You are on page 1of 1

Pengerusi,

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK),


Kampung Manjoi Baru Tambahan,
30020 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel: 05-7651002
____________________________________________________________________________
________
Rujukan Kami : JKKKMBT/06/001(1)
Pengurus,
Kilang ABC,
Kawasan Perindustrian Jelapang,
30020 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN.

06 JUN 2013

Tuan,
Masalah Pencemaran Udara Akibat daripada Asap Kilang
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili JKKK Kampung Manjoi Baru Tambahan
dengan ini membuat bantahan terhadap pencemaran udara yang berpunca daripada asap
kilang tuan.
3.
Akibat daripada pencemaran ini, penduduk kampung ini mengalami pelbagai masalah.
Antaranya, masalah kesihatan seperti sesak nafas, batuk dan selesema. Selain itu, keadaan
rumah penduduk menjadi kotor dan berhabuk.Tambahan pula asap yang dikeluarkan turut
menyebabkan pencemaran bau.
4.

Diharap pihak tuan dapat mengatasi masalah ini dengan segera.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Yang benar,
(MUHAMAD MIKAIL BIN AHMAD)
Pengerusi,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung Manjoi Baru Tambahan.
s.k.
1. Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
2. Penghulu,
Mukim Ulu Kinta, Perak

You might also like