You are on page 1of 1

Pemasaran

Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan


Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejukbeku dan
konfeksioneri.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian
daripada pelanggan meliputi:

Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Taman


Seri Gombak.
Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah
di sekitarnya.
Pelanggan restoran.
Pelanggan stesen minyak.
Pengedar perseorangan.
Internet (Laman Web).
Kawasan Pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi


kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius
5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:

Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar


Taman Seri Gombak.
Kawasan kantin dan di Kolej Kediaman Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.
Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan
sebagainya).
Kawasan restoran dan di sekitarnya.
Stesen minyak yang berhampiran.
Masjid dan surau di sekitar.

You might also like