You are on page 1of 2

BAHAGIAN A: Tugasan Berkumpulan

Terdapat pelbagai jenis persatuan ditubuhkan di sekolah dan juga di pusat pengajian
tinggi. Sejauh manakah aktiviti persatuan ini dapat memainkan peranan dalam mencapai
integrasi nasional?

Persatuan

didefinisikan

sebagai

sesuatu

entiti

kumpulan

yang

berstruktur,

berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah, persatuan biasanya


dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yaqng
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat
dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan,
ikatan dan kumpulan. Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah an association of
people with mutual aims or interest, an organization of people formed for a particular and
shared purpose: an association, bermaksud sejenis berkumpulan, gabungan atau perikatan
yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun
1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis mestilah menubuhkan persatuan
sekolah dari kategori yang berikut iaitu mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam
Peraturan Pendidikan, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan badan beruniform atau apa-apa
persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang penting,
khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di
kalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan
menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga kini, insiatif dan usaha sekolah menubuhkan
persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan.
Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih besar dalam mengangkat kegiatan
kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah apabila pengetahuan,
kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan

persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan. Sebagai
contoh, murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama akan berpeluang merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan,
berkongsi pengetahuan & pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari, menetapkan
matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama, berkongsi sumber dan peralatan,
wujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan.
Objektif-objektif persatuan ditubuhkan adalah supaya guru-Guru dan murid-murid dapat
mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin,
mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah, mengetahui dan memahami
kaedah, strategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan, mempunyai
pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan
kelab atau persatuan yang dipimpin dan mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang
berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk
memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan.
Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan
mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan,
kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran
dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian
pemikiran, pengalaman dan latihan.
Matlamat penubuhan persatuan adalah agar dapat membantu guru dan murid-murid
merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa,
berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi
mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi
dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

You might also like