You are on page 1of 10

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

TAJUK 4

4.0

PERANCANGAN HARIAN

SINOPSIS

Tajuk ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perancangan, format


rancangan mingguan dan kemahiran menulis rancangan pengajaran harian.

4.1

HASIL PEMBELAJARAN

4.1.1 Menganalisa kandungan kurikulum yang dipelajari untuk diterjemahkan ke


dalam perancangan harian. Merangka pengajaran harian mengikut format
yang ditetapkan.
4.1.2 Mempelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
mengintergrasikan elemen elemen muzik yang dipelajari.
4.2

KERANGKA TAJUK

P
ii

tt aa
n

c R
n

a
g

ii

aa
a

n
g
nn

ii

a
n
a

aa

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

4.3

Isi Kandungan

TEORI
4.4

Penelitian rancangan kerja harian

Rancangan Kerja Harian

merupakan

pembahagian Rancangan Kerja Mingguan

kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid
hari demi hari. Rancangan kerja harian ini hendaklah berdasarkan objektif pelajaran
minggu tersebut.

Dua contoh Rancangan Kerja Harian disediakan. Contoh pertama mengandungi


enam ruang dan telah dirangka mengikut hari-hari tertentu. Pada setiap hari itu
diperlihatkan

kemahiran-kemahirannya yang meliputi aspek-aspek

konsep muzik,

nyanyian, permainan alat muzik, penghayatan muzik, isi atau kandungan pelajaran ,
aktiviti dan alat atau bahan pengajaran. Dalam contoh kedua pula rancangan ini
mengandungi tujuh ruang dan pembahagian dibuat seperti berikut:
a) Ruang kemahiran bagi minggu dan aktiviti pengayaan serta bimbingan khas
(pemulihan).
b) Lima ruang berikutnya adalah untuk catatan isi pelajaran lima hari.
c) Ruang terakhir untuk catatan khas tentang kemajuan pelajar tentang kemajuan
pelajaran dan penilaian dijalankan .

4.5

Penyediaan rancangan kerja harian

Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja mingguan.


Antara perkara-perkara yang harus dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan
kerja harian ialah hari , tarikh, darjah/tahun, waktu pengajaran, isi pelajaran, objektif
pelajaran dan aktiviti pengajaran-pembelajaran. Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

kepada topik yang disediakan dalam rancangan kerja mingguan. Manakala, objektif
pelajaran hendaklah ditentukan berdasarkan kepada kemahiran yang tercatat dalam
rancangan kerja mingguan.

4.5

Pendedahan format rancangan harian

Tajuk : Nyanyian dan Gerakan

Lagu : Lenggang Kangkong

Tahun: 1 Tekun

Masa : 30 minit

Konsep Muzik: Pic dan Irama


Objektif:
Di akhir pengajaran nanti murid-murid akan;
i.

Dapat menyanyi lagu Lenggang Kangkong dengan pic yang tepat

ii.

Dapat menyanyi sambil membuat gerakan tarian Inang mengikut irama dengan
betul.

Pengalaman sedia ada;


Murid-murid telah pernah menyanyi lagu-lagu berirama Inang.

ABM
Buku cerita Lebai Malang, Carta Senikata Lagu dan Gitar

KBKK
i.

Menamakan haiwan-haiwan yang dibela di rumah dan haiwan-haiwan liar

ii.

Memberi pendapat tentang kepentingan menghargai makhluk ciptaan Tuhan

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Contoh Jadual: Langkah-langkah, isi pengajaran, hasil pengajaran dan ABM


Langkah
Pengajaran/Masa

Isi Pengajaran

Hasil Pengajaran

ABM

Set Induksi
(5 minit)

Guru bercerita tentang


kisah Lebai Malang yang
suka menyabung ayam
tetapi tewas

Murid mendengar guru


bercerita sambil
memahami moral di
sebalik cerita ini.

Buku cerita

Langkah 1
(5 minit)

i) Guru
memperdengarkan
lagu Lenggang
Kangkong dengan
iringan gitar.
ii) Guru memaparkan
senikata lagu.
iii) Guru membaca
senikata lagu
i) Guru mengajar murid
membaca senikata
lagu baris demi baris
ii) Dan seterusnya........

i) Murid mendengar
guru menyanyi
ii)Murid melihat senikata
lagu sambil membaca
secara perlahan
iii)Murid mendengar
guru membaca
senikata lagu

Gitar
Carta senikata
lagu

Langkah 2

i) Murid mengikut guru


membaca senikata
lagu

Langkah 3
Penutup

Pemilihan konsep dan kemahiran


Konsep muzik bermaksud elemen-elemen muzik yang hendak diterapkan atau
disampaikan

dalam

satu-satu

strategi

pengajaran.

Pelajar-pelajar

telah

diperkenalkan dengan elemen-elemen seperti detik, melodi, tempo, irama, pic


warna ton, tekstur, ekspresi, dinamik ataupun dalam nyanyian terdapat postur
dan sebagainya. Samada dalam pengajaran nyanyian atau bermain alat muzik,
konsep-konsep ini perlu diterapkan semasa mengajar.
Dalam pengajaran muzik Tahap 1, konsep-konsep muzik sudah ditentukan
dalam Modul Pendidikan Muzik (KSSR) dan guru cuma mengajar konsep muzik
yang telah ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Perlu diingat
bahawa guru tidak perlu memilih terlalu banyak konsep muzik dalam satu-satu
pengajaran

dan

pembelajaran

kerana

jika

terlalu

banyak

menyukarkan murid-murid memahami dalam satu-satu masa.

ianya

akan

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Pemilihan konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah selari


dengan objektif. Ramai di kalangan guru yang kurang memahami aspek ini di
mana objektif pengajaran dan konsep muzik sering berbeza. Jika berlaku
perbezaan antara konsep muzik dan objektif pengajaran ianya akan membuat
guru mengajar terlalu banyak konsep di dalam satu-satu proses pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh:Tajuk Pengajaran

: Nyanyian Lagu Selamat Pagi

Konsep Muzik

: Tempo cepat dan lambat

Objektif Pengajaran:
Di akhir pengajaran murid-murid akan
Dapat menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat.
Dapat membuat pergerakan asas untuk mengenalpasti perbezaan
tempo cepat dan lambat.
Penting !
Adalah penting dalam pemilihan konsep muzik agar ianya selari dengan objektif
pengajaran.

Perancangan aktiviti untuk penyampaian konsep muzik


Dalam pelaksanaan set induksi, pemilihan aktiviti dalam pendidikan muzik
sebaiknya harus berbentuk muzikal seperti menepuk tangan mengikut corak
irama, sebutan berirama, latihan pendengaran seperti memperkenalkan tempo
cepat atau lambat, pic atau pun lagu. Selain itu, penggunaan audio visual juga
dapat memberi kesan yang baik sewaktu set induksi dilaksanakan. Sebagai
contoh:

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

(a)

Murid-murid dipertontonkan dengan video permainan kompang. Setelah selesai,


mereka bersoal jawab mengenai cara paluan, bunyi yang dihasilkan(warna ton)
dan sebagainya; dan

(b)

Murid-murid diminta menutup mata, kemudian guru membunyikan beberapa alat


perkusi yang berlainan sifat bunyinya. Minta mereka dengar. Setelah membuka
mata, mereka diminta meneka atau menyesuaikan alat perkusi yang didengar
dengan alat perkusi itu mengikut tafsiran mereka.
* Teknik bercerita kurang digalakkan kerana ianya lebih kepada mata pelajaran
bahasa.

Penulisan hasil pembelajaran


(Rujuk: http://www.scribd.com/doc/19784841/Taksonomi-Bloom)

Penyediaan dan penulisan rancangan kerja harian set induksi, langkahlangkah penyampaian dan penutup.
Set Induksi adalah langkah paling awal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan utama set induksi ialah untuk menyediakan kelas ke arah
memulakan pengajaran. Kebiasaannya apabila seorang guru keluar dan guru
lain masuk ke kelas suasana kelas tertentu ada perubahan. Dari mata pelajaran
Matematik ke Muzik sudah semestinya mempunyai mod yang berbeza. Apatah
lagi jika sebelum guru muzik masuk kanak-kanak baru sahaja pulang dari kelas
pendidikan jasmani. Oleh itu adalah penting bagi seseorang guru menyediakan
suasana

yang

membolehkan

beliau

memulakan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran. Oleh itu guru biasanya memulakan pengajaran dengan set induksi
yang mana ianya diharapkan dapat membantu ke arah menyediakan kelas.

Ada pendapat yang mengatakan setiap Set Induksi itu mestilah relevan atau
berkait dengan apa yang hendak diajar pada sesi tersebut. Contohnya jika guru

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

hendak memperkenalkan lagu Lompat Si Katak Lompat guru mesti mencari


idea yang berkaitan dengan katak ataupun lompat. Mungkin guru perlu mencari
lukisan seekor katak, atau berpakaian seperti katak atau mencari seekor katak
sebagai daya tarikan. Ataupun guru bercerita dan bersoal jawab perihal katak.
Walau apa pun yang guru hendak lakukan dalam Set Induksi biarlah ianya
sesuai dan tidak keterlaluan hingga boleh menghilangkan tumpuan sebenarnya
apa yang hendak guru sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari awal lagi dinyatakan bahawa tujuan Set Induksi ialah hendak
menyediakan suasana pengajaran yang baik. Oleh itu jika guru hendak mengajar
nyanyian Lompat Si Katak Lompat guru tidak semestinya perlu mencari idea
yang relevan dengan katak. Guru boleh memulakan sesi pengajaran dengan
perkara-perkara lain yang bersesuaian asalkan ianya dapat menarik tumpuan
murid. Mungkin guru boleh memperkenalkan lagu tersebut atau terus
memulakan proses pengajaran. Apa yang penting ialah murid-murid sudah pun
bersedia. Oleh itu Set Induksi yang paling baik sekali ialah guru itu sendiri.
Maksud di sini ialah jika seseorang guru itu dapat menarik minat murid-murid
sudah semestinya murid-murid akan terus bersedia apabila guru tersebut masuk
ke kelas. Murid-murid akan terus diam dan menunggu-nunggu apakah yang
hendak guru perkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Sebagai seorang guru, daya tarikan perlu ada supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya.

Langkah-langkah Pengajaran pula perlu dibuat berdasarkan sukatan yang


dirancang oleh kementerian. Guru boleh memilih mana-mana topik yang
bersesuaian untuk diajar di kelas. Penulisan isi kandung pengajaran seharusnya
bersesuaian dengan objektif dan sukatan. Peningkatan perlu tersusun, jelas dan
mengikut urutan. Dalam menulis langkah-langkah pengajaran guru semestinya
mempunyai strategi yang sesuai dengan aktiviti yang berkaitan. Dalam
merancang langkah-langkah pengajaran, guru juga perlu pandai merancang

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

masa yang teratur agar langkah-langkah terkawal dan dapat dilaksanakan


dengan jayanya.
Kadangkala masa yang dirancang tidak dapat diikuti kerana kelemahankelemahan dari aspek murid ataupun guru. Oleh itu guru boleh membuat
perubahan-perubahan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
hasil pengajaran dapat dicapai walaupun tidak seperti yang dirancang awal.
Namun begitu melalui pengalaman guru sudah dapat membiasakan diri dalam
membuat perancangan dan mengikut peruntukan masa yang dirancang awal.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru juga harus melihat
sama ada isi/konsep yang hendak disampaikan boleh diterima, mencapai tahap
murid dan tidak terlalu membosankan. Penglibatan murid secara aktif dan
responsif juga penting dalam proses ini. Penyelesaian masalah juga boleh
dijalankan dalam sesi ini dan bukannya perlu menunggu di penghujung
pengajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu peka
terhadap pencapaian objektif. Ini penting kerana kadangkala, guru terlalu asyik
dan seronok melayan pertanyaan sehinggakan objektif yang dirancang
diabaikan.

Penutup adalah kemuncak kepada proses pengajaran dan pembelajaran pada


satu-satu sesi. Kebiasaannya dalam kelas muzik guru mahu melengkapkan
pengajaran dengan satu sesi penutup yang baik dan menggembirakan pelajar
agar pengajaran pada hari tersebut dapat menarik minat kanak-kanak dan akan
menunggu-nunggu sesi pengajaran yang akan datang. Guru akan mengakhiri
sesi pengajaran dengan penutup yang dianggap sebagai rumusan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti yang amat berkesan.
Kebiasaannya dan secara tradisinya guru akan meminta murid membuat
persembahan dalam kumpulan besar, kumpulan kecil atau secara individu. Ini
untuk menunjukkan bahawa konsep-konsep yang diperkenalkan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah difahami.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Namun begitu, guru kadangkala tidak sempat membuat sesi penutup kerana
terpaksa memberi lebih masa pada langkah-langkah awal dalam pengajaran.
Tidaklah menjadi kesalahan jika penutup cara tradisional ini tidak dapat
dijalankan kerana apa yang lebih penting ialah mutu pengajaran yang dapat
memberi input baru kanak-kanak dan pencapaian objektif pengajaran. Guru juga
boleh memberi kerja susulan sebagai maklumat tambahan di penghujung proses
pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu guru juga ingin melihat murid-murid
atau guru meninggalkan kelas dengan disiplin yang baik.

AMALI
Persediaan untuk pengajaran mikro

Mempraktikkan teknik dan kemahiran pengajaran mikro

Menyediakan alat bantu mengajar

You might also like