You are on page 1of 10

Pendidikan khas merupakan satu cabang pendidikan yang sangat istimewa.

Ini kerana hanya


kanak-kanak istimewa sahaja yang boleh menyertai kelas pendidikan khas. Walaupun kanakkanak ini mempunyai masalah kesihatan, namun mereka masih mempunyai keinginan untuk
untuk belajar dan menimba ilmu. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana kesungguhan
dan kecekalan hati mereka yang sanggup menempuh dugaan hidup ini walaupun tidak seperti
masyarakat normal yang lain. Saya merasakan yang mereka ini haruslah diberi kepentingan di
dalam komuniti supaya mereka tidak tercicir dan pada masa ini kita lihat terdapat banyak
kemudahan yang membantu mereka yang istimewa ini. Jadi, untuk membuat tugasan ini, saya
telah memilih tajuk Sindrom Down kerana saya sangat berminat untuk mengkaji tentang kanakkanak ini. Ini kerana pada pendapat saya, kanak-kanak ini sangat istimewa dan ramah.
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21
(biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai
Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai
masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Sindrom bermakna kehadiran
sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini
mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang
menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan
tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian
(disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas
antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor
persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan
kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee dan tikus. Bahan
kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir
sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46
kromosom dengan aturan XY bagi jantan.
Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (non disjunction) meiosis. Akibat
kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan
kromosom 21. Dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan
gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan
kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88%

disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete
bapa.
Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas.
Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel
mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21). Ini
boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada
embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21, atau embrio sindrom Down
melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom
normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan
sebahagian tisu. Ini merupakan punca 12% dari sindrom Down yang dikaji.
Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan
oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada
kromosom

lain,

seringkali kromosom

14 (45,XX,

t(14;21q))

atau

ia

sendiri

(dikenali

sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada
gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21.
Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan
punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji.[9] Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan
oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.
Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan
ciri-ciri fizikal seperti bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam
mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga
dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah
membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok
Brushfield. Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek
dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu
garisan urat dinamakan "simian crease". Kaki individu ini agak pendek dan jarak di antara ibu
jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Kanak-kanak Sindrom Down
mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus.
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan
dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat
dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan
bercakap. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan keperluan individu yang
mempunyai Sindrom Down mampu meningkatkan kualiti pendidikan dan kehidupan mereka.
2

Antara kaedah yang sesuai untuk mereke adalah kaedah intervensi. Pelbagai kaedah intervensi
awal boleh dilakukan untuk meningkatkan potensi dan fungsi mereka. Intervensi awal
memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan
kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal juga menawarkan
penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan
mengurangkan beban penyediaan

pendidikan khas

pada peringkat

sekolah

rendah

danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas


mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan
perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan
kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal
yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan
dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan,
kesihatan dan pendidikan.
Guru haruslah menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang
lebih kondusif, mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain. Proses pengajaran
perlu dijalankan dengan kadar perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak .Penyampaian
tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi serta tersusun. Arahan perlu jelas,
betul, ringkas, khusus dan lengkap dengan butiran yang terperinci. Bimbingan dan bantuan
yang berkesan diberikan secara berterusan kepada murid- murid khas ini. Di samping itu, guru
juga haruslah menyediakan suasana pembelajaran yang menarik perhatian kanak-kanak dan
berusaha untuk melibatkan diri dan murid di dalam aktiviti pembelajaran. Guru boleh mengajar
kemahiran mengingat yang mudah dengan memasukkan eleman vokasional dan kemahiran
kendiri di dalam kurikulum. Seterusnya, kanak-kanak Sindrom Down perlu dilatih menguruskan
keperluan diri sendiri seperti makan, minum, mandi dan memakai pakaian tanpa bantuan orang
lain. Penggunaan

peneguhan positif atau negatif bagi merangsang murid berusaha

untuk meningkatkan kemahiran bertutur, memberi ganjaran atau hadiah kepada murid yang
berjaya menguasai kemahiran bertutur, mengaitkan pembelajaran dengan perkara yang disukai
atau diminati oleh kanak-kanak juga merupakan antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru
untuk pelajar- pelajar khas ini. Untuk kelancaran proses Pengajaran dan pembelajaran seorang
guru haruslah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik serta menggunakan
rangsangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Teknik scaffolding merupakan
antara teknik pengajaran berkesan dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
3

secara berterusan.Guru perlu memastikan tahap kesediaan murid-murid kerana bukan semua
murid yang akan boleh mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Oleh itu, waktu set induksi
perlu digunakan untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid-murid. Guru
perlu memberikan respon atau tindak balas yang spesifik dan kerap. Respon guru dan teguran
yang positif serta spesifik diperlukan agar hati kanak-kanak tidak terluka. Guru

juga perlu

menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Kaedah
pengajaran seperti time-out, kontrak, token economy dan pengasingan dalam mengawal dan
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini boleh diaplikasikan. Di samping itu,guru perlu
mewujudkan peraturan bilik darjah yang dipersetujui bersama kanak-kanak yang jelas berkaitan
ganjaran dan hukuman yang diperolehi jika mereka melanggar atau mematuhi peraturan yang
ditetapkan.Hukuman yang diberi sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Guru guru haruslah sering mendekati

individu khas ini dan memberi perhatian melalui

perbualan dan interaksi. Selain dari itu, murid- murid Sindrom Down perlu diberi pendedahan
mengenai konsep-konsep konkrit iaitu yang dapat dilihat dan disentuh. Contohnya gambar bola
dan bola yang realistik. Murid Sindrom Down juga boleh diajar sesuatu perkara dengan cara
yang mudah atau tugas-tugas yang kecil seperti mengajar mengelap meja. Latihan secara
berterusan akan dapat melatih mereka memahami maksud kebersihan dan cara menjaga
kebersihan.

Otak manusia berkembang pesat dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu kanak-kanak dengan
Sindrom Down perlu menjalani Program Program Rangsangan Bayi (ISP) pada tahap umur 03 tahun dan Program Program Intervensi Awal (EIP) dari 3 6 tahun sebelum menjalani
pendidikan khas di sekolah. Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan
berlainan. Oleh itu mereka memerlukan Rancangan Pendidikan Individu( RPI) yang
bersesuaian. RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat. Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber
yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat
dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai matlamat
objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang
mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.
Kelambatan penguasaan bahasa dan subjek subjek lain menyebabkan mereka mempunyai
pengetahuan am yang kurang jika dibanding dengan murid biasa. Individu sindrom Down
mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi untuk memantapkan daya
4

ingatan mereka. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor
umpamanya menggunakan isyarat tangan. Tetapi, segala aktiviti haruslah dijalankan secara
perlahan kerana kanak kanak Sindrom Down sukar untuk memahani arahan dan perkataan.
Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran terperinci.Contoh arahan adalah seperti ambil
buku berwarna kuning di atas meja itu dan bawakan buku kuning itu kepada cikgu. Arahan
seperti ini akan membantu mereka untuk memahami sesuatu dengan baik walaupun lambat
untuk difahami.
Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Sub seksyen (1) (B)
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi
mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.Pendekatan yang diambil dapat
menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran.
Mereka yang tidak kurang dari segi attitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai
kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan
optimum.
Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan
yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat
belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin
disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin
disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan
berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.
Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.
Murid- murid Sindrom Down juga memerlukan keperluan prasarana sekolah yang kondusif.
Contohnya, pihak sekolah haruslah mewujudkan selamat dengan mengunci pintu masuk
sekolah pada waktu persekolahan. Dengan ini, pihak sekolah dapat menentukan tiada murid
yang keluar dari kawasan sekolah secara tidak sengaja. Selain itu, asesibiliti kelas yang sesuai
seperti tiada longkang yang besar, penempatan yang sentral, serta kelas untuk murid- murid
khas ini ditempatkan di tingkat bawah dapat menjamin keselamatan murid murid ini. Di
samping itu, murid- murid Sindrom Down juga perlu diawasi semasa pergi ke tandas untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Seorang guru yang mengajar murid- murid Sindrom Down haruslah mempunyai ciri ciri yang
bersesuaian supaya muid murid tidak tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan
Tuhan. Mereka haruslah mempunyai sifat sifat seperti sabar, penyayang dan benar- benar
menyukai bidang Pendidikan Khas ini. Mereka juga perlu memahami tingkah laku murid
Sindrom Down dan mengetahui cara untuk menangani murid murid ini sekiranya timbul apaapa masalah. Seterusnya, seorang guru perlu tahu tentang garis panduan untuk perlaksanaan
kurikulum yang telah dibekalkan. Para guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang
kreatif yang sesuai untuk murid- murid tersebut seperti menulis menggunakan kaedah phonetic
atau e-Extra, teknik pengajaran yang berkualiti seperti menggunakan perisian komputer,
Picture Enhanced Communication System, Cross Curricular dan sebagainya.
Selain itu, Kementerian Pelajaran juga perlu memastikan guru guru mendapat latihan yang
berkualiti supaya para guru dapat menunjukkan kebolehan mereka dalam mengajar muridmurid khas ini. Kementerian haruslah menggalakkan penampilan idea- idea kreatif dan inovatif
dalam pelaksanaan pembelajaran dari kalangan guru melalui forum atau simposium berkala.
Seterusnya, pentaksiran untuk pendidikan khas akan dibincangkan. Pentaksiran serta pensijilan
alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran harus diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia. Pentaksiran ini haruslah berbentuk formatif dan
bukan sumatif.
Pihak lain juga perlu mendorong golongan individu ini seperti keluarga, masyarakat dan
sebagainya untuk kemajuan dan kesejahteraan mereka. Masyarakat haruslah menerima
individu ini sebagai insan ciptaan Tuhan dengan tidak menindas mereka. Selain itu, masyarakat
juga memberi bantuan jika golongan ini menghadapi apa- apa masalah.
Pihak kerajaan harus memainkan peranan dengan membantu individu khas ini dengan
memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian,
tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini
disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini
bukan sahaja dapat meringankan beban mereka malah dapat menggembirakan hati mereka
dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada golongan berkeperluan khas ini. Sistem pendidikan khas
perlu diperluaskan kepada golongan khas yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang

mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan dengan


itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang
setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kuota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada
individu yang mempunyai Sindrom Down yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meningkatkan lagi motivasi pelajar Sindrom Down untuk mengubah nasib hidup mereka
ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Institiusi kekeluargaan juga memainkan peranan dalam menentukan kemajuan individu
berkeperluan khas ini. Mereka haruslah menerima hakikat dan reda dengan kurniaan Tuhan.
Ahli keluarga haruslah sabar dan menyokong inidividu ini antara satu sama lain. Pihak ibu bapa
juga perlu mendapatkan maklumat yang betul untuk membesarkan individu yang mempunyai
Sindrom Down ini. Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat
sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak
dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu
berkeperluan khas.
Peranan masyarakat juga merupakan satu keperluan yang penting kepada golongan khas ini.
Masyarakat

perlu menerima kehadiran golongan ini seadanya dan membantu mereka

menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana masyarakat perlu sedar
bahawa individu individu berkeperluan khas tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang
tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Tiada insan yang
mahu dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna justeru golongan Kelainan Upaya (OKU) ini
haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti
insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita
harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu
mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya.
Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni
seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat
membantu OKU dengan seikhlas hati.
7

Kesimpulannya, golongan khas ini sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut semua pihak terutama ibu bapa, guru, kerajaan, swasta dan masyarakat
mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguhsungguh membantu golongan ini, sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan
negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai
diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan berkeperluan khas ini.

Tajuk jurnal yang telah saya pilih adalah Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan
Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia yang dihasilkan oleh Supiah Saad dari Jabatan
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2005.
Di bahagian pengenalan penulis jurnal ini telah menerangkan tentang beberapa perkara iaitu
sistem Pendidikan di Malaysia, Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KBK) di Malaysia,
Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kelolaan KPM serta Murid Pendidikan Khas di
Aliran Perdana. Bentuk sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia iaitu sistem pendidikan
berpusat. Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan
pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang
upaya. Dalam Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

(KBK) di Malaysia pihak yang

terlibat adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian


Pengajian Tinggi, serta Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Dalam
Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kelolaan KPM murid berkeperluan khas terbahagi
kepada dua kategori iaitu, murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan murid bermasalah
pembelajaran. Manakala masalah murid Pendidikan Khas di Aliran Perdana adalah fizikal iaitu
cacat anggota, emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD), Pembelajaran khusus iaitu
Disleksia serta penguasaan kemahiran 3M.
Kajian kes dalam jurnal ini terbahagi kepada tiga persoalan. Pertama, pakah faktor yang
mempengaruhi tahap komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif?,
kedua adalah sejauh mana guru di aliran perdana komited dengan proses pengajaran dan
pembelajaran MBK dalam tanggungjawab mereka? dan yang ketiga pula adalah apakah
strategi guru aliran perdana dalam mengatasi masalah MBK. Penulisan ini menggunakan
kaedah yang berbeza untuk tujuan perbandingan, maka dapatan kajian ini hanyalah merupakan
satu spekulasi tersusun. Daripada kajian ini saya telah memperolehi beberapa maklumat iaitu
hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah aliran perdana tahu definisi pendidikan inklusif dengan
merujuk kepada kajian Supiah Saad (2003). Kedua, tidak ada seorang pun daripada 28 orang
guru aliran perdana yang ditanya dapat memberi maksud pendidikan inklusif dan pendidikan
khas dengan tepat. Kebanyakan menjawab tidak pernah dengar perkatan tersebut. Dapatan
diperoleh berdasarkan pengalaman penulis sebagai panel temu duga biasiswa 2005. Di
samping itu, saya juga dapat mengetahui bahawa kesemuanya 12 orang warga pendidik aliran
perdana yang ditemui secara tidak dirancang (dalam situasi dan masa berasingan) tidak faham
maksud special education atau pendidikan khas. Mereka faham singkatan OKU (orang kurang
upaya) tapi apabila ditanya lebih lanjut tentang kanak-kanak OKU, buta dan pekak adalah
9

golongan OKU yang mereka tahu. Dapatan diperoleh daripada diari penulis dari Januari 2004
hingga Jun 2005 melalui interaksi sosial.
Jurnal ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan mempunyai kesimpulannya
tersendiri hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh penuis jurnal ini. Antaranya adalah
cirri ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru pendidikan khas iaitu, kasih sayang dan
keikhlasan, pengetahuan guru tentang MBK, sikap (positif) dan penerimaan tanpa syarat,
konsistensi yang berserta motivasi berterusan, strategi dalam pengajaran (memindahkan teori
pembelajaran ke dalam bentuk yang praktikal), kepakaran iaitu elemen luaran guru pendidikan
khas contohnya bahasa isyarat untuk murid bermasalah pendengaran dan Braille untuk
masalah penglihatan dan sebagainya.
Jika jurnal ini ditinjau dari segi kekuatan, ia membuka ruang kepada kajian lanjut berkaitan
pendekatan pendidikan inklusif. Jurnal ini juga telah memberikan maklumat berkaitan tahap
komitmen dan peranan guru perdana tentang pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia. Di
samping itu,

dapatan kajian dalam jurnal ini telah menjawab persoalan kajian yang telah

dikemukakan.
Saya juga ingin mengemukakan kritikan atau kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini.
Misalnya, Penulisan abstrak tidak mengandungi maklumat yang lengkap. Selain itu, penulis
tidak menganalisis dapatan kajian menggunakan kaedah analisis yang lebih sistematik. Saya
juga mendapati kelemahan dari segi rujukan. Antaranya, rujukan yang telah digunakan dalam
kajian ini tidak terkini atau dikemas kini. Di samping itu, saya juga mendapati penulis tidak
mencatatkan rujukan yang digunakan dengan lengkap.
Kesimpulannya, pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Pendidikan inklusif adalah salah
satu langkah untuk mencapai kemajuan. Khususnya kemajuan kepada pencapaian murid itu
sendiri, kemajuan kepada kaedah pengajaran guru, kemajuan kepada sekolah dan kemajuan
kepada sistem pendidikan dan akhirnya kepada negara.

10

You might also like