You are on page 1of 7

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
1.0

PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok
Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan
mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi
malah memukau audiens.
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0

OBJEKTIF
2.1

Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan


menyakinkan.

2.2

Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3

Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4

Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dalam bahasa Melayu.

2.5

Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan


berdasarkan bahan rangsangan.

2.6

Mencungkil bakat dan kretiviti


meyakinkan.

2.7

Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan


bahan rangsangan.

murid

bercerita

secara spontan dan

2
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

3.0

PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat
negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan
peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan
peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan
Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada
semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:
4.1
4.2

5.0

Bahagian Pertama :
Bahagian Kedua :

Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah


Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 1 - 6 yang
disediakan oleh
PPD/JPN/KPM

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1

PERINGKAT DAERAH
5.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan
pertandingan ini di peringkat daerah masing-masing.
5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.
5.1.3 Pertandingan di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum
pertandingan peringkat negeri.
5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.

2
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

5.2

PERINGKAT NEGERI
5.2.1 Semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertanggungjawab
mengelolakan pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.
5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai
oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
5.2.3 Pertandingan di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum
pertandingan peringkat kebangsaan.
5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

5.3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU


5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3) dan
Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing
dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,
daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.
5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
5.3.3.1

buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.3.3.2

cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.3.3.3

cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

5.3.3.4

hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita


5.3.4.1

Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan


nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
ras dan agama.

5.3.4.2

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur


murid.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

5.3.4.3

Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak


tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.4.4

Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu


sahaja yang dibenarkan membawa cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.
5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8,
persembahan telah tamat.

menandakan masa

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.


5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.
5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
5.3.11 Peserta digalakkan memakai kostum.
5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.
5.3.13 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat
persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi
lapan (08 ) minit.

* kurang daripada 6.00 minit


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

dipotong 10 markah

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

Dari (minit)
05.59
05.29
04.59
04.29
< 04.00 ke bawah

Hingga (minit)
05.30
05.30
04.30
04.00

Markah Dipotong
1 markah
2 markah
3 markah
4 markah
5 markah

* Lebih daripada 08 minit


Dari (minit)
08.01
08.30
09.01
09.30
>10.00 ke atas

Hingga (minit)
08.29
08.59
09.29
09.59

Markah Dipotong
1 markah
2 markah
3 markah
4 markah
5 markah

Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.


5.3.14

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :


5.3.14.1

menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.14.2

membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus


menerus;

5.3.14.3

dibantu oleh orang lain;

5.3.14.4

menggunakan props, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15

Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16

Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk


menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita

5.3.17

Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang


penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah
Pelajaran Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.18

Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang


manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang


menghakimi pertandingan.
5.3.19

Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan


diumumkan.

5.3.20

Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


6.1

6.2

Peserta perlu dikuarantin.

6.3

Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.

6.4

Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan


tamat.

6.5

7.0

Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan


rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita
Bahagian Pertama.

Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.6

Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan


tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi
satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).

6.7

Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.

KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU


2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
7.7

Teknik Persembahan
20 markah
Bahasa dan pertuturan
20 markah
Penghayatan cerita
20 markah
Interaksi dengan audiens
15 markah
Mesej/nilai dalam cerita
05 markah
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita10 markah
Kawalan suara
10 markah
Jumlah
100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


8.1
8.2
8.3
8.4
8.5

Persembahan dan kreativiti


25 markah
Bahasa dan Pertuturan
25 markah
Penghayatan cerita
20 markah
Interaksi dengan audiens
15 markah
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita
15 markah
Jumlah
100 markah

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

2
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

You might also like