You are on page 1of 3

1.

Nyatakan Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak


Menurut buku perkembangan kanak-kanak nukilan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel
dan Rafidah Kastawi, perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan
orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks
yang sama. Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan.
Woolfolk dan margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam
saiz dan kematangan. Daripada segi saiz fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam
saiz bahagian-bahagian bahan ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.
Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada
satu peringkat ke peringkat yang lain.
Ciri-ciri Perkembangan
Antara ciri pertumbuhan ialah:

Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, dapat dilihat dan diukur.

Saiz dan stuktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.

Saiz otak dan organ dalaman juga bertambah.

Dipengaruhi oleh baka dan keturunan,kematangan, kesihatan ibu bapa dan


persekitaran indivisu tersebut.

Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan berlaku secara


berperingkat.

Santock (2008) pula mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak


biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daipada peringkat
percambahan sehingga akhir hayat.
Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

Antara ciri perkembangan adalah:

Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku


adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.

Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah
tertentu.

Perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui


peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Fizikal

Pertumbuhan
Perubahan tinggi, pertambahan

Perkembangan
Kemahiran menggunakan anggota

berat badan, pertumbuhan gigi

badan, misalnya seorang bayi


bermula dengan kebolehan
memusing badan, duduk,
merangkak, berdiri, berjalan dan
berlari

Kognitif

Keupayaan berfikir

Kemahiran membaca, menulis,


mengira, berfikir secara kreatif
dan kritis

Emosi

Perasaan gembira, sayang,

Kemahiran mengurus emosi

marah, cemburu
Sosial

Menjalin perhubungan dengan

Kemahiran menjalin perhubungan

ibu bapa, keluarga, rakan dan

sosial dan menunjukkan

orang di sekitar individu tersebut perlakuan baik dan sesuai

Prinsip Asas Perkembangan


Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
Perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan tua.
Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
Perkembangan bergantung keada hasil interaksi di antara kematangan
dan pembelajaran.
Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat
tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran.
Perkembangan

dipengaruhi

faktor

baka

dan

persekitaran.

Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong


perkembangan ke satu tahap maksimum.
Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara,
tingkah laku, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.

You might also like