You are on page 1of 1

Rumah Kanak - Kanak

Objektif
Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Senarai Rumah Kanak-Kanak


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.


Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan, Serendah, Selangor.
Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.
Rumah Kanak-Kanak Rembau.
Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka.
Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.
Rumah Kanak-Kanak Kuching, Sarawak.
Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

Kategori Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang :
kematian ibu/bapa
ibu / bapa sedang menerima rawatan
terbiar dan ditinggalkan oleh ibu / bapa
ibu / bapa dalam penjara / tahanan
terseksa / teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi

Kemasukan
Mereka semua dimasukkan ke Rumah Kanak - kanak untuk tempoh 3 tahun atau 18 tahun mana yang
lebih pendek melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak - kanak 2001.

Lembaga Pelawat RKK

Ahli dan Pengerusi Lembaga Pelawat dilantik oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat mengikut Peraturan - Peraturan Kanak - Kanak (Tempat Selamat) 2007
Terdapat 13 orang ahli Lembaga Pelawat (5 lelaki dan 8 perempuan)
Mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang cenderung dalam kerja - kerja kebajikan.
Tugas-tugas Lembaga Pelawat :
menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
mengurus sumbangan dan derma orang ramai
membantu memantau pentadbiran institusi demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak

Penutup
RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta
menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh

You might also like