You are on page 1of 4

JADUAL KULIAH & KELAS PENGAJIAN BULAN JANUARI 2015

ISNIN

6
UST. HJ.
MOHD
SHUKERI
BIN
YAACCOB
Fiqh Ibadat
Selepas
Maghrib
7

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAA
T

SABTU

1
MAJLIS
SAMBUTAN
MAULIDURA
SUL 1436H
2
UST. AHMAD
KAUSARI
Hadis :
Buluqhul
Maram
Selepas
Maghrib
3
UST. MOHD
HAIKAL
Bengkel
Kemurnian
Adab &
Akhlak
Selepas

8
BACAAN
SURAH YASIN,
TAHLIL & DOA
SELAMAT
Selepas
Maghrib
9

10
UST. MOHD
HAIKAL
Bengkel
Kemurnian
Adab &
Akhlak
Selepas

12
UST. DR.
MOHD ALI
BIN
SARIPAN
Tafsir AlQuran
Selepas
Maghrib
13
UST. HJ.
MOHD
SHUKERI
BIN
YAACCOB
Fiqh Ibadat
Selepas
Maghrib
14
UST. AMRU
AL-HAZ ALHAFIZ
Bengkel
Bacaan Solat.
Selepas
Maghrib
15
BACAAN
SURAH YASIN,
TAHLIL & DOA
SELAMAT
Selepas
Maghrib
16
UST. MOHD
ASRI
AHMAD
Syarah
Akidah
Mursyidah
Selepas
Maghrib
17
KULIAH
MUSLIMAT
Ustz. Zawiyah
Hassan
3.00 Petang

19
UST. WAN
SHAHRIZAN
M. YATIM
Kuliah Umum.
Selepas
Maghrib

26

20
UST. HJ.
MOHD
SHUKERI BIN
YAACCOB
Fiqh Ibadat
Selepas
Maghrib

27
UST. HJ.
MOHD
SHUKERI
BIN
YAACCOB
Fiqh Ibadat
Selepas
Maghrib
28

21
UST. AHMAD
FAIROS BIN
AWANG Fiqh
Solat
Selepas
Maghrib
22
BACAAN SURAH
YASIN, TAHLIL &
DOA SELAMAT
Selepas
Maghrib
23

24
UST. RUSLI
BIN MD ZIN
Fekah : Idaman
Penuntut
Selepas
Maghrib

AHAD

Maghrib
4
UST.
AMALUDDIN
MOHD
NAPIAH
Tafsir : Tafsir
Al-Quran
Pilihan
Selepas
Maghrib

Maghrib
11
UST. MOHD
RANI BIN
AWANG
BESAR
Akidah :
Akidah Asas
Islam
Selepas
Maghrib

18
UST.
TUNGGUL
BIN
WAHIDIN
Hadis : Hadis
40 Akhir
Zaman
Selepas
Maghrib

25
UST.
MUHAMMAD
MUSA ALHAFIZ
Kuliah Umum
Selepas
Maghrib

55 Pihak Masjid Al-Hidayah amat mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada

para deramawan dan jemaah untuk membiayai pelbagai program dan aktiviti yang
telah
dirancangkan sepanjang tahun 2015. Sumbangan boleh disalurkan melalui
AKAUN MASJID AL-HIDAYAH : 88-0006687-0 (CIMB Islamic)

Masjid Al-Hidayah- Lot 2957, Jln. Penchala Indah 2, Sungai Penchala, 60000
Kuala Lumpur.
Diterbitkan Oleh : Biro Agama & Dakwah, Masjid Al-Hidayah.

BIL. 47 JAN.
2015

MENCARI HIKMAH DI SEBALIK DUKA DAN DERITA


Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

29
BACAAN
SURAH YASIN,
TAHLIL & DOA
SELAMAT
Selepas
Maghrib
30

31

Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan
Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam
kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika
ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah.
Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang
menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. Lalu, dia akan
berkata pada suatu hari alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu.
Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka
dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit.
Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena
kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar
raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu
sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat
besar.
Pelik
Ya, ini satu bab yang perlu dihayati dalam kehidupan. Ajaibnya makhluk yang
bernama duka dan derita itu. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, muncul dalam
pelbagai gaya. Menerjah ke dalam pelbagai dada dan jiwa. Kecil besar rasa derita
dan duka itu kadang-kala tidak diukur dengan kadar sebabnya, tetapi dengan kadar
perasaan mengenainya. Perasaan itu tidak dapat dikawal oleh insan, melainkan
insan kembali kepada hakikat kehidupan dengan pergantungan kepada Allah. Sebab

itu, apabila insan ditimpa musibah, dia disuruh kembali memahami hakikat dunia ini.
Allah berfirman (maksudnya):

menimpa. Allah menceritakan tentang ucapan ahli syurga apabila mereka memasuki
syurga kelak, mereka berkata (maksudnya):

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut,
kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang
dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan
mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah (Surah al-Baqarah 155-157).

dan mereka berkata: Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan perasaan
dukacita dari kami; sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa
memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat); Tuhan Yang
telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurniaNya
semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan kami juga di situ tidak
akan merasa letih lesu. (Surah Fatir, 34-35).
Doa
Insan apabila putus asa dengan segala jalan, jika masih ada dalam jiwanya iman, dia
akan mencari tuhan. Betapa ramai yang mempelajari kemustajaban doa ketika dia
dalam derita, sedangkan sebelum itu dia tidak pernah mempedulikannya. Cumanya,
jika dia tidak dibimbing dengan ilmu yang sahih mengenai sunnah Nabi s.a.w, maka
pelbagai unsur khurafat, doa rekaan, hadis palsu akan disambarnya dalam kekalutan
mencari kemustajaban. Buku-buku doa banyak yang dimuatkan dengan maklumat
yang tidak bersumber fakta yang sahih seperti cerita-cerita pelik yang tidak
berasaskan riwayat yang benar.

Banyak musibah, apabila insan teliti, tidaklah


1 mana. Jika pun besar, apabila diteliti
sebesar
hakikat kehidupan ini, lantas insan bergantung
kembali kepada Allah, maka segalanya itu kerdil
semata.
Lalai
Banyak hikmah di sebalik duka dan derita yang
melanda kehidupan seseorang insan. Kadangkala, hidup yang dipenuhi suka dan ceria
semata telah melalaikan ramai manusia.
Ingatannya kepada akhirat dan kehidupan yang
hakiki antara tenggelam dan timbul. Mungkin
juga menjadi kabur. Bukan kerana tidak tahu
tentang hakikat sementaranya hidup ini, tetapi
kerana terlalu dengan kemeriahan hidup,
kehalusan perasaan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat itu terhakis.
Sebanyak mana pun ilmunya dalam agama, bukanlah menjamin hubungannya
dengan Allah sentiasa kusyuk dan kudus. Tiba-tiba apabila duka dan derita hadir,
insan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah
kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia
pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sana.
Betapa ramai kembali mencari akhirat apabila mereka merasai keperitan dunia ini.
Betapa ramai yang mula mencintai syurga dan merindui pertemuan dengan Allah
disebabkan derita dunia yang dilaluinya. Betapa ramai yang tidak sempat bercerita
tentang keindahan syurgawi kerana disibukkan dengan kepalsuan duniawi, kembali
menghayati perjalanan hidup yang hakiki disebabkan duka dan derita yang

Namun, jika insan memiliki dalam fikirannya manhaj yang sahih dalam mengambil
sumber agama, maka ketika dalam kesusahan itu dia akan mencari nas-nas al-Quran
dan hadis yang sahih mengenai kemustajaban doa dan ungkapan-ungkapan yang
meredhakan Tuhan al-Rahman. Justeru, ramaikan yang kembali memahami agama,
menghayati sunnah Rasulullah s.a.w disebabkan ujian duka dan sengsara yang
menimpa dirinya. Demikianlah kadang-kala duka dan derita membawa insan kepada
ilmu dan amal.
Antara yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah seperti yang disebut oleh baginda dalam
hadis: Doa orang yang dalam kesusahan: Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan.
Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku
urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau. (Riwayat Abu
Daud, bertaraf sahih).
Lihat inti doa tersebut. Betapa indahnya apabila insan mengharapkan rahmat Tuhan,
memohon Allah menguruskan dirinya sepenuhnya, sehingga agar tidak dibiarkan
walaupun sekelip mata. Mohon dibaiki segala urusan. Allah! Alangkah indah
penyerahan itu. Alangkah indah perdampingan itu. Alangkah terasa kehambaan diri
seorang insan di hadapan kebesaran Tuhan.
Tawakkal
Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya.
Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah
tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka
dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang
Memiliki segala-galanya.
Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal
kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut
mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih
bergantung dan berharap kepada selain Allah.

Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain
melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu
segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ
terlaksananya firman Allah (maksudnya): ..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka
Allah cukuplah baginya (Surah alTalaq, 3). Duka dan derita mampu
membawa insan yang beriman ke
darjat yang kudus ini.

Hapus Dosa
Banyak dosa yang terhapus, darjat di
sisi Allah diangkat kerana derita yang
menimpa jiwa. Nabi s.a.w bersabda:
Tidak seorang muslim pun yang
ditimpa keletihan, penyakit, susah hati,
sedih, disakiti orang, derita, sehingga
jika sebatang duri menikamnya, kecuali
Allah memadamkan dengan itu semua
dosa-dosanya (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit


perasaan takut (kepada musuh), dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Iaitu) Orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali.
Sejarah menunjukkan bahawa Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi yang
paling banyak menerima ujian dalam hidupnya. Baginda berhadapan dengan
ujian kehilangan kesemua anak kesayangannya, kehabisan harta kekayaannya,
menghidapi penyakit, kaum kerabat dan isterinya menjauhi Nabi Ayub AS.
Namun, Nabi Ayub AS menghadapi segala ujian ini dengan penuh kesabaran
dan berkeyakinan bahawa semua ketentuan Allah SWT ini mengandungi
pelbagai hikmah di sebaliknya.

Dalam riwayat lain ..kecuali Allah angkat dengan sebab itu darjat dan padamkan dosa.
Lihat, betapa jiwa yang redha itu tidak sia-sia. Bala tidak dicari, derita tidak ditempa,
tetapi jika tetap datang, jiwa mukmin akan redha dengan Allah sehingga Allah
memberikan ganjaran untuknya dan diangkat kedudukannya.
Sesungguhnya keperluan insan tentang penghapusan dosa dan ketinggian darjat di sisi
Allah lebih besar dari segala. Namun, dengan berpadukan perasaan dan mata yang terlalu
duniawi, insan melupai hakikat kehidupan yang abadi. Padahal nikmat duniawi ini hanya
beberapa bilangan hari, yang beransur pergi bersama usia yang meningkat bagi setiap
ketika. Kita tidak menempa derita, tetapi derita boleh membawa bahagia selamanya.
Dengan derita juga insan insaf, membetulkan yang silap, meneruskan saki perjalanan
yang ada. Betapa ramai yang menjadi soleh kerana derita yang dilaluinya. Maka,
demikianlah Nabi s.a.w minta supaya kita membetulkan sikap dalam menghadapi kerenah
hidup. Sabda Nabi s.a.w:
Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik
baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila
mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat
kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya (Riwayat Muslim).

yang menimpa diri sendiri, kaum keluarga, masyarakat ataupun negara.


Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 155 dan 156:

HIKMAH DISEBALIK UJIAN ALLAH


Berdasarkan kepada fitrah kejadian manusia bahawa kehidupan di dunia
merupakan satu ujian daripada Allah SWT kepada hambanya, ujian ini dalam
pelbagai bentuk samada kesenangan, kebahagiaan, kesedihan, malapetaka

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT dan beriman dengan
qadadan qadar-Nya, kita mestilah yakin bahawa setiap ketentuan dan takdir
Allah SWT itu ada hikmah di sebaliknya dan tidak berlaku sesuatu dengan siasia. Oleh itu, kita berkewajipan untuk menerima apa jua yang terjadi dalam
persekitaran hidup kita dengan penuh kesabaran dan keimanan agar dengan
cara ini ianya akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Ketahuilah bahawa setiap ujian yang menimpa manusia mempunyai beberapa
pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang beriman, maka ujian yang ditimpa
merupakan satu iktibar dan merupakan satu peringatan dalam bentuk kasih
sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya, yang penting kita harus
sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah SWT kepada kita, pasti
sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu,
melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tidak pernah menzalimi
hamba-hamba-Nya.
Negara kita, Tanahair yang kita cintai ini telah mengalami pelbagai situasi
kesulitan seperti banjir yang melanda di sebelah Pantai Timur, Selatan dan
Utara tanahair, wabak denggi, jerebu, kemarau panjang, debu/habuk gunung
berapi yang meletup di negara lain dibawa angin sampai ke dalam negara ini
dan lain-lain peristiwa yang memberi kesan kepada keamanan dan keharmonian
hidup kita. Semua keadaan yang telah berlaku dalam negara ini satu persatu
telah ditangani oleh pihak pemerintah dengan baik, penuh hikmah dan
bijaksana.
Justeru, semua pihak berkewajipan supaya bertenang dan tidak mengambil
kesempatan dalam suasana ini untuk memanipulasi keadaan dengan menyebar
berita-berita palsu samada melalui media massa, media cetak, internet dan
sebagainya.
Kepada umat Islam sekalian seluruhnya, ingatlah bahawa sebagai seorang Islam
yang bertaqwa kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat kita hendaklah

menjaga akhlak dan adab-adab kita ketika berbicara untuk menjaga perasaan
kaum keluarga mangsa dan marilah kita sama-sama bermuafakat untuk
membantu menenangkan hati dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.
Sebagai seorang muslim yang prihatin dan beriman dan kepada seluruh masjid
dan surau dalam negara ini, marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat
dan berdoa kepada Allah SWT agar segala kemelut ini dapat diselesaikan
dengan sebaik mungkin.
Berikut adalah kesimpulan yang dapat kita ambil melalui ujian yang Allah
berikan kepada kita :
1. Yakinlah ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi
orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan. (Hadis Riwayat Bukhari)
2. Yakinlah semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita,
makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.
3. Sentiasa optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang
Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar
kemampuan hamba-Nya.
4. Menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa. Apa-apa pun perkara yang
menimpa kita, InsyaAllah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap
positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
at yang berbahaya."

You might also like