You are on page 1of 1

UNSUR SENI

Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu.
Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka
wujudlah garisan.
Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i.

ii.

Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:


Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar
kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan,
tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan
dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri

Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
Garisan, Ton dan Ruang

Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang
tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan
yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala
garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

You might also like