You are on page 1of 1

JOM

KE
TERBUKA
UNTUK
KIDZANIA
TAHUN 5
SAHAJA

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Pengalaman belajar yang menarik


menanti anda di KidZania Kuala Lumpur!

Berperanan sebagai pusat pembelajaran menghiburkan yang selamat dan interaktif, KidZania
Kuala Lumpur menawarkan pengalaman hebat dengan membolehkan kanak-kanak bermain
dengan berbagai-bagai peranan di dalam sebuah replika bandar sebenar. Di KidZania
Kuala Lumpur permainan arked dan taman tema tidak disediakan. Sebaliknya, pelbagai aktiviti
lakon peranan yang meriangkan disediakan dan direka khusus untuk merangsang tumbesaran
fizikal dan intelektual kanak-kanak. Ini turut menyumbang ke arah perkembangan kemahiran dan
perwatakan mereka.
Malah, kandungan bagi tiap-tiap aktiviti di setiap premis berkait rapat dengan subjek yang dipelajari
di sekolah. Menerusi lakon peranan, kanak-kanak lebih memahami keadaan dunia sebenar.
Peranan profesional mewakili kepentingan setiap individu dalam membangunkan sesebuah
masyarakat. Ia turut menyemai nilai-nilai persamaan hak dan saling menghormati di kalangan
kanak-kanak ini. Menerusinya, kanak-kanak belajar untuk saling berinteraksi dengan persekitaran
mereka sambil membentuk identiti mereka sendiri. Kepelbagaian pengalaman belajar di KidZania
Kuala Lumpur menyumbang sebagai pengaruh yang positif bagi setiap kanak-kanak dalam
menjalani kehidupan di sekolah, di rumah dan ketika mereka bersama-sama rakan mereka.
Profesion yang boleh dijayakan oleh kanak-kanak di sini terbahagi kepada beberapa kategori:
Media, Seni dan Kebudayaan, Peruncitan, Perkhidmatan Awam dan Persendirian, Sukan, Makanan
dan Minuman, Pembinaan dan banyak lagi. Banyak lagi aktiviti sekolah yang boleh dimanfaatkan
daripada kunjungan ke KidZania Kuala Lumpur, termasuklah menyelesaikan kerja rumah, projek
penyelidikan, mempamerkan hasil kerja dan banyak lagi.
KidZania Kuala Lumpur menawarkan berbagai-bagai aktiviti untuk memastikan si kecil anda bukan
sekadar terhibur di sepanjang kunjungan, malah juga menyedarkan mereka mengenai fungsi dan
peranan aspek-aspek di dalam dunia golongan dewasa. Ini menjadikan KidZania Kuala Lumpur
sebuah kota pembelajaran unik yang membantu menggalakkan pemikiran secara kreatif dan merangsang minda.

You might also like