You are on page 1of 27
SISTEM PENYIRAMAN AUTOMATIK NORAZAMI BINTI ABD.PATAH Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Instrumentasi & Automasi) Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka May 2007 Abstrak Projek ini berkaitan dengan penghasilan satu kawalan siraman automatik yang Jain daripada yang sedia ada. Ja melibatkan pembangunan perisian dan perkakasan aripada idea yang baru. Sistem ini dikawal dengan menggunakan pengawal mikro. Ia termasuklah jam digital sebagai paparan masa dan pemasa perisian untuk mengawal siraman pada waktu pagi dan petang. Contohnya penyiraman dua kali selama beberapa minit dalam sehari seperti pada pukul 6 pagi dan 6 petang. Projek ini menghasilkan sistem yang mudah dan efisyen serta melibatkan kos yang minimum. Projek ini juga ‘menggunakan fungsi elektrikal dan mekanikal, Antara mekanisme yang terlibat dalam projek ini ialah penggunaan sistem perpaipan yang mudah. Manakala dalam sistem elektrikal pula berkenaan dengan PIC (peripheral interface controller). Komponen - Komponen yang terlibat ialah pengawal mikro untuk mengawal litar elektronik, litar bekalan kuasa dan motor yang digunakan untuk pengawalan air. Servo ini digunakan dalam proses buka dan tutup injap air. Sistem jam digital dan paparan masa yang akan di tetapkan dikawal menggunakan mikropengawal jenis 16F877. Setelah siap semua aturcara, ia akan digabungkan dan akan terhasil satu projek sistem kawalan penyiraman automatik. vi Abstract This project is about developing an automatic watering system which is different from the existing systems. It involves software and hardware development of a new idea. This system is controlled by microcontroller. It also includes a digital clock as the time display and a software timer as a controller for watering during day and night, for example watering two times for a couple of minutes in a day at 6 in the moming and 6 in the evening. This project is able to control a simple and efficient system with a minimum cost. This project also uses electrical and mechanical function. The mechanism also involves the use of simple piping system. For the electrical system the PIC microcontroller is used. The components involve a microcontroller to control the electronic circuit, a power supply circuit and motor to control the flow of the water. The servo is used to open or close the valve. The type of microcontroller will be used is PICI6F877. After all programming is developed, they will be combined and the project, entitled automatic watering system will be successful. BAB1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan tentang kepentingan projek, penyataan masalah, skop projek, objektif projek dan struktur laporan. Secara ringkasnya, projek ini adalah berkaitan dengan pembangunan sistem untuk mengendalikan sistem siraman kawalan automatik. Keseluruhan sistem ini dikawal oleh sistem kawalan mikropengawal (microcontroller). Mikropengawal yang digunakan ialah PIC 16F877 bagi menghasilkan kawalan untuk putaran motor servo, aparan masa jam digital dan paparan masa yang telah ditetapkan untuk siraman. Paparan masa ini bertujuan untuk menentukan masa bagi motor servo beroperasi membuka dan menutup injap air. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah bahasa C. Projek ini berkemampuan untuk mengawal sistem buka dan tutup pada injap cok yang dilengkapi dengan motor servo. Motor servo ini pula berpandukan kepada pengawal mikro yang telah diprogramkan. Operasi motor servo dan buka tutup injap cok, berpandukan pada masa yang ditetapkan. Projek ini merangkumi pergerakan ‘motor servo, paparan jam digital dan masa yang telah direkodkan. Pergerakan motor servo ini berpandukan pemasaan denyutan PWM (Pulse Modulation Width). Ia juga merangkumi struktur binaan injap cok dan pemasangan litar jam digital dan paparan masa yang akan digabungkan kepada satu kotak. Projek ini menggunakan pengawal mikro kerana dapat mengurangkan penggunaan komponen, menjimatkan kos dan selari dengan kehendak dunia zaman sekarang yang lebih kepada pengawalan mikrocip. Ia juga dapat memberi gambaran tentang hasil sistem pengawalan dan juga hasil daripada atureara. 1.1 Kepentingan Projek Projek ini ditujukan kepada masyarakat Malaysia amnya dan kepada petani-petani khususnya. Projek ini juga menggunakan cara yang mudah untuk dikendalikan oleh penggunanya. Di samping itu, penggunaan litar pengawal mikro menjimatkan kos, kerana litar ini tidak menggunakan banyak Komponen dan didatangkan dalam bentuk yang kecil dan mudah dikendalikan. Penggunaan aturcara dalam projek juga selari dengan kecanggihan teknologi yang digunakan pada masa sekarang. Ia juga menepati ciri-ciri keselamatan, Contohya, semua litar elektrik diletakkan dalam satu kotak dan dilindungi dari sebarang keadaan yang tidak selamat. 1.2 Penyataan Masalah Pada peringkat awal kehidupan manusia, manusia menggunakan Kekuatan tenaga tubuh untuk menjalankan aktiviti pertanian. Dengan perkembangan ‘minda manusia, mereka mula mencipta pelbagai alat yang dapat memudahkan kerja mereka. Semakin maju manusia, semakin banyak ciptaan yang menggunakan teknologi moden memenuhi keperluan pekerjaan dan kehidupan manusia. Semua penciptaan ini adalah bagi memudahkan mereka melaksanakan kerja scharian dan meningkatkan produktiviti Pada zaman kecanggihan teknologi sekarang, kaedah siraman secara manual masih digunakan walaupun terdapat pelbagai alat yang memudahkan kerja penyiraman. Kaedah penyiraman secara manual ini, sudah tidak praktikal lagi pada zaman sekarang. Antara masalah yang menyebabkan timbulnya ilham untuk membangunkan projek ini ialah kesukaran mengangkut air ataupun membawa hos getah. untuk penyiraman. Di samping itu, apabila tibanya musim perayaan atau pulang ke kampung halaman, tanaman biasanya akan terbiar tanpa penyiraman, Oleh itu, dengan adanya sistem yang dibangunkan ini, masyarakat tidak perlu risau lagi tentang tanaman yang ditinggalkan, Kos bagi membuat alat ini juga tidak mahal dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. 1.3 Skop Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sistem kawalan penyiraman automatik. Secara keseluruhannya, projek ini menggunakan pengawal mikro untuk sistem kawalan, Pengawal mikro ini akan mengawal motor servo, kawalan jam digital dan paparan masa yang ditetapkan. Projek ini menggunakan fungsi elektrik dan mekanikal. Antara fungsi mekanikal ialah pergerakan buka dan tutup injap cok yang digabungkan bersama dengan motor servo. Komponen-komponen yang terlibat dalam projek ini ialah PIC (Peripheral Interface Controller), pengawal mikro untuk mengawal litar elektronik, litar bekalan kuasa, injap cok (hydraulic valve) dan motor servo. Skop projek ini juga terhad kepada kawalan injap cok sahaja tanpa sistem perpaipan yang Jengkap. Sistem ini juga terhad kepada masa sahaja yang boleh ditetapkan, Ini bermaksud, sistem ini tidak boleh diprogramkan hari yang dikehendaki untuk penyiraman. 14 Objektif Beberapa objektif telah ditetapkan sebagai garis panduan dalam mencapai matlamat perlaksanaan projek ini. Antara objektifnya ialah :- i, Untuk merekabentuk mekanisme kawalan air keluar masuk ii, Untuk mengabungkan injap cok dan motor servo iii, Untuk menghasilkan satu aturcara yang sesuai bagi kawalan motor servo untuk buka dan tutup injap cok. iv. Untuk membangunkan satu program jam digital dan satu program ‘masa yang telah ditetapkan, y. Untuk mengabungkan kesemua komponen dalam satu kotak dan ‘menjadi satu produk lengkap sistem penyiraman. 1S Struktur Laporan Tujuan laporan ini adalah untuk mendokumentasikan segala konsep, aktiviti, kajian dan hasil kerja yang berkaitan dengan perjalanan perlaksanaan projek ini. Laporan ini merangkumi semua yang berkaitan dengan sistem projek dari awal hinggalah akhir penyempurnaan projek ini Laporan ini mengandungi tujuh bab utama. Bab 1 menerangkan tentang pengenalan projek, kepentingan projek, penyataan masalah, skop dan juga objektif projek. Pengenalan amat penting bagi memperkenalkan sistem yang dibangunkan. Bab 2 akan membincangkan tentang hasil kajian yang dijalankan, Di sini diterangkan tentang kelebihan dan kelemahan sistem yang sedia ada. Seterusnya bab ini menerangkan kelebihan sistem yang dibangunkan ini. Bab 3 pula menerangkan tentang latar belakang projek ini dan komponen- Komponen utama yang digunakan dalam pembangunan sistem ini, serta apakah kepentingan komponen pada sistem yang digunakan, Bab 4 menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan bagi melaksanakan projek ini. Ia melibatkan kaedah dari awal perlaksanaan projek sehingga projek ini siap. Bab 5 pula ialah keputusan awal projek, temasuk jangkaan hasil, keputusan, cadangan, perbincangan dan perancangan projek. Ini bagi menjelaskan tentang perjalanan projek yang berlaku. Bab 6 merangkumi perbincangan projek serta masalah semasa projek dalam pembikinan dan cara-cara yang dilakukan untuk mengatasinya, Bab 7 menyimpulkan tentang keseluruhan projek dan apakah yang perlu dilakukan bagi menyiapkan projek ini sehingga dapat menghasilkan satu produk yang inovatif dan berteknologi. 6 BAB2 KAJIAN LITERATUR Sistem kawalan penyiraman automatik ini sudak banyak berada di pasaran, tetapi ianya amat berlainan dengan projek yang dibangunkan ini. Dalam projek ini, hanya kos yang murah digunakan. Sebelum saya menjalankan pembangunan sistem ini, saya telah ‘menjalankan kajian tentang sistem yang sedia ada dan apa kelainan yang terdapat dalam sistem ini. Antara kelainan atau perbezaan yang didapati ialah, rekabentuk dan cara kawalan yang digunakan dalam sistem penyiraman yang sedia ada. Dari segi reka bentuk, ada sesetengah sistem yang menggunakan tangki air sebagai punca utama bekalan air. Ada juga sistem yang perlu menggunakan tekanan air yang tinggi bagi menyalurkan air pada sistem siraman yang digunakan, Sistem ini juga terpaksa menelan belanja yang besar kerana alatannya yang mahal dan jarang di gunakan. Sistem yang sedia ada juga terlalu kompleks dan tidak sesuai untuk kegunaan di rumah. Banyak sistem yang berada di pasaran hanya sesuai untuk kegunaan di ladang ataupun kebun yang besar. 2.1 Kawalan (Controller) Antara sistem kawalan yang digunakan ialah ‘pressure regulator’.{1] Alat ini mudah didapati, tetapi kos untuk memiliki bahan ini boleh mencecah ke angka ratusan ringgit. Ini kerana alatan ini ialah barangan import dan mempunyai bermacam-macam jenis dan hanya sebahagian sahaja yang sesuai dijadikan sebagai alat kawalan bagi sistem siraman ini, Ia juga menggunakan kawalan jenis PLC (Programmable Logic Controller). Sistem kawalan ini memerlukan ruang yang besar berbanding dengan PIC yang hanya memerlukan ruang dan alatan yang kecil. Antara aplikasi dalam kawalan dilaksanakan dengan menggunakan ‘Pressure regulator’ sebagai alat yang mengawal ait keluar masuk. Pengatur Kawalan ‘Aliran ganti =——_—_— lL sd mtn tn \. poQhen tanan wk karan Rajah 2.1: Aplikasi Kawalan Tinggi Cecair Nota : Rajah di atas boleh diryjuk pada lampiran F Gambar rajah di atas menggunakan aplikasi kawalan cecair tinggi. Kaedah ini menggunakan sistem yang sukar dan tidak ekonomi. Sistem ini juga memerlukan penjagaan yang teliti kerana perlu mengekalkan tekanan air di dalam tangki. Di samping itu, ia juga perlu menggunakan bantuan tekanan yang disimpan pada pressure regulator sekiranya tekanan dalam tangki tidak mencukupi. Air yang terkandung dalam tangki {juga perlu mempunyai takat minimum dan maksima bagi memastikan keberkesanan dan keberfungsian sistem semasa operasi berlaku. Jelas di sini kelemahan sistem ini, walaupun dari segi teknologi ia menggunakan alatan yang canggih, tetapi penggunaannya tidak efisyen dengan kehendak masayarakat kerana memerlukan belanja dan ruang yang besar. Lengkungan (Calibrate to 1.5 lpm @ 5.0 psi) 00 10 20 30 40 5.0 Kawalan tekanan (psi) Rajah 2.2: Kawalan tekanan 2.2 Sistem titisan Kajian juga dijalankan bagi mengetahui fungsi sistem titisan ini. Sistem ini lebih tertumpu kepada kawasan yang luas dan besar seperti kawasan perladangan ataupun ‘kawasan perkebunan. Sistem ini menggunakan penapis, pressure regulator , valves, paip tutama dan paip Kecil. Selain itu, sistem ini juga lebih tertumpu kepada tanaman yang ditanam pada batas mengikut barisan seperti orkid ataupun sayuran yang lain. Sistem ini menggunakan bekalan air dari kolam , tasik dan kawasan perairan yang terbuka serta memerlukan air yang banyak. Fungsi paip utama adalah membekalkan air daripada bekalan utama kepada paip kecil. Ia menggunakan paip PVC ataupun plastik. Manakala paip kecil adalah saluran kepada setiap batas ataupun barisan. Setiap barisan akan mempunyai satu paip kecil untuk proses pengaliran air. Paip kecil ini ditanam dalam tanah bagi mengalirkan air terus kepada akar tumbuhan, Aplikasi sistem ini boleh dirujuk dalam lampiran f. ‘Antara kelemahan sistem ini ialah, ia akan menggunakan kos yang besar kerana setiap batas perlu mempunyai satu saluran paip kecil. Di samping itu, kos penyelenggaraan juga tinggi kerana apabila berlaku kerosakan pada batang paip, keseluruhan sistem perlu diselenggara. Kerosakkan akibat dari sikap manusia atau haiwan boleh menyebabkan kebocoran pada batang paip dan ini menyebabkan pembaziran air berlaku sekiranya sistem ini tidak dijaga dengan baik. Sistem ini juga ‘memerlukan penjagaan yang sempura dan perlu diperiksa setiap hari bagi memastikan keseluruhan sistem dalam keadaan baik dan terjaga. 2.3 Sistem Pengairan Sistem ini mengaplikasikan sistem yang mudah tetapi masih menggunakan alatan yang mahal. Sistem ini juga mempunyai pressure regulator, penapisan dan pengawal sebagai komponen utama. Aplikasi yang digunakan juga terlalu rumit dan menelan kos yang besar. [a sesuai diaplikasikan untuk sistem ladang ataupun kawasan pertanian yang lebih besar dan mempunyai modal yang mencukupi. Ini bagi menampung kos penggunaan alatan yang mahal dalam sistem ini. 10 Rajah 2.3: Komponen dalam sistem pengairan 2.4 Perbandingan antara sistem yang sedia ada Setelah menjalankan kaji selidik, banyak perbandingan boleh dibuat antara sistem yang sedia ada dan sistem yang sedang dibangunkan ini. Pertamanya dari segi kos, sistem yang sedia ada terlalu mahal dan sesetengahnya perlu di import. Ini menyukarkan para pengguna sekiranya alat ini mengalami kerosakkan, kos dan alat penyelenggaraan agak mahal dan sukar didapati. Manakala sistem yang dibangunkan dalam projek saya ini hanya menggunakan kos yang murah serta penggunaan alatan yang mudah didapati di kedai perkakasan dan kedai elektronik, Antaranya ialah injap cok, motor servo dan litar pengawal. Dari segi pengawalan pula, walaupun kebanyakan sistem yang sedia ada ‘menggunakan sistem pengawal, tetapi sistem yang digunakan memerlukan ruang yang WW besar dan litar yang kompleks. Kita boleh lihat dari contoh-contoh yang telah di nyatakan. Sistem yang sedia ada juga tidak menggunakan kawalan automatik sepenuhnya serta tidak menggunakan kawalan masa untuk menentukan perjalanan operasi penyiraman. Di samping mengawal air keluar masuk, sistem juga perlu kepada pengawalan tekanan paras air. Ini menyukarkan lagi penghasilan litar kawalan. Sistem yang sedia ada juga memerlukan bekalan air yang banyak berbanding dengan sistem yang dibangunkan dalam projek ini. Keseluruhannya, saya percaya bahawa sistem yang dibangunkan ini lebih efisyen serta dapat mengurangkan kos dan menjimatkan tenaga manusia. Di samping itu, sistem kawalan penyiraman automatik ini juga mampu memenuhi kehendak masyarakat moden pada zaman kecanggihan teknologi ini. 12 BAB3 LATAR BELAKANG PROJEK Bab 3 pula menerangkan tentang latar belakang projek ini dan komponen- Komponen utama yang digunakan dalam pembangunan sistem ini, serta apakah kepentingan komponen pada sistem yang digunakan. Bab ini juga menerangkan bahan- bahan yang di gunakan serta fungsi-fungsinya. 3.1 KOMPONEN UTAMA. Setiap pembangunan sistem atau produk yang dibangunkan mempunyai komponen dan bahagian-bahagian penting yang tertentu. Setiap komponen yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri dan mempunyai kepentingan yang sama untuk memastikan sistem atau produk itu berfungsi. Antara Komponen utama yang digunakan dalam sistem ini ialah pengawal, PIC 16F877 dan motor servo. 3.1.1 Pengawal (Controller) Terdapat 2 fungsi utama pengawal dalam sistem kawalan penyiraman automatik. Antaranya ialah :- 1B i, Menyimpan aturcara dalam ingatan termasuk data yang telah di programkan untuk sistem ini, ii, Memula, menamatkan dan mengawal sistem jam digital serta pergerakan motor yang disambungkan bersama injap cok bagi operasi buka dan tutup. Di antara jenis-jenis pengawal adalah mikro pengawal, pengawal logik dan sebagainya. 3.1.2 Penggerak dan Pemacu ‘Mekanisme penggerak digunakan bagi menggerakkan pengolah untuk menjalankan tugasan yang perlu dilaksanakan. Kebiasaannya sistem yang digunakan ialah sistem hidraulik(bendalir), angin dan elektrik. Penggunaannya bergantung kepada ciri yang terdapat dalam sistem itu sendiri dan sesuai diaplikasikan pada tugasan yang dilakukan. Di dalam sistem kawalan penyiraman ini, penggerak yang digunakan ialah injap cok yang biasanya dikawal secara manual. Injap cok akan berfungsi berdasarkan pusingan motor yang disambung secara terus kepada pemutar injap. 3.1.3 Ciri-ciri PIC 168877 Pengawal PIC digunakan dalam sistem kawalan. Kegunaan PIC ini adalah sebagai kawalan isyarat untuk get logik dan suis, lanya juga tidak mahal dan mempunyai keperluan voltan yang rendah (normal Sv) dan boleh diprogramkan dengan ‘menggunakan PIC. Bagi projek ini PIC 16F877 digunakan dalam litar kawalan, Ciri-ciri PICI6F877:- + High performance RISC CPU + Only 35 single word instructions to learn + All single cycle instructions except for program branches which are two cycle + Operating speed: DC - 20 MHz clock input DC - 200 ns instruction cycle 14 + Up to 8K x 14 words of FLASH Program Memory, Up to 368 x 8 bytes of Data Memory (RAM) Up to 256 x 8 bytes of EEPROM Data Memory + Pinout compatible to the PICI6C73B/74B/76/77 + Interrupt capability (up to 14 sources) + Bight level deep hardware stack + Direct, indirect and relative addressing modes + Power-on Reset (POR) + Power-up Timer (PWRT) and Oscillator Start-up Timer (OST) + Watchdog Timer (WDT) with its own on-chip RC oscillator for reliable operation + Programmable code protection + Power saving SLEEP mode + Selectable oscillator options + Low power, high speed CMOS FLASH/EEPROM technology + Fully static design + In-Circuit Serial Programming. (ICSP) via two pins + Single 5V In-Circuit Serial Programming capability + In-Circuit debugging via two pins + Processor read/write access to program memory + Wide operating voltage range: 2.0V to 5.5V + High Sink/Source Current: 25 mA + Commercial, Industrial and Extended temperature ranges + Low-power consumption: -< 0.6 mA typical @ 3V, 4 MHz - 204A typical @ 3V, 32 kHz - <1 4A ppical standby current Nota: Tulisan dalam italic di ambil terus dari helaian data PIC16F877 [2]. i antaramuka PIC16F877 adalah: + Timer0: 8-bit timer/counter with 8-bit prescaler + Timer!: 16-bit timer/counter with prescaler, can be incremented during SLEEP via external crysta/clock + Timer2: 8-bit timer/counter with 8-bit period register, prescaler and postscaler + Two Capture, Compare, PWM modules - Capture is 16-bit, max. Resolution is 12.5 ns - Compare is 16-bit, max. Resolution is 200 ns - PWM max. Resolution is 10-bit + 10-bit multi-channel Analog-to-Digital converter + Synchronous Serial Port (SSP) with SPI. (Master mode) and I2C. (Master/Slave) * Universal Synchronous Asynchronous Receiver Transmitter (USART/SCI with 9-bit address detection + Parallel Slave Port (PSP) 8-bits wide, with external RD, WR and CS controls (40/44-pin only) + Brown-out detection circuitry for Brown-out Reset (BOR) Nota: Tulisan dalam italic di ambil terus dari helaian data PIC16F877 [2]. Rajah 3.2: Blok diagram PIC16E877 17 3.1.4 Motor Servo Motor servo adalah salah satu komponen yang digunakan dalam projek ini. Masukan kepada motor ini disambungkan ke litar kawalan di mana bilangan putaran dan kedudukan akan ditetapkan oleh litar pengawal. Bagi menyesuaikan fungsi putaran motor dalam projek ini, motor servo ini diubahsuai dalam untuk mendapatkan putaran penuh. Motor servo terdiri daripada pelbagai jenis, dan dalam projek ini motor servo jenis Futaba digunakan, Motor ini mempunyai 3 wayar sambungan. Wara yang diwakili oleh wayar ini terdiri daripada tiga iaitu putih mewakili isyarat kawalan, merah untuk bekalan voltan dan hitam sebagai negative ataupun bumi. 18 BAB4 METODOLOGI Sistem penyiraman automatik ini adalah satu perkakasan yang direka bentuk untuk menggerakkan injap cok tanpa menggunakan tenaga manusia. Kaedah yang dijalankan untuk merekabentuk perkakasan adalah daripada kajian serta rujukan buku, sumber internet serta perbincangan bersama penyelia projek. Kaedah lain mengenal pasti ‘motor servo yang sesuai untuk digunakan serta membuat pengujian menggunakan perisian. Rajah dibawah menunjukkan carta alir metodologi iaitu kaedah-kaedah yang digunakan dalam menyiapkan sistem ini. KAJIAN LITERATUR 1 MEMBUAT “HARDWARE” 1 PENGATUCARAAN q MEMASANG LITAR & MELAKUKAN PEMATRIAN 1 MEMASUKKAN LITAR, KE DALAMPIC i ‘MENGUSI KEBERKESANAN LITAR q MENGEMAS KINI PROJEK & MEMBUAT MUKA HADAPAN KOTAK UNTUK PROJEK Rajah 4.1: Carta Ali Metodologi 19 20 4.1 Analisa sistem kawalan penyiraman automatik Bagi menjalankan projek ini, banyak sumber rujukan digunakan untuk ‘memantapkan lagi sistem yang akan dibangunkan, Antaranya ialah buku pengaturcaraan, intemet dan contoh aturcara yang sedia ada. Kajian juga telah dilakukan antara sistem yang disiapkan ini, dengan sistem yang sedia ada. Ini adalah bagi meneliti dan mengkaji apakah kebaikan dan keburukan sistem yang sedia ada dengan sistem yang dibangunkan 5 kaedah utama dilakukan iaitu membuat analisa sistem yang sedia ada, pemasangan injap ini, supaya sistem yang dibangunkan dapat dibaiki lagi. Bagi menyiapkan projek i cok dan motor servo, membuat aturcara, pemasangan litar dan menguji keberkesanan litar. Projek ini menggunakan komponen injap cok, motor servo dan PIC sebagai kawalan bagi keseluruhan sistem ini. Rajah 4.2: Injap cok servo motor 21 4.2 Injap cok dan motor servo Perkara pertama yang dilakukan dalam membangun dan menyiapkan sistem ini ialah merekabentuk air keluar masuk dengan menggunakan motor servo. Sebelum ‘menyambungkan injap cok dengan motor servo, injap cok perlu diratakan bagi mendapat kepala injap cok yang boleh dimatikan ke atas pemutar injap. Selepas injap cok diratakan penyambung motor servo digunakan untuk dipasangkan pada atas injap cok yang telah diratakan, Apabila selesai skru digunakan untuk mengikat motor servo pada injap cok. Hasilnya adalah seperti dalam rajah 4.2. 43 Atureara dan Simulasi Setelah menjalankan penggabungan injap cok dan motor servo, satu aturcara yang sesuai bagi kawalan motor servo untuk buka dan tutup injap cok dihasilkan, Atucara ini dihasilkan dalam program bahasa C. Sebelum membuat aturcara, saya perlu mempelajari kaedah kawalan servo secara elektronik Kaedah ini boleh dipelajari dari buku-buku ataupun sumber rujukan yang lain, Selepas mempelajarinya, satu acara mudah dihasilkan untuk pusingan injap cok ke kiri (buka) dan pusingan ke kanan (tutup). Setelah selesai aturcara ini, ia dimasukkan ke dalam litar kawalan untuk operasi servo. Di samping itu, satu atucara lain juga dihasilkan untuk litar paparan masa dan kawalan masa yang digunakan, Bagi membuat atucara ini, peringkat demi peringkat dilaksanakan sehingga selesai. Apabila selesai atucara jam digital, program ini digabungkan pula dengan aturcara untuk suis yang mewakili siraman dan jam, Bagi suis, siraman, ia berfungsi untuk menetapkan masa penyiraman, Manakala suis set jam berfungsi untuk membetulkan jam digital jika berlaku percanggahan waktu dengan waktu sebenar. Rajah 4.4 menunjukkan carta alir yang menjadi asas untuk melaksanakan pengatucaraan 2 Bagi kawalan untuk motor servo, satu acara turut dimasukkan untuk mengawal proses buka dan tutup injap cok. Bagi memastikan injap cok ini dapat ditutup dan dibuka dengan tepat, beberapa ujian turut dilakukan bagi mendapatkan ketepatan pusingan injap cok. Rajah 4.3 menunjukkan litar yang disimulasikan selepas membuat atucara. Simulasi ini perlu bagi memastikan aturcara yang dilakukan dapat berfungsi sepenuhnya. oy Rajah 4.3: Litar simulasi PORTD= 11111110 PORTD = 11111101 PORTD = 11111111 6 C5 C403 = BG BS B4B3 SPRINKLE WATER FOR 5 MINUTES Rajah 4.4: Carta alir program paparan 7 ruas 23 24 4.4 Memasang litar dan melakukan pematrian Apabila litar diperolehi hasil daripada pengaturcaraan dan litar skematik PIC yang sedia ada, pemasangan litar dilakukan di atas Veraboard. Pemasangan Komponen dilakukan mengikut susunan yang betul bagi menjimatkan ruang dan mendapatkan pemasangan litar yang optimum. Selesai melakukan pemasangan Komponen, pemeriksaan pemasangan komponen perlulah dilakukan bagi mengelakkan kesalahan selepas komponen dipateri. Kesalahan pemasangan komponen yang dikesan selepas dipateri akan menimbulkan kesukaran, ini kerana komponen perlu dicabut dan boleh menyebabkan kerosakkan kepada komponen. Pematerian perlu dilakukan dengan berhati-hati dan kemas. Ini memudahkan pengujian keberkesanan litar dan mengesan kesalahan pemasangan komponen. 4.5 Menguji keberkesanan litar Langkah ini merupakan langkah yang paling penting bagi menilai samada projek ini berfungsi atau tidak. Ujian keberkesanan litar ini dilakukan dengan menggunakan multimeter dahulu, sebelum ianya disambungkan pada punca bekalan kuasa Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya litar pinta. Selepas setiap pemasangan komponen diuji dan jika tiada berlaku sebarang masalah, litar disambung pada bekalan kuasa untuk menjalankan projek. 4.6 — Mengemas kini projek Komponen utama dalam penghasilan projek ini ialah PIC. Ia amat penting sebagai kawalan dalam sistem kawalan siraman automatik. Pertamanya bahasa pengaturcara PIC perlu dipelajari. Bagi memudahkan kerja dalam proses membuat aturcara, carta alir perlulah dihasilkan. Daripada carta alir yang dihasilkan, penghasilan atureara untuk jam digital akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Apabila

You might also like