You are on page 1of 2

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada
tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi
kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Alor Gajah.

JAWATAN JADUAL GAJI BIL KEKOSONGAN


1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66
MAKLUMAT GRED F29 P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37 2
P3T1 RM 1690.06 - P3T21 RM3415.79

B. SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN


JAWATAN – PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1); atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T2); dan

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

C. KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan


D. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

CARA-CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah
yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil
kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
3. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (P.U.(A) 176/2005).

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri
sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 22 JANUARI 2010

CATITAN AM:

1. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap sebagai tidak berjaya.

3. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian.
Keputusan adalah muktamad.

4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan
yang dipohon.

5. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

NBSB/nmn/iklan jawatan terkini disember 2009

You might also like