You are on page 1of 5

F T ra n sf o F T ra n sf o

PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan
kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-
Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada
16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah),
Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas
penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan
ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura
nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa
saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13
Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di
Makam Di Raja Langgar, Alor Star.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

PERDANA MENTERI KEDUA

NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein


TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika
negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan
kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah
pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial
dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan
Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei
1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan
menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10
peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana
Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

PERDANA MENTERI KETIGA

NAMA: Tun Hussein Onn


TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976,
sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan
negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai
pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar
yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei
1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

PERDANA MENTERI KEEMPAT

NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad


TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama
dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.
Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai
pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui
pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati
segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun
strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan
pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan
Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar
Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat
dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran
Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan
nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT),
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.
F T ra n sf o F T ra n sf o
PD rm PD rm
Y Y
Y

Y
er

er
ABB

ABB
y

y
bu

bu
2.0

2.0
to

to
re

re
he

he
k

k
lic

lic
C

C
w om w om
w

w
w. w.
A B B Y Y.c A B B Y Y.c

PERDANA MENTERI KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.
Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi
meneruskan perjuangan ke arah negara maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri
Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan
nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah
pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr
Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran
semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga
kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui
Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi
kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau
mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr
Mahathir mengumumkan persaraannya.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah
diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk
Dr Mahathir.

You might also like