You are on page 1of 6

2.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

2.1

TEORI BEHAVIORISME / MEKANIS


Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner. Beliau berpendapat bahawa pemerolehan

bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan, iaitu rangsangan yang memberikan


ganjaran atau peneguhan. Teori behaviouris berasaskan pemerolehan bahasa pertama
kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Mekanis. Bagi teori ini, ia mengatakan
kebiasaaan kanak-kanak mempelajari bahasa secara tidak formal. Kanak kanak akan
meniru tingkah-laku atau percakapan bahasa daripada persekitarannya terutama ahli
keluarga iaitu ibu bapanya. Oleh itu, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak anak
mereka. Kanak kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah
didengar oleh mereka secara berulang kali supya kanak-kanak mereka dapat

melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan


satu tabiat yang diperoleh.
Teori ini lebih menekankan perilaku dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungus mental dan perkara
yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati. Teori ini
berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada rangsangan dan gerak balas yang
bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Oleh itu, bahasa ialah proses perilaku yang
berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behavioursis berpendapat
bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan
itu.
Aktiviti latihan tubi dan latihan perlu diberikan berulang kali kerana ia amat
penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku
sehingga menjadi amalan kebiasaannya. Dengan itu, kemahiran bahasa dapat
diperolehi dan kuasainya. Oleh hal sedemikian, murid-murid hendaklah diberikan
peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini
telah membawa maksud bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana
teori ini beranggapan penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kenamengena dengan fikiran atau daya ingatan dan mental manusia.
2.1.1 AKTIVITI PRATULISAN
Aktiviti pratulisan ialah tempoh masa bagi murid-muird dalam aktiviti menulis
sebelum mereka berkeupayaan menulis huruf huruf atau abjab dengan betul dan
kemas. Ini adalah kerana anggota motor halus seperti jari-jari murid murid dari prasekolah dan juga murid tahun 1 tidak setangkas atau secekap dengan anggota kasar
seperti tangan bagi mengangkut barang. Dengan itu, latihan otot-otot akan diberikan
kepada jari serta koordinasi tangan dan mata juga akan diberikan kepada murid-murid
dalam tempoh masa tertentu.
Teori Behaviorisme menitiberat pelaziman atau pengulangan. Ini adalah
bermaksud, guru haruslah memberikan tumpuan beberapa perkara secara berulangan
seperti guru perlu memberikan latihan-latihan atau aktiviti yang melibatkan otot-otot

halus iaitu jari untuk mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas
kertas supaya murid murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas. Selain itu,
aktivti sedemikian juga membolehkan murid menulis dengan keadaan yang selesa dan
sempurna.
Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, pasir, rumput atau di
benda yang bersesuaian tanpa menggunakan sebarang peralatan tulis seperti melukis
bulatan yang besar atau bulatan yang kecil. Bukan itu sahaja, guru juga boleh
memberikan murid membuat latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan
jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan aktiviti aktiviti yang bersesuaian.
Oleh itu, guru perlu memberikan latihan atau aktiviti sedemikian secara berulang
supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran ini dengan baik.
Sebagai contoh, apabila murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran yang
diajar, maka guru memberikan latihan yang bersesuaian serta melibatkan koordinasi
tangan dan mata. Antaranya ialah aktiviti aktiviti seperti latihan mengikut garisangarisan gambar atau rajah dari kiri ke kanan, latihan mengikut garisan-garisan rajah
atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan
rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya
membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.Jika
terdapat murid yang dapat membuat dengan baik ataupun menyempurnakan aktiviti,
guru haruslah memberikan ganjaran ataupun peneguhan yang positif iaitu pujiankepada
murid-murid. Tindakan sedemikian akan memberikan murid-murid lebih inisiatif atau
bermotivasi serta melibatkan diri dalam semua aktiviti semasa pengajaran dan
pembelajaran.
2.1.2 AKTIVITI PENULISAN MEKANIS
Selepas guru memberikan latihan yang berulang bagi aktiviti pra tulisan untuk
murid-murid. Guru akan dilatih untuk menulis tulisan dalam bentuk abjad. Sebelum
memberikan aktiviti tersebut murid-murid adalah berkeupayaan untuk memegang
pensel dan duduk dalam posisi yang betul.

Terlebih dahulu, murid diberikan kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang
garisan untuk menulis huruf. Setelah murid-murid berjaya menguasai untuk membentuk
huruf-huruf yang kemas dengan berulang kali maka guru akan memberikan murid
membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Murid haruslah bermula daripada
garisan lebar sehingga kepada lembaran satu garis.
Contohnya, guru memberikan aktiviti kepada murid seperti membentuk garis
lurus dalam keadaan yang terkawal iaitu menyediakan garisan berbintik untuk murid
murid menyambung. Kemudian, barulah memberikan murid menulis huruf di atas kertas
yang bergaris dua bagi murid-murid tahun 1. Ini adalah kerana murid tahun 1
memerlukan panduan untuk menulis dengan betul dan kemas maka halaman kertas
yang bergaris dua adalah lebih bersesuaian. Jika murid murid telah menguasai
kemahiran untuk menulis maka kertas bergaris satu akan diberikan.
Selain itu, guru haruslah memberikan perhatian kepada murid semasa menulis.
Murid haruslah mengeja dan menyebut nama-nama huruf yang ditulis. Ini adalah
bertujuan memberikan murid membiasakan diri terhadap huruf yang ditulis. Ini juga
dapat

mengelakkan kekeliruan kepada murid mengenal huruf setelah menguasai

kemahiran menulis.
Sebagai contoh, Menurut Choong Lean Keow (2013),Hukum Latihan adalah
kebiasaan, ulangan merupakan asas kepada gerakbalas yang diingini, seterusnya
mengukuhkan ingatan kita. Oleh itu, guru menulis huruf sambil menyebut sebutan pada
papan putih. Kemudian, murid-murid dikehendaki mengulang sebutan huruf tersebut
sambil menulisnya. Setelah beberapa kali mengulangi huruf yang telah dipelajari. Guru
akan memberikan pujian kepada murid yang menghasilkan tulisan yang kemas dan
cantik. Di samping itu, guru juga akan mempamerkan hasil kerja murid yang terbaik. Ini
adalah satu penghargaan kepada murid berkenaan, seterusnya meningkatkan motivasi
murid lain untuk mendapat penghargaan yang serupa ini.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan penulisan mekanis yang kemas dan cantik,
pelaziman atau pengulangan adalah amat penting untuk membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran tersebut.

2.1.3 KEMAHIRAN ASAS MEMBACA


Untuk

memperoleh kemahiran untuk membaca, latihan dan latih-tubi

memainkan peranan yang penting kerana kemahiran membaca merupakan satu


kebiasaan. Dengan itu, murid haruslah diberikan peluang untuk berlatih dengan
berulang kali untuk membentuk satu kebiasaan terhadap diri murid-murid. Selain murid
mempelajari bahasa yang tidak formal daripada ahli keluarga mereka malahan guru
akan membantu murid menguasai bunyi-bunyi atau sebutan perkataan berulang kali
sehingga mereka dapat membaca ayat-ayat dengan sempurna.
Menurut Kamarudin, Siti Hajar dan Arbie (1998), Alan Healey juga
menyatakan bahawa latihan pengulangan sangat penting untuk pengurusan bahasa.
Jika guru berjaya merancang pelajarannya dengan teliti maka murid-murid akan
memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini
dapat dibuktikan berdasarkan pendapat Alan Healey :
Language learning involves acquiring a set of automatic habits. In
language learning, the drills are the scales and the gear-changing
exercises. Each feature must be mastered thoroughly before any real
victory is possible. Effort is involved but it need not be drudgery. If drills
are sensibly planned they can be made both interesting and good fun.
(dipetik dari sumber Pengajian Melayu 1)
Selain itu, E.L.Thorndike telah mengutarakan tiga hukum penting untuk
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hukuman latihan adalah
memberikan latihan dalam bidang lisan iaitu guru mengajar suku kata atau perkataan
dengan sebutan yang tepat, itonasi yang bersesuaian serta membaca dengan nyaring.
Kedua adalah hukum kesan menyatakan perlakuan-perlakuan yang ingin dibina akan
dibentuk sekiranya memberikan rangsangan yang positif. Guru perlu memberikan
ganjaran yang positif serta perlu diberikan dengan secepat mungkin sekiranya murid
tersebut berjaya menyebut huruf atau perkataan yang disediakan. Ini adalah kerana
sekiranya semakin singkat masa antara respons dengan ganjaran malah lebih kuatlah
pertalian antaranya.

Akhirnya sekali ialah hukum tubi iaitu semakin kerap ganjaran yang diberikan
oleh guru semasa murid berjaya menjawab soalan atau melaksanakan aktiviti maka
semakin murid akan berminat atau memberi tumpuan dalam pengajaran. Contohnya,
guru melekatkan huruf pada papan putih. Kemudian mengajar murid menyebut huruf
tersebut dengan sebutan yang betul serta itonasi yang bersesuaian. Setelah beberapa
kali berulang huruf tersebut maka guru menyoal murid membaca huruf tersebut. Sekira
murid dapat menjawab dengan betul maka guru akan memberikan ganjaran sama ada
hadiah atau pujian kepada murid. Ini dapat menarik minat daripada murid untuk
memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

You might also like