You are on page 1of 18

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Tajuk 6

GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM


PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

6.0 Sinopsis
Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI)
sebagai seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
Dalam unit ini, perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam
pendidikan. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan,
kefahaman dan penguasaan Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai
perkhidmatan pendidikan. Selain daripada itu pelajar

juga diberi

tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap


akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan akta dalam
perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan.

Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta.
2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang
kakitangan awam.
3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan
awam di Malaysia.

Kerangka Konsep Tajuk

92

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM


PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Perkeliling dan
Akta

Etika

6.1

ETIKA

Pelajar-pelajar sekelian !
Tahukah anda maksud Etika Perkhidmatan Awam ?

6.1.1. Konsep Etika


Perkataan etika berasal dari perkataan ethos (Greek) yang membawa
maksud perangai atau keperibadian. Etika sering juga diterjemahkan
sebagai moral. Moral berasal dari perkataan Latin moralis yang
bermaksud adat atau budi pekerti atau adab. Dalam Islam, perkataan
sinonim dengan etika ialah akhlak. Akhlak ialah suatu ilmu yang
menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya
dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan
tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan
menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.
Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku
pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih
menyeluruh, mempunyai ciri-ciri dinamik dan profesionalisme yang
sempurna. Hal ini kerana kesempurnaan asas dan sumbernya. Asasnya

93

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumbernya ialah al-Quran


dan as-Sunnah.

6.1.2. Dalil Berkaitan dengan Etika


1. Firman Allah Taala :

(surah an-Nisa : 59)


Maksudnya :
Wahai orang orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan
Pemerintah ) dari kalangan kamu

2. Firman Allah lagi.

94

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Maksudnya :
Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, jika
mereka memerintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan
ajaranku, maka mereka akan diberi pahala dan kamu akan diberi
pahala kerana mentaati mereka.Dan jika mereka memerintah kamu
dengan peerintah yang tidak sesuai dengan ajaranku, maka dosanya
ditanggung oleh mereka, manakala kamu terselamat dari dosa
berkenaan.

6.1.3. Etika Kerja Perkhidmatan Awam

NILAI DAN ETIKA DALAM


PERKHIDMATAN AWAM
PERIBADI ASAS

AMANAH
IKHLAS
DEDIKASI
BERSIH
TEKUN
DISIPLIN
SEDERHANA
JUJUR

MENGUTAMAKAN PELANGGAN

NILAI DAN ETIKA


DALAM
PERKHIDMATAN
AWAM
AGAMA
BERSYUKUR
BERIMAN
BERTAKWA

KEPIMPINAN

BERBUDI MULIA
BERSABAR
SOPAN SANTUN
PERAMAH

PRODUKTIVITI /KUALITI

ADIL
BERANI
SYURA

PROFESIONALISMA

BERILMU
KREATIF
INOVATIF
INTEGRITI
NEUTRALITI
INTELEK
AKAUNTABILITI

PRODUKTIF
BERKUALITI

Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud :


1. Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi
bagi mengawal tingkahlaku pekerja.

95

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

2. Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa


selaras dengan sistem nilai organisasi berkenaan.
Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin
mutu kerja dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam
melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke
atas mereka.

6.1.4. Kepentingan Etika ;


Antara kepentingan etika adalah :
1. Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku
anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan
amanah mereka sebagai pekerja
2. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota
perkhidmatan awam sebagai institusi utama kepada
pembangunan negara
3. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan

6.1.5. Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam


Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk :
1. Meninggikan mutu perkhidmatan
2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas
3. Memupuk tanggungjawab bersama
96

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan

6.1.6. Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam


Antara nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam yang perlu dihayati
dan diamalkan oleh setiap kakitangan awam ialah :
1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan
2. Amanah, bersih dan jujur
3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri
bercanggah dengan tanggungjawab awam
4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu
tekanan luar
5. Adil dan saksama
6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan
kurang usaha
7. Ketepatan masa
8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra
9. Sikap berjimat cermat
10.

Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising

Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda


mengenai nilai-nilai etika yang diamalkan di tempat kerja
anda. Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik.

6.1.7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

97

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada


hasil Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan
kemanusiaan sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada 1988.
Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas
ideologi pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan
aspirasi pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995),
falsafah pendidikan di Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam
dokumen-dokumen rasmi negara seperli perlembagaan, ucapan
pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan secara rasmi mulai
1987.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang


berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara
ke arah negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan dijadikan teras kepada dasar pendidikan
FPN (Ahmad Mohd Salleh : 2000).
Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip
pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian
98

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani,


emosi, rohani, intelek dan sosial.
Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati
intipati falsafah yang terkandung di dalam FPK. Menurut Hassan
Langgulung (1995), FPK merupakan satu proses mendidik generasi
muda sebagaimana berikut ;
1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah.
2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk
menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtimai) yang diakui
oleh Islam.
3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan
berpandukan syariat.
4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain.
5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan
melakukan penyelidikan.

6.1.8. Falsafah Pendidikan Islam


Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan
suatu proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak
didik bersama pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan
insan yang berteraskan ajaran Islam. Faisal Othman (1992) Hubungan
pendidikan Islam dengan wahyu yang diucapkan (virbatim revelation)
melahirkan teori ilmu (theory of knowledge).
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan
Al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.
99

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan ;


i.

Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran


dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.
Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan
pendidikan sepanjang hayat. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikan
sumber utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan
ilmu pengetahuan.

ii.

Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan


hidup sebagai hamba Allah.
Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam
membentuk sikap dan keperibadian mulia sebagai seorang
hamba Allah.

iii.

Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk


membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di
bumi ini yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala.
Sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta, manusia
bertanggungjawab menjaga maruah dan kehormatan diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara.

iv.

Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.


Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam


ialah :
1. Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada
generasi muda.
2. Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar.
3. Menanamkan keimanan kepada Allah

100

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

4. Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu


5.
6.
7.
8.
9.

pengetahuan.
Menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran
Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam
Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara
Bertakwa kepada Allah
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud


pendidikan Islam :
1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan
mendalami pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam.
2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab
menninggikan syiar Islam.
3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai
pendakwah yang berkaliber.
4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah
kebahagian dunia dan akhirat
5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.
6.1.9. Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan
Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu
yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran
terhadap sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan
di atas tonggak-tonggak tertentu sebagaimana berikut :

101

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Tonggak Penentuan Etika Islam


i.
ii.
iii.

1.

Konsep Al-Amal (Kerja)


Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan
Konsep Al-Amr bi Al-Maruf

Konsep al-Amal (Kerja)


Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu
melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

2.

Konsep al-Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat


dalam bentuk berikut :
i. Adil dalam membuat keputusan



Maksudnya :
102

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah


lakukan
dengan adil.....
ii. Adil dalam perkataan (6:152).


Maksudnya :
..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..
iii. Adil dalam membuat kebaikan (16:90).


Maksudnya :
..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan
(kebaikan)...
iv. Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan.
v. Adil dalam menuju ke akhirat.

3.

Konsep al-Amr bi al-Maruf


Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang
khusus semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek
kebaikan sejagat dalam kehidupan.

6.1.9. Implikasi Etika Kerja Islam


Antara implikasi apabila mengamalkan etika kerja Islam ialah :
1.

Mendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia

2.
3.
4.
5.
6.

dan di akhirat
Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti.
Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah).
Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja
Sabar dalam segala tindakan
Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat
103

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

7.
8.

Menjadi contoh dalam setiap tindakan.


Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi

GAMBARAN LIMA ETIK A ISLAM


TENAGA

HARTA

SIKAP

WANG
BARANG
SEDEKAH

POSITIF
MANIS MUKA
SIMPATI
HORMAT

TOLONG MENOLONG
GOTONG ROYONG
SUKARELA
KEBAJIKAN

IKHLAS
ADIL
SABAR
DEDIKASI
PEMAAF
PEMURAH
PENGASIH
TAWADUK
JUJUR
AMANAH

BAHASA

ADAB
SOPAN
TUTURKATA
NASIHAT
BUAH FIKIRAN

Bincangkan mengenai perbezaan antara etika kerja


Islam dan Barat. Buat catatan isi-isi penting, kemudian
bentangkan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

6.2

PEKELILING DAN AKTA

Pelajar-pelajar sekelian !
Apakah perbezaan antara pekeliling dengan akta ?
6.2.1. Pekeliling
Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu
dipatuhi oleh setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling104

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

pekeliling ini tertakluk kepada perubahan semasa. Secara umumnya


perintah am ini dapat dirumuskan sebagai berikut :
Perintah Am Kerajaan
1. Bab ALantikan dan kenaikan pangkat
2. Bab BElaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan
3. Bab CCuti
4. Bab D

Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan

tatatertib)
5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan
6. Bab F Perubatan
7. Bab G

Waktu bekerja dan lebih masa

6.2.2. Akta
Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam,
seorang guru perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) yang membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.

Rumusan isi kandungan Akta 1996 sebagaimana berikut :


BAHAGIA
N
I
II
III
IV
V
VI
VII

TAJUK
Permulaan
Pentadbiran
Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Penilaian dan Peperiksaan
Pendidikan Tinggi
Institusi Pendidikan Swasta
105

BAB

SEKSYEN

2
7

12
-

53
3
3
6

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

VIII
IX
X
XI
XII
XIII
XIV
XV
XVI

Pendaftaran Institusi Pendidikan


Pendaftaran Guru
Jemaah Nazir Sekolah
Kewangan
Rayuan
Peraturan-Peraturan
Kesalahan dan Penalti
Pelbagai
Peralihan dan Pemansuhan

5
3
2
-

24
14
6
3
4
2
8
6
11

Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan guru dengan


ertinya seseorang yang :
a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau
memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui
pusat pendidikan jarak jauh,

Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan
bahawa :
50. Pengajaran agama Islam
(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang
murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid
itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan
di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurangkurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa
institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang

106

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi


pendidikan yang tertentu.
(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki
menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah
membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan
kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di
bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusiinstitusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama
Islam.

51. Pengajaran pengetahuan agama selain daripada


agama Islam.
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh
mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama
Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana
daripada mereka tetapi :
a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan
wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan
b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain
daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan
keizinan bertulis ibu bapanya.
52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam
yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri
atau Kerajaan Negeri.
107

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh


Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan
boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen
kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak
disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan
sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi
pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi
pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu
adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.

Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut :


a. ..
b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan
pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau
memberi maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)
(ii) atau
c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya sekali

Justeru, sebagai seorang kakitangan awam, seorang guru itu tertakluk


kepada akta dan pekeliling Perkhidmatan Awam sedia ada.

108

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan Pekeliling


Perkhidmatan Awam. Bincangkan !

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan


pembelajaran tajuk ini dengan jayanya!
.

~ Selamat Maju Jaya ~


@r@

109

You might also like