You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL GERIK

33300 GERIK, PERAK

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI


Bil 2/2013

Tarikh
Tempat
Masa
Pengerusi

: 6 APRIL 2013
: Pusat Sumber Sekolah
: 4.00-4.30 ptg
: Vijeya Raj a/l Maniyan

Kehadiran
1.J Balachandran A/L Jayaram
2. Balraj A/L Pusparajah
3. Punitha A/P Muniandy
4. Vijeya Raj A/L Maniyan
5. Salkiah Bt Mazlan
6. Kuganathan A/L Pathmanathan
7. Mangleshwary A/P Krishnan
8. Shamani A/P Appalasamy
9. Sumathi A/P Loganathan
10.Prema A/P Genasan

Guru Kanan Pentadbiran


Guru Kanan HEM
Guru Kanan Ko-Kurikulum
Ketua Panitia
Ketua Panitia
Ketua Panitia
Ketua Panitia
Ketua Panitia
Ketua Panitia
Ketua Panitia

Turut Hadir
11. Pn. Selvarani A/P Muniandy PJK

(Guru Besar)

1.0 Ucapan Pengerusi Panitia


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru pada mesyuarat Pendidikan Jasmani kali
kedua.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan guru sepanjang sesi
persekolahan ini.
1.3 Pengerusi menyatakan agenda mesyuarat yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

Makluman dan tindakan semua ahli

2.0 Ucapan Penasihat Panitia


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2.2 Guru Besar menyatakan bahawa pelbagai isu serta maklumat yang akan dikongsi bersama
guru-guru pada mesyuarat kali ini.
2.3 Guru Besar turut bersyukur kerana dapat mengadakan mesyuarat pada kali kedua.
2.4 Guru Besar meminta guru-guru Pendidikan Jasmani sentiasa menggunakan pelbagai kaedah
dalam P&P harian.
2.5 Guru Besar mengingatkan guru-guru supaya sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan
dari semua segi.

Makluman dan tindakan semua ahli

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas


3.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu untuk disahkan.
3.2 Cik. Mangleswary mencadangkan minit mesyuarat berkenaan disahkan.
3.3 En. Kuganathan menyokong supaya minit mesyuarat disahkan.
Makluman dan tindakan semua ahli

4.0 Pengurusan
4.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa terdapat peruntukan sebanyak RM384.00 bagi Panitia
Pendidikan Jamani.
4.1.1 Beberapa alat PJ telah dibeli dengan menggunakan wang tersebut.
4.2 Pengerusi meminta guru-guru sivik untuk senaraikan ABM/BBM yang perlu dibeli.
4.2.1 Guru-guru PJ meminta beberapa alat berkaitan matapelajaran Pendidikan Jasmani.
4.2.2 Guru-guru juga meminta untuk membeli bola baling dan Jersi.
4.3 Pengurusan BBM yang berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani berjalan dengan
keadaan yang lebih bersistematik.
4.3.1 BBM/ABM yang telah dibeli, disimpan dalam bilik PJ dengan kemas dan teratur.
4.3.2 Nama dan bilangan BBM/ABM juga telah direkod dalam buku rekod.
4.3.3 Guru-guru yang hendak menggunakan BBM/ABM tersebut perlu merekod dan
menggunakannya dengan keadaan bersih dan selamat.
Makluman dan tindakan semua ahli

5.0 Analisa Peperiksaan Dalaman


5.1 Pada mesyuarat yang lepas guru-guru telah memberi komitmen yang tinggi yang
membolehkan mesyuarat berjalan dengan lancar.
5.2 Pengerusi Panitia Pendidikan Pendidikan Jasmani membentangkan markah-markah
murid bagi U1 Bulan Mac.
5.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa terdapat murid yang masih lemah dalam penguasaan
matapelajaran Pendidikan Jasmani.
5.4 Pengerusi juga menyatakan bahawa guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan
Jasmani harus menitik beratkan kelemahan murid-murid ini.
Makluman dan tindakan semua ahli
6.0 Masalah PdP
6.1 Guru tahun satu dan dua menyatakan bahawa murid-murid tidak menunjukkan keinginan
untuk mempelajari Pendidikan Jasmani.
6.1.1 En.Kuganathan memberi cadangan untuk memaparkan video-video yang berkaitan
dengan topik harian yang dapat menarik minat murid untuk belajar.
6.1.2 Cik.Mangeleswary juga memberi cadangan untuk menjalankan aktiviti kumpulan
yang membolehkan murid bergerak dengan lebih aktif semasa P&P berjalan.
Makluman dan tindakan semua ahli
8.0 DASAR-DASAR BARU
8.1 MMI
8.1.1 Instruksional adalah teras utama dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
8.1.2 Kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sejauhmana masa
instruksional guru dapat dioptimumkan dan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan penuh
kebijaksanaan.
8.1.3 Masa instruksional adalah ditetapkan seperti dalam jadual waktu rasmi.
8.1.4 Sebagai contoh waktu yang ditetapkan untuk Pendidikan Jasmani ialah dua waktu
seminggu, oleh itu sebarang kekurangan dianggap sebagai gangguan instruksional.
8.1.5 Ketidakhadiran guru bertugas di sekolah kerana bercuti, berkursus atau melaksanakan tugas
rasmi lain sama ada di sekolah atau di luar sekolah adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan.
8.1.6 Justeru itu Program Melindungi Masa Instruksional adalah satu inisiatif pihak sekolah
untuk memastikan gangguan terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi di
samping mengurangkan gangguan instruksional disebabkan ketidakhadiran guru.
8.1.7 Oleh sebab guru-guru Pendidikan Jasmani tidak mengambil cuti, MMI bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani menunjukkan 100%.
Makluman dan tindakan semua ahli

8.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


8.2.1 Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
8.2.2 Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan
generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan
menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.
8.2.3 Mengikut PPPM 2013-2025 beberapa pendekatan perlu diambil untuk memastikan semua
kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan serta menyatupadukan rakyat pelbagai
kaum ke arah membina sebuah negara maju dan juga melahirkan murid yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
8.2.4 Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke21 berasaskan dasar terdahulu.
8.2.5 Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta
menambah baik sistem pendidikan secara berterusan.
8.2.6 Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang
khusus seperti yang berikut:
8.2.6.1 Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam
kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
8.2.6.2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap
murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
8.2.6.3 Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk 4ystem
pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia,
yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang
meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Makluman dan tindakan semua ahli
9.0 KBSR
9.1 Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan
pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
9.2 Penyemakan kurikulum bertujuan menyepadukan elemen terkini dalam pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid untuk
menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
9.3 Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni dan semangat
patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara maju dan masyarakat berilmu.
9.4 Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai KBSR, guru-guru boleh malayari laman web
seperti berikut:- http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/05/kurikulum-bersepadu-sekolah-rendahkbsr.html
- http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm
Makluman dan tindakan semua ahli

10.0 Cadangan
10.1 Ketua Panitia berharap guru-guru Pendidikan Jasmani membimbing murid-murid yang
lemah dalam matapelajaran elektif ini.
10.2 Guru-guru harus menggalakan murid-murid menjawab pelbagai bentuk soalan bagi
meningkatkan pengukuhan dalam tajuk yang dipelajari pada tahun depan.

Makluman dan tindakan semua ahli

11.0 Hal-hal Lain


11.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru.
Makluman dan tindakan semua ahli

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

....
(VIJEYARAJ A/L MANIYAN)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani,
SJK(T) Gerik,
33300 Gerik,
Gerik, Perak.

(SELVARANI A/P MUNIANDY)


Penasihat Panitia Pendidikan Jasmani,
Guru Besar, SJK(T) Gerik,
33300 Gerik,
Gerik, Perak.

You might also like