You are on page 1of 9

http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kbkk.

pdf
SOALAN DAN PENYOALAN
Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan idea baru,
mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji kebolehan serta menilai
pencapaian.
Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:
a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
b) Meningkatkan metakognisi.
c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.
e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.
f) Menguji kebolehan berfikir.
g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.
h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan.
a) Soalan Bertumpu dan Bercapah
Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan
jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan antara
soalan bertumpu dengan soalan bercapah.
Soalan Bertumpu
Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan

Soalan Bercapah
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran

beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis

murid yang kritis, kreatif dan rasional

ini bertujuan untuk menumpukan idea atau

sebelum memberi jawapan. Ia bertujuan

hujah yang hendak diketengahkan.

untuk mengalihkan perhatian murid daripada


satu hujah kepada hujah yang lain yang ada
kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman
murid bertambah luas.

Skop - terhad dan spesifik

Skop - luas dan terbuka

Jawapan terdapat secara langsung

Jawapan tidak terdapat secara langsung

daripada teks bacaan.

daripada teks bacaan.

Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang

Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana

mana jawapannya tidak perlu diolah.

jawapan memerlukan olahan.

Jawapan bersifat objektif dan spesifik.

Jawapan yang bersifat subjektif.

Contoh :

Contoh :

i. Huraikan peringkat perkembangan

i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika satu

nyamuk aedes.

daripada peringkat pembiakan nyamuk aedes

ii.

Terangkan

punca-punca

pembiakan di musnah.

nyamuk aedes.

ii. Mengapakah ramai orang tidak

iii. Berikan tiga tempat yang boleh dijadikan mengambil berat tentang masalah
nyamuk aedes membiak.

pembiakan nyamuk aedes?


iii. Pada pendapat anda, apakah kesan
jika tempat pembiakan nyamuk aedes tidak
dimusnahkan?

Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah


b) Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop
tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.
Individu

Perkara

Persekitaran

Rajah 7.1 Skop lingkaran soalan


Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :
Skop
Perkara

Soalan
Apakah maksud demam denggi?
Apakah punca penyakit demam denggi?
Bagaimanakah nyamuk aedes membiak?
Adakah anda pernah membaca tentang

Individu

bahaya penyakit demam denggi yang di bawa


oleh nyamuk aedes?
Apakah tindakan anda untuk mencegah
bahaya demam denggi?
Adakah anda pernah membaca tentang
sesiapa yang mengidap penyakit demam
denggi?
Nyatakan cara pencegahan pembiakan
nyamuk aedes.
Negara kita mengalami masalah peningkatan

Persekitaran

jumlah pesakit demam denggi?


Apakah tindakan yang telah diambil oleh
pihak berkuasa untuk mencegah bahaya
nyamuk aedes?
Jumlah pesakit demam denggi semakin
bertambah. Cadangkan aktiviti yang boleh
dijalankan untuk mendidik murid tentang
bahaya nyamuk aedes?

Jadual 7.3 Soalan Petikan Nyamuk Aedes


PENYUSUN GRAFIK
Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan
tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah
penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai kemahiran
berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan strategi berfikir ada
diberikan pada Jadual 7.1.
Contoh

*Nota: (Penyusun Grafik)

1 Carta Maklumat 5 Carta Edaran 9 Pohon Fikiran


2 Carta T 6 Rantai Urutan 10 Tangga Hierarki
3 Carta Selari Masa 7 Rajah Pancaran 11 Rajah Venn
4 Carta Tulang Ikan 8 Jadual Mantik 12 Carta Alir

3 PETA MINDA
Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan
yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat nota,
merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu persembahan
adalah suatu yang penting.
Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :
a) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.
b) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.
c) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.
d) Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.
e) Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
f) Jadikan corak yang menarik.
g) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
h) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik
dan berkesan.
i) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.
Satu contoh peta minda dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah ditunjukkan dalam Rajah
7.2.

Contoh :Layang-layang, anakanak, mata-mata, undangundang, anting-anting


Contoh:berlegar-legar, , teringat-ingat,
membelek-belek, anyam-menganyam,
Kata
KataGanda
Ganda
besar-besaran Berirama/Beren
Penuh

Contoh : gegelung, dedaun,


sesiku, pepohon, lelangit,
rerambut
Contoh : calar-balar, kuih-muih,
lauk-pauk,
lalu-lalang, sayurKataGanda
Ganda
Kata
mayur,
warna-warni
Separa
berimbuhan

Jenis-Jenis
Kata
Ganda

Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang jenis kata ganda


Penggunaan CoRT1 dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
PMI atau Plus, Minus, Interesting (Baik, Tidak Baik, Menarik)
Contoh penggunaan PMI dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Sumbangsaran
Isu : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah banda raya yang terkenal dengan sampahsarapnya. Ramai penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan
membuang sampah ke dalam sungai.
Panduan : Murid-murid akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka
mencari ikhtiar bagaimana untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan
disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.
CAF atau Consider All Factors (Mengambil kira semua faktor)
Contoh penggunaan CAF dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Permainan kecil
Isu : Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang
muda yang cuma tahu menggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak. Maklumat lanjut

terpaksa dicari sendiri oleh murid-murid lain. Murid-murid lain perlulah bertanya dan
menyiasat daripada saksi tadi.
Panduan : Seorang murid (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang
diajukan. Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh
setiap murid yang bertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan
lain di seluruh negara. Soalan-soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan
semula kepada murid-murid selepas permainan ini selesai.
C&S atauConsequences and Sequel (Meramal sebab dan akibat)
Contoh penggunaan C&S dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Konsentrasi
Bahan : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)
Isu : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak perkara-perkara dapat diperhatikan.
Pendekatan : Murid-murid akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai
pendekatan lain yang difikirkan lebih sesuai. Murid diminta membuat ramalan punca-punca
kebakaran tersebut berlaku.
AGO atau Aims, Goals dan Objektif (Tujuan, matlamat, dan objektif) .
Contoh penggunaan AGO dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Lakonan
Isu : Pak Abu telah menemui seekor anak ikan paus yang baru dilahirkan dan sesat di dalam
laut. Ibu ikan paus itu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak ikan paus
itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut,
Pak Abu memeliharanya dan diberi nama Si Putih. Bagaimanapun Pak Abu terpaksa
melepaskannya ke laut kerana undang-undang negara.
Pelakon : Pak Abu, isteri Pak Abu, Pegawai Daerah, Pegawai perhililitan, Pegawai Perikanan,
Pelancong, Penduduk kampung, Jurukamera, Wartawan, dan lain-lain.
Panduan : Apabila murid-murid melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan
pendapat orang lain. Nyatakan tujuan, matlamat dan objektif Pak Abu melepaskan anak ikan
paus tersebut.
FIP atau First Importan Priorities (Memberi keutamaan kepada yang terpenting).

Contoh penggunaan FIP dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.


Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Amali / simulasi
Isu : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak
sendiri. Mereka ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepsi yang ada
dalam simpanan mereka sebagai rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan : buku resepsi masakan
Panduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan
murid-murid. Murid dikehendaki memasukkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi
menambahkan lagi kesedapan masakan tersebut.
APC atau Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai, pilihan, kemungkinan).
Contoh penggunaan APC dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar
Isu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi
mendapatkan sumber tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab
sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang
Lembaran Pengurusan Grafik dan lain-lain.
Kaedah : Murid-murid diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan,
menggunakan kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali
maklumat, kemahiran belajar dan juga inkuiri penemuan .
OPV atau Other Peoples View(Pandangan orang lain).
Contoh penggunaan OPV dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kaedah : Lakonan
Isu : Encik Kasim ketua kampung hendak mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan kampung. Encik Kasim telah memanggil ahli jawatankuasa kampung untuk
bermesyuarat. Beliau meminta pendapat daripada ahli mesyuarat tentang kawasan yang perlu
bebersihkan dan peralatan yang akan digunakan nanti.
Pelakon : Encik Kasim (Ketua kampung), AJK 1, AJK 2, AJK 3, AJK 5, AJK 6, AJK 7, AJK
8, AJK 9 dan lain-lain.

Panduan : Apabila murid-murid melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan


pendapat orang lain dalam mesyuarat tersebut.
Strategi asas yang sering kali digunakan ialah strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan
murid dan bahan serta teknik menyoal. Disamping itu, kaedah dan teknik seperti kaedah
induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan
sumbangsaran juga perlu dipertimbangkan. Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk
menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza,
membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Jadual dibawah menunjukkan ringkasan perkaitan KBKK dengan pendekatan, strategi dan
teknik, dan alat berfikir.

MATA PELAJARAN BAHASA


A. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir
Menilai.
Situasi:
Seorang murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. Apakah pendapat
anda mengenai aksinya?
Langkah 1
: Meneliti dan memahami kenyataan tersebut.
a) Meminta murid membaca dan memahami soalan yang dikemukakan.
b) Menyoal tentang erti perkataan
tidak beratur.
Jika terdapat murid menghadapi masalah dalam memahaminya, sila terangkan
kepada mereka.
Langkah 2
: Menilai atau mengkaji data atau kenyataan yang diberi.
a) Soal murid anda :
Adakah perbuatan tersebut baik atau tidak? Mengapa?
b) Tanya mereka tentang tempat-tempat lain murid harus beratur.
Langkah 3
: Buat satu keputusan atau memberi pendapat:
a) Bantu para murid anda untuk membuat satu keputusan atau memberi pendapat
dengan menggunakan struktur ayat seperti contoh yang berikut:
Kami tidak boleh memotong barisan semasa kami ........................................
atau
Kami mesti beratur semasa kami ............................
Aktiviti
1. Tanda ( / ) pada aktiviti yang anda suka lakukan. Beri sebab-sebab.
a) Membuat latihan Bahasa Melayu. ( )
b) Membaca majalah. ( )
c) Memancing. ( )
d) Bersiar-siar. ( )
88

2. Tanda ( / ) pada aktiviti yang boleh membantu murid untuk maju dalam Bahasa
Melayu. Beri sebab-sebab.
a) Selalu menonton televisyen. ( )
b) Selalu membaca buku Bahasa Melayu. ( )
c) Selalu membuat kerja rumah Bahasa Melayu . ( )
d) Selalu bermain bola sepak. ( )
3. Tulis sama ada setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah ini
baik
atau
buruk
dan
beri sebab-sebab.
a) Seorang murid telah membuang sampah ke dalam longkang. ( )
b) Seorang murid telah membantu seorang wanita tua untuk
menyeberangi jalan raya. ( )
c) Para murid saling melawat pada hari-hari perayaan. ( )
d) Seorang murid menghabiskan masanya dengan merayau-rayau di
bandar. ( )
4. Apakah kebaikan dan keburukan menonton televisyen untuk jangka masa yang
panjang?
5. Satu kumpulan murid sentiasa keluar pada waktu malam. Apa pendapat anda?

You might also like