You are on page 1of 20

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2014

HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDDIKAN

NO. MATRIK

NO.KAD PENGENALAN

820821125622001
:

820821-12-5622

NAMA PELAJAR

SITI NUR'ASYIKIN BINTI YAHYA

NO. TELEFON

013-8808082

E-MAIL

shekeen82@yahoo.com

TUTOR

EN. JUNAIDI BIN RIMAN

E-TUTOR
DARUS

EN. ZUHAIRUSNIZAM MD

820821125622001
PUSAT PEMBELAJARAN

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

ISI KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

2.0

Kajian Ilmiah

3.0

Metodologi Kajian

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Instrumen Kajian

Hasil Dapatan dan Perbincangan

10

4.1 Analisis Kajian dan Perbincangan

10

4.2 Dapatan Kajian

14

5.0

Kesimpulan

15

6.0

Rujukan

16

7.0

Lampiran

17

4.0

820821125622001

1.0

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

PENGENALAN

Teknologi Maklumat dalam Pendidikan merupakan kursus atau mata


pelajaran yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
serta membina sikap positif kepada pelajar mengenai teknologi maklumat
serta penggunaannya dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang
pendidikan.
Komputer merupakan salah satu medium atau alat yang digunakan
untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, komputer boleh digunakan untuk menghasilkan bahan
pengajaran dan juga sebagai alat untuk menyimpan rekod. Dengan ini,
proses

pengajaran

akan

menjadi

lebih

mudah

manakala

proses

pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih berkesan. Segala maklumat


yang diperolehi juga mudah disimpan dan dibuka semula semasa
diperlukan pada bila-bila masa.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula ialah
merupakan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dilakukan

dengan

menggunakan perisian kursus yang khusus dihasilkan untuk disampaikan


melalui komputer. Dengan kata lain, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan

komputer

merujuk

kepada

kaedah

pengajaran

yang

menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar dan komputer


merupakan aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan.
Tugasan ini memerlukan pelajar memuat turun satu aplikasi android
atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer di dalam kelas, kemudian
menyediakan satu borang penilaian sumatif bagi mendapatkan maklum
balas daripada guru-guru yang berkaitan dalam menilai aspek isi
kandungan dan teknikal. Setelah selesai membuat penilaian, pelajar perlu
3

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
menyediakan laporan yang lengkap dengan menggunakan Mikrosoft Word
untuk membincangkan hasil dapatan dan menggunakan perisian Microsoft
Excel untuk membuat analisis dan beberapa graf bagi data-data yang
telah diperolehi. Bagi memenuhi kehendak tugasan ini, saya telah
menyediakan borang soal selidik bagi membuat penilaian tersebut.

2.0

KAJIAN ILMIAH

Di negara-negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran


berbantukan komputer (PPBK) telah diterima oleh para guru, pendidik dan
pelajar dalam dunia pendidikan. Manakala di Malaysia pula, penggunaan
kaedah pengajaran berbantukan komputer juga telah digunakan secara
meluas

terutamanya

di

sekolah-sekolah

yang

mempunyai

jaringan

rangkaian internet yang baik. Sebagai contoh perkembangan terkini dunia


pendidikan pada hari ini ialah pengaplikasian Frog-Vle di sekolah-sekolah.
Melalui Frog-Vle ini, guru-guru dapat memberikan nota, kerja rumah, kuiz
dan latihan melalui atas talian sahaja dan murid boleh mengakses FrogVle ini di rumah. Kaedah ini dilihat sangat berkesan dan membantu murid
untuk lebih memahami pengajaran guru di dalam kelas. Di samping itu,
kaedah ini juga turut dapat membantu dan memudahkan guru-guru
menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Menurut Nik Azis (1989), pendidikan komputer dalam kurikulum
melibatkan tiga peranan penting. Pertama ialah pembelajaran tentang
perisian, perkakasan, dan pengaturcaraan komputer. Kedua, penggunaan
komputer untuk menyelenggara dan memproses data seperti data
perkataan dan penyelidikan dan ketiganya pula ialah penggunaan
komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
Aszoura (2007) menyatakan pendidikan komputer di Malaysia telah

mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah


menengah. Sekolah-sekolah tersebut telah dibekalkan dengan 20 buah
komputer. Pembelajaran berbantukan komputer akhirnya telah semakin
berkembang dengan wujudnya makmal komputer di sekolah-sekolah
dengan

jaringan

rangkaian

schoolnet

dan

yang

terkini

rangkaian

1bestarinet.
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat menguji tahap
kefahaman pelajar dengan memberi ujian pendek tentang bahan yang
telah dipelajari. Selepas pelajar menjawab ujian tersebut, komputer dapat
menilai jawapan yang diberikan oleh pelajar itu sama ada ia betul atau
salah. Sekiranya terdapat kesalahan pelajar akan diberi peluang untuk
mengulangi atau menjawab semula soalan tersebut. Kaedah PBK juga
dapat

membantu

pendidikan

pelajar-pelajar

pemulihan.

lemah

Komputer

yang

berupaya

dipelajarinya
memberi

dalam

penerangan

mengenai masalah pembelajaran kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya


ciri-ciri penerangan ini, pendidikan pemulihan dapat dilakukan dengan
segera menurut Rusdina (1993).
Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D & Walker, S.M. (1990)
mendapati bahawa pembelajaran berbantukan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding
dengan cara tradisional. Kebaikan-kebaikan tersebut ialah:
i. Pelajar-pelajar

dapat

memberi

tumpuan

yang

sepenuhnya

kepada

pelajaran. Ini adalah kerana terdapat banyak paparan grafik berwarnawarni

yang

dapat

menarik

minat

dan

perhatian

para

pelajar.

Penjelasan bagi sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan


berbanding dengan cara melukis di papan tulis.
ii. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan
tepat. Ini dapat menjimatkan masa pelajar dengan memberi arahan
kepada komputer untuk melakukan pengiraan kerana pelajar hanya
perlu memasukkan data ke dalam komputer sahaja seterusnya
5

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
komputer tersebut akan memproses data dan memberi semua output
yang ada. Pelajar pula akan memperolehi output melalui paparan di

skrin komputer.
iii.Pelajar dapat menjelajahi
pembelajaran

yang

komputer.

tidak

dapat

Ia

dapat

dilakukan

memberikan
melalui

buku

cara
teks

seterusnya secara langsung dapat memberi peluang kepada para


pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan teknologi.
Menurut Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), pengajaran dan
pembelajaran

berbantukan

komputer

dapat

memberikan

kebaikan-

kebaikan dalam pengajaran terancang, pengajaran individu, pengajaran


pengayaan

dan

pengajaran

pemulihan.

Melalui

pengajaran

yang

terancang, guru akan dapat membina program-program yang dirancang


khas

untuk

keperluan

para

pelajar

mengikut

tahap

kebolehan,

pengetahuan dan jangka masa yang sesuai dengan diri mereka. Dalam
pengajaran individu, pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa
rasa segan atau takut kepada persekitarannya kerana persekitaran
mereka

hanya

Pengajaran

dan

melibatkan

komputer

pembelajaran

dan

berbantukan

individu

pelajar

komputer

juga

sahaja.
dapat

membantu pelajar-pelajar yang lemah di dalam sesuatu mata pelajaran


atau topik dalam pengajaran pemulihan. Penyampaian secara tutorial,
latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka memahami konsep yang
disampaikan oleh guru.

Qi Chen (1995) pula menyatakan pengajaran dan pembelajaran


berbantukan komputer dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara
aktif

dalam

aktiviti

kelas

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan. Pelajar-pelajar boleh mengawal isi kandungan pembelajaran


terutamanya dari segi susunan bahan pembelajaran. Mereka juga turut
boleh mengawal strategi pembelajaran seperti cara persembahan dan
jumlah latihan yang dibuat. Pelajar juga diberi peluang belajar mengikut
kadar sendiri dan seterusnya menguasai pelajaran mereka. Ternyata
6

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer. Antaranya ia dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran. Mengikut penyelidikan yang telah
dilakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan
pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria
pandang, 13% melalui deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3%
daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau (Mok Soon Sang, Lee Shok
Mee, 1986).
Berdasarkan kajian tersebut, jelas membuktikan bahawa pancaindera
pandang dan dengar sangat penting dalam proses pembelajaran. Bahan
bantu mengajar berasaskan komputer semestinya banyak memerlukan
pancaindera pandang dengar, dan ia sangat relevan dalam meningkatkan
kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
Leong Mei Wei (1998) pula menyatakan kelebihan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya
adalah:
i. Membantu pelajar lemah.
Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini
juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami
konsep-konsep yang diajar tanpa mengganggu perjalanan pelajar lain
yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan tahap kognitif dan psikologi
antara

pelajar

dijadikan

akan berkurangan sekiranya

sebagai

satu

pendekatan

dalam

teknologi komputer
membantu

proses

pengajaran dan pembelajaran.


ii. Maklum balas yang cepat.
Komputer berupaya untuk memberi maklum balas yang cepat
terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan pelajar adalah
salah.

iii.Membantu dalam pemahaman.


Bahan pelajaran dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana,
penggunaan animasi, grafik, warna, muzik, simulasi dan dialog akan
mempercepatkan

lagi

proses

pemahaman

perkara-perkara

atau

konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.


iv. Jangka masa pendek.
Seseorang pelajar berupaya memahami sesuatu konsep dengan lebih
cepat melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer berbanding kaedah tradisional. Ini kerana, penggunaan
komputer berupaya member motivasi dalam pembelajaran seseorang
pelajar.
v. Mutu dan perhatian.
Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh
guru,

perhatian

yang

lebih

dapat

diberikan

kepada

kepekaan

seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk


memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan
perisian

yang

lebih

baik

untuk

kesesuaian

pengajaran

dan

pembelajaran mengikut tahap pelajar.


vi.Meringankan beban.
Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topik yang
mereka lemah dan lambat kuasai dan ini dapat meringankan beban
guru untuk mengulang pelajaran yang sama berulang kali.
vii.

Sikap positif.
Kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar
secara

tidak

langsung

ini

memaksa

pelajar

yang

negatf

dan

menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan


pelajaran.
viii.

Memantau kemajuan pencapaian pelajar.


Segala rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai
memudahkan tugas-tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
para pelajar. Dengan ini, guru dapat merancang pengajaran pemulihan
untuk pelajar yang lemah dan pengayaan untuk pelajar cerdas.

ix.Paparan menarik.
Kombinasi warna dan muzik yang tepat dapat menghasilkan paparan
yang menarik. Penggunaan permainan serta susunan teks yang teratur
akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat
menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Reka bentuk kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru-guru


yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal. Kajian ini
melibatkan seramai 20 orang responden yang terdiri daripada guru-guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah dalam Zon Bandar Selatan, Tawau.
Data-data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang
soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Ia
mengambil masa dalam 1 masa tertentu sahaja di mana selalunya
menggunakan soal-selidik atau instrumen. Ia dapat menjimatkan masa
dengan pengumpulan data pada jangka masa yang singkat dan tindakan
susulan (follow-up) terhadap responden adalah tidak diperlukan.
3.2

Instrumen Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian utama kerana ianya adalah
lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999). Menurut Johari (2003),
penggunaan borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang
banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Ini disebabkan soal selidik
dapat mengumpul data secara terperinci, tersusun dan piawai. Di samping
9

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
itu, soal selidik mudah ditadbir, menjimatkan tenaga, masa, minda dan
wang pengkaji semasa menjalankan kajian.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A meliputi pernyataanpernyataan yang berkaitan dengan penilaian guru-guru mengenai aplikasi
pembelajaran jawi Mari Belajar Jawi dari aspek isi kandungan manakala
Bahagian B pula adalah meliputi pernyataan-pernyataan yang berkaitan
dengan penilaian guru-guru mengenai aplikasi pembelajaran jawi Mari
Belajar Jawi dari aspek teknikal. Kedua-dua bahagian ini menggunakan
skala Likert 5 poin. Merujuk kepada jadual 1, skala 1 mewakili Sangat
Tidak Setuju, skala 2 mewakili Tidak Setuju, skala 3 mewakili Tidak
Pasti, skala 4 mewakili Setuju manakala skala 5 mewakili Sangat
Setuju.
Jadual 1: Skala Likert
SKALA

PENGELASAN

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

10

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

4.0

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Analisis Kajian dan Perbincangan

Jadual 2: Penilaian aplikasi pembelajaran jawi Mari Belajar Jawi dari


aspek isi kandungan
ITEM
1. Penyampaian dalam aplikasi
pembelajaran ini menggunakan
bahasa yang betul dan mudah
difahami
2. Isi kandungan aplikasi pembelajaran
ini sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran jawi
bagi murid tahun 1
3. Isi kandungan aplikasi pembelajaran
sesuai dengan objektif
pembelajaran jawi tahun 1
4. Isi kandungan aplikasi pembelajaran
ini disusun dengan baik dan sesuai
5. Aplikasi pembelajaran ini
mengandungi pelbagai aktiviti yang
menarik

STS

TS

TP

SS

15

0.0

5.0

5.0

15.0

75.0

14

0.0

5.0

10.0

15.0

70.0

12

0.0

10.0

15.0

15.0

60.0

%
0

%
1

%
1

%
2

%
16

0.0

5.0

5.0

10.0

80.0

%
0

%
0

%
0

%
7

%
13

0.0

0.0

0.0

35.0

65.0

11

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
Item 1: Penyampaian dalam aplikasi pembelajaran ini menggunakan
bahasa yang betul dan mudah difahami

Jadual di atas menunjukkan bahawa 75.0% responden sangat bersetuju


dengan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam
aplikasi pembelajaran ini. Dalam pada itu, 15.0% responden bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Namun hanya segelintir responden tidak
pasti iaitu 5.0%, tidak setuju iaitu 5.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.
Memandangkan aplikasi pembelajaran jawi ini memberi fokus terhadap
pengetahuan asas jawi, maka bahasa yang digunakan di dalam aplikasi
pembelajaran tersebut perlulah bersesuaian dengan tahap murid di
peringkat tahun 1 atau murid pemulihan.

Item 2: Isi kandungan aplikasi pembelajaran ini sesuai digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran jawi bagi murid tahun 1

Jadual di atas menunjukkan bahawa 70.0% responden sangat bersetuju


bahawa isi kandungan aplikasi pembelajaran ini sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran jawi bagi murid tahun 1. Dalam pada itu,
15.0% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Namun hanya
segelintir responden tidak pasti iaitu 10.0%, tidak setuju iaitu 5.0% dan
sangat tidak setuju iaitu 0.0%.

Item 3: Isi kandungan aplikasi pembelajaran sesuai dengan objektif


pembelajaran jawi tahun 1

Jadual di atas menunjukkan bahawa 60.0% responden sangat bersetuju isi


kandungan aplikasi pembelajaran ini sesuai dengan objektif pembelajaran
jawi tahun 1. Dalam pada itu, 15.0% responden bersetuju dengan

12

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
pernyataan tersebut. Namun terdapat responden tidak pasti iaitu 15.0%,
tidak setuju iaitu 10.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.

Item 4: Isi kandungan aplikasi pembelajaran ini disusun dengan baik dan
sesuai

Jadual di atas menunjukkan bahawa 80.0% responden sangat bersetuju


bahawa isi kandungan aplikasi pembelajaran ini disusun dengan baik dan
sesuai. Dalam pada itu, 10.0% responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Namun hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 5.0%, tidak
setuju iaitu 5.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.

Item 5: Aplikasi pembelajaran ini mengandungi pelbagai aktiviti yang


menarik
Jadual di atas menunjukkan bahawa 65.0% responden sangat bersetuju
bahawa aplikasi pembelajaran ini mengandungi pelbagai aktiviti yang
menarik. Dalam pada itu, 35.0% responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Namun tiada responden yang tidak pasti iaitu 0.0%, tidak setuju
iaitu 0.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.
Jadual 3: Penilaian aplikasi pembelajaran jawi Mari Belajar Jawi dari
aspek teknikal
STS

TS

TP

SS

1
0

2
0

3
0

4
6

5
14

0.0

0.0

0.0

30.0

70.0

mudah difahami
7. Aplikasi pembelajaran ini mempunyai

%
0

%
0

%
0

%
7

%
13

pilihan untuk mengawal perjalanan

0.0

0.0

0.0

35.0

65.0

perisian, berhenti atau keluar


8. Aplikasi pembelajaran ini mempunyai

%
0

%
0

%
0

%
7

%
13

0.0

0.0

0.0

35.0

65.0

ITEM
6. Penggunaan menu, ikon dan arahan
dalam aplikasi pembelajaran ini

bunyi yang boleh dikawal

13

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

9. Persembahan isi kandungan yang


disampaikan dapat merangsang
pemikiran murid
10. Aplikasi pembelajaran ini
mengandungi visual dan audio yang
jelas, sesuai dan mudah difahami

10

0.0

0.0

5.0

45.0

50.0

%
0

%
0

%
0

%
6

%
14

0.0

0.0

0.0

30.0

70.0

Item 6: Penggunaan menu, ikon dan arahan dalam aplikasi pembelajaran


ini mudah difahami

Jadual di atas menunjukkan bahawa 70.0% responden sangat bersetuju


dengan penggunaan menu, ikon dan arahan dalam aplikasi pembelajaran
ini yang mudah difahami. Dalam pada itu, 60.0% responden bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Namun tiada responden yang tidak pasti
iaitu 0.0%, tidak setuju iaitu 0.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.

Item 7: Aplikasi pembelajaran ini mempunyai pilihan untuk mengawal


perjalanan perisian, berhenti atau keluar

Jadual di atas menunjukkan bahawa 65.0% responden sangat bersetuju


bahawa Aplikasi pembelajaran ini mempunyai pilihan untuk mengawal
perjalanan perisian, berhenti atau keluar. Dalam pada itu, 35.0%
responden

bersetuju

dengan

pernyataan

tersebut.

Namun

tiada

responden yang tidak pasti iaitu 0.0%, tidak setuju iaitu 0.0% dan sangat
tidak setuju iaitu 0.0%.

Item 8: Aplikasi pembelajaran ini mempunyai bunyi yang boleh dikawal

14

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
Jadual di atas menunjukkan bahawa 65.0% responden sangat bersetuju
bahawa aplikasi pembelajaran ini mempunyai bunyi yang boleh dikawal.
Dalam pada itu, 35.0% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Namun tiada responden yang tidak pasti iaitu 0.0%, tidak setuju iaitu
0.0% dan sangat tidak setuju iaitu 0.0%.

Item

9:

Persembahan

isi

kandungan

yang

disampaikan

dapat

merangsang pemikiran murid

Jadual di atas menunjukkan bahawa 50.0% responden sangat bersetuju


bahawa

persembahan

isi

kandungan

yang

disampaikan

dapat

merangsang pemikiran murid. Manakala selebihnya 45.0% responden


bersetuju dan 5.0% lagi kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Namun
tiada responden yang tidak setuju iaitu 0.0% dan sangat tidak setuju iaitu
0.0%.

Item 10: Aplikasi pembelajaran ini mengandungi visual dan audio yang
jelas, sesuai dan mudah difahami

Jadual di atas menunjukkan bahawa 70.0% responden sangat bersetuju


bahawa aplikasi pembelajaran ini mengandungi visual dan audio yang
jelas, sesuai dan muah difahami. Dalam pada itu, 30.0% responden
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Namun tiada responden yang
tidak pasti iaitu 0.0%, tidak setuju iaitu 0.0% dan sangat tidak setuju iaitu
0.0%.

15

820821125622001

4.2

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

Dapatan Kajian

Berikut merupakan dapatan kajian yang dapat disimpulkan berdasarkan


pernyataan di dalam kajian:
1.

Secara umumnya, sebanyak majoriti guru sangat bersetuju dan


seronok menggunakan aplikasi pembelajaran jawi Mari Belajar
Jawi ini kerana isi kandungan dan paparan perisian ini sangat
mudah difahami terutamanya oleh murid-murid tahun 1.

2.

Melalui

penggunaan

aplikasi

pembelajaran

yang

mudah

dan

menarik, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan guru untuk


membuat penerangan kepada murid.
3.

Majoriti guru juga berpandangan bahawa penggunaan aplikasi


pembelajaran ini akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan
interaktif.

16

820821125622001

5.0

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

KESIMPULAN

Sebagai

kesimpulan,

pengajaran

dan

pembelajaran

berbantukan

komputer merupakan kaedah pengajaran yang menggunakan komputer


sebagai bahan bantu mengajar yang mana komputer merupakan aplikasi
teknologi komputer dalam pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran
berbantukan

komputer

mempunyai

banyak

kelebihan

dan

dapat

memberikan kebaikan dalam pengajaran terancang, pengajaran individu,


pengajaran pengayaan dan pengajaran pemulihan.
Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti

kelas

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga


memberikan beberapa kelebihan-kelebihan yang lain seperti dapat
membantu pelajar yang lemah, memberi maklum balas yang cepat,
membantu dalam pemahaman, jangka masa yang pendek, mutu dan
perhatian terhadap pembelajaran, meringankan beban guru dan pelajar,
memupuk sikap yang positif, dan

memantau kemajuan pencapaian

pelajar.
Penggunaan aplikasi pembelajaran juga turut memainkan peranan
yang penting dalam membantu para guru untuk memberikan kefahaman
yang jelas kepada para pelajar. Namun begitu, aplikasi pembelajaran yang
digunakan tersebut perlulah menepati ciri-ciri serta kriteria perisian yang

17

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan
baik dan menarik bagi memastikan objektif yang hendak dicapai dapat
direalsasikan.

6.0

RUJUKAN

Aszoura Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran


Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif)
Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel
Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia.
Gladwin, R.P Margerison, D&Walker, S.M. (1990). Computer in Teaching
Initiative. Education In Chemistry.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997a). The Malaysian Smart School.
An MSC Flagship Application. A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur:
Kerajaan Malaysia.
Mohd Majid Konting. (1997). Anjakan paradigma pendidikan keguruan.
Kertas kerja Konvensyen PERPEMA Ke-9, Kuala Lumpur, 14-16 Julai.
Nik Azis Nik Pa (1989). Komputer Dalam Pendidikan. Proceedings of the
National Symposium on Educational Computing. USM.
18

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

Qi Chen (1995). Effects of Learners Character and Instructional Guidance


on Computer Assisted Learning Integratng Information Technology
into Education. Chapman & Hall.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam Bilik Darjah
: Kaedah dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Rusdina Abdul Rahim (1993). Ke arah Pengkomputeran Pengajaran
Bahasa : Cereka atau Fakta. Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.0

LAMPIRAN

Borang Soal Selidik


BAHAGIAN A (Isi Kandungan)
BIL

PERNYATAAN
Penyampaian dalam aplikasi pembelajaran ini

STS

TS

KS

SS

menggunakan bahasa yang betul dan mudah

difahami
Isi kandungan aplikasi pembelajaran ini sesuai
2

3
4
5

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran


jawi bagi murid tahun 1
Isi kandungan aplikasi pembelajaran sesuai
dengan objektif pembelajaran jawi tahun 1
Isi kandungan aplikasi pembelajaran ini disusun
dengan baik dan sesuai
Aplikasi pembelajaran ini mengandungi pelbagai

19

820821125622001

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan

aktiviti yang menarik


BAHAGIAN A (Teknikal)
BIL
6

8
9

PERNYATAAN
Penggunaan menu, ikon dan arahan dalam
aplikasi pembelajaran ini mudah difahami
Aplikasi pembelajaran ini mempunyai pilihan
untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti
atau keluar
Aplikasi pembelajaran ini mempunyai bunyi
yang boleh dikawal
Persembahan isi kandungan yang disampaikan
dapat merangsang pemikiran murid
Aplikasi pembelajaran ini mengandungi visual

10 dan audio yang jelas, sesuai dan mudah

STS

TS

KS

SS

difahami

20

You might also like