Bimbingan

You might also like

You are on page 1of 4

CHIA SHOK YEN K8

5 Definisi Bimbingan
Menurut Mathewson :
Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong
individu

melalui

prosuder

pendidikan,

dan

membuat

interpretasi

untuk

memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk
menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang
sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.
Menurut Profesor Dr. Othman Mohamed (2000) ;
Merupakan sebahagian daripada proses menolong. Melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Menurut Jones :
Bimbingan

melibatkan

pertolongan

peribadi

yang

diberikan

oleh

seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat
keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia
dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia menolongnya
menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.
Menurut Belkin :
Bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputu orientasi, inventori
individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan, dan
perkhidmatan susulan.Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu
meliputi kaunseling. Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan
berbagai-bagai sumber, seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan
maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang

akan menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan


objektif pendidikan.
Menurut Othman Mohamed (2000),
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat
sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang
menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

10 Contoh Bimbingan
P&P , Lawatan , Demonstrasi , Ceramah, Kem motivasi, Tuisyen, Latihan,
Perbincangan kumpulan, Kokurikulum, Mesyuarat, Bimbingan teknik menjawab

5 Definisi Kaunseling
Menurut Krumboltz (George & Kristianni, 1990) :
Beliau mengatakan bahawa kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang
beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan
penyelesian kepada masalah klien.
Menurut Blocher (1974)
Beliau mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong
individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
bertindak balas dalam alam persekitarannya.
Menurut Corey (1977)
Sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana
seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulakn masalah pada dirinya.
Menurut Dustin dan George.
Mengikut mereka, kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang
disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan
tingkah laku salah penyesuaian.
Menurut James (1982)
Beliau mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran
yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Definisi Psikoterapi :
Menurut Casey (1996), secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi)
berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang
bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani recovery of adequancy .
Oleh itu psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan
bahawa peristiwa lepas daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada
perubahan dan peranan ahli terapi sebagai pakar.
Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagaimana melibatkan satu
perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak 20 hingga 40 sesi atau selama
enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan
yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat
jangka masa pendek iaitu sebanyak 8 hingga 12 sesi dan jangka masa kurang
daripada 6 bulan. Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih
bersifat inpatient.
Bidang psikoterapi lebih memfokus kepada proses pemikiran dan cara
seseorang individu memandang kedudukan dirinya di dalam dunia. Psikoterapi
ialah rawatan yang diberi untuk individu-individu yang mengalami masalahmasalah yang sangat berat dan kepada mereka yang memiliki masalah
kesihatan jiwa.

Rujukan:
Mok Soon Sang (2010), Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong,
Selangor. Penerbitan Multimedia sdn. Bhd
http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendang/downloads/Pekeliling
%20B&K100001.pdf
http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-guru.html

You might also like