You are on page 1of 2

LAPORAN KESELURUHAN BIG FASA 6

Pada 30 Oktober 2014 seramai 360 orang pelajar PISMP Ambilan Januari
2012 Semester 6 daripada 15 opsyen telah menyertai dan menganjurkan Majlis
Perasmian dan Penutupan BIG fasa 6. Pegerusi program ini ialah saudara Hanan
daripada opsyen PA. Majlis ini dibahagikan kepada dua sesi aiaitu sesi pagi dan
petang. Sesi bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua pelajar diminta berkumpul dan
mendaftarkan diri. Seterusnya, ucapan daripada En. Nahar. Majlis di mulakan
dengan Bengkel Guru Inovasi yang disampaikan oleh En. Saiful Lizan Bin
Suparman.
Beliau

menerangkan tentang gaya

pemikiran

seseorang guru

yang

berinovasi. Beliau juga menerangkan tentang strategi pengajaran yang boleh


dilaksanakan oleh seseorang guru bagi meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Beliau juga menerangkan tentang pembaharuan pembaharuan yang dilakukan
oleh seseorang guru yang berinovasi. Beliau juga menerangkan dan menunjukkan
beberapa permainan dan alat bantu menggajar yang boleh digunakan oleh para
pelajar. Bahan bantu tersebut telah di inovasikan menggikut tahap murid murid.
Beliau juga menerangkan kegunaan menggunakan alat bantu mengajar kepada
murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan oleh opsyen BC 1, RBT
1, PSV dan PA 2. Setiap opsyen telah menghantar sebanyak 2 atau 3 wakil kelas
untuk membuat pembentangan. Terdapat 2 orang pengadil yang memberikan
markah kepada kumpulan yang membuat pembentangan. Pembentangan dibuat
selama 10 minit. Mereka perlu membentangkan maklumat tentang guru cemerlang
yang

mereka

menemuramah

di

sekolah

yang

mereka

pergi.

Mereka

membentangkan tentang biodata, cabaran yang dihadapi oleh guru semasa


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selaian kelas pembentangan opsyen
yang lain membuat pameran gambar BIG dan juga alat bantu menggajar.

Pada pukul 2.00 petang kami semua berkumpul dan mendaftarkan diri
semula. Pada sesi petang ini majlis penutupan yang di ketuai oleh Timbalan
Pengarah En. Hassan Bin Pakir, Penyalaras BIG semester 6 En. Mohd Daud Bin
Abu Yamin dan Pengerusi BIG semester 6 saudara Hanan. Majlis penutupan
dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi BIG. Seterusnya, penyampaian
hadiah kepada para pemenang kumpulan pembentangan dan juga kumpulan
pameran yang di sampaikan oleh Timbalan Pengarah. Bagi pembentangan tempat
pertama dimenangi oleh opsyen RBT 1 dan tempat kedua oleh PA 2. Manakala
tempat pertama untuk pameran ialah MATH 1 dan tempat kedua PA 2.
Majlis diteruskan dengan ucapan Timbalan Pengarah. Setelah ucapan
nyanyian lagu Johor. Selepas akhir majlis Timbalan Pengarah telah melawat ke
tapak pameran setiap opsyen. Majlis tamat pada pukul 4.00 petang.

Dilaporkan oleh :
Sivakhami Ganesan
___________________________________
(SIVAKHAMI A/P K. GANESAN)
Naib Setiausaha,
Opsyen PSV

30 OKTOBER 2014

You might also like