol 9 Mac 2014,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Pengurusan_sisa
Pengeluaran Besi dan Keluli (2012), Tarikh diambil 10 Mac 2014,
http://www.scribd.com/doc/89370738/47/Proses-Pembuatan-Stainless-Steel
Stainless Steel Tidak Berkarat (2011), Tarikh diambil 10 Mac 2014,
http://www.chem-is-try.org/tanya_pakar/mengapa_stainless_steel_tidak_berkarat/

You might also like