You are on page 1of 24

MODUL BMM 3103PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1.1 Sinopsis
Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian danpentaksiran
bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,para pelajar
akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapasoalan untuk menguji
pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,perbincangan dalam
talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah andaboleh juga
dilakukan.Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian
daripadaproses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya sematamatadijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu
prosespengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi
pelajar.Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian
digunakanuntuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar
TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP
1.2 Hasil pembelajaran
1.2.1. Konsep pentaksiran
1.2.2. Konsep pengujian
1.2.3. Konsep penilaian
1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
1.3 Kerangka Konsep
1.4 Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat
meliputi halhalberkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal
sepertipertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk
pulamelibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Pengertian dan Konsep
Pentaksiran Pengujian PenilaianPerkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan
Penilaianmelibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam
pentaksiranialah:-i. Instrumenii. Kumpulan yang ditaksir iii. Responiv. Kumpulan
yang menaksir v. Skor
1.5 Pengujian

Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan carayang


sistematik.

Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepassesuatu


pengajaran

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuanuntuk


mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama adasecara lisan
atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yangdicapai oleh pelajar-pelajar
dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.Ujian ialah satu alat. Dalam P & P
bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atautercetak atau terakam yang telah
dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa. Misalnya, guru
membina ujian kloz bagi menguji kefahamanmembaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perludiingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang
baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak
jujur. Oleh itu, ujianperlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.
Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan
menggunakan bahanbacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya
keputusan pelajar initidak menggalakkan.
1.6 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971:
xxv)menyatakan penilaian sebagai
the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging
decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatuproses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuatpertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan satu proses
untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Iaadalah satu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan tingkah laku danmembuat pertimbangan menilai. Proses
menilai dapat memberi maklumattentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah

mengajar seorang guru dankeberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran


penilaian berdasarkan datakuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan
sebelum, semasa atauselepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan
berdasarkan sesuatupembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yangsedia ada pada


pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat


menguasai atau mempelajari perkara yangtelah disampaikan.

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temantemansekelasnya


atau dengan peringkat kelas yang sama disekolah.

menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amatlemah dalam
pencapaian mereka.membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

2
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian merekasentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka; dan

membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan merekadalam sesuatu


kemahiran atau bidang itu dan segera pulamemperbaikinya.
1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Rajah 1.Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan
mempunyaiperkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu
prosespengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman
produkP&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN


Arahan:
Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir
tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;a.
Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaiandilakukan.b. Sila
buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonseppengujian,
penilaian, dan pengukuran ini dalam
bentuk grafik.
c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang
dibinamenepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?
1.8 Aktiviti2.1 Sinopsis
Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi
yangdibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun
olehBenjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl.
Dalamhal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa
domain
(ranah, kawasan)dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya.
Dalampanduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti
yangberkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk
memudahkanpemahaman anda. Selamat berjaya !
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.2.2.2.
Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domainKrathwohl.2.2.3.
Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;2.2.4. Menilai dan
memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dansistem bahasa Melayu
dan melaksanakan pemarkahan ujian BahasaMelayu.

TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL


3
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:1.
Cognitive Domain

(Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yangmenekankan aspek intelektual,


seperti pengetahuan, pengertian, danketerampilan berfikir.
2.Affective Domain
(Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yangmenekankan aspek perasaan dan
emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dancara penyesuaian diri.3.
Psychomotor Domain
(Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilakuyang menekankan aspek
keterampilan motor seperti tulisan tangan,berenang, dan mengoperasi mesin.
TaksonomidanDomainTaksonomiBloomDomainKrathwohl
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiridari
dua tahap iaitu:i. Pengetahuanii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,faktafakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkangagasan,
prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalampersekitaran sebenar.
Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yangdiperoleh
dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalambahagian yang
lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampumengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senarioyang rumit.
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur ataupola
dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentukpenyelesaian yang
diharapkan..
Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap


penyelesaian,gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria
yangsesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Domain Psikomotor
1. Persepsi2. Persediaan (Set )
3. Respons Terpimpin4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)
2.5 Domain David Krathwohl

Domain Afektif
Penerimaan (Receiving/Attending )
Tanggapan (Responding )
Penghargaan (Valuing )
Pengorganisasian (Organization)
Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or ValueComplex)
Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom danDomain
Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yangdiberikan.1.
Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahundi sekolah
anda dari segi:a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.b. Sila nyatakan
bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom.c. Sila huraikan sejauh
manakah penggunaan Domain Krathwohl dalamsoalan peperiksaan Bahasa Melayu
bagi peperiksaan akhir tahun untuksetiap kelas di sekolah anda.
Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut
1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html2.
http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm3.http://pku
kmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf 2.6 Aktiviti3.1 Sinopsis
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam
penyediaansesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan

ujiansecara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai


perancanganyang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
denganmenyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan.
JSUdikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification
JSU merupakanatrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi
ArasKemahiran (melintang).
3.2 Hasil pembelajaran
3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian
TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
3.3 Kerangka konsep
3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masamengajar
dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus danlain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
3.5 Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiranyang
diuji.
JADUAL SPESIFIKASIUJIMBINAAN JSU
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bil Bentuk Soalan Objektif KemahiranAras Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil

Jam123456JumlahItem
1.1 Sejarah Perkembangan BahasaMelayu
Asal usul BM, BM sebelumdan selepas merdeka221.2Linguistik BM 15 12
Pengenalan linguistikDefinisi, Sejarah, LinguistiDiskriptif
1.3Fonologi
Definisi, alat artikulasi, Fonem segmental 2 2 1 1 1
Fonem suprasegmental 1 1Jumlah 40 32
Jadual 1
: Contoh JSU
Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.

3.6 Langkah-langkah Membina JSULangkah 1:


i. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II:
Tentukan soalan yang akan dibina itua. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi
1 itemc. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:= Jumlah masa X Jumlah
soalanJumlah Masa keseluruhan
Langkah III:
Tentukan model aras kesukaran itemBiasanya JPU menggunakan taksonomi
objektif pendidikan BloomTiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif 6.
Penilaian
Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan

Mudah
Langkah IV:
Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, eseidll)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)
Pemarkahan
Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran
Nyatakan tingkatan
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan denganujian
seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti katasebenarnya
menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, datayang tercetus
daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuanpemilihan,
pengkelasan atau bimbingan.
Arahan:
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang
telahditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.
Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut araskognitif
berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.
Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;1.
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf
2.http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm3.7 Aktiviti4.1 Sinopsis

Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalampendidikan


serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilaiini, guru
sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagaialat penilaian
dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulisyang telah dibentuk
oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalamtopik ini anda, kita akan
membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahanujian untuk para pelajar
kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlahmenjawab soalan-soalan dalam aktiviti
yang diberi serta berbincang denganpensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu
dimasukkan dalam folio pembelajarananda.
4.2 Hasil Pembelajaran
4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.
4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif
.4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.
4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .
TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN
4.3 Kerangka Konsep4.4 Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentinganujian
dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat
tentangpencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan
pelajarpelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untukmemperbaiki
dan meningkatkan kualiti P&P.
4.5. Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.
4.5.1. Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan
yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan
pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan
kloz.PembinaanUjianObjektif Subjektif
Item Respons Bebasi. Jenis soalan
:contoh:a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)b) Apakah makna simpulan
bahasa kaki ayam? (tidak memakaikasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.b) Saya
terpaksa ________ adik saya kerana emak sayabekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau palingtepat.
Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item ituialah format
salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungipenyataan
yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu:
betul (B) atau salah (S).
Ada ketika guru menggunakan
setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y)
atau tidak (T) pada soalan.
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulanobjek/ perkara
yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya denganmemadankan
objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah
kanan.
Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup
.4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan


Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap keranadiberikan
tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yangberikut.a.
Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi mengujikefahaman bacaan boleh
digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .Sungguhpun teknik kloz
memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaanujian, pentadbiran dan
pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dansepatutnya boleh diuruskan oleh
guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian klozpelajar diminta mengisi tempat kosong
yang telah sengaja dikosongkan olehguru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.
Pada mulanya, pelajar dimintamelihat dan membaca keratan itu secara
keseluruhannya. Kemudian,berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu
keseluruhannya, mereka akanmencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan
perkataan yang palingsesuai menurut makna keseluruhan teks.
4.5.2. Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:Item Jenis Struktur
Item Jenis EseiPembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalampembinaan sesuatu
instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity )
a. Kesahan Isib. Kesahan Ramalanc. Kesahan Serentakd. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatandan
ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yangdiuji.
Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungandengan
pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialahobjektif ujian,

kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji danseterusnya aras ujian itu


sendiri.
10
Arahan :
Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dansila
sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:a. Senaraikan
dan huraikan garis panduan membina item objektif danesei.b. Sila bina 24 item
objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasabagi pelajar anda. Item
yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuksetiap aras iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis danpenilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang
dibina itu kepada gurupanitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang
kelebihan dankelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis
panduanmembina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut
kepadapelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar
anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segikelebihan
atau kelemahannya.
4.7 Aktiviti
Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;
1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2.
http://www.usm.my/education/publication/JPP239_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf
Jenis PenilaianbahasaUjian Formatif Ujian Sumatif Ujian KefasihanUjian
KemajuanUjian BakatUjian Pencapaian
5.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami
jenispenilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan
prosesp&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi
ujianFormatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.
5.2 Hasil Pembelajaran
5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.5.2.2 Menganalisis dan
membanding-beza jenis penilaian.5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian
kefasihan, kemajuan dan ujian bakat,pencapaian.
5.3 Kerangka KonsepTAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA5.4 Ujian Formatif dan
Sumatif
11

5.5 Ujian Formatif


Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk
mengujisesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya
skoppengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak
luas.Tujuanutama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu
prosespengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan
danpembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan
dalambentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
5.6 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh padaakhir
satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalamkalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk UjianSumatif diasaskan
dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahirandan aspek
bahasa.Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian
sumatif,ujiankefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan
antaraujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran,
jangkamasa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan
Ujian Sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dankelemahan.Fungsi1.
Pensijilan ataupenggredan2. Sepanjang pengajaranMasa2. Pada akhir unit/kursus3.
Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan3.Kognitif 4. Terhad kepada
tugasanSifat4. Beraneka jenis5. Berubah-ubahKesukaran5. Senang sukar 6.
Dibentuk khasAlat6. Peperiksaan akhir tahun7. Rujukan kriteriaJenis ujian7.Rujukan
norma
12
5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalammenguasai
bahasa asing.Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah
muridmuridtelah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang
telahdipelajari.Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat
manakahseseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa
secarakeseluruhan.Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan
murid darisemasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan danmengakses internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan.Ujian Bakat

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungiunsur-unsur


bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melaluiujian ini murid-murid akan
melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasaseperti meniru penyebutan bunyi-bunyi,
mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan
konteks dansebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal
pastimurid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatubahasa
dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnyasesuatu unit
pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasaidalam satu jangkamasa
yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua setujian yang berlainan. Ujian ini
dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yangdipelajarinya.
Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkanseseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai denganpengetahuan dan kebolehan mereka.NOTA
TAMBAHAN
Arahan
1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang
berkaitandengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.2.
Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yangtelah
dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik
.
Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satukemahiran
bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebutuntuk menguji
kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.
AKTIVITI6.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
13
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian
perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of
delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian
terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan
dapat dipertingkatkan.
6.2 Hasil Pembelajaran

6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.6.2.2 Menghuraikan dan


menjelaskan kaedah penilaian melaluipemerhatian.6.2.3. Menganalisis dan
mengaplikasi kaedah penilaian melaluipemerhatian penilaian melalui portfolio.
TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah PenilaianBahasaPenilaian MelaluiPortfolioPenilaian MelaluiPemerhatian
6.3 Kerangka Konsep6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul
danmerekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujuibersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan
kontekspembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain
buktipembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian
yangmenyeluruh.Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan
perancangan,pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan
secarakolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan
pemikiransecara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat
awalhingga ke akhir.
6.4.1 Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran
dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan
tugasan.Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran
merekasecara sistematik.Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan
menentukan matlamat peribadi.
6.4.2 Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalampenyempurnaan gred.
menilai secara sumatif pembelajaran.
14 menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
6.4.3 Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,halatuju,
prosedur kerja, pengalaman dan harapan.(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh
pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedahkonkrit untuk pelajar menghasilkan kerja
melalui pengalaman sendiri ketikamelakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja
lapangan.(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti
ulasan,komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi

sesuatutugasan pembelajaran.(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu


pelajar merenung danmembuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan
tindakan susulan.(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui
bersama denganpelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil
bahagian secaraaktif.
6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan danberfokuskan
kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran,pengetahuan dan
kefahaman.Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai
contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yangmempunyai
lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.E 5 Berdikari mengeja perkataanperkataanJ 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guruA 3 Membentuk suku
kataA 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti
hasilpemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaranseimbang
(on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberimatlamat yang
lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanyamembandingkan seorang pelajar
dengan pelajar lain sahaja.
6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Nota-nota yang disediakan oleh guru
Catatan jurnal
15
Buku log
Refleksi kendiri murid

Gambar dan foto


6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka
waktuyang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas
tentangkeberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi
aspekkognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan
danpersekitaran.
6.5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended.
Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
6.5.2 Strategi Pemerhatian
Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikalberdasarkan
objektif yang ditentukan oleh guru.
Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekodanekdot, rubrik
yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahandan persekitaran.
Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yangdijalankan.
6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses
pemerhatian.Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian

Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian6.5.4 Fungsi Pemerhatian
Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu prosespembelajaran.
Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakansebaya
dalam sesuatu pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan sepertiprojek.
6.6 Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakantetapi untuk
menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara inibiasanya dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,pengetahuan serta
pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,dan sikap bias serta
prasangka penilai.1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan
atau pusatsumber yang berdekatan.2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian
murid dalam kelas andaberdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas
tentang kelebihandan kelemahan kaedah penilaian tersebut.
AKTIVITI7.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara
yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu
mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery)
supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat
dipertingkatkan.
7.2 Hasil Pembelajaran
7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui
kontrakpembelajaran.7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui
soal jawab.
TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah PenilaianBahasaPenilaian MelaluiKontrak PembelajaranPenilaian Melalui
SoalJawab
7.3 Kerangka Konsep7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran7.4.1 Cara
Pelaksanaan
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk

keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.Guru menentukan sistem pengredan


untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga
sebagaiPerjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrakyang
dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)berhubung dengan
sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak inibiasanya ditandatangani apabila keduadua pihak bersetuju dengankriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan.
Biasanya terdapatkompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan
olehguru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
17
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria
yang ditentukan.
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantaupenilaian
tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yangberasaskan tahap
keupayaan kendiri untuk membolehkan :a. pelajar mengenal pasti dan merekod,b.
menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,c. mengenal pasti kaedahkaedah yang akan diambil untuk mencapaimatlamat tersebut.
7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
Penilaian objektif tugasan
Hasil Pembelajaran

Penilaian

Format / Bentuk
7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu
mengikutkeperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan
memerlukankontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan
jelas.Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara
tidakformal tetapi terancang dan jelas.
Contoh Format Kontrak Pembelajaran IndividuKONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : ............................................................Nama :


........................................................................Tahun/Tingkatan
:...........................................................Tugasan :
.....................................................................Objektif
:1..................................................................2................................................................
..3..................................................................PerkembanganPeringkatApa yang
ingindicapai padaperingkat iniBagaimanaakandilaksanakanpada peringkatiniTempoh
masapelaksanaanperingkat iniBagaimana
18
penilaian peringkatini dibuatCatatanTandatangan murid Tandatangan rakan sebaya
Tandatangan guru.............................. ....................................
...............................Nama: Nama: Nama:
7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, BahasaMelayu akan
dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secaraberkesan. Di samping itu,
ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep,kesanggupan memberi
penyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri dalam kalangan
pelajar.
7.5.1 Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yangberkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak
balasyang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan
memerlukanpelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Kejayaanpenggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru
untukmenguasai teknik menyoal.1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi
pengajaran Bahasa Melayukelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid
melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji
pemahamanmurid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid
anda dankeberkesanan kaedah tersebut.2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian
Kontrak Pembelajaran semasaproses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di dalam bilik darjah.Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara
pelaksanaannya.
AKTIVITI
Kaedah PenilaianBahasaPenilaian MelaluiProjekPenilaian MelaluiKertas Kerja
8.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara


yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu
mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery)
supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat
dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajukpenilaian melalui projek sahaja.
Tajuk penilaian melalui kertas kerja akandisampaikan ketika interaksi bersemuka.
19
8.2 Hasil Pembelajaran
8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek8.2.2
Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek
8.3 Kerangka KonsepTAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA8.4 Penilaian Melalui
Projek

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?


Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:Menggalakkan
pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.

Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti daninovasi.

Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yangterdapat di luar bilik


darjah.Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempohmasa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis
datapersediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,projek
bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secaraindividu atau secara
berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap prosessehinggalah kepada tahap hasil
disediakan.Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar
mengaplikasi ataumembuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi
sebenar. (Wiggins,1989).
8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek

Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).Jangka masa
yang panjang

Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapanyang benar.

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakanprojek atau
dalam kumpulan.

Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.

Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiranmerancang, integrasi


pengetahuan, kebolehan membuat tugasanbersama orang lain.

Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.

Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


8.6 Jenis-jenis penilaian Projek
Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan

atau bertulis.

Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan


20
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.Langkah 2 : Penilaian awal
projek.Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.Langkah 4 : Pemprosesan
Maklumat.Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
Arahan:
1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian
silalengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.2.
Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membacadalam
kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secaraberkumpulan akan
menghasilkan pelbagai bahan dan produk, andadikehendaki menyediakan senarai
semak yang lengkap untuk menilaikeberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan
oleh murid.
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu SekolahRendah
dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untukmembolehkan
anda menguasai modul ini.
Arahan:-

Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.

Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor


anda.
----------------------------------------MODUL TAMAT---------------------------------------------

You might also like