You are on page 1of 9

Penilaian

sumatif

lebih

memberi

focus

kepada

penguasaan

ilmu

berbanding penguasaan kemahiran dan penghayatan serta amalan.


Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penilian formatif dan sumatif.
Formatif lebih dikenali sebagai ujian untuk mengesan dan mengetahui sejauh
mana penguasaan dan kemajuan murid. Manakala, penilaian sumatif digunakan
untuk mengesan dan mengetahui pencapaian murid.
Istilah formatif dan sumatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun
1967 dalam kertas kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian yang menerangkan
peranan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran.
Menurut beliau, penilaian formatif dijalankan secara berterusan, iaitu semasa
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki
atau

mengenal

pasti

kelemahan

yang

wujud

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran sama ada aspek pengajaran atau pembelajaran.


Ini dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat itu mencapai
objektif yang diharapkan. Fungsi penilaian formatif dengan kadar segera dan
pelajar memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini
membantu guru meneruskan atau memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang
dijalankan.
Guru akan dapat maklumat pengajaran beliau melalui pemerhatian, kuiz,
tugasan, kerja rumah dan ujian ringkas yang dibuat di bilik darjah. Penilaian guru
boleh dilakukan apabila melihat hasil yang telah dihasilkan oleh pelajar sama
ada bersesuaian dengan tajuk berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru.
Oleh itu untuk mengukur sejauh mana kebolehan pelajar maka guru harus
bertindak untuk melakukan penilaian dalam hasil kerja pelajar bagi mengetahui
sejauh mana tahap yang telah dikuasai oleh pelajar.
Menurut Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu pengukuran yang
dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran. Secara
mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara berpusat
pada peringkat sekolah ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat
suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik
pembelajaran.
Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui
kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah
matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa yang telah
ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan.

Dalam penilaian sumatif, maklumat yang didapati mempunyai skop yang lebih
luas dari aspek cakupan kandungan atau kemahiran yang ditaksir tetapi kurang
diperincikan.
Peperiksaaan yang bertahap tinggi seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM
boleh dianggap sebagai satu penilaian sumatif kerana ia melibatkan ujian
pencapaian terhadap apa yang telah diajar dari awal hingga akhir bagi sesuatu
program peperiksaan.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ujian bulanan yang
kerap dibuat oleh guru dianggap sebagai ujian formatif kerana guru akan
menggunakan prestasi ujian bulanan untuk mengenalpasti perkembangan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seandainya terdapat sesuatu
perkara

yang

kurang

menyenangkan

di

pihak

guru,

guru

akan

segera

memperbaiki kaedah pengajaran atau penekanan pengajaran yang telah


dibuatkhususnya bagi mata pelajaran seni visual ini.
Manakala ujian semester atau ujian akhir tahun boleh dianggap sebagai ujian
sumatif. Ujian ini dianggap sebagai penutup kepada segala pengajaran yang
telah dibuat untuk tempoh atau tahun berkenaan. Semester atau tahun baru
akan dimulakan dengan program yang baru untuk para pelajar. Segala
kelemahan pengajaran dianggap lewat untuk diperbaiki semula kerana pelajar
akan pulan bercuti panjang dan akan bersedia untuk menghadapi program yang
baru di semester dan tahun baru pula.

Berdasarkan maklumat asas mengenai ujian formatif dan sumatif, saya bersetuju
dengan tajuk penilaian sumatif lebih memberi focus kepada penguasaan ilmu
berbanding kemahiran dan penghayatan serta amalan.

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu


kursus. Penilaian sumatif meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas
beberapa

unit

pembelajaran.

Biasanya

dalam

tempoh

sesuatu

penggal,

pertengahan tahun atau di akhir tahun. Cara penilaian yang digunakan adalah
bentuk formal dengan menggunakan kertas ujian, pensel dan peperiksaan
bertulis. Ini merupakan pendapat saya yang pertama menyokong penilian
sumatif hanaya memfokuskan kepada pneguasaan dalam bidang ilmu sahaja.
Penilaian sumatif seperti ujian di akhir semester atau diakhir tahun hanya
merujuk kepada topik2 tertentu dan menguasai beberapa bidang sahaja.
Peperiksaan

dijalankan

untuk

mengambil

kira

skor

ataupun

gred

bagi

menentukan tahap penguasaan pelajar didalam kelas. Ini menunjukkan bahawa


tidak semua ilmu yang dipelajari dinilai dalam peperiksaan malah ianya kurang
memberi kesan kepada amalan jika hanya bergantung kepada pembelajaran
ilmu sahaja. Ada juga guru yang memberi tajuk-tajuk tertentu ketika menjelang
musim peperiksaan untuk pelajar mendapatkan markah yang baik dan tidak
menjejaskan prestasi sekolah. Ini menjadikan pelajar bersikap sambil lewa
terhadap penghayatan dalam ilmu yang dipelajari dan mereka penguasaan ilmu
dalam menghadapi peperiksaan tidak berjalan secara menyeluruh. Secara
jelasnya, penialaian sumatif hanya tertumpu kepada menekankan tingkah laku
kognitif.
Apabila merujuk kepada penilaian sumatif, masyarakat kita akan tertumpu
kepada UPSR, PMR dan SPM.

Perlu untuk kita sama-sama berfikir, apakah

peperiksaan UPSR dan PMR yang diamalkan sekarang dapat menguji dan
merangsang dengan berkesan keupayaan murid untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif?

Atau

apakah

kedua-dua

peperiksaan

ini

hanya

menggalakkan

pembelajaran secara hafalan, atau rote learning, dan meminggirkan aspek


kreativiti dan inovasi?
Keupayaan kedua-dua peperiksaan UPSR dan PMR untuk menguji daya kreativiti
dan inovasi murid adalah amat terhad. Misalnya, soalan berbentuk objektif atau
soalan pelbagai pilihan yang terdapat dalam kedua-dua peperiksaan ini lebih
cenderung untuk menguji daya ingatan murid, bukan keupayaan mereka untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif.
Bentuk peperiksaan ini juga mengehadkan skop pembelajaran murid kepada apa
yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Ruang untuk murid berfikir di luar kotak,
berfikir secara kreatif dan inovatif, adalah amat sedikit apatah lagi untuk
menyerlahkan bakat terpendam mereka.

Ada beberapa kaedah lain yang boleh menguji daya kreativiti murid secara lebih
berkesan.Antaranya ialah

penilaian

berbentuk

penyelesaian

masalah

dan

berasaskan projek. Melalui kedua-dua kaedah ini, murid berpeluang untuk


menyerlahkan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif dalam merungkai
permasalahan atau menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Guru-guru
boleh mengenal pasti kecenderungan dan tahap kreativiti murid berdasarkan
penilaian yang dibuat secara individu dan ini merujuk kepada penilaian formatif.
Kaedah penilaian formatif ataupun yag berteraskan pengujian berbentuk semasa
dan perlaksanaan amali atau projek lebih berkesan untuk mengenal pasti daya
kreativiti murid berbanding dengan peperiksaan konvensional yang lebih
menekankan daya hafalan. Penilaian berteraskan kreativiti ini boleh dibuat di
sepanjang proses pembelajaran, bukannya di akhir proses pembelajaran
sebagaimana

lazimnya

dalam

sistem

peperiksaan

konvensional.

Guru

kemudiannya boleh mengenal pasti kaedah pembelajaran yang lebih berkesan


untuk setiap murid berdasarkan kecenderungan dan kemampuan mereka hasil
penilaian yang dibuat secara individu.
Seterusnya, penilaian sumatif ini merujuk kepada peperiksaaan luaran sematamata untuk mendapatkan gred peperiksaan tersebut berbeza dengan penilaian
formatif yang merujuk kepada memberi maklum balas dalam bilik darjah, dalam
erti kata lain, penilaian secara berterusan. Penilaian sumatif bertujuan Memberi
gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalam peperiksaan
yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred mereka dari satu ujian
kepada satu

ujian yang

seterusnya seperti

ujian percubaan

UPSR dan

peperiksaan UPSR yang sebenar.


Seringkali kita lihat dalam amalan sekolah, ujian dan penilaian digunakan unuk
menghasilkan keputusan akhir seperti gred atau markah peratusan dan para
pelajar tidak diberikan maklumat lebih lanjut, contohnya, selepas peperiksaan
upsr atau spm, ujian yang ditadbir tidak dibincangkan dan pelajar tidak
mengesan dimana jawapan yang betul atau salah. Yang jelasnya, situasi yang
lebih baik adalah dengan memberi seberapa banyak maklum balas yang boleh
untuk mereka memeprtingkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap sebelum
ujian seterusnya diadakan. Maklum balas ini merupakan komponen penting
dalam penilaian formatif (sadler et. Al 1998)
Penekanan terhadap penilaian formatif mula diberi perhatian apabila menyedari
pelaksanaan peilaian sumatif tidak memberi peluang kepada pelajar untuk

memperbaiki kelemahan mereka. Tahap pencapaian mereka hanya diuji setelah


proses pembelajaran berakhir. Secara umumnya, penilaian sumatif seperti ini
kurang berkesan dimana para guru dan pelajar tidak dapat mengenal pasti
masalah yang dihadapi dalam proses pembelajaran secara spesifik. Ini adalah
kerana tiadanya peluang berinteraksi antara guru dengan pelajar dan seterusnya
tiada maklum balas dari kedua-dua pihak. Oleh itu, penilaian formatif dilihat
sebagai

suatu

penambahbaikan

bagi

membantu

proses

pengajaran

dan

pembelajran berbanding penilaian sumatif yang dijalankan.


Penilaian sumatif juga kurang keberkesanannya dalam memberi maklum balas
yang sesuai dan melakukan tindakan susulan kepada pelajar. Keupayaan keduadua peperiksaan UPSR dan PMR untuk menguji daya kreativiti dan inovasi murid
adalah amat terhad.
Selain itu, penilaian sumatif dapat memberikan pelajar pensijilan murid-murid
yang dilaksanakan selepas peperiksaan memberi motivasi dan semangat untuk
murid-murid yang mendapat gred yang baik untuk meneruskan pelajaran ke
tahap yang lebih tinggi. Tetapi, dengan ini sahaja murid yang dilahirkan adalah
berdasarkan kemampuan ingatan meghafal setiap isi pelajaran atau dengan kata
lainnya Melahirkan murid-murid yang berorientasikan peperiksaan dengan
menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak.
Tidak dinafikan melalui ujian sumatif, guru dapat membahagikan murid-murid
kepada kelas dan kumpulan (streaming class/kelas mengikut aliran) mengikut
gred pencapaian ujian atau peperiksaan memudahkan guru mengenalpasti
murid yang lemah dan murid yang bijak sekaligus melakukan kepelbagaian
dalam kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan tahap murid. Walaupun
begitu, Penyediaan soalan yang ditadbir

yang meliputi kesemua topik

pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan dengan baik kerana
topik yang banyak dan jumlah soalan yang terhad. Ketika pelaksanaan juga,
pelajar hanya bertumpu kepada latih tubi untuk mengingati dan menghafal isi
pelajaran tanpa mengamalkan dan menghayati ilmu tersebut.
Penilaian sumatif atau ujian yang dilakukan dalam beberapa tempoh tertentu
seperti peperiksaan akhir tahun atau semester Memberi tekanan kepada murid,
ibu bapa dan guru untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah. Ini
juga menunjukkan penilaian sumatif lebih memntingkan penguasaan ilmu,
bukannya kepada penguasaan penghayatan serta amalan.

Penilaian sumatif memberikan seseorang pelajar gred pencapaian akademik


dalam pensijilan di alam persekolahan, tetapi ia tidak cukup untuk membina
modal insan yang berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan Negara dimana
ecemerlangan

pendidikan

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bukan saja untuk melahirkan pelajar cemerlang dan berilmu, malah
apa yang lebih penting ialah melahirkan lebih banyak individu berkeperibadian
tinggi dan berakhlak mulia, bertanggungjawab, amanah serta berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru, kecemerlangan diri bukan hanya diukur dengan pencapaian akademik
semata-mata atau ukuran berapa bilangan A tetapi apa yang penting ialah
pelajar itu dapat melahirkan keperibadian dan akhlak yang baik, seterusnya
menjadi umat yang hebat sepanjang zaman.
Oleh itu, pencapaian pengukuran dari akademik ataupun penguasaan ilmu
sahaja tidak mencukupi, malah ia perlu selaras dengan perkembangan nilai-nilai
didalam diri serta penghayatan terhadap nilai ilmu itu sendiri.
Penilaian sumatif juga tidak mnumpukan kepada penguasaan kemahiran seperti
tingkah laku seperti penguasaan psikomotor ataupun amalan dan nilai. Ia hanya
bertumpu kepada pencapaian skor A dalam peperiksaan. Bengkel-bengkel yang
diadakan untuk peperiksaan juga tertumpu kepada latih tubi untuk mencapai A
dalam peperiksaan dan tidak menekankan aspek penghayatan dan kemahiran.


2
.



.

2 -

.



.

2

.

.
.

.

2
2
2
.


- .


.



- .

.

.
.



.


.
" "




.





.

2
2
.

You might also like