You are on page 1of 8

Sekolah Bestari

Pengenalan Sekolah Bestari


Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia
(MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999
sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah
pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu
kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari Malaysia
ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi amalan
pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak
menghadapi Zaman Maklumat
Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan
sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan
cara bestari bagi menjamin setiap pelajar samada kuat atau lemah, kaya atau miskin
mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian
dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah


Bestari
Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan
merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan
infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan,
spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan
perisian latihan.
Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi
antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru
menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak
selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal
dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan
mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata
pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang
berikut:
pukal disket yang lengkap
interaktif
mencabar daya kognitif pelajar
mengandungi penilaian kendiri
penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang
lemah.

Konsep Sekolah Bestari


Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep
Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan
kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep
Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada
Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dan segi proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu murid menghadapi cabaran ZamanMaklumat. Proses pengajaran dan
pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengankurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
bahan pengajaran-pembelajaran, akandireka semula untuk membantu murid belajar
dengan lebih berkesan dancekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid
mengamalkan pembelajaranakses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar
pembelajaran sendiri.
Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih
cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan.
Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan
akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalammenjayakan prestasi sekolah. Semua
pihak ini akan sentiasa terlibat dalampeningkatan profesionalisme atau keilmuan
berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

Objektif Sekolah Bestari


Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat
Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
Mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
Memupuk perkembangan menyeluruh individu
Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Syarikat yang berkerjasama dengan Sekolah Bestari


Telekom Smart School Sdn. Bhd.
Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh syarikat
tempatan.Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian
Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ini ialah seperti
berikut:

BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.


Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
NIIT Malaysia Sdn. Bhd.

Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari


Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan
disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd.adalah seperti
berikut:

Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan


bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa lnggeris
Sains
Matematik

Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi
pengurusan dan pentadbiran yang berikut:

Goverman Sekolah
Pengurusan Hal-Ehwal Murid
Pengurusan Sumber Pendidikan
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Luar
Pengurusan Kemudahan
Pengurusan Teknologi
Pengurusan Asrama

Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian


sistem, dan peralatan bukan-IT. Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan
yang berikut:
antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran danPembelajaran,
dan lnfrastruktur Teknologi dalam SekolahRintis dan Pusat Data,
antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
integriti data dan persekitaran selamat
antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam
Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia

Rancangan Masa Depan


Sungguhpun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggalakkan semua sekolah
yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan
kepakaran sendiri, KPM sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua
sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Logo dan cogan kata Sekolah Bestari Malaysia

Peluasan Sekolah Bestari meliputi projek Teknologi dan Maklumat


yang lain

Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah, 2006 - 2010

Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah, 2006 - 2010

Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah, 2006 - 2010

Tokoh-tokoh yang menjayakan Sekolah Bestari

You might also like