You are on page 1of 1

KM: Atas isu gender melalui pendidikan - Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/280614

17 november 2014

7:10PM - 15 Nov 2014

KM: Atas isu gender melalui pendidikan


Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menyarankan agar isu kecelaruan gender diatasi melalui pendidikan agar masyarakat tidak
terjerumus dengan gejala negatif tersebut.
Beliau berkata usaha memahamkan masyarakat mengenai isu kecelaruan gender serta gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender
perlu diterap dalam pendidikan pada peringkat awal.
"Saya kira elok kita mula dengan pendidikan iaitu sama ada pendidikan bersifat spiritual atau sosial dengan menjelaskan bahawa
perkara ini sesuatu yang dilarang dalam Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Kalau semangat mereka ke arah untuk melakukan transgender, mungkin apabila diberikan suntikan motivasi bahawa ia ditegah
agama, saya kira lambat laun mereka boleh sedar dan boleh meninggalkan kegiatan itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata berkata suatu sistem perlu diwujudkan bagi mengekang isu transgender atau lelaki Islam berpakaian seperti wanita
walaupun perkara itu diiktiraf Hak Asasi Manusia dan mengatakan mengekang kegiatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Selama ini kita boleh hidup dalam keadaan yang tidak ada sebarang masalah. Mengapa kali ini mereka cuba menembusi struktur dan
sistem masyarakat kita yang telah kita bina selama ini berkaitan isu transgender.
"Saya kira nasihat saya yang paling keras ialah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," kata Idris.
Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman
terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
- Bernama

1 of 1

1/12/15 3:43 PM

You might also like