You are on page 1of 30

KURSUS ASAS KAUNSELING

PROGRAM MEMBANTUAN PEKERJA


UNTUK PENGURUS WAD
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Basic Counseling Course


Employee Assistance Programs
For Wad Manager
University Malaya Medical Centre

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD SHUHMY SHUIB
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PTJ SUMBER MANUSIA
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

TARIKH:
Friday, March 05, 2004

1
KURSUS ASAS KAUNSELING
PROGRAM BANTUAN PEKERJA)
EMPLOYEE ASSISTANCE PROGRAMS (EAPs)
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

PENGENALAN:
Program Kaunseling Membantu Pekerja (Employee Assistance Programs) ini
membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk
menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi
masalah ditempat kerja mereka.

Program ini juga akan membantu seseorang pekerja itu mengatasi masalah
kesihatan yang mungkin akan memberi kesan diatas perkhidmatan sesebuah
organisasi. Memberi bimbingan melalui kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat
keputusan yang berkesan di dalam kontek organisasi Sumber Manusia.

Penekanan program ini, melatih individu menghadapi tekanan untuk


melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling dan
perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja ini
menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism.
penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan
lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan
menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.

KAUNSELING
Pengurus yang cenderung menggunakan cara kaunseling ketika menangani
masalah pekerja akan memberi perhatian yang lebih berat kepada mereka di segi
menghormati perasaan, emosi, keperibadiaan, perhubungan atau pembawaan diri.
Maklumat-maklumat itu akan didapati melalui “1soalan-soalan selamat” yang
dikemukan kepada mereka. Soalan-soalan yang tidak mengancam perasaan pekerja
agar mereka berasa selesa dan selamat. Maklumat hanya dapat dikumpulkan jika
perhubungan pengurus dan pekerja berasaskan rasa hormat dan tidak menghukum.
Pekerja akan berasa selamat untuk bercerita tentang diri dan masalahnya.

Kemahiran asas kaunseling sangat perlu disini supaya dapat membina rasa
selamat dan rasa empati. Suasana yang tidak menghukum, serta intraksi pengurus
dengan pekerja yang menggalakkan terbukanya pemikiran menjadi pendorong kepada
pekerja mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sendiri. Pengurus tidak perlu
bertungkus lumus memikirkan penyelesaian yang terbaik, mereka sendiri mendapat
celik akal (insight) dan berusaha menyelesaikan masalahnya dengan rasional dan
objektif.

Pengurus yang mengamalkan proses kaunseling tidak bertujuan untuk


menyelesaikan semua masalah pekerja, tetapi sebagai penggalak supaya mereka
menyelesaikan sendiri setelah bimbingan diberi. Ia tidak mengambil alih beban
masalah pekerja bahkan menggalakkan mereka supaya bertanggungjawab mencari
1
Soalan yang diberikan semasa proses penerokaan klien supaya mereka merasa selamat dan sedia memberi kerjasama
sepanjang sesi kaunseling. Mizan Adilah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996), Kaunseling Individu: Apa dan
Bagaimana, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2
ikhtiar dan ia sentiasa memberi sokongnan yang diperlukan. Tidak ada kepentingan
peribadi terlibat kerana pengurus ini berasa yakin pada pekerjanya dan percaya
mereka berpotensi untuk menghadapi sebarang cabaran.

Apabila pekerja tidak bergantung kepada pengurus, ini bermakna pengurus


telah berjaya melatih mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Pengurus
tidak memberi nasihat atau memberi formula tetapi berupaya membantu menjelajah
masalah itu dengan kemahirran bertanya supaya pekerjanya sendiri berfikir dan
menganalisis masalah serta mencari penyelesaian yang objektif.

Secara tidak langsung, pengurus menggalakkan pekerja belajar dan ia


mengalami sendiri proses penyelesaian masalah supaya pada masa hadapan, apabila
menghadapi masalah lain mereka tahu apa yang harus dilakukan. Oleh sebab
pengurus berpusat kepada pekerja, ia lebih mengambil berat tentang perasaan
pekerjanya kerana ia percaya perasaan mempunyai perhubungan rapat dengan
masalah, terutama masalah peribadi.

Tidak ada stail atau kaedah yang paling baik yang harus diikut oleh pengurus
kerana setiap stail mempunyai ciri-ciri positif dan nagatif. Pengurus boleh mengukur
stail mana yang paling sesuai kepada pekerja dan masalah yang dikemukakan. Stail
kaunseling dianggap baik dan berkesan tetapi elakkan mengambil masa yang panjang
dalam menjalankan sesi kaunseling sekiranya masalahnya adalah teknikal atau boleh
diatasi dengan serta-merta. Jika masa yang diambil terlalu panjang, pekerja akan
berasa keliru dan ragu-ragu. Kaunseling berguna dalam mengatasi masalah peribadi
yang melibatkan emosi, perasaan, perhubungan atau personaliti.

PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang
boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam
pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang
terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga
semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti


rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong
orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa
yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara
amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang
pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan
keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan
berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah
manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada
situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan
kepada kepercayaan:

1. Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi


makna kepada kehidupan masing-masing.
2. Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.

3
3. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu
orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi
klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping
mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas
keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri


dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang
wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi
bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku
perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri


dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa
kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang
boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya
langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah
baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya
serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien
itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk
hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini,


klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan
antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan
menyebabkan klien berubah.

TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat
yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis
tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses
merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus
melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju
bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan
proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa
selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu
meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam


jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan
yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara
konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang
berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang
mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin
hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

4
Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku klien.


2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama
mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan
ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting.
Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan
bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat,
apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang
risiko akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain.
Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada
konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling
dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain,
misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan
seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan
mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal
pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan


perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa
sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien
bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau
keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari
proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa
sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh
mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini.
Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam
perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai
dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu
tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh
klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

• Memahami diri dan situasinya;


• Mengenal pasti keperluannya;
• Menerima realiti hidupnya;
• Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
• Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
• Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya


sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan
kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa
setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus
yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

5
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan
situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,
mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina
tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia
ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung
dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya
berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi
serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.

Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah


tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar. Diharapkan klien dapat belajar
mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan
perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor
tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya
diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,
memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini
tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya.
Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia
sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor
lagi.

PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai
tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara


sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.Klien ingin mengubah dan
berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah
lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam
kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi
oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui
temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi
kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti
mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien
mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien
yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling Harus Berasaskan Prinsip-Prinsip Berikut:

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.

6
2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang
lebih tinggi
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan
keperluan kaunselor

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi


masalah atau kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting
kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan
mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat
pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan
kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada
kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor
dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta
menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang
terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan
memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai
kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan
harga diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang
yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara
untuk mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

AKTIVITI KAUNSELING

• Perkembangan: Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan


seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat,
peningkatan sifat positif
• Pencegahan: Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan
dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
• Intervensi: Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri
• Pemulihan: Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi,
mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi
sepenuhnya

Rasional Perkhidmatan Kaunseling

7
1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
2. Ketidakseimbangan emosi.
3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
8. Masalah peribadi dan keluarga.
9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.

Mengapa Kaunseling Diperlukan

1. Masalah Pencapaian Mutu Kerja


2. Masalah Sikap
3. Masalah Penyesuaian Diri
4. Stress Di tempat Kerja
5. Masalah Situasi

Lima Prinsip Kaunseling Pekerja

1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.


2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
3. Jangan bertelagah atau berhujah.
4. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
5. Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.

Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi

1. Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi


2. Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
3. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
4. Memberi nasihat.
5. Menyokong dan menenangkan pekerja.
6. Menilai diri.
7. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
8. Memajukan diri.

PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING

Peringkat Permulaan

1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai
seorang yang boleh dipercayai.
2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan
dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu
diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

8
Peringkat Pertengahan

Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:

o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang


dihadapi oleh klien.
o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang
perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Akhir

Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan
jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:

o Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan


penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
o Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan
dari pihak kaunselor.
o Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang
kejayaan proses kaunseling tersebut

Kaunseling Yang Beretika

Kerahsiaan:

o Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan


Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap
maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya
o Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak
melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi
kebaikan klien sendiri

SENARAI TUGAS KAUNSELOR

Bimbingan Dan Kaunseling

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan


dan Kaunseling staf PPUM.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pekerja
PPUM melalui kejian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan
dengan pengurusan..
3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pekerja.
4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling
kepada semua pekerja melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviri Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instruction) yang merangsang perkembangan pekerja secara
optimun.
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara profesionbal dan beretika.

9
7. Merancang , melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pekerja.
8. Merancang , melaksana , mengawalselia serta menilai progrdam dan aktiviti
pekerja
9. Membuat penilian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dim PPUM.
10. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
11. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukannya.

Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang
hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah
seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada
falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;

1. Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan


harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan
pada waktu yang diperlukan.
2. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu.
3. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak
pertolongan dan khidmat yang diberi padanya.
4. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan.
5. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan
pengalaman dibidang tersebut.
6. Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan
potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang
‘isolated’’ atau berasingan.

Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?

Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and


Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:

1. Effective counselors have an identity


2. They respect and appreciate themselves
3. They able to recognize and accept their own power
4. They are open to change
5. They are expanding their awareness of self and others
6. They are willing and able to tolerate ambiguity
7. They are developing their own counseling style
8. They can experience and know the world of their client, yet their empathy is
nonpossessive
9. They feel alive, and their choices are life-oriented
10. They are authentic, sincere, and honest
11. They have sense of humor
12. They make mistakes and are willing to admit them
13. They are generally live in the present
14. They appreciate live in the present
15. They are able to reinvent themselves
16. They are making choices that shape their lives

10
17. They have a sincere interest in the welfare of others
18. They become deeply involved in their work and derive meaning from it
19. They are able to maintain healthy boundaries

CIRI KAUNSELOR ISLAM


Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi
perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

Hikmah (bijaksana)

Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima


pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan
menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang
ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum
diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.

Mau’izah (pengajaran yang baik)

Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan
ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat
membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan
untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang
menakutkan

Mujadalah (dialog)

Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah


dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada
ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.

Ilmu Allah

Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya,
maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari
ketenteraman jiwa.

Empat ciri-ciri yang dibincangkan ini juga menjadi pegangan kaunselor/terapis


barat melalui teori yang dikemukakan oleh Carl Roger (Person Centered Therapy).

PROGRAM MEMBANTU PEKERJA


(Employee Assistance Programs EAPs)
Secara realitinya, pengurusan personel pada hari ini sentiasa menekankan
kepentingan pekerja sebagai sumber daya manusia yang perlu dihargai dan dijaga
martabatnya. Kajian dan pengalaman, banyak menunjukkan kejayaan, kegagalan dan
keberkesanan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada cara gaya pengurusan
yang diamalkan. Sebagai seorang manusia, setiap 'pekerja' tidak dapat tidak akan
berhadapan dengan berbagai masalah atau 'konflik'. Masalah dan konflik yang wujud
dalam diri setiap pekerja sama ada pegawai atau kakitangan, sekiranya tidak

11
diuruskan dengan baik boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang. Keadaan ini sudah tentunya boleh mempengaruhi pencapaian prestasi
seseorang pegawai dan juga produktiviti sesebuah organisasi.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat hampir 10% daripada individu


dalam sesebuah organisasi tidak mampu atau sentiasa berhadapan dengan masalah
yang kronik. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pengurus personel
untuk lebih prihatin terhadap masalah yang timbul dan mengambil langkah untuk
menanganinya dalam bentuk pencegahan. Berlandaskan paradigma ini, kebanyakan
organisasi moden pada hari ini telah mula memberikan perhatian yang sama penting
dalam menyediakan satu bentuk perkhidmatan atau program ke arah membantu
pekerja yang bermasalah serta menyediakan aktiviti- aktiviti pencegahan ke arah
menangani isu ini.

KONSEP EAP
Secara amnya konsep utama dalam Employee Assistance Program (EAP) adalah
untuk membantu semua pekerja yang bermasalah termasuk masalah keluarga dan
pada masa yang sama cuba untuk mengurangkan lain-lain masalah yang berpunca
daripadanya yang turut menjejaskan produktiviti. Di samping itu, usaha juga diberikan
dalam menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pencegahan serta mengurangkan
beban atau permasalahan yang ditanggung oleh para pekerja. Malah perkhidmatannya
juga kini telah diperluaskan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bersara.

Mengikut Myers, 1992, "Employee Assistance Programs (EAPs) are employer-


provided programs operated either in-house or by external consortia or contractors to
prevent employee problems and treat and rehabilitate troubled employees".

Program ke arah membantu pekerja yang bermasalah atau EAP telah lama
berkembang di negara barat sejak 1940an lagi yang mana telah dipelopori oleh
Dr.George Gehrmann, Pengarah Perubatan di syarikat Du Pont. Walau bagaimanapun,
tumpuan pada masa itu semata-mata diberikan kepada usaha untuk menangani
masalah pekerja-pekerja yang berkaitan dengan penagihan arak. Program tersebut
didapati berkesan dalam memberikan pengetahuan mengenai kesan buruk penagihan
arak serta bagaimana ia mempengaruhi pencapaian kerja dengan merujuk kepada
laporan prestasi.

Pada hari ini, program EAP telah berkembang dengan pesat dan secara amnya
setiap organisasi mempunyai seorang kaunselor sama ada khas disediakan oleh
organisasi itu sendiri (in-house) atau dengan mendapatkan perkhidmatan kaunseling
dari luar (external consortia). Sungguhpun demikian kebanyakan organisasi moden
pada hari ini meletakkan fungsi ataupun tanggungjawab EAP di bawah pengawasan
Jabatan atau Bahagian Personel masing-masing. Setiap pekerja yang dikenalpasti
mempunyai masalah akan dirujuk kepada kaunselor atau mendapatkan perkhidmatan
kaunselor yang pakar dalam sesuatu bidang.

MASALAH YANG DIRUJUK


Secara umumnya, terdapat dua kategori permasalahan yang boleh wujud dalam diri
seseorang seperti:.

1. Masalah yang berkaitan dengan masalah peribadi (personal problem),


2. Perkara yang kurang berkaitan dengan atau di luar kemampuan peribadi
seseorang. Di antara masalah peribadi termasuklah masalah dari segi

12
kewangan, keluarga dan perkahwinan, dadah, judi, kestabilan emosi dan
mental.
3. Manakala masalah-masalah lain termasuklah dari segi penempatan, kemajuan
kerjaya, persaraan, hubungan antara perseorangan dan sebagainya.

Perkhidmatan kaunseling dalam sesebuah organisasi kini kian menjadi penting.


Terdapat tiga bentuk kaunseling yang boleh dijalankan di dalam organisasi iatu;

1. Memberikan maklumat asas mengenai menguruskan masalah peribadi;


2. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan yang lebih berbentuk teknikal
seperti kaunseling kerjaya; dan
3. Mengadakan perkhidmatan terapi atau kaunseling yang lebih profesional
seperti program pemulihan.

Beberapa ciri asas bagi menjamin keberkesanan program yang disediakan ialah;

1. Perkhidmatan kaunseling hanya untuk satu tempoh jangka pendek tertentu.


2. Perkhidmatan adalah disediakan kepada individu sama ada dirujuk oleh majikan
atau diri sendiri.
3. Segala maklumat dari perkhidmatan tersebut hendaklah dianggap sulit dan
maklumatnya dirahsiakan.
4. Perkhidmatan kaunseling adalah selesa dan mudah untuk diperolehi.

BAGAIMANA EAP BERFUNGSI


Terdapat lima langkah yang biasa dilakukan dalam sesebuah organisasi yang ingin
melaksanakan program ke arah ini (Cascio,1992).

1. Mempunyai objektif dan matlamat program yang selari dengan kehendak dan
objektif organisasi. Komitmen dan sokongan dari segi kewangan khususnya dari
pihak pengurusan dalam usaha menjaga kebajikan pekerja.
2. Memberikan latihan kepada para pengurus, penyelia serta wakil kesatuan
sekerja mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila berhadapan
dengan keadaan sedemikian.
3. Menyediakan peraturan dan prosedur dalam mengurus dan merujuk sesuatu
masalah.
4. Menyediakan program penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan
serta maklumat-maklumatnya adalah sulit dan dirahsiakan.
5. Penilaian yang berterusan dari segi objektif dan kaedah perlaksanaannya.

Program Berbentuk Pencegahan


Salah satu program yang dijalankan di bawah EAP ialah program yang
berbentuk pencegahan dalam pemikiran (prevention in mind). Program yang
berbentuk ceramah atau bengkel dilaksanakan dengan tujuan memberikan pendidikan
serta menambah pengetahuan dari segi konsep dan kesedaran yang berkaitan dengan
kesihatan mental dan fizikal. Di antara topik yang menjadi perhatian termasuklah
menangani masalah stress, kemahiran keibubapaan, kemahiran komunikasi,
memperhebatkan hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Secara umumnya
kebanyakan bengkel yang dijalankan dapat dikategorikan kepada tiga bentuk (2Lewis &
Lewin,1986);

2
Lewin, K. (1948). "Resolving social conflicts: Selective papers on group dynamics." New York: Harper.

13
1. Menyediakan maklumat dan pengetahuan umum yang praktikal dan berguna
kepada semua peringkat.
2. Memberi penekanan kepada usaha pencegahan yang khusus kepada sesuatu
masalah yang wujud dalam organisasi.
3. Menyelaras dan menyediakan intervensi khas kepada sekumpulan pekerja yang
dikenalpasti.

PROSES TINDAKAN EAP DAN PERATURAN DISIPLIN


Setiap organisasi yang mengamalkan dasar EAP memberi landasan akan
perlunya penyelia (ketua) menumpukan kepada pencapaian prestasi seseorang (to
base referrals on job performance ) daripada cuba menyentuh atau mendiagnosis
masalah peribadi. Oleh yang demikian, langkah pertama yang perlu ada ialah
maklumat mengenai kelemahan atau kekurangan pencapaian prestasi kerja seseorang
(job deficiencies). Di antara jenis tingkah laku (symptom) yang biasanya boleh
dikenalpasti dan membantu dalam menyediakan asas rujukan ialah;

1. Kehadiran pejabat yang tidak menentu.


2. Melaksanakan tugas yang sama dengan masa yang lebih panjang dibandingkan
dengan sebelumnya.
3. Melakukan sesuatu kesalahan yang sebelum ini mampu dilaksanakan dengan
baik.
4. Menunjukkan rasa gelisah atau kerumitan dalam melakukan tugas yang rutin.
5. Menerima komplain atau rungutan daripada orang ramai.
6. Gagal memenuhi masa (deadlines) atau prestasi yang biasa (standards).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari segi prestasi dan sebagainya,
seseorang penyelia (ketua) hendaklah memberitahu akan kemerosotan prestasinya.
Pada masa yang sama seorang ketua juga menawarkan atau merujuknya kepada
perkhidmatan kaunseling sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil.

RANCANGAN RAWATAN DALAM KAUNSELING


Jadi untuk menjamin kredibiliti perkhidmatan kaunseling, setiap kaunselor yang
memberi khidmat kaunseling PERLU membangun dan memperkukuhkan kemahiran-
kemahiran dokumentasi yang diperlukan oleh perancangan rawatan itu. Setiap
kaunselor PERLU mendokumentasikan secara terperinci rancangan rawatannya bagi
setiap kes yang dikendalikan olehnya. Bukan sahaja rancangan rawatan ini perlu
didokumentasikan, ia juga perlu menjadi transparent kepada kaunselor dan klien.
Kedua-duanya tahu secara termaklum apa-apa yang dirancangkan dalam aktiviti
kaunseling yang mereka lakukan bersama itu.

Secara tradisinya, dalam kaunseling, rancangan rawatan amat minima


dilakukan. Malahan bentuk rancangan ini jika ada, adalah sama sahaja bagi semua
klien. Tidak ada pengkhususan rancangan rawatan yang dicipta khas untuk seseorang
klien itu. Jadi rancangan rawatannya begitu menyeluruh sehingga tidak kelihatan
sebagai sesuatu yang unik untuk seseorang klien itu.

Walaupun secara etikanya rancangan rawatan mestilah unik dan terkhusus, ini
tidak dilakukan dengan baiknya. Jadi untuk menjamin perkhidmatan kaunseling
dilaksanakan secara etika rancangan rawatan ini perlulah diadakan. Dengan adanya
rancangan rawatan yang khusus, perkhidmatan kaunseling dapat memenuhi
keindividuan dan keunikan klien seperti yang dilaungkan oleh penaja-penaja
perkhidmatan kaunseling.

14
Kegunaan Rancangan Rawatan
Rancangan rawatan yang berkesan memberi keuntungan kepada ramai individu
yang terlibat secara langsung dengan proses kaunseling iaitu klien, kaunselor,
pasukan rawatan, komiti insurans, agensi rawatan, agensi yang menggunakan khidmat
kaunseling dan profesion kaunseling itu sendiri. Bagi klien rancangan rawatan bertulis
yang merangkumi:

1. isu-isu yang menjadi fokus rawatan,


2. garis panduan yang menstruktur proses perkhidmatan kaunseling memberi
jaminan bahawa khidmat kaunseling betul-betul terapeutik dan kaunselor tidak
terbabas dalam mencapai matlamat kaunseling. Pada masa yang sama klien
dapat mengesan dan menyelia perkembangan dirinya semasa menjalani proses
kaunseling ini.

Satu aspek penting rancangan rawatan ini ialah bentuknya yang dinamik, iaitu
rancangan rawatan boleh berubah mengikut perubahan yang terdapat dalam diri klien.
Apabila kedudukan, bentuk dan prioriti masalah berubah, rancangan rawatan turut
berubah juga.

Di samping itu rancangan rawatan boleh sentiasa dikemaskinikan (updated)


untuk mencerminkan sebarang perubahan besar mengenai masalah, definasinya,
matlamat rawatan dan jenis intervensi yang digunakan. Seterusnya klien dan
kaunselor pula mendapat keuntungan kerana rancangan rawatan ini memaksa kedua-
duanya memikirkan hasilan yang konkrit dari kaunseling. Mereka juga terpaksa
mengemukakan objektif yang boleh diukur untuk menjelaskan tumpuan usaha
rawatan. Melalui kaedah ini klien tidak perlu lagi meneka dan tertanya-tanya apakah
yang ingin dicapai oleh kaunseling.

Bagi kaunselor dan klien, matlamat yang jelas pula, membolehkan klien
menyalurkan tenaganya kepada sesuatu perubahan yang khusus yang akan membawa
kepada penyelesaian masalah bukan sahaja masalah terkini, tetapi juga masalah
jangka panjang. Jadi melalui rancangan rawatan ini, proses rawatan dalam kaunseling,
bukan lagi satu kontrak yang samar-samar di mana klien hanya perlu bercakap secara
jujur dan terbuka sahaja mengenai emosi dan permasalahan mereka sehingga mereka
berasa lega sedikit.

Tetapi sebaliknya pula berlaku iaitu klien dan kaunselor sama-sama boleh dari
awal-awal lagi menentukan bidang perhatian yang objektif dan khusus yang telah
dikenalpasti melalui intervensi yang khusus juga. Tegasnya kontrak rawatan menjadi
satu kontrak yang jelas, bermatlamat perubahan dan telus. Untuk kaunselor sendiri
pula, melalui rancangan rawatan ini, boleh memaksa diri mereka sendiri untuk berfikir
secara anaktikal dan kritikal mengenai intervensi terapeutik yang paling sesuai dan
secocok dengan objektif kecapaian klien.

Kaunselor juga tidak lagi follow the client dalam menentukan matlamat
rawatan, tetapi menentukannya secara proaktif di peringkat awal lagi. Jadi kaunselor
mestilah memberi perhatian lebih awal mengenai teknik, pendekatan, tugas dan
sasaran katarsis yang akan menjadi rangka asas bagi intervensi kaunseling.

Melalui dokumentasi yang jelas dari rancangan rawatan yang terperinci


kaunselor dapat perlindungan dari disaman oleh klien. Dokumentasi ini mampu
menjadi benteng atau perisai dalam hal samaran ini, terutama sekali jika apa-apa yang
didokumentasi itu telah dikaji dan dipersetujui oleh klien. Lagipun nota progres

15
rawatan dapat dijadikan bukti tambahan untuk melindungi diri kaunselor yang
berkaitan. Bagi pasukan rawatan pula, rancangan rawatan ini membolehkan cross-
referal yang berkesan dapat dilakukan. Di samping itu, pembahagian tugas dan
komunikasi yang jelas dapat dilaksanakan. Akhir sekali keseragaman dokumentasi dan
akauntabiliti dapat diketengahkan.

Perancangan rawatan bertulis formal dan standard yang merangkumi definasi


masalah, matlamat dan intervensi dalam setiap fail klien membolehkan keseragaman
ini terjadi, lantas menyenangkan penyeliaan dan pengesanan rekod oleh audit sama
ada audit dalaman dan luaran.

Akauntabiliti pula mengutamakan aspek kontrak yang terapeutik lagi


berstruktur yang mempunyai objektif yang boleh diukur dan intervensi yang jelas.
Dengan terwujudnya rancangan rawatan yang terperinci, data hasilan lebih senang
diperolehi dan dipertahankan dan semua ini secara langsung membantu peningkatan
kredibiliti khidmat kaunseling yang dipasarkan itu. Rancangan Rawatan dalam
kaunseling ini perlu ada untuk memastikan rekod klien atau pekerja itu di failkan untuk
rujukan majikan serta profil personalitinya dipertimbangkan kearah yang lebih positif.

OBJEKTIF:
Menyelesaikan masalah yang dialami oleh pekerja yang dialaminya semasa
bekerja di tempat kerja mereka. Mereka diajar teknik-teknik dan kemahiran-kemahiran
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan diri mereka. Melalui Program ini,
Pengurus dapat menolong pekerja-pekerja dibawah selianya mempelajari kemahiran
berkomunikasi dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Para pekerja dapat
mempertingkatkan kesedaran tentang reaksi peribadi mereka serta kesannya terhadap
orang lain.

Dengan cara begini peranan kesepaduan diantara Kaunselor, Pengurus dan


Ketua PTJ dapat membantu pekerja-pekerja mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh pekerja-pekerja. Menentukan serta menilai langkah-langkah
penyelesaian alternatif, untuk memberi laluan kepada pekerja menyelesaikan masalah
dengan langkah-langkah yang paling sesuai dan menilai hasilnya.

Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya ini dapat memberi pemantauan


terhadap tugas-tugas spesifik seperti menentukan langkah-langkah tindakan, memilih
kerjaya atau mengubah tingkah laku mereka. Dari masa kesemasa unit ini membantu
pekerja dengan mengadakan latihan-latihan untuk menambahkan kemahiran-
kemahiran tertentu bagi mempertingkatkan prestasi kerjaya mereka.

Peranan Pengurus, Penyelia dan Ketua akan cuba membantu pekerja mengenal
pasti jenis masalah, menerokai cara-cara alternatif untuk menyelesaikan masalah dan
menolong menetapkan suatu pelan tindakan untuk pekerja itu ikuti. Semasa sesi
kaunseling, beberapa elemen perlu dipertimbangkan supaya tidak menjejaskan
kejayaan sesi kaunseling, terutamanya dalam persekitaran tanpa perkataan dan
kemahiran mendengar.

Objektif utama bimbingan kerjaya ialah untuk menyumbangkan


perkhidmatnnya kepada individu dan warga PPUM. Bagi individu, objektif bimbingan
dan kaunseling kerjaya ialah untuk menolongnya ke arah pilihan kerjaya dan kepuasan
mereka bekerja. Objektif Program Kaunseling Membantu Pekerja ini adalah untuk
membuat satu tindakan diatas perkara-perkara berikut:

16
1. Memberi kefahaman berhubung dengan Program Kaunseling Membantu
Pekerja.
• Mengadakan sesi kaunseling berhubung dengan kerja dalam jangka pendek
(Counseling Is Short-Term.)
• Menawarkan khidmat kaunseling kepada pekerja dan membuat rujukan
kepada individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.
2. Melatih Pengurus, Penyelia dan Ketua sebagai kaunselor dan melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan serta kemahiran dan teknik-teknik kaunseling
kerjaya. Penyelia dan pengurus dilatih dengan supaya mereka dilengkapi
dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mengatasi masalah-masalah
pekerja dibawah jagaannya.
3. Memberi pendedahan dan latihan-latihan untuk mengendalikan sesi kaunseling
kerjaya bagi membantu pekerja mengenal pasti masalah kerjaya, menerokai
dan mengenalpasti beberapa cara-cara alternatif untuk menyelesaikan masalah
(problem solving).
4. Memberi motivasi dan berkeyakinan kepada pekerja untuk menjalankan tugas
serta tabah menempuh halangan-halangan yang bakal diterima di tempat kerja
mereka.

MATLAMAT KAUNSELING
Matlamat bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengarahkan pekerja kearah
kegiatan yang lebih produktif dan mendapat kepuasan dalam dirinya yang lebih
bermanafaat. Matlamat asas bimbingan adalah untuk mengembangkan diri setiap
individu hingga ke satu tahap kebolehan dan kemahiran untuk mengatasi masalah
sendiri. Pada umumnya matlamat kaunseling ialah membiarkan klien dalam keadaan
perasaannya sendiri. 3Shertzer dan Stone (1974) mengatakan, matlamat-matlamat
yang dikemukakan oleh teori-teori kaunseling boleh mengambarkan keperluan dan
kehendak klien itu sendiri.
4
Blackham (1977) bagaimanapun menyarankan kaunselor perlu menyediakan
serba sedikit arah tujuan proses kaunselingnya. Jadi, terpulanglah kepada klien dan
kaunselor untuk membuat pemilihan matlamat yang lebih mantap dan lebih berkait
dengan diri kedua-duanya dan bagaimana mencapainya.

Matlamat dalam perkhidmatan kaunseling itu sebenarnya bertetapan dengan


kehendak falsafah perkhidmatan itu sendiri. Didalam falsafah kaunseling itu sendiri
menekankan bahawa kaunseling adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat, maka
kehendak dan matlamat kaunseling juga adalah membantu manusia itu memahami
serta melihat potensi dirinya dalam mencapai matlamat kesejahteraan hidupnya.
Matlamat umum kaunseling ialah membiarkan kliennya dalam keadaan perasaan
sendiri (5Muhd. Mansur, 1986).

Matlamat yang dirancang oleh kaunselor adalah hasil daripada pemikiran


mengikut kebolehannya dan mengikut matlamat klien sendiri. Enam matlamat asas
mengikut kepentingan yang diperlukan atau diinginkan oleh klien itu sendiri.

1. Memperbaiki Hubungan,
2. Menyediakan Perubahan Tingkah Laku,

3
Shertzer dan Stone (1971). Fundamentals of Counseling, Houghton Mifflin Company, Boston.
4
Blackham, G. J. (1977). Counseling: Theory. Process and Practice, Belmont Wardsworth, Publishing Co.

5
Muhd. Mansur Abdullah (1986). Proses Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

17
3. Mempercepatkan Seseorang Menjadi Rasional,
4. Membantu Mengambil Atau Membuat Keputusan dan,
5. Membentuk Kemahiran Daya Tindak.

Seseorang penasihat6 kerjaya yang betul-betul berminat akan menganggap


klien itu sebagai manusia bebas dan cuba menolong pertumbuhan peribadinya.
Penasihat kerjaya yang sejati secara berhati-hati menyertai kehidupan klien dengan
tujuan hendak menolongnya hidup dengan lebih sempurna lagi.

Penasihat yang bijak akan merasa gembira apabila kliennya kerap dan berdaya
menyelesaikan masalahnya dengan ikhtiarnya sendiri. 7Muhd Mansur dan Siti Nordinar
(1987, hal. 2) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai suatu aktiviti menolong klien
mengenal dan menyedari dirinya serta hubungan kendiri dengan pekerjaan yang
dilakukan dan juga hubungkaitannya dengan orang lain yang menjadi masyarakat.

PERKEMBANGAN DAN MAKLUMAT KERJAYA


Mengikut 8Super (1957), kerjaya termasuklah persediaan sebelum seseorang itu
menceburkan diri dalam dunia pekerjaan dan peranan lain yang dilakukan selepas
bersara. Dalam proses kerjaya, pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh minat seseorang.
Minat kerjaya merupakan segala minat terhadap aktiviti, hubungan dan tugas yang
berhubung dengan pekerjaan. Perkembangan kerjaya pula adalah merujuk kepada
satu proses seumur hidup dalam perkembangan nilai kerja. Proses ini nanti akan
membantu menentukan satu identiti kerja di samping membantu seseorang individu
itu mempelajari tentang peluang yang ada serta mencuba rancangan separuh masa,
kerja lapangan dan kerja situasi yang benar (9Tolbert 1972).

Didalam proses kaunseling kerjaya ada beberapa langkah untuk mendekati


klien dan proses penerokaan dapat dilakukan terhadap klien. Segala perasaan tidak
logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor mahupun klien mestilah dikikis dan
dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya.

Roger menekankan bahawa proses kaunseling ialah satu perbincangan,


perbualan, perdebatan dan hujah-menghujah yang dikemukakan oleh kedua-dua orang
yang terlibat secara langsung. Kaunselor akan membantu klien dalam proses
perkembangan emosi, pemikiran dan akademik mereka ke tahap maksimum yang
dapat menghasilkan matlamat dan perancangan pekerjaan yang realistik. Menjadi
program bimbingan dan kaunseling berkualiti, kaunselor dapat memberikan keyakinan,
membangkitkan motivasi mereka serta mempunyai sifat penerokaan, bernilai dan
bersesuaian.

Ujian personaliti akan memberi pekerja kefahaman tentang diri mereka dari
segi fizikal, mental, moral, peribadi, keluarga sosial dan kritikan diri. Setiap orang
mempunyai kepentingan yang berbeza-beza mengikut tahap dan taraf kehidupan
masing-masing. Menentukan matlamat kerjayanya dan usaha-usaha untuk mencapai
cita-citanya dengan memberi dorongan serta beberapa strategi bagi mengukuhkan
pendiriannya berdasarkan trait-trait personaliti yang positif.

6
Penasihat terdiri dari Kaunselor, Pengurus, Penyelia dan Ketua PTJ mengendalikan sesi kaunseling pekerja.
7
Muhd. Mansur Abdullah & Nordianar Mohd. Tamin, Proses Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987
8
Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York: Harper & Row.
9
Tolbert, G. L. (1972). Counseling for Career Development, Houghton Mifflin Company, Boston.

18
Bimbingan kerjaya ialah suatu proses yang bertujuan menolong seseorang itu
menghadapi masalah berkaitan dengan pilihan, rancangan dan penyesuaian
pekerjaan. Proses ini berakhir dengan jalinan di anatara minat, keupayaan, nilai dan
peluang-peluang yang sedia ada. Oleh itu dengan adanya program ini para pekerja
dapat membuat pilihan melalui kaunseling dan memotivasikan mereka kearah
kepuasan kerja.

Didalam perkhimatan kaunseling, amatlah ditekankan bahawa bahawa


kaunselor mestilah dapat memberikan kekuatan kepada klien atau pekerja untuk
membina konsep kendiri mereka serta mempertingkatkan "self-esteem". Kaunselor
dapat menyakinkan mereka dengan mudah, menarik minat mereka supaya dapat
meluahkan isi hati dan segala rahsianya secara terbuka dan sukarela. Kesimpulanya,
kaunselor haruslah berkemahiran serta berhati-hati merancang suatu perancangan,
memilih beberapa pilihan daripada keputusan yang disogokkan. Disamping kaunselor
menjadi model kepada kliennya.

LOKASI, PARTISIPASI DAN JADUAL PERLAKSANAAN


Lokasi paling sesuai yang dicadangkan ialah di Tingkat 10, Menara Utama dan
juga Tingkat 5, Menara Timur, (PTJ Latihan & Kemajuan Kerjaya) PPUM. Lokasi yang
stratigis juga dapat memberi impak yang baik daripada kakitangan PPUM ini.
Mengadakan tunjukarah yang jelas dan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang
dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus Asas Bimbingan dan
Kaunseling ini khas untuk Pengurus-Pengurus Wad di PPUM ini sahaja. Mereka dilatih
mengendalikan sesi kaunseling dan mewujudkan Program Membantu Pekerja di Wad
dibawah seliaan mereka. Mereka seramai 59 orang Pengurus Wad dalam perkhidmatan
Klinikal.

1. Unit Anestesiologi
2. Unit Pemulihan
3. Unit Obstetriks dan Ginekologi
4. Unit Oftalmologi
5. Unit Pediatrik
6. Unit Perubatan
7. Unit Perubatan Psikologi
8. Unit Perubatan Rawatan Utama
9. Unit Surgeri
10. Unit Surgeri Ortopedik
Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (3 group). Setiap kumpulan
dianggotai seramai 20 peserta untuk mengikuti Program Kursus Asas Bimbingan dan
Kaunseling Membantu Pekerja. Program merangkumi pelbagai aspek yang di
kumpulkan dalam enam modul. Diantara tenaga pengajar dicadangkan:

1. Mohamad Shuhmy Shuib


2. Puan Noraziah binte Sini
3. Puan Aini Ahmad
4. Penceramah jemputan

Propgram berjalan berterusan. Sekiranya hari cuti atau ditunda kumpulan


berkenaan akan mencari hari yang sesuaian untuk mengikuti program berkenaan,
modul seterusnya tidak dibenar mengikutinya.

19
Berbagai program yang akan dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini
untuk dimanafaatkan oleh warga PPUM ini. Untuk mencapai standard ISO kita perlu
mempunyai satu organisasi yang mantap dan semua pekerja dapat menunjukkan
prestasi yang cemerlang. Unit ini menerima klien yang dirujukkan oleh Pengurus-
pengurus Wad sebagai rujukan. Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
membuat rujukan dan susulan keatas kes-kes yang kritikal dan kronik kepada pakar
untuk mendapatkan pengesahan dan juga bantuan rawatan klien yang bermasalah.

Program ini juga akan melengkapkan peserta dengan pengetahuan, teknik dan
kemahiran dalam bidang kaunseling (proses menolong) dan kaunseling perseorangan
supaya mereka berupaya memberi khidmat kaunseling kepada golongan masyarakat
yang menghadapi masalah sosial/peribadi.

1. Menjelaskan kefahaman mengenai diri sendiri dan orang lain dari segi
kelemahan, kekuatan, nilai dan sikap;
2. Memberi kefahaman supaya peserta berkeupayaan mengendalikan satu
interaksi dengan menggunakan kemahiran kaunseling dan temuramah
kaunseling;
3. Mengembangkan kemahiran dalam cara-cara merespon dengan empati
kepada perasaan berkonflik dalam menyelsaikan masalah klien; dan
4. Mengenalpasti masalah dan merangka rancangan tindakan bagi
menyelsaikan masalah.

Jadual program yang dicadangkan:

Minggu Pertama

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Shuhmy 3 jam
1
Rabu Kumpulan dua Modul
1
Khamis Kumpulan tiga Modul
1
Jumaat -
Sabtu -

Minggu Kedua

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Puan Aini 4 jam
2
Rabu Kumpulan dua Modul
2
Khamis Kumpulan tiga Modul
2
Jumaat -
Sabtu -

20
Minggu Ketiga

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Shuhmy 4 jam
3
Rabu Kumpulan dua Modul
3
Khamis Kumpulan tiga Modul
3
Jumaat -
Sabtu -

Minggu Keempat

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Shuhmy 4 jam
4
Rabu Kumpulan dua Modul
4
Khamis Kumpulan tiga Modul
4
Jumaat -
Sabtu -

Minggu Kelima

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Puan Aini 3 jam
5
Rabu Kumpulan dua Modul
5
Khamis Kumpulan tiga Modul
5
Jumaat -
Sabtu -

Minggu Keenam

Hari Kumpulan Pagi Petan Modu Penceramah Masa


(Group) g l
Isnin -
Selasa Kumpulan satu Modul Noraziah
6
Rabu Kumpulan dua Modul
6
Khamis Kumpulan tiga Modul

21
6
Jumaat -
Sabtu -

SINOPSIS MODUL/KURSUS ASAS KAUNSELING


PROGRAM BANTUAN PEKERJA UNTUK PENGURUS WAD
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Modul 1

Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling


Latar belakang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; kepentingan perkhidmatan
menolong; pendekatan dan proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Kandungan Modul:

T Tajuk Masa
opi
k
1 Falsafah dan difinisi Bimbingan dan Kaunseling 30 minit
2 Konsep Bimbingan dan Kaunseling 30 minit
3 Sejarah/Latar Belakang kaunseling 30 minit
4 Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan 30 minit
kaunseling
5 Pendekatan dan Proses Kaunseling 30 minit
6 Pengenalan kepada Kaunseling 30 minit
Individu/Kelompok
7 Tugasan dan Soal Jawab -
Jumlah Masa 3 jam sahaja

TUJUAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami falsafah, konsep, sejarah
dan kepentingan bimbingan dan kaunseling.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

22
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab
soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

" Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi kaunseling". Penulisan
tidak melebihi 5 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological
Association.

Modul 2

Teori Kaunseling
Pengenalan kepada bentuk, rasional, perkembangan, penyelidikan dan
penggunaan teori-teori dalam kaunseling dan psikoterapi. Teori dan pendekatan dalam
bimbingan dan kaunseling mengambil tiga aspek besar iaitu: Humanistik, tingkah laku
dan Kognitif.

Pandangan-pandangan utama merangkumi teori Psikoanalisis, Terapi Rasional


Emotif, Teori Tingkahlaku, Analisis Transaksional, Psikologi Individu, Psikologi Analitikal,
Psikologi Gestalt, Terapi Realiti. Teori-teori akan dikaji, satu persatu dan
diperbandingkan. Kajian akan ditumpukan kepada penggunaan dan analisis kajian kes.

T Tajuk Masa
opi
k
1 Teori dan Pendekatan Dalam Kaunseling. 30minit
2 Teori PCC 30minit
3 Pendekatan Modifikasi Tingkah laku 30minit
4 Pendekatan Rasional Terapi (RET). 30minit
5 Teori Gestalt 30minit
6 Teori Realiti 30minit
7 Teori Personaliti 30minit
8 Tugasan dan Soal Jawab -
9 Jumlah Masa 4 jam sahaja

TUJUAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami teori-teori kaunseling dan
pendekatan yang perlu dilakukan semasa proses kaunseling.

Sumber Pembelajaran

23
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Memahami teori kaunseling dan perbezaaan diantara teori.
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab
soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

" Pilih salah satu teori kaunseling yang telah anda fahami dan terangkan dengan jelas
definisi, proses dan matlamat kaunseling menurut teori yang anda pilih.". Penulisan
tidak melebihi 5 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological
Association.

Modul 3

Kemahiran Asas Kaunseling Individu 1


Kemahiran kaunseling yang asas; ciri-ciri hubungan kaunseling dan kesannya ke atas
proses kaunseling; sikap dan tingkah laku kaunselor; kesan sikap dan tingkah laku
klien terhadap hubungan kaunseling.

T Tajuk Masa
opi
k
1 Pengenalan kaunseling Individu 30 minit
2 Proses kaunseling 30 minit
3 Penyelesaian Masalah 30 minit
4 Penyepaduan kemahiran kaunseling dengan teori 30 minit
dan teknik kaunseling
5 Strategi dalam proses kaunseling 30 minit
6 Penyediaan laporan kaunseling. 30 minit
7 Latihan sesi kaunseling (penyepaduan) 1 jam
8 Tugasan dan Soal Jawab
Jumlah Masa 4 jam sahaja

TUJUAN

24
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami dan boleh
mengendalikan sesi kaunseling individu dengan baik Penggunaan kemahiran
kaunseling dalam proses kaunseling; penyepaduan kemahiran kaunseling dengan teori
kaunseling dan psikoterapi; strategi dalam proses kaunseling; penyediaan laporan
kaunseling.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Boleh mengendali sesi bimbingan dan kaunseling
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab
soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

" Terangkan proses kaunseling dan buat satu laporan sesi kaunseling yang telah anda
adakan. Terangkan dengan jelas masalah yang dinyatakan, proses kaunseling yang
dilakukan, proses penyelesaian masalah (jika ada) dan tindakan yang diambil.".
Penulisan tidak melebihi 10 muka surat mengikut cara penulisan American
Psychological Association.

Modul 4

Kemahiran Asas Kaunseling Kelompok


Diakhir kursus ini peserta akan dapat membentuk kelompok kaunseling
perkembangan kerjaya diantara staf dan subordinate dibawah jagaannya.

T Tajuk Masa
opi
k
1 Pengenalan kepada kaunseling kelompok 30 minit
2 Pembentukan kelompok 30 minit
3 Proses kaunseling kelompok 30 minit
4 Kaunseling kelompok 1 jam
5 Laporan kaunseling kelompok 30 minit
6 Tugasan dan Soal Jawab -

25
Jumlah Masa 3 jam sahaja

TUJUAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat mengendalikan sesi kaunseling
kelompok.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab
soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

“Bentukkan satu sesi kelompok di Wad anda, tuliskan laporan pemilihan dan
pembentukan kelompok anda dan tuliskan laporan perkembangan kelompok.

Modul 5

Etika Kaunseling
Tanggungjawab profesional dan etika dalam kaunseling; analisis etika
kaunseling di tempat bertugas; pertimbangan undang-undang; isu semasa dalam
kaunseling.

T Tajuk Masa
opi
k

26
1 Pengenalan Etika dalam kaunseling 1 jam
2 Tingkah laku kaunselor 1 jam
3 Tugasan dan Soal Jawab 1 jam
Jumlah Masa 3 jam sahaja

TUJUAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami etika kaunselor.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab
soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang
berikut :

" Jelaskan mengapa kaunselor perlu beritika". Penulisan tidak melebihi 5 muka surat
mengikut cara penulisan American Psychological Association.

Modul 6

Latihan Kaunseling

27
Latihan kaunseling ini wajib kepada semua peserta. Setiap peserta perlu
membuat latihan dan penyediaan program bimbingan dan kaunseling serta
mengendalikan kaunseling individu dan kelompok ditempat kerjanya. Laporan aktiviti
yang dilakukan itu hendaklah di tulis dengan lengkapkan jelas. Peserta dikehendaki
membuat lima sesi kaunseling individu dan mengendali satu sesi kelompok. Laporan
hendaklah diserahkan dalam masa dua minggu.

TUJUAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami serta boleh
mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling.

Sumber Pembelajaran

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling
3. Bahan bacaan

Kaedah Belajar

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian

1. Berdasarkan laporan yang diberikan.


2. Sijil pengiktirafan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya.

Sijil mengikuti program akan diberikan kepada peserta yang tamat dengan jaya
mengikuti program Asas Bimbingan Kaunseling Membantu Pekerja di Pusat perubatan
Universiti Malaya ini oleh PTJ Latihan dan Kerjaya.

28
KESIMPULANNYA:
Orang-orang di Barat memandang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sebagai suatu yang mesti dan wajib. Mereka yakin bahawa perkhidmatan begini dapat
menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran kepada dua pihak; mempelajari
sesuatu daripada kaunselornya, sebaliknya kaunselor juga banyak belajar daripada
kesilapan kliennya itu buat dirinya, keluarganya mahupun kliennya yang datang.

Oleh itu dapatlah kita katakan bahawa perkhidmatan Program Bimbingan dan
Kaunseling Membantu Pekerja boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang bersedia
dan mahu menggunakannya. Ini disebabkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh
kaunselor ialah cuba membantu, membimbing dan mententeramkan jiwa kliennya
sehingga dia dapat hidup seperti manusia biasa yang lain dan menjalankan tugasnya
dengan lebih berkeyakinan.

Program Bimbingan dan Kaunseling Membantu Pekerja dapat mempengaruhi


proses ia membuat keputusan. Akan tetapi, sangat kurang ataupun tiada langsung
penyelidikan dibuat bagi menunjukkan bagaimana sebenarnya pekerja itu
menggunakan maklumat pekerjaan, bagaimana pengetahuan ini berkembang, atau
apakah jenis maklumat yang digunakan oleh pekerja dalam membuat keputusan.

Dalam menentukan peranannya, Program Bimbingan dan Kaunseling


Membantu Pekerja dapat menasihat pekerja dan memeriksa perhubungan antara
majikan atau organisasi tempat mereka bekerja. Pihak majikan juga akan
menggunakan khidmat program ini bagi meningkatkan lagi penggerak dan daya minat
dunia kerjaya.

Oleh demikian, masalah psikologi timbul berikutan seseorang tidak berupaya,


mungkin tiada keberanian diri atau takut kepada halangan budaya masyarakat,
menyebabkan diri asli tidak dapat dijelmakan. Seperti keperluan muklak kepada
kepelbagaian bio untuk memungkinkan kelestarian alam, manusia juga perlu tumbuh
secara asli dan sekali gus memancarkan kepelbagaian warna, tatalaku, sifat dan
kreativiti. Banyak orang akan bertanya apakah dengan membiarkan seseorang itu
tumbuh akan menyebabkan mereka cenderung menjadi jahat? Dan mungkin soalan itu
boleh ditukar begini: apakah ada manusia semulajadinya jahat?

Manusia bermasalah apabila tidak tahu apa yang hendak dilakukan dalam
kehidupan, yakni apabila mengumpul pelbagai masalah sehingga masalah itu menjadi
kusut tak terhurai. Seorang kaunselor terlatih akan menganalisis masalah klien itu
atau menggunakan kaedah lain, berdasarkan keyakinan, sama ada psikoanalisis Freud,
Transaksional Analisis (TA), Rasional-Emotif Terapi (RET), Gestalt atau Ekletik.

Jawatankuasa Takrifan, Bahagian Psikologi Kaunseling Persatuan Psikologi


Amerika pula memberi difinisi kaunseling sebagai : “Membatu individu dalam usaha
menyelesaikan halangan terhadap pertumbuhan diri ke arah mencapai pembangunan
optimum sumber personaliti.” (CH Patterson dalam bukunya Theories of Counseling
and Psychotherapy, Harper & Row, 1986). Dalam bidang sains tulen termasuk bidang
perubatan, ada hukum teratur yang mendasari segala kaedah rawatan dan doktor
menggunakan kepakarannya bagi merawat pesakit.

Segala perancangan bolehlah disusunatur dan menyediakan inventori rawatan


bagi menerima klien untuk rawatan. Kelancaran rancangan penubuhan unit bimbingan
dan kaunseling ini tidak dapat di wujudkan sekiranya tidak ada pengemblingan dari PTJ
Sumber Manusia.

29
RUJUKAN
American Psychiatric Association. (1980). Diagnostic and statistical manual of
mental disorders (3rd ed. rev.). Washington DC: Author.

Aziz Salleh (1993), Kaunseling Islam Asas, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributers Sdn. Bhd.

Mizan Adilah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996),


Kaunseling
Individu: Apa dan Bagaimana, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar (1993), Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran
Asas,
Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993), Kaunseling
Kerjaya Teori
dan Amalan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah (1993), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (1996), Kauseling Senario, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.
Bhd.

Saedah Siraj, Zainun Ishak dan Tungku Mokhtar (1996), Motivasi Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Kuala
Lumpur:
Utusan Publications Sdn Bhd.

Zunker. V. G. (1994). Career counseling: Applied concepts of life planning.


Pacific Grove. CA: Brooks/Cole.

30

You might also like