You are on page 1of 16

BAB 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA


UMUM

DISEDIAKAN OLEH :
MARISSA RICHARD
NORFATIN MOHAMMAD DIN
CHE FATMA NADIA BT CHE
MAT ARIFFIN

PENGENALAN

Malaysia mulai bergerak menuju ke arah status


negara maju seperti yang dicita citakan dan
dinyatakan dalam Wawasan 2020.
Peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 Pencetus
kepada transformasi sosioekonomi yang luar biasa.

membuka mata tentang kecacatan dalam hubungan masyarakat


kita khususnya dalam hubungan etnik.

Kemajuan ekonomi + kestabilan politik

Tanpa kedua duanya maka pincanglah pembangunan


negara kita dan akan mewujudkan konflik.
Sebab itu perlunya keseimbang kedua dua aspek
tersebut.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG


HARMONIS
Faktor hubungan etnik yang harmonis =
kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan
ekonomi dan kestabilan politik.
( survival
Malaysia = negara bangsa dan sistem sosial
yang kukuh.)
Sebagai masyarakat yang berbilang
bersama sama memupuk dan
mengekalkan hubungan ini.
Jika sebaliknya peristiwa ( 13 Mei 1969)
pasti akan terulang kembali.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA TERSEBUT;


Rusuhan kaum tidak membawa keuntungan
kepada sesiapa tetapi merugikan semua pihak.
Melibatkan nyawa dan harta benda.
Langkah langkah konkrit harus diambil untuk
mengeratkan perpaduan nasional dan
keharmonian antara kaum.
Perpaduan nasional tidak akan wujud jika ada
sebilangan besar penduduk miskin.
Nilai hormat menghormati antara satu sama
lain.

USAHA KERAJAAN MEWUJUDKAN


PERPADUAN NASIONAL

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara / Jabatan


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN.
( 1969 )

Memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.


Mengeratkan hubungan masyarakat daripada seluruh
negeri di Malaysia.

Pengenalan Rukun Negara


Dasar Ekonomi Baru
Dasar pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Hasil kerjasama dan sumbangan daripada sektor
swasta, sektor komuniti ( NGO) dan semua parti
politik.

HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN


ETNISITI

Pengalaman
sejarah
membuktikan
terdapat
hubungan kait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti,
khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor
ekonomi dengan sesuatu kaum.
Sebagai satu contoh keadaan, yang menjadi persepsi
masyarakat iaitu majoriti etnik Melayu terdiri daripada
petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam
perniagaan dan sektor perlombongan, manakala
sebilangan besar etnik India merupakan buruh di
estet.
Ini bermakna, apabila kita menyebut tentang
ekonomi, sekaligus kita akan menyebut juga tentang
hal etnisiti dan begitulah sebaliknya.

Setelah sarjana dan penyelidik mengkaji,


tidak dinafikan bahawa pentingnya faktor
pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan
politik sebagai teras kejayaan Malaysia
selama ini.
Menurut mereka, kunci bagi survival Malaysia
ialah hubungan etnik yang harmonis.
Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh
Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi,
Bank Dunia (1997-2000) dan penerima
Anugerah Nobel (Bidang Ekonomi), 2001:

Saya berpeluang berbincang dengan Perdana Menteri


Malaysia selepas berlakunya rusuhan di Indonesia. Negaranya
juga pernah mengalami rusuhan etnik pada masa lepas.
Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
menghindarinya daripada berulang, termasuk mencipta suatu
program untuk memperbanyak peluang pekerjaaan untuk etnik
Melayu. Mahathir sedar bahawa segala pencapaian usaha
membina sebuah measyarakat multietnik akan sia-sia sekiranya
beliau mengizinkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
memaksa pelaksanaan dasar-dasarnya terhadap beliau dan
negaranya, dan akhirnya akan mencetuskan rusuhan. Pada
beliau menghindar berlakunya kegawatan ekonomi yang tenat
bukan hanya merupakan satu persoalan ekonomi, malah satu
persoalan yang berkait dengan suvival negaranya

Kenyataan tersebut menekankan bahawa


dalam
konteks
Malaysia,
apabila
berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi
yang tenat (seperti yang terjadi pada
tahun 1997-1998), penyelesaian ekonomi
sahaja tidak mencukupi kerana hubungan
antara ekonomi dan etnisiti amat rapat.
Oleh itu, hubungan etnik merupakan satu
ciri penting yang mencorakkan sistem
sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai
kehidupan harian semua rakyat Malaysia.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN


ETNIK
Hubungan etnik dapat mencerminkan sifat
sesuatu
struktur
sosial
masyarakat.
Hubungan etnik mencerminkan keadaan
sosial masyarakat. Hubungan etnik juga
memberikan pemahaman tentang darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca
koflik dan lebih penting sejauh mana struktur
masyarakat bersifat kolonial.
Hubungan
etnik
juga
mencerminkan
perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan
etnik memaparkan pelbagai aspek sistem
stratifikasi dan faktor yang membawa kepada
perubahannya.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan


sumber
ketegangan
sosial
dalam
sesebuah masyarakat. Dari perspektif
sosio;ogi, biasanya ketegangan sosial
dapat dikawal dan dikaburkan oleh
golongan elit. Golongan minoriti terpaksa
menahan perasaan tidak puas hati
mereka. Melalui cara demikian, konflik
dipendamkan dan terkawal. Menurut
Benedict, konflik ras mencerminkan
ketidaksamaan dalam masyarakat . Maka,
hubungan etnik bukan sahaja menjadi
petunjuk
ketegangan
sosial
malah
petunkuk ketidaksamaan sosial

Melaui hubungan etnik, kita juga boleh


memahami isu prasangka dan diskriminasi
di sesebuah negara. Kita dapat mengetahui
apabila
prasangka
menjadi
sebab
diskrimasi, atau sebaliknya, bagaimana
sesuatu isu prasangka atau diskriminasi
boleh wujud seta peranan norma dan
kawalan sosial dalam mempengaruhi
amalan diskriminasi.

Selain itu, kita juga dapat menggambarkan


peranan
faktor
personaliti
dalam
menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
Misalnya,
prasangka
mencerminkan
keperluan dalam diri individu apabila
menggunakan scapegoat dan rasisme
sebagai pampasan terhadap perasaan
tidak selamat dan rendah diri.

Hubungan etnik juga penting dalam


memahami kesan pengindustrian di
sesebuah
negara.
Hubungan
etnik
memaparkan maklumat yang berguna
tentang
kesan
tentang
kesan
pengindustrian dan perubahan sosial,
khasnya kesan terhadap pola diskriminasi,
hubungan dominasi dan subordinasi,
reaksi minoriti dan reaksi deprivasi relatif
sesuatu kumpulan.

Jelaslah bahawa hubungan etnik juga


mempengaruhi
dasar
sosial
dan
perancangan sosial sesebuah negara.
Pembentukan dasar dan perancangan
sosial
sebenarnya
berdasarkan
pemahaman kerajaan terhadap sifat
struktur sosial, darjah ketegangan sosial.
Hubungan antara prasangka dengan
diskriminasi serta hubungan antara
personaliti dengan norma sosial dan kesan
pengindustrian.

You might also like