You are on page 1of 34

JURANG GENERASI

Pengurusan Sumber Manusia yang menjurus kepada kesiagaan


kuasa tempur yang inklusif juga memerlukan kefahaman mengenai
jurang generasi (generation gaps) yang wujud di dalam TD. Jurang
generasi memberi makna wujudnya perbezaan dari segi sikap, nilai,
tingkah laku dan jangkaan di kalangan generasi dalam pelbagai
aspek kehidupan akibat perbezaan usia. Secara tidak langsung,
keperbezaan ini menyebabkan sistem pengurusan SM (sistem
motivasi/pengiktirafan) menjadi tidak stereotype.
Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh ahli psikologi dan sosiologi
mendapati generasi yang berbeza mempunyai pandangan,
jangkaan, cara pendekatan yang berbeza dalam pelbagai perkara.
Keadaan ini terjadi apabila berlakunya revolusi diperingkat
dunia/global seperti peperangan, revolusi perindustrian/ekonomi,
revolusi sosial dan perubahan iklim dunia dalam sesuatu jangka
masa. Para pengkaji mentafsirkan bahawa terdapat tujuh
kategori/jurang generasi berikut:
a.
Generasi yang Hilang/Lost Generation. Golongan ini
dikenali sebagai Generasi 1914 di Eropah bagi menggambarkan
orang-orang yang berperang di Perang Dunia Pertama (Rujuk A).
b.
Generasi Unggul/The Greatest Generation. Golongan ini
termasuk golongan veteran yang berjuang dalam Perang Dunia Ke2. Mereka lahir dari sekitar tahun 1901 hingga tahun 1924 (Rujuk
A).
c.
Generasi Senyap/The Silents Generation. Golongan ini
dilahirkan sekitar tahun 1925 sehingga 1945 yang terlalu muda
untuk berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-2. Ramai di antara
mereka mempunyai bapa yang berkhidmat dalam Perang Dunia
Pertama. Secara umumnya, golongan mengalami zaman The Great
Depression yang memberi kesan secara langsung terhadap
pembentukan diri mereka (Rujuk A).
d.
The Baby Boom Generation. Golongan yang dilahirkan
selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu di antara tahun 1946 hingga 1964.
Baby Boomers dikatakan mempunyai asas kepercayaan bahawa
kejayaan adalah berasaskan kesungguhan dan kecemerlangan.
Mereka terkenal kuat bekerja, sikap patuh, melakukan yang terbaik
untuk ketua dan oraganisasi. Kumpulan ini masih dipengaruhi oleh
amalan pengurusan generasi sebelumnya yang banyak memberi
tumpuan kepada aspek kesetiaan dan kepatuhan terhadap
pengurusan dan perhubungan yang berstruktur (Rujuk B).
e.
Generation X. Golongan yang dilahirkan antara tahun 1965
hingga 1976. Secara umumnya golongan ini dikatakan cenderung

inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan


dari pihak atasan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang
mereka lakukan (Rujuk B).
f.
Generation Y. Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga
dikenali sebagai generasi millennial. Ciri-ciri generasi ini berbeza
mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau
bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari
sesuatu perkara dengan cepat terutama dalam berkomunikasi,
media dan teknologi digital (Rujuk A).
g.
Generation Z. Golongan yang dilahirkan awal tahun 1990-an
yang dikenali sebagai `Generasi Internet` kerana mempunyai
perkaitan yang sangat rapat dengan berkemahiran dalam
penggunaan komunikasi dan teknologi media seperti World Wide
Web, mesej segera, mesej teks, pemain MP3, telefon bimbit dan
YouTube. Tiada lagi terhad kepada komputer rumah, internet kini
boleh dibawa bersama terutama penggunaan Internet mudah alih
seperti telefon bimbit.
Kini TD dianggotai tiga generasi utama iaitu The Baby Boom
Generation (Lt Kol [Fleksi] hingga Jen), Generasi X (Mej dan Lt Kol)
dan Generasi Y (Lt dan Kapt), sementara Generasi Z pula dijangka
menyertai TD sekitar tahun 2020. Berdasarkan pemerhatian usia,
pemerintah dan Staf Kanan di MK Formasi (Kementah, MKTD, Div
dan Bgd) terdiri dari generasi Baby Boomers sementara pemerintah
peringkat pasukan/Bn terdiri dari generasi X. Manakala Pegawai
Muda (segelintir Mej) dan LLP (SSjn dan ke bawah) adalah Generasi
Y. Secara langsung ia mengambarkan 3 jurang perbezaan
ekspektasi/jangkaan (Rujuk C).
Generasi Baby Boomers
dikatakan bersifat tradisonal dan
mempunyai semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan. Ketelitian,
kesungguhan serta kematangan dalam melaksanakan tugas
menjadi kunci kejayaan terhadap tugasan yang diberikan. Namun
begitu, golongan X dan Y beranggapan bahawa generasi ini
dikatakan agak perlahan dan lemah di dalam aspek penggunaan
teknologi yang semakin pesat membangun.
Generasi X dikatakan mempunyai pengetahuan yang tinggi, celik
teknologi dan agak bersifat independent terhadap tugasan yang
diberikan. Golongan ini dikatakan lebih suka kepada suasana kerja
yang fleksibel, seorang yang kreatif dan inovatif tetapi dengan cara
tersendiri. Secara teoritikalnya, golongan ini dimotivasikan dengan
cara penawaran terhadap peningkatan kerjaya, peningkatan
peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan secara peribadi.

Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I


can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar.
Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam
penggunaan teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan
suasana yang seronok dalam bekerja serta tidak mementingkan
imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan ini sangat tidak
responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya
dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam
sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada
arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan
keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran
yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku.
Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci
mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap
tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan mereka
seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas
dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan.
Justeru bagi mewujudkan kefahaman mengenai situasi jurang
generasi warga TD memberi implikasi berikut:
a.
Kepemimpinan dan Konsep Pengiktirafan. Sama ada
generasi Baby Boom, X dan Y ataupun Generasi Z yang akan
menyertai TD sekitar tahun 2020, kesemuanya mempunyai
kekuatan
dan
kelemahannya
tersendiri.
Kebijaksanaan
kepemimpinan mengurus (terutamanya sistem pengiktirafan)
adalah penentu baik buruknya mereka.
b. Pengorbanan Kendiri. Kefahaman mengenai jurang Generasi
ini membawa kepada sikap bertimbang rasa dan kesediaan untuk
bekorban sistem kepercayaan diri, sikap dan nilai diri. Sebaliknya ia
akan menjelaskan bahawa misi atau objektif organisasi adalah paksi
yang menyatu warga TD tanpa jurang generasi
c.
Silang Budaya. Pada umumnya, penjenamaan dan profil
jurang Generasi ini memberi suatu kefahaman dan implikasinya
terhadap sistem pemerintahan/pengurusan sumber manusia.
Sungguhpun demikian konsep jurang Generasi ini bersandarkan
pandangan/kajian-kajian di barat yang memerlukan penyelarasan
silang-budaya dan faktor setempat. Sebagai organisasi ketenteraan
aspek latihan, dan budaya tentera serta pengalaman semasa dan
selepas darurat juga merupakan pembolehubah (variables) yang
merapat atau merenggang jurang Generasi warga TD
ANTARA perkara yang berbangkit di kalangan remaja kini ialah isu jurang
generasi. Jurang generasi bermaksud tidak wujud mata rantai atau
kesinambungan antara generasi terdahulu dengan generasi kini.

Generasi terdahulu berada dalam lingkungan zaman dan persekitaran yang


berbeza. Sementara generasi kini berada dalam zaman dan lingkungan yang
serba kompleks. Oleh itu berlaku jurang sama ada dalam pengalaman,
pengetahuan, pemikiran dan juga persepsi.
Generasi terdahulu dibangunkan dalam suasana yang susah dan payah.
Sebelum kemerdekaan mereka berjuang membebaskan tanah air dari
belenggu penjajahan.
Selepas merdeka, mereka terpaksa mengurus kemenangan dan kemerdekaan
dengan hasil peninggalan penjajah. Perkara asas yang ingin diubah ialah
pembangunan prasarana, corak pemikiran dan sikap hidup yang ada pada
orang-orang terdahulu.
Hasil pembangunan pendidikan yang dinamik membolehkan anak-anak
mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.
Peluang-peluang ke arah kemajuan dan perubahan terbuka luas. Selepas 54
tahun Malaysia mencapai kemerdekaan banyak perubahan yang telah berlaku
dalam semua bidang kehidupan.
Ia adalah hasil perjuangan pemikiran dan perancangan generasi sebelum dan
selepas merdeka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.
Sejak sebelum merdeka lagi, sejarah telah merakamkan perjuangan dan
pengorbanan orang Melayu dan masyarakat Malaysia berdepan dengan
pengaruh komunis dan juga penjajahan Jepun.
Zaman-zaman ini amat mencabar kerana komunis ingin menjadikan Tanah
Melayu sebagai sebahagian daripada Tanah Besar China. Sementara Jepun
cuba merubah cara berfikir orang-orang Melayu supaya membina keyakinan
Asia untuk orang Asia.
Sayangnya pada hari ini, sebahagian generasi muda tidak mampu menilai
dengan tepat kesan sejarah yang berlangsung sebaliknya cuba membawa
perspektif baru dalam sejarah silam.
Sejarah sifatnya sambung menyambung dan cenderung mengulangi jejak.
Mempelajari sejarah silam membolehkan remaja memahami suatu zaman di
mana mereka belum lagi lahir. Yang berlaku pada masa lalu boleh berlaku
semula pada hari ini, tetapi dalam bentuk yang lain.
Penjajahan Barat pada masa lalu sudah menjadi sejarah tetapi penjajahan
pemikiran akibat globalisasi sedang dihadapi oleh generasi muda. Oleh itu
amat penting remaja memahami sejarah silam supaya ia dijadikan sumber
teladan memahami masa kini dan memberi unjuran terhadap masa depan.
Jurang generasi ini boleh dirapatkan sekiranya para remaja mempunyai
kecenderungan yang tinggi untuk belajar dan reflektif terhadap sejarah silam,
jika tidak remaja akan menghadapi kekosongan makna dan kekontangan fikir
memahami yang silam dan mampu dihubungkan dengan zaman kini.
Perkara kedua yang menyebabkan berlakunya jurang generasi ialah jurang
berfikir. Antara yang menyebabkan jurang berfikir ini berlaku adalah akibat
pendidikan yang berjalan tidak mampu memberi kesan penghayatan kepada
generasi muda.
Contohnya, mata pelajaran sejarah yang diajar kepada remaja lebih tertumpu
kepada mengingat fakta dan menghafal data untuk keperluan peperiksaan.

Jika ia diberi orientasi penghayatan, maka jurang dapat dirapatkan. Generasi


muda selepas merdeka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara.
Mereka amat terdedah dengan pengaruh semasa yang terdapat di luar negara,
sama ada mereka terpesona dengan kehidupan Barat yang lepas bebas
ataupun terpaut dengan pelbagai aliran gerakan Islam menyebabkan dua
pengaruh ini bertembung.
Pertembungan ini menyebabkan faham liberal dan materialistik dan suasana
berpoya-poya (hedonisme) berkembang.
Budaya Barat dikagumi dan model Barat dikatakan model maju. Sementara
kelompok yang terdedah dengan aliran gerakan Islam dan jemaah menerima
tempias pengaruh kelompok tabligh, Ikhwan dan juga Iran. Ia menyebabkan
tarbiah yang mereka terima berdepan dengan realiti beragama yang berbeza
di Malaysia.
Apa lagi sesetengah di kalangan mereka terlibat dengan politik kepartian yang
sering membawa isu-isu yang melampau tanpa memahami realiti politik
Malaysia. Jurang generasi akan menjadi semakin tajam akibat persepsi
generasi muda yang tidak lagi berakar kepada faktor tempatan.
Faktor-faktor Barat cuba diambil dalam memahami realiti masyarakat
Malaysia yang berbilang dan banyak juga pendekatan yang keras dan
melampau diambil sedangkan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia
memerlukan pendekatan yang sederhana dan bijaksana.
Jurang ini boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada dua generasi boleh
berlaku. Umpamanya generasi terdahulu harus bersedia berkongsi
pengalaman dan pemikiran terhadap cabaran dan perjuangan orang yang
terdahulu.
Dalam masa yang sama generasi muda harus menjadi pendengar yang baik
dan mampu mengolah situasi zaman ibarat suatu mata rantai kehidupan.
Sejarah jangan dilupa
Para remaja tidak boleh mencemuh kekurangan yang ada pada generasi
terdahulu kerana jika itu berlaku, generasi akan datang bakal mencemuh kita
pula.
Anggaplah perkongsian pengalaman, sejarah dan kisah sebagai legasi yang
amat bernilai untuk dipelajari sekiranya remaja hari ini melupakan sejarah
orang yang terdahulu, tidak mustahil generasi akan datang meremehkan
sejarah kini yang sedang kita bina.
Oleh sebab itu dalam tradisi Islam mengkaji kitab lama adalah dituntut.
Mengenang ilmuwan dan pejuang-pejuang silam sangat diutamakan.
Dalam masa yang sama, generasi muda hari ini dituntut merujuk yang silam
secara reflektif, bukan nostalgik. Ia bermaksud bagaimana prinsip perjuangan
lalu dijadikan asas dan landasan kemudian diolah dengan corak dengan
keperluan hari ini.
Apa pun zaman yang kita lalui perubahan yang bakal terjadi tidak semestinya
menolak prinsip-prinsip silam yang baik dan budaya masa lalu yang terbina.
Jika asas ini dijadikan formula terbaik bagi generasi lama dan generasi
terkini, para remaja bakal mendukung asas perubahan dengan mengambil

aspek positif dari silam dan masa kini untuk mengolah kemajuan dan
perubahan pada masa hadapan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0929&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3McckmQH7
Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Komunikasi yang berkesan dan
pemahaman
yang lebih baik akan kelainan keperluan dan kepentingan di kalangan generasi
pelbagai adalah antara cara terbaik untuk menyelesaikan perbezaan antara
generasi, kata syarikat pembangunan dan latihan pertubuhan, TMI Consultancy Sdn
Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif George Aveling berkata golongan generasi Y (yang
dilahirkan antara 1980 dan 2000), generasi X (yang dilahirkan 1964-1979) dan
Zoomers (yang dilahirkan 1945-1963) mempunyai tingkah laku yang berbeza
terhadap
kehidupan dan kerja.
"Ketiga-tiga generasi ini amat teruja dan digerakkan oleh perkara yang
berlainan dan ramai majikan gagal untuk mengenal pasti masalah ini menjejaskan
produktiviti dan tingkah laku pekerja," kata beliau kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata yang isu ini perlu ditangani oleh setiap orang
di pertubuhan itu dan sebaik sahaja mereka memahami satu sama lain dan menerima
karektor mereka yang berbeza, setiap generasi boleh belajar banyak benda dari
orang lain.
"Tonggak utama ialah pemimpin mereka yang perlu memainkan peranan penting
untuk mewujudkan persekitaran yang produktif yang pelbagai generasi di tempat
kerja terutamanya dari segi cara mereka memberi ganjaran kepada pekerja," tambah
beliau.

Sambil memberi contoh Generasi X, beliau berkata yang ahli-ahlinya memberi


keutamaan besar kepada keluarga berbanding kawan-kawan, dan majikan perlu
menyediakan mereka insentif berkaitan dengan keperluan keluarga.
Ini berbeza dengan ahli-ahli Generasi Y, yang selalunya lebih suka bekerja
dalam kumpulan dengan peluang yang luas untuk melahirkan idea dan yang suka
diberikan ganjaran dan mendapat pengiktirafan, tambah beliau.
Pada 16 April, TMI akan menganjurkan seminar satu hari yang bertemakan
"Bagaimana untuk Membuat Generasi X, Y dan Zoomers Gembira dan Produktif di
Tempat Kerja" di Hotel Istana di sini.
-- BERNAMACeritanya tentang Generasi X Y Z

oke
kemaren kemaren asik blogwalking sampe nemu postingan tentang Generasi
Y. karena baru tahu ada yang namanya begituan, jadi penasaran, langsung
aja search internet. dan dari beberapa sumber ternyata informasinya bedabeda.
tapi okelah aku tetep mau nulis dan menceritakan sedikit tentang generasigenerasi dari apa yang bisa aku rangkum. jadi kalau salah benerin ya :)
oke
jadi generasi generasi ini ada kelasnya masing masing.
'Pre Baby Boom' yang lahir pada tahun 1945 dan sebelumnya.
"The Baby Boom' (lahir antara 1946 - 1964).
'The Baby Bust' (lahir antara 1965 - 1976) -- Generasi X.
'The Echo of the Baby Boom' (lahir antara 1977 - 1997) -- Generasi Y.
Generation Net (lahir antara 1998 - sekarang) -- Generasi Z.

oke, dari beberapa sumber, tahun kelahiran generasinya beda beda, jadi aku
cuma ngambil dari salah satu sumber.
tapi, global/people generation itu apa sih?
menurutku sih people generation itu semacam pengelompokan orang yang
lahir pada masa/zaman tertentu. jadi, generasi X itu lahir pada tahun sekian
sampai sekian ketika sedang jamannya apa gitu, generasi Y dan Z juga
seperti itu. tetapi waktu aku searching, kebanyakan membahas tentang
generasi Y. kebanyakan yang dibahas itu tentang kepribadian mereka
(generasi Y), kesempatan bekerja mereka di masa depan, apa dampak dari
lahirnya generasi Y. seperti itulah.

beberapa keunggulan setiap generasi antara tahun 20012006


apasih perbedaan diantara generasi itu. jadi di generasi X yang sudah tua,
media komunikasinya akan berbeda dengan generasi setelahnya.
contoh : pada generasi X, mereka dulu menggunakan surat sebagai media
komunikasi, dan koran sebagain media massa. pada generasi Y, mereka
mungkin hampir tidak tahu apa itu komunikasi menggunakan surat, karena
mereka sudah menggunakan SMS dan telepon, tetapi mereka masih tahu
apa itu koran. pada generasi Z, mereka mungkin tidak tahu apa itu surat dan
apa itu koran karena dunia media sudah ada pada Internet yang setiap hari
mereka akses.

bedanya generasi X, Y dan Z


secara pribadi sih aku lebih suka membagi/menamai generasi X Y Z sebagai :
generasi Tua, Perubahan, Milenial. kenapa? karena menurutku generasi X
yang sekarang sudah tua dan mereka sudah melewati beberapa jaman yang
berbeda beda hal yang populer saat itu. (jaman 70an, 80an, 90an hingga
sekarang). Generasi Y aku sebut dengan generasi Perubahan karena mereka
lahir dan tumbuh saat jaman mulai mengalami perubahan besar. aku sebut ini
yang lahir pada tahun 80-90an. kenapa? karena mereka sempat merasakan
jaman seperti jaman 90an dan sekaligus merasakan perubahan jaman yang
besar ini. antara tahun 1990 sampai 2000an, perubahan teknologi sangat
terasa, contohnya Internet. nah, untuk generasi Z aku namai generasi
Milenial, karena mereka sejak kecil sudah tahu dan merasakan apa itu
Internet. Internet jaman sekarang sudah sangat maju sekali, dibarengi dengan
komunikasi
secara
Online juga.
oh iya, pada setiap generasi-generasi tersebut, memilik karakteristik sikap
yang berbeda dengan generasi lainnya. mereka juga memiliki kemampuan
berpikir yang berbeda. yang mempengaruhi itu mayoritas keadaan sosial dan
perkembangan
jaman
setiap
generasi
sih.
oke
Halangan Generasi Baru
October 31, 2011 Editor Perspektif No Comment

Abad ini juga turut dikatakan sebagai kemuncak kepada gelombang


budaya popular yang dibawa menerusi proses globalisasi dan
kemajuan teknologi komunikasi. Ramai para pengkaji turut menjadi
risau dan resah kerana ia telah menggelorakan rupabentuk
masyarakat muda kepada tiga perspektif dengan meletakkan
teknologi sebagai pemisahnya.
Dengan mengambil rumusan seorang pengkaji masyarakat, Don
Tapscott menerusi tulisannya, Grown Up Digital, demografi
penduduk dunia dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka yang
lahir sebelum pada tahun 1945, dikenali sebagai Pre Baby Boom.
Mereka yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964, sebagai generasi
The Baby Boom. Mereka yang lahir pada tahun 1965 hingga 1976
dikenali sebagai generasi X atau The Baby Bust. Mereka yang lahir
antara tahun 1977 hingga 1997 adalah generasi Y atau The Echo of
the Baby Boom. Generasi yang lahir selepas tahun 1998, dikenali
sebagai Generasi Z atau The Generation Net.
Generasi Pre Baby Boom merupakan generasi yang mudah
menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran,
dan kini mereka merupakan generasi lama. Kalau dilihat dari sudut
perangkaan banci penduduk 2010, mereka ini adalah yang berumur
65 tahun ke atas, kini berjumlah 1.47 juta orang. Generasi The Baby
Boom, iaitu mereka yang berumur antara 45 hingga 64 tahun
adalah mereka yang lahir selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia
mempunyai sejumlah 4.87 juta.
Generasi the baby boom ini seringkali juga dianggap turut menjadi
halangan kepada generasi muda, kerana generasi ini menjadi
kelompok yang berpegang kuat kepada warisan budaya dan tradisi
yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sendiri menerusi
proses sosialisasi. Sebahagian lagi ibu bapa yang ada pada hari ini

adalah mereka yang dikategorikan sebagai generasi X atau the


baby bust.
Generasi ini dikatakan pernah mengalami keadaan yang terpinggir
dalam masyarakat pada suatu waktu, tetapi kelompok ini mendapat
tahap pendidikan yang lebih baik. Berdasarkan pemerengganan itu,
generasi X sekarang sudah berumur antara 34 hingga 45 tahun,
iaitu berjumlah 3.7 juta orang. Sebahagian besar generasi ini sudah
pun berumahtangga dan mempunyai keluarga pada masa kini.
Generasi Y dilihat sebagai generasi yang telah melewatkan umur
perkahwinan mereka dan jika memilih untuk hidup berkeluarga,
mereka mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam usia
yang agak lewat. Kelompok ini, sekarang ini berumur antara 13
hingga 33 tahun, iaitu suatu kelompok yang amat besar dalam
masyarakat, dianggarkan berjumlah hampir 13 juta orang.
Kebanyakan mereka masih berada dibangku sekolah, dan
sebahagian besarnya adalah dalam kumpulan umur remaja.
Generasi ini dikatakan lebih banyak membawa masalah dalam
masyarakat disebabkan mereka seringkali mengalami
pertembungan nilai dan budaya dengan generasi yang lebih awal.
Mereka ini mengasaskan idealism kebebasan dan menerima
limpahan era maklumat yang kadangkala amat sukar untuk
diasingkan antara benar, palsu ataupun separuh sahih. Mereka lebih
mempercayai apa yang mereka peroleh daripada saluran media
baru, mereka sudah tidak memberikan perhatian kepada bahanbahan yang tersiar menerusi kaedah konvensional, yakni media
cetak dan elektronik.
Generasi X masih memberikan perhatian yang besar kepada media
konvensional sebagai sumber maklumat harian mereka.Generasi
Net, atau generasi Z merupakan mereka yang lahir mulai tahun
1998 dan kini berumur di bawah 12 tahun. Mereka merupakan 38
peratus dari jumlah penduduk Malaysia dan kesemuanya boleh
dikatakan berada di peringkat sekolah rendah ataupun tingkatan
satu sekolah menengah.
Era sekarang turut dikenali sebagai era kebijaksanaan. Era ini
bermakna kepintaran intelektual mestilah disepadankan dengan
tindakan kita. Jika hanya mementingkan intelektual, kita akan
membangun dalam persekitaran yang tidak seimbang, begitu juga
jika kita membangun hanya berasaskan tindakan semata-mata
tanpa kekuatan intelektual, hasil yang kita peroleh tidak akan
menjadi sesuatu yang boleh dipertahankan dengan baik. Ini kerana,
perkembangan intelektual manusia semakin cepat berkembang dan
ia telah menghasilkan keadaan yang amat cepat berubah.
Maknanya, untuk lahir sebuah peradaban yang lebih besar dan
boleh bertahan lama kita memerlukan keseimbangan antara intelek
dan tindakan. Menerusi kekuatan intelek, kita akan melaksanakan
sesuatu tindakan yang lebih cepat dan jelas, kerana kita
mempunyai daya penggerak yang lebih terarah, fokus dan realistik.

Kita mungkin sedar bahawa dalam diri seseorang yang mempunyai


fokus, pemikiran terarah dan melakukan tindakan secara realistic
adalah manusia yang telah mempengaruhi ramai orang. Kita
mungkin menjadi lebih dekat dengan seeorang yang telah
membawa kepada perubahan gaya hidup kita pada masa kini, dan
setiap orang daripada generasi Y, X dan Z bercakap mengenai
kecanggihan produk yang diilhamkan oleh Steve Jobs dari Apple.
Dari perspektinya untuk mengubah cara manusia bertindak dan
membudayakan pola perhubungan harian telah mempengaruhi
pemikiran Steve Jobs, walaupun beberapa hari lalu, dalam usia 56
tahun beliau telah meninggal dunia, hasil dan idea besarnya masih
menjadi perhatian masyarakat moden yang sudah memahami apa
itu era digital. Inilah sebuah contoh bagaimana seseorang yang
pernah mengalami kehidupan yang sukar telah berjaya mengatasi
kesukaran itu dan bangkit dengan penuh gigih sehingga mampu
meninggalkan impak yang besar dalam peradaban moden manusia.
Kita mungkin memerlukan lebih ramai manusia kreatif dan
innovative kerana kemajuan masa depan negara amat bergantung
kuat kepada manusia sedemikian. Maka dalam hal ini, peranan para
belia sama ada Generasi Y, X dan Z yang ada dalam negara ini
amatlah diperlukan, kerana antaranya saling berkait dan membantu
bagi menentukan asas peradaban masa depan negara. Kita sedia
maklum, dari perspektif kerajaan amat banyak peluang telah
disediakan bagi mereka yang kreatif dan innovative mengengahkan
idea mereka, kerajaan telah menyediakan dana yang besar untuk
tujuan tersebut.
Cuma, hari ini kita amat mengharapkan generasi baru, terutamanya
X dan Z akan tampil mempamerkan gagasan mereka, kerana tanpa
mempamerkan apa yang hendak dilakukan, tidak akan ada mereka
yang mengetahui dan boleh membantu. Adakalanya, idea yang baik
dan bernas tidak boleh direalisasikan keseorangan, ia memerlukan
kerjasama daripada orang lain yang mahir dalam bidang-bidang
tertentu, maka di sinilah letaknya kerjasama yang erat antara
generasi, dan bukannya memperluaskan jurang generasi yang akan
membawa perseteruan, konflik dan ketegangan yang tidak akan
menghasilkan apa-apa faedah kepada masyarakat, negara dan
perubahan budaya manusia akan datang.
Dari sinilah kita sepatutnya bermula, kita mengasaskan setiap
tindakan kita dengan cara menghormati idea generasi muda
manakala generasi sebelum membantu dan mendorong
perkembangan idea yang bernas itu.
Maka, dalam perspektif itulah saya melihat penganjuran majlis ini
adalah begitu signifikan sekali dengan perkembangan semasa bagi
mencetuskan satu peradaban baru yang bakal mempengaruhi cara
hidup kita. Kita yang berada dalam Generasi Y dan sebelumnya
hanyalah sekadar melindungi generasi X dan Z, dan mendorong
mereka menjadi lebih kreatif dan innovative berdasarkan nilai dan

budaya kita, berbudi luhur dan menyanjungi tinggi kesantunan


tindakan.
Kita mahukan generasi yang kreatif dan inovatif itu lahir dengan
pegangan budaya yang kuat dan mampu bertahan dalam pelbagai
asakan budaya popular yang turut sama dibawa oleh perkembangan
teknologi. Kita mahukan generasi masa depan yang mampu
mengukir sebuah tamadun yang besar, maka pada hari ini kita telah
menunjukkan iltizam kita yang kuat, mengumpulkan mereka,
memberikan mereka dorongan dan semangat agar mereka tidak
hanya melaksanakan sekerat jalan.
312011

Generasi Y selalu dikaitkan dengan kehendak untuk berhubung melalui blog,


chat room atau jenis Social Media yang lain. Ramai sebenarnya tak
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Generasi X, Y atau Z. Apakah
signifikannya terhadap kehidupan kita dan dari manakah datangnya definisi
ini?
Definisi mengenai jenis generasi ini sebenarnya diuukur mengikut jumlah
penduduk di Barat. Generasi berkembang di dalam persekitaran sosio
ekonomi yang berbeza. Sedikit sebanyak ini memberi kesan kepada cara
berfikir, semangat, pengaruh dan kekuatan generasi itu sendiri.
Berikut ialah nama generasi serta tahun kelahiran yang diwakilinya:
1. Lost Generation juga dikenali dengan Generation of 1914 di Eropah.
Mereka ialah orang yang berjuang di dalam Perang Dunia Pertama. Tiada
data untuk tahun kelahiran digunakan untuk mengenalpasti mereka dalam
generasi ini.
2. Greatest Generation juga dikenali dengan G.I. Generation ialah mereka
yang berjuang di dalam Perang Dunia Kedua. Tahun kelahiran ialah sekitar
1901 hingga 1924.

3. Silent Generation lahir dari tahun 1925 hingga 1945. Juga digelar
children of the Great Depression zaman kemelesetan teruk yang memberi
kesan mendalam kepada generasi ini.
4. Baby Boom lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga
1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan
kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini
telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat.
Dilihat sebagai generasi yang mewah kerana lahir di dalam keadaan
ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.
5. Generation X juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters
tiada tahun kelahiran tepat yang dipersetujui secara universal. Mereka yang
dilahirkan di penghujung 1960 an hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari
1982).
6. Generation Y - Millenial Generation, Generation Next, Net Generation,
Echo Boomers Juga tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya
merujuk kepada mereka yang lahir pada penghujung 1970 an hingga awal
2000.
7. Generation Z Generation I, Internet Generation, Generation Text tahun
kelahiran dari awal 1990 an.
Sumber: terjemahan dari Wikipedia
AF Dah tahu generasi masing-masing? Aku Generation X!

Generasi apakah anda? X, Y atau Z?


Posted on 06/05/2011 by Khairul Abdullah
33

Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi


dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital
membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976) Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997)
Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) Generasi A
1. Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun
sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai
adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan
keadaan semasa. Generasi ini dianggap orang lama yang
mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun
1946 hingga 1964. Istilah baby boom digunakan Don Tapscott
merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia
Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan
kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah
kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu
bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan The
baby boom adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar
mempengaruhi keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976) GEN X
Selepas era the baby boom, kadar kelahiran di Amerika Syarikat
turun dengan mendadak. Terma the baby bust, istilah yang sering
dipakai ialah Generation X, mengambil tajuk novel Douglas
Coupland. X merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam
masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik

berbanding the baby boom. Gen X ialah generasi internet. Generasi X


menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist
media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997)
GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa Net Gen
kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk
berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu
30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) GEN
Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua
sekarang ialah 12 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk
Malaysia (lihat Buletin Perangkaan Sosial yang diterbitkan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) 38%
Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan Generasi X (berumur
antara 34 hingga 46 tahun) dan Generasi Y (berumur antara 13
hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan
dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti,
cenderung kepada collaboration dan hubungan antara satu sama
lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua
kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari
penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam
lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari
jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah
rendah.
Generasi apakah anda? ENTAHLAH..I Dont Knowme is X and my
wife is Y. Go figure!
Kemaskini:- Saya baru menulis artikel mengenai Generasi A atau Generasi Alpha
iaitu generasi selepas Z. Sila baca di sini.
Menilai Generasi Y
NORHIDAYYU ZAINAL NORHIDAYYU@SINARHARIAN.COM.MY
29 Ogos 2012
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More
Sharing Services19

Kreativi
ti anak boleh ditingkatkan melalui kemahiran seni. -Gambar hiasan
<1/1>
PEREDARAN zaman turut mempengaruhi gelagat dan karakter manusia
yang dilahirkan pada tahun tersebut. Generasi X ialah istilah bagi
menggambarkan generasi yang lahir dari zaman 1960-an hingga 1982.
Namun sempadan masa bagi Generasi X tidak ditentukan. Istilah ini
digunakan dalam demografi, sains sosial, pemasaran dan paling kerap
digunakan dalam budaya popular.
Tokoh seperti William Strauss dan Neil Howes mengkategorikan Generasi Y
sebagai mereka yang lahir pada 1982 sehingga 1997. Antara faktor mengapa
Net Gen (turut dipanggil Generasi Z) kekal agak lama ialah wanita Generasi Y
memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat,
iaitu 30-an atau 40-an. Manakala Generasi Z ialah Generasi Internet di mana
umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Pengarah Urusan Lunatots, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, kelompok
Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua
kelompok ini mewakili 42 peratus daripada penduduk Malaysia.
Ini bermakna, hampir separuh dari penduduk di negara kita ialah golongan
generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44
tahun.
Generasi Z pula ialah 38 peratus daripada jumlah penduduk iaitu kanakkanak yang masih berada di bangku sekolah rendah, katanya pada Sinar
Harian.
Menurutnya, antara ciri-ciri ketara dalam kalangan Generasi Y iaitu yang
berumur antara 13 hingga 33 tahun ialah inginkan kebebasan dalam

membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan


integriti.
Selain itu, katanya, Generasi Y juga cenderung kepada kolaborasi dan
hubungan antara satu sama lain, interaktif serta inginkan sesuatu secara
pantas.
Secara humornya, Generasi Y ialah apabila dia menilai sesuatu perkara
ataupun menerima sesuatu tugasan, mereka akan bertanya why? atau
kenapa?, katanya.
Aspirasi

kerjaya

Beliau yang juga Konsultan Laktasi Bertauliah dari International Board


Certified Lactation Consultants (IBCLC) berkata, berbeza dengan Generasi
sebelumnya iaitu Generasi X dan Baby Boomers (lahir antara 1946 dan 1964)
yang mempunyai karakter yang lebih reserve dan berdikari, namun
Generasi Y memerlukan aspirasi untuk kerjaya.
Kerja di pejabat kini bukan suatu yang mesti untuk Generasi Y lantaran sikap
mereka yang memerlukan kemahiran kolaborasi dan cabaran untuk berjaya.
Mereka mudah tertekan sekiranya cabaran yang diberikan terlalu besar di
mana kemahiran mereka tidak sampai ke tahap itu. Mereka juga mungkin
bosan sekiranya kerja yang diberi tidak mencabar kebolehan mereka,
jelasnya.
Justeru, katanya, sebagai pengurus dan majikan yang mengendalikan
mungkin seorang atau mungkin lebih Generasi Y di pejabat, anda
memerlukan kebijaksanaan dalam memastikan output optimum diperoleh
daripada setiap seorang pekerja.
Beliau berkata, oleh kerana Generasi Y memerlukan sebab untuk mencapai
kepuasan kerjayanya, punch card atau tindakan disiplin bukan lagi cara
mendisiplinkan generasi ini.
Mereka gembira apabila hasil kerja di terima dan dihargai oleh majikan dan
syarikat. Seperti kata Mother Teresa, terlalu ramai orang di dunia ini yang
laparkan penghargaan berbanding makanan, katanya.
Karakter

berbeza

Siti Nur Suraya berkata, menurut suatu kajian yang dijalankan oleh sebuah
universiti di Amerika, hasil pemerhatian mereka terhadap hasil kerja beberapa
kumpulan pekerja Generasi Y.
Hasil kerja yang dihantar apabila ditawarkan dengan hadiah dalam bentuk
tawaran wang ringgit tidak dapat memberikan hasil kerja yang sehebat
kumpulan yang ditawarkan dengan hadiah berupa jawatan dan
tanggungjawab lebih besar di dalam syarikat.
Output pemerhatian ini ialah, Gen Y memerlukan motivasi dalam bentuk
kepercayaan berbanding wang ringgit, katanya.
Menulis sebagai seorang majikan yang bekerja dengan Generasi Y di
Lunatots, Siti Nur Suraya berkata, beliau perlu menilai dan mentafsirkan
karakter setiap pekerja supaya tanggungjawab yang diberi berkadaran
dengan kemahirannya.

Ini kerana, jika cabaran kerja yang diberikan terlalu besar dan tidak
berkadaran dengan kemahirannya, pekerja akan berasa tertekan.
Namun, apabila skop kerja yang diberikan terlalu mudah yang mana
pencapaiannya lebih tinggi, maka pekerja akan berasa bosan, katanya.
Katanya, pengurus yang baik ialah pengurus yang dapat meletakkan pekerja
yang tepat di bahagian yang tepat.
Memahami karakter pekerja dengan kumpulan sama dapat membantu
majikan membuat pilihan tepat tentang siapa di bahagian mana, katanya

Penilaian Prestasi generasi X dan Y


Ratings: (0)|Views: 1,191 |Likes: 6
Published by Ziema Hjali
Norazimah Group
Norazimah Group
More info:
Categories:Types, School Work, Essays & Theses
Published by: Ziema Hjali on Dec 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial
Availability:
Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Flag for inappropriate content|Add to collection
See more
See less
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
1
1.0
PENDAHULUAN
Pengurusan sumber manusia adalah satu komponen terpenting di dalam
pengurusansesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia akan bertindak sebagai
perantara di antarapekerja dan juga pihak atasan bagi menyelesaikan sesuatu masalah
ataupun kemusykilanyang berlaku. Di dalam sistem pengurusan sumber manusia pula
terdapat satu komponenyang penting iaitu penilaian prestasi pekerja. Penilaian
prestasi ditakrifkan sebagai apa juaprosedur yang melibatkan penetapan piawaian
kerja, penilaian prestasi sebenar pekerjaberbanding piawaian dan pemberian maklum
balas kepada pekerja (Dessler G., 2003).Prosedur ini bertujuan untuk memotivasikan
pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaanprestasi atau terus meningkatkan prestasi
ke tahap yang lebih baik.Di sini kita akan membuat penilaian terhadap keperluan
demografi pekerja dariaspek generasi. Kajian mengenai perbezaan penilaian prestasi
terhadap generasi X dangenerasi Y akan dijalankan. Menurut Codrington dan
Marshall dalam bukunya yangbertajuk
Mind The Gap,
generasi X merupakan individu yang lahir antara tahun 1965

1976 dan generasi Y yang lahir antara tahun 1977


1998. Kini generasi X sudah semakinberkurangan dalam dunia pekerjaan atau
mungkin sudah hampir ke tahap persaraan.Generasi Y pula semakin bertambah dalam
dunia pekerjaan. Terdapat banyak perbezaandiantara kedua-dua generasi ini
terutamanya perbezaan dalam cara melaksanakan kerja,cara penerimaan arahan,
penerimaan teknologi, dan juga perbezaan dari sudut penilaiankepuasan kerja.Statistik
di bawah menunjukkan pola penduduk Malaysia mengikut generasi.
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
2
Suatu sesi temuduga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan generasi X dangenerasi
Y dalam organisasi tersebut. Organisasi yang dipilih ialah Luxor Network SdnBhd.
Organisasi ini beralamat di Level 15, Persoft Tower, 6B Persiaran
Tropicana,Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor. Luxor
Network SdnBhd merupakan salah sebuah ahli Kumpulan Syarikat Yow Holdings dan
Luxor Holdings.Organisasi ini prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik
dan seringmengembeleng tenaga untuk memenuhi tanggungjawab ini yang
merupakan terasorganisasi ini. Luxor Network giat melaksanakan pelbagai projek
pembangunanmasyarakat, termasuk sumbangan dan tajaan serta menganjurkan acaraacara khas jikaperlu. Organisasi ini juga aktif mengusahakan pelbagai sektor ekonomi
yang merangkumiperkilangan, pembangunan hartanah, ladang dan kilang sawit,
pengangkutan bas awam,kosmetik, penjagaan kulit dan makanan kesihatan
tradisional. Jenama-jenama produk milik Kumpulan ini yang dikenali ramai
termasuklah JeliGamat Luxor,
CyanotechSpirulina Pacifica
, HINO,
Algotherm
,
H20+,
Babor
dan
Yves Rocher
.
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
3
2.0
CIRI-CIRI GENERASI X DAN GENERASI Y
2.1
Generasi XGenerasi X merupakan satu istilah yang menggambarkan sekumpulan
orang yangdilahirkan pada 1965 hingga 1981. Kenyataan ini boleh disokong dengan
merujuk kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik antaranya,
menurutPham (1997) generasi ke-13 telah dilahirkan di antara 1961 dan 1981.
Generasi Xlebih dikenali dalam satu kumpulan yang dilahirkan pada 1965 dan 1975.
Merekabekerja untuk cintakan kerja tersebut dan bukan hidup untuk kerja (Zemke,
Rainesdan Filipezak, 1999). Generasi X tidak percaya dengan bekerja secara lebih
masatetapi percaya bahawa kerja yang sekejap dapat memberikan kesan yang terbaik.ini

termasuklah pilihan mereka untuk bekerja dalam suasana yang mesra, tidak formal di
tempat kerja, mereka mahukan mereka bebas untuk menyatakanpendapat mereka.
Suasana persekitaran tempat kerja seperti ini membuatkanmereka keluar dari
kepompong mereka dalam kalangan mereka sendiri bolehmemberi idea dan boleh
menunjukkan prestasi yang lebih baik.Selain itu, Generasi X bekerja mengikut apa yang
dirancang dan dianjurkan.Generasi X, umumnya berpengetahuan tinggi, celik
teknologi dan bersifat
independent
. Kumpulan ini dikatakan sering menjangkakan fleksibiliti di tempatkerja, seorang
yang kreatif, inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Kumpulan inidimotivasikan
dengan penawaran peningkatan kerjaya, peningkatan peluangmemperbaiki kerjaya
serta pengiktirafan peribadi. Ini selaras dengan pendapat NeilHowe dan William
Strause dalam Harvard Business Review (2007) yangmenyatakan generasi X cenderung
inginkan kebebasan mengikut cara mereka,mahukan kepercayaan dari pengurusan dan
melihat kepada imbuhan atas apa yangmereka lakukan.2.2
Generasi YGenerasi Y diklasifikasikan kepada kumpulan penduduk yang dilahirkan
selepasGenerasi X. Generasi ini lahir pada tahun 1981 dan 1996 (Projek Guru,
2000).Generasi Y adalah sifat yang dilabelkan kepada orang-orang yang lahir pada
tahun1980-an dan awal 1990-an. Bagi generasi Y atau dikenali
tenacious go-getters
dengan semangat
I can do anything
dan sangat sukakan persekitaran yangmencabar. Generasi Y berkembang dengan teknologi
dan bergantung kepadanya
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
4
untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih baik. BerbekalkanBlackBerrys,
komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat lain (Fairhurst & Shaw,2008).
Generasi Y lebih suka jadual yang fleksibel tetapi untuk generasi-generasiyang lebih
tua ramai yang melihat sikap ini sebagai komitmen dan disiplinnarsisistik atau
kekurangan. Generasi Y adalah generasi yang mempunyai harapanyang tinggi dalam
setiap pekerjaan yang dibuat. Mereka mahukan pengurus yangadil dan secara
langsung terlibat dalam pembangunan pekerja.Generasi Y hidup subur pada cabarancabaran baru dan menjangka untuk menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab
yang diberikan dari awal padadalam pekerjaan mereka (Glass, 2007, Martin, 2005).
Generasi ini mahupengiktirafan terhadap apa yang mereka lakukan dan ingin menjadi
terkenal dandikenali kerana pencapaian mereka. Generasi Y kurang memberi respons
kepadaarahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan dari
pengurusan.Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan
kenapa itu danini berlaku. Menurut Carol Verret, kumpulan ini boleh diurus dengan
wujudnyapenjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut
lakukan,mengiktiraf setiap tugasan yang mereka lakukan, puji mereka secara terbuka
dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum
balasdan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan bagi mereka.
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
5

3.0
PENILAIAN PRESTASI MENGIKUT GENERASI
3.1
Kemahiran KomunikasiKomunikasi merupakan satu elemen penting dalam
pengurusan. Komunikasi yangbaik dapat memberikan hubungan yang baik dalam
kalangan pekerja. Kemahiranberkomunikasi juga merupakan salah satu ciri yang
sering dinilai dalam sistempenilaian prestasi. Berdasarkan temubual dengan dengan
syarikat Luxor Network,kami mendapati bahawa kemahiran komunikasi Generasi X
adalah lebih lebih baik berbanding generasi Y. Bukan dari segi bahasa yang digunakan tetapi
kandunganmaklumat yang ingin disampaikan juga adalah lebih menepati keperluan
tugas, dan juga mudah difahami.Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa generasi Y
kurang mahir dalamberkomunikasi. Mereka lebih menyukai cara berkomunikasi
dengan menggunakanteks dan jaringan sosial. Mereka lebih banyak mendiamkan diri
dan kurangmemberi pendapat dalam sesuatu perbincangan. Manakala generasi X
lebih banyak memberi cadangan-cadangan dan kadang kala lebih kerap membuat bantahan
atauhujahan jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati. Generasi X lebih
mudahbersuara jika dibandingkan dengan generasi Y. Generasi X lebih bersikap
terbukadalam berkomunikasi. Mereka akan mendengar dan mengeluarkan
pendapatsekiranya terdapat kekurangan.Kurang kemahiran dalam berkomunikasi juga
akan membawa masalah dalamorganisasi. Sesuatu tugas tidak akan berjalan lancar
jika berlakunya salah fahamdalam komunikasi. Oleh itu mesej yang ingin
disampaikan tidak berjaya dan bolehmenyebabkan kekeliruan.3.2
Kecekapan Menjalankan TugasTujuan penilaian prestasi adalah untuk melihat hasil kerja
dan komitmen pekrjaterhadap syarikat. Oleh itu, kecekapan dalam melaksanakan
tugas amat pentinguntuk melihat sama ada pekerja tersebut mampu melaksanakan
tugas dengan baik dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh sesebuah
organisasi.
Generasi X lebih gemar membuat kerja secara
humane touch
.
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
6
Generasi Y menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan cepat keranakebanyakan
mereka lebih mahir dalam teknologi. Mereka mudah beradaptasidengan tekhnologi
baru dann mampu melakukan tugas dengan lebih cekap keranamereka lebih
bermotivasi jika dibandingkan dengan generasi X yang santai dalammenguruskan
kerja. Selain itu, generasi Y lebih cenderung untuk mencari
informasi atau belajar secara
hand on
.
Di dalam syarikat Luxor Network generasi X lebih berfikiran terbuka dan jugamampu
membuat pertimbangan yang tepat berdasarkan keadaan semasa malahmampu
membuat keputusan sendiri. Manakala generasi Y pula dapatmelaksanakan tugas-tugas
dengan lebih cepat namun kadang kala mempunyaimasalah dalam melakukan keputusan
dan memerlukan bantuan rakan sekerja ataumajikan (membuat perbincangan).3.3

Aplikasi TeknologiGenerasi Y lebih mudah mengadaptasi teknologi baru yang dibawa


masuk kedalam syarikat. Mereka mudah menerima perubahan dan lebih selesa
bekerjadengan teknologi semasa. Pada pendapat mereka teknologi banyak
membantumereka dalam menyelesaikan tugas dengan cepat dan tangkas.
Contohnyapenggunaan internet banyak membantu mereka dalam mencari maklumat
yangdiperlukan dalam jangka masa yang singkat.Generasi X pula memerlukan masa yang
lebih lama berbanding pekerja Yuntuk membiasakan diri dengan teknologi baru yang
diperkenalkan. Generasi Xberasa kurang selesa terhadap teknologi dan lebih gemar
menjalankan tugas secaramanual. Tetapi pengalaman mereka lebih banyak dan dan mereka
lebih memahamikeperluan kerja berbanding generasi Y. Di syarikat ini, pekerja
generasi X dilihatlebih mudah memahami setiap gerak kerja yang diberikan
berbanding pekerja Yyang masih baru dan juga tidak mempunyai pengalaman. Hal ini
kerana generasi Xlebih berpengalaman melakukan urusan-urusan syarikat berbanding
pekerja Yyang kebanyakannya lebih mengetahui teori daripada perlaksanaan tugasberkenaan.
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
7
3.4
Jangkaan MatlamatSetiap pekerja mempunyai matlamat peribadi untuk dicapai dalam
bekerjadisamping berusaha mencapai matlamat organisasi. Pada kebiasaannya
matlamatyang ingin dicapai oleh setiap pekerja adalah berbeza mengikut generasi.
Sepertimana yang kita tahu golongan muda atau generasi Y lebih tertumpu
kepadaganjaran berbentuk wang ringgit. Manakala golongan yang lebih berumur
iaitugenerasi X akan tertumpu kepada kepuasan dalam melaksanakan tugas dan hasiltugas
tersebut.Generasi Y lebih komited dalam menjalankan tugas untuk
mendapatkanganjaran yang lebih. Bagi mereka hasil usaha mereka perlu dibayar dan
dinilaidengan sewajarnya. Manakala generasi X lebih fokus kepada tahap kualiti
kerjayang dilakukan. Hasil kerja yang sempurna memberikan mereka kepuasan
dalammenunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Ini dapat dilihat dalam kajian
yangdijalankan di dalam syarikat Luxor Network. Dalam organisasi ini, generasi
Xlebih tertumpu kepada kepuasan bekerja kerana mereka merupakan tunjang
utamasyarikat sejak mula beroperasi dahulu, manakala generasi Y lebih
menumpukankepada ganjaran.Sikap yang sentiasa mementingkan wang ringgit dalam
semua urusanpekerjaan akan menyebabkan mereka sendiri akan mengalami kerugian.
Ini keranadalam urusan perundingan contohnya sikap yang sentiasa
mementingkankeuntungan akan menyebabkan proses rundingan tidak akan berjaya. Keduaduapihak perlu berunding untuk memajukan organisasi mereka dan bukan
hanyamemikirkan mengenai nilai wang ringgit yang akan di peroleh oleh mereka.3.5
PersonalitiGenerasi X mempunyai personaliti yang lebih bersifat terbuka, mudah
untuk berbincang dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kesukaran
semasamenjalankan tugas. Manakala generasi Y lebih kepada sikap memberontak
ataubertindak mengikut hati. Semasa berdepan dengan majikan, generasi X
lebihbersopan dan tertib. Mereka bersifat terbuka dan menerima teguran dari
pihak atasan. Berlainan dengan generasi Y yang sering menganggap bahawa apa yang
LUXOR NETWORK SDN. BHD.
2011
8

dilakukan oleh mereka adalah tepat. Generasi Y mempunyai tahap kesabaran


yangkurang dalam mengahadapi masalah dan tidak boleh menerima teguran
secaraterbuka.Generasi Y bukanlah pekerja yang setia dengan satu-satu syarikat.
Merekacelik teknologi, inovatif, dan kreatif. Untuk mengekalkan mereka
dalamorganisasi, majikan perlu menawarkan faedah yang mereka anggap bernilai
untuk mengekalkan gaya hidup mereka, dan majikan perlu menyesuaikan
gayapengurusan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada mereka.Generasi
X lebih setia kepada organisasi kerana mereka telah lama berkhidmatdalam organisasi
dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada majikan danbegitu juga sebaliknya.
Mereka lebih berminat untuk memberi sumbangan danberkhidmat kepada organisasi
dalam mencapai matlamat organisasi dan jugakepuasan kerja sendiri.

LUXOR NETWORK SDN. BHD.


2011
9
4.0
KESIMPULAN
Menurut kajian, generasi Y mempunyai ciri-ciri yang agak istimewa, namun ia tidak
lagimempunyai kelebihan berbanding kelompok yang lain jika mereka diurus dengan
kaedahatau pendekatan yang tidak munasabah. Realitinya, kita tidak berkuasa mengubah
masalepas kerana ia sudah jauh meninggalkan kita. Kita juga tidak berupaya
menguasai masahadapan kerana tidak diketahui apa yang bakal menanti. Apa yang ada
sekarang hanyalahmasa kini yang perlu dibentuk dengan acuan yang betul agar masa
hadapan dapatdinikmati dengan sebaiknya. Masa depan syarikat seterusnya terletak di
tangan generasiY.Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa Generasi Y begitu berbeza
daripada generasiX dari pelbagai aspek. Golongan generasi Y perlu berubah sikap
dengan membuangsegala perkara yang negatif yang ada dalam diri mereka. Pihak
organisasi memainkanperanan yang penting untuk kesesuaian individu-individu
generasi Y dalam memasukisesebuah organisasi dan bekerjasama dengan generasi X.
Dengan berpegang kepadamatlamat organisasi serta kesugguhan yang tinggi daripada
pihak organisasi, individu-individu generasi Y dan generasi X ini akan sentiasa dapat
mempertingkatkan prestasi darisemasa ke semasa.Setiap generasi mempunyai
keperluan dan kepentingan tersendiri dalam organisasi.Generasi X diperlukan untuk
memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru seperti generasi Yberdasarkan pengalaman
dalam menjalankan tugas. Manakala generasi Y pula diperlukanuntuk pengendalian
teknologi masa kini yang lebih sesuai dengan gaya hidup mereka jikahendak
dibandingkan dengan generasi X yang kurang mahir dengan transformasiteknologi.
Hubungan yang baik antara generasi X dan generasi Y juga penting dalamorganisasi.
Sikap saling membantu dalam menjalankan tugas atau tunjuk ajar daripadaindividu
yang lebih berpengalaman dan mahir haruslah diterima dengan hati terbuka.Saling
memahami di antara satu sama lain dapat membantu memudahkan kita
mencapaimatlamat masing-masing. Dengan wujudnya hubungan seperti ini, ia dapat
mengeratkandan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan tugas serta dapat
mengelak wujudnyapertembungan budaya.

LUXOR NETWORK SDN. BHD.


2011
10
5.0
RUJUKAN
Broadbridge A. M, Maxwell G. A, Ogden S. M, (2007) "
13_2_30: Experiences, perceptionsand expectations of retail employment for
Generation Y
", Career DevelopmentInternational, Vol. 12 Iss: 6, pp.523 - 544Hani Suraiya
Jamaluddin.(2010
).
Retention factors towards organization commitmen amongbaby boomers, Generation
X and Generation Y: A Survey on executive in Tenaga Nasional Berhad

.
Martin C. A. (2005) "
From high maintenance to high productivity: What managers need toknow about
Generation Y
", Industrial and Commercial Training, Vol. 37 Iss: 1, pp.39

44Sue Shaw, David Fairhurst, (2008) "


Engaging a new generation of graduates
", Education +Training, Vol. 50 Iss: 5, pp.366 378

Wednesday, November 4, 2009


"Baby Boom", X, Y & Z
Generasi "Baby Boom" (tak pasti terjemahannya dalam B. Melayu tuh apa), Generasi X...Generasi Y..Generasi Z.. Generasi berbeza,
yang sudah semestinya ada nic mereka sendiri, pendapat mereka sendiri, pemahaman dan pemikiran mereka masing-masing. Bagi
mereka yang mungkin tidak begitu arif dengan istilah-istilah ini, harap penerangan ringkas berikut dapat membantu

Disebabkan apa yang dialami oleh setiap generasi itu berbeza, maka, bolehlah dikatakan corak pemikiran, sikap dan tingkahlaku turut
mempunyai perbezaan. Ini amat ketara antara Generasi "Baby Boom", X dan Y (Generasi Z kecik lagi kan).
Sebagai contohnya, mungkin di zaman "Baby Boom" kebanyakan ibu mereka tidak bekerja (suri rumah), masih duduk dalam

persekitaran luar bandar kerana pembangunan belum lagi begitu pesat, ketiadaan peralatan digital - PC, internet, ipod, satelite TV.
Generasi X pula saya nampak seolah satu transition daripada "Baby Boom" kepada Y. Kepada satu generasi di mana pembangunan
sudah semakin pesat, dunia tanpa sempadan, telekomunikasi tanpa talian dan segalanya mahu didigitalkan.
Memang berbeza. Saya rasa kesan yang paling besar adalah dari aspek media, di mana maklumat dapat diperolehi dan disampaikan
dengan pantas. Tidak perlu tunggu suratkhabar lagi untuk mengetahui sebarang berita, berita di TV pon kalau tak ditonton, sudah
tahu apa yang hendak dibicarakan dengan hanya satu klik sahaja. Sumber yang boleh dirujuk pula amat meluas. Sumber dalam
negara, luar negara,Twitter, facebook, Blogs, malahan emel pon mungkin boleh saja diletakkan dalam kelompok media konvensional.
Ini menjadikan Gen Y lebih terbuka, kerana didedahkan dengan pelbagai maklumat dan merupakan salah satu contoh perbezaan
dalam generasi yang wujud sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi sudah wujud konflik perbezaan di antara generasi tua dan muda ini.
Kaum tua VS Kaum muda, familiar kan? Jadi tidaklah hairan mana sekiranya sejarah ini berulang. Tak kisahlah dari aspek sosial ke,
politik ke, dekat opis ataupun di sekolah ke, memang akan ada gap ni.
Bagi saya, seme golongan pon ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Kaum tua, senior nih memang banyak
pengalamannya. Dah terlebih dahulu makan garam. Namun begitu kaum muda ni lebih berani, proaktif, masih cergas (mungkin sbb
belum menemui zon selesa), kreatif dan paling penting dapat memberikan perspektif dari sudut yang lebih moden. Bukan nak cakap
dulu tak moden, tapi masa kini, kebanyakan orang dah tak boleh terima kaedah sumbat dan sumbat je seme maklumat. Tak boleh
diterima semberono tanpa penjelasan dan bukti terlebih dahulu. Itu yang kami perlukan. Untuk melihat sesuatu tu dari sudut yang
rasional dan logik.
Sebab tuh nama pon Gen Y...suka bertanya. Mungkin dalam kelas senyap je kan kebanyakan orang, tapi sebenarnya dalam minda
mesti banyak perkara yang difikirkan. Esp. bila masuk zaman pasca universiti. Jadi bagi seniors, bimbinglah kami, beri panduan, dan
pada masa yang sama dengar juga buah fikiran dan ide kami. Dalam Islam pon, terdapat ramai orang muda yang boleh diambil
sebagai contoh tauladan. Saidina Ali sendiri semasa menerima Islam, sangat muda umurnya namun banyak menyumbang dan
membantu perjuangan Rasulullah. Bagi yang seangkatan dengan saya, hormati seniors, bagi pandangan dengan berhemah.
Janganlah sampai kedua-dua golongan ini seperti 2 garisan lurus yang tiada titik pertemuannya...

Generasi Y dan cabaran perubahan


Posted by epondok di Ogos 1, 2011

3 Votes
Oleh NURUL IZZAH SIDEK
SIFAT zaman sentiasa dinamik berubah. Faktor sains, teknologi dan kaji selidik yang
berlaku menyebabkan sifat sesuatu zaman tidak kaku dan beku.
Ada daerah di dunia yang memberi respon kepada perubahan dengan persiapan ilmu
dan kemajuan teknologi. Ada yang hanya menjadi pengguna kepada kekuatan orang
lain.
Akhirnya ia melahirkan jurang antara pihak yang memberi respons untuk kemajuan
dan pihak yang hanya bersikap sebagai pengguna. Jurang ini selalu disebut sebagai
jurang kemajuan, jurang sains dan teknologi dan jurang keilmuan.
Kesan yang nyata ialah terhadap generasi Y, iaitu para remaja. Dengan kecanggihan
teknologi maklumat dan multimedia menyebabkan generasi muda menjadikan alatalat ini sebagai sumber maklumat, ilmu dan hiburan.
Lalu generasi Y lupa terhadap sejarah budaya dan tradisi sendiri sehingga hilang jati
dirinya. Generasi Y yang hilang jati diri ini menganggap sesuatu yang diwarisi oleh
nenek moyang bersifat ketinggalan zaman dan berbeza sama sekali dengan model
maju dan membangun yang mereka lalui.

Jurang generasi ini adalah salah satu masalah yang berbangkit khususnya di kalangan
generasi Y yang berada di zon selesa. Zon selesa bermakna mereka tidak perlu
bersusah payah mendapatkan sesuatu yang dihajati.
Semuanya sudah tersedia dan selalunya alat-alat komunikasi, telekomunikasi dan ICT
menjadi peranan pengganti diri terhadap ibu dan bapa di rumah.
Amat penting untuk generasi Y diberikan pendedahan dengan faktor sejarah , budaya
dan tradisi bangsanya atau umatnya yang sangat kaya sedari kecil lagi. Generasi Y di
kalangan orang-orang Melayu memiliki kekayaan nilai-nilai yang berasaskan Islam.
Sekiranya ibu dan bapa sejak awal lagi memberi asuhan tentang pentingnya
memahami sejarah bangsa dan umat, meneliti warisan-warisan terbaik tinggalan orang
terdahulu, merenung unjuran kemajuan masa depan maka pemikiran generasi Y akan
sentiasa terpedoman. Sebabnya, tidak mungkin lahirnya sesuatu bangsa dan umat
tanpa budaya dan tradisi untuk dijadikan sumber ikutan.
Generasi Y yang tidak merasakan mereka ada sejarah dan tradisi gemar menjadi
penciplak terhadap keunggulan orang lain. Mereka tidak bersikap kreatif dan inovatif
untuk menyuburkan tradisi dan budaya yang sifatnya menyumbang.
Akhirnya generasi Y apabila dewasa akan mengalami kekontangan nilai dan tradisi
serta tidak mampu mewariskan sesuatu untuk generasi hari depan.
Generasi Y yang sifatnya berubah tidak semestinya menolak perkara silam kerana
padanya terkandung sesuatu yang boleh dipelajari. Tidak mungkin ada hari ini tanpa
adanya yang silam. Tidak mungkin adanya esok tanpa binaan hari ini.
Keunggulan tradisi silam diadunkan dengan kehebatan budaya kini bakal menjadi
mata rantai untuk meneroka warisan masa depan. Ramai di kalangan generasi Y yang
sudah lupa diri, lupa budaya dan tradisi dan tidak pandai menghargai sejarah jatuh
bangun bangsa atau umat mereka yang terdahulu.
Contoh yang paling baik ialah kekaguman kepada makna kebebasan orang-orang
Barat yang terbentuk tanpa pedoman agama diciplak dan ingin dilontarkan dalam
realiti masyarakat yang berbudaya dan beragama. Lalu terjadi konflik yagn sia-sia
menyebabkan suasana perbincangan payah hendak berlaku. Tradisi muzakarah
terkubur begitu sahaja. Masing-masing dengan identiti masing-masing.
Tidak mempedulikan suara majoriti sebaliknya mereka menganggap cara mereka
sahaja yang betul. Generasi Y harus mempunyai rasa peka yang tinggi terhadap
perimbangan idealisme dan realiti. Idealisme mengenai hak asasi di Barat tidak
semuanya boleh diambil untuk mendekat realiti negara kita.
Ia tidak bermakna kebebasan harus dinafikan, demokrasi harus disempitkan tetapi
generasi Y harus menginsafi bahawa negara Malaysia berjalan mengikut tata hukum
yang tersendiri mendekati masyarakat yang berbilang.
Apa yang diyakini oleh generasi Y tidak semestinya sealiran dengan generasi lama
yang telah mempunyai pengalaman yang kaya bagaimana negara ini harus diurus
tadbir.
Paling tidak generasi Y harus cuba belajar daripada kekuatan silam dan pedoman hari
ini untuk membina sebuah negara yang lebih baik pada masa depan.
Memang tidak dinafikan sesuatu sistem atau negara pasti ada kekurangan di sana dan
sini, tetapi suatu hakikat yang tidak boleh ditolak oleh generasi Y adalah kemajuan
yang dicapai kini, kebebasan yang dinikmati dan hari depan Malaysia yang dijanjikan
adalah hasil lelah payah generasi dulu.

Jika generasi Y tidak mengambil sikap yang mata rantainya sambung sinambung,
setengah abad negara ini boleh menghadapi kehancuran yang amat luar biasa sifatnya.
Satu faktor yang sangat penting yang perlu diperhatikan oleh generasi Y iaitu faktor
kestabilan dan keamanan di kalangan pendudu berbilang kaum Malaysia. Tidak
mudah untuk meraikan setiap fikir dan hati di kalangan masyarakat yang berbeza
agama, budaya dan sistem nilai tetapi sekiranya ada sikap terbuka untuk mempelajari
kebaikan orang lain, sikap berhemah untuk meraikan perbezaan dan persamaan, maka
asas tolak ansur, kesabaran yan tinggi dan jalan yang bijaksana bakal dirintis dengan
baik sekali.
Jika faktor ini tidak difahami dalam masa yang sama nada-nada sumbang kearah
kebebasan tanpa batas, demokrasi ala Barat, hak asasi mengikut cita rasa Eropah,
negara akan terdedah dengan krisis kepercayaan, keyakinan dan sistem nilai yang
lebih parah.
Justeru generasi Y tidak sahaja beranggapan pengaruh sains dan teknologi membawa
penyelesaian mutlak kepada generasi akan datang. Tetapi fikirkanlah tanpa agama dan
etika yang tinggi, tidak mungkin manusia akan memiliki amanah yang tinggi,
keadilan yang telus, kebijaksanaan dalam mengatur kelainan dan perbezaan yang
disertai agenda membawa titik pertemuan.
Menimbulkan konflik bukanlah yang payah, namun membina kestabilan menuntut
masa yang panjang. Oleh itu tidak harus timbul sifat gopoh yang melulu tanpa
pertimbangan antara persamaan dan perbezaan, sejarah dan budaya, serta idealisme
dan realiti.
Generasi Y yang berwibawa dan mampu memberi cetusan masa depan ialah generasi
yang sentiasa bersikap kreatif dan inovatif kearah kemajuan.
Maju bukan bermakna menolak sesuatu yang telah terbina pada masa lalu. Kebaikan
masa lalu hendaklah diolah dalam bentuk terkini supaya asas-asas fundamental dalam
hidup ini tidak bercanggah dengan fitrah insani.
Maksudnya kita boleh menjadi generasi yang maju dan berubah dalam sains dan
teknologi tetapi akhlak mulia yang menjadi prasyarat kepada seorang Islam perlu
dipelihara kerana akhirnya kehidupan itu sendiri menuntut manusia yang jujur, ikhlas,
amanah dan adil tampil di tengah-tengah sistem supaya pengurusan sistem berjalan
dengan baik.
Sekiranya generasi Y hanya terpesona dengan kemahiran teknologi tinggi tetapi tidak
memiliki nilai-nilai keinsanan maka watak manusia bakal menjadi rakus dan haiwani.
Orang akan berfikir tentang dirinya sahaja tanpa mempedulikan orang lain, tamak
terhadap kuasa dan harta, tidak mempedulikan kelompok miskin. Ia akan
mencetuskan pertentangan yang parah antara strata yang wujud dan bakal
menghancurkan negara dan sistem.
About these ads

Generasi X , Y dan Z
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam
bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976) Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997) Generasi Y

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) Generasi Z


1 Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini
sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Generasi ini dianggap orang lama yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah baby boom digunakan Don Tapscott
merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan
kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.
Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga.
Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan
The baby boom adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976)
Selepas era the baby boom, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.
Terma the baby bust , istilah yang sering dipakai ialah Generation X, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. X merujuk
kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding the baby
boom,
Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist
media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997)
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa Net Gen kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk
berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat Buletin Perangkaan Sosial yang diterbitkan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) 4%
* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) 38%
Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan Generasi X (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan Generasi Y (berumur antara 11
hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti,
cenderung kepada collaboration dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia.
Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11
hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di
bangku sekolah rendah.

Mengenali Generasi X, Y dan Z


Assalamualaikum...
Kita perlu mengetahui perbezaan yang wujud antara generasi-generasi ini.
Sedikit maklumat yang diperolehi dari ceramah sebuah kursus yang telah
dihadiri baru-baru ini yang boleh dikongsi bersama.
Generasi X, Y dan Z adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada
kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam
bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada
beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976) Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997) Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) Generasi Z

1. Pre Baby BoomGenerasi


Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings
dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah
menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Generasi ini
dianggap orang lama yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah
lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 - 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946
hingga 1964. Istilah baby boom digunakan Don Tapscott merujuk pada
kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu
peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor
kesusahan semasa perang.Mereka adalah kelompok generasi yang idealis.
Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga.
Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaanThe baby boom adalah
generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi
keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 - 1976)
Selepas era the baby boom, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun
dengan mendadak.Terma the baby bust , istilah yang sering dipakai ialah
Generation X, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. X merujuk
kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka
mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding the baby boom,Gen X
ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang
tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh
gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 - 1997)Ini dikenali sebagai
Gen Y. Salah satu faktor mengapa Net Gen kekal agak lama ialah wanita
pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia
yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)Mereka juga dikenali
sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat
Buletin Perangkaan Sosial yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia:

* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) - 4%


* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) - 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) - 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) - 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) - 38%
Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan Generasi X (berumur antara 32
hingga 44 tahun) dan Generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah
mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai
keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada collaboration dan
hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara
pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan
dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir
separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja
yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z
yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang
masih berada di bangku sekolah rendah.
Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to
describe the demographic cohort following Generation X. Its members are
often referred to as Millennials. There are no precise dates for when Gen Y
begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s,
with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y
has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones,
and Generation X cohorts.

Sunday, January 15, 2012


Anda Generasi X,Y atau Z?
Baby Boom?Oooo... ada rupanya generasi Baby Boom.Ingatkan generasi
X,Y dan Z je yang wujud.Bagi yang tak berapa faham apakah yang
dimaksudkan dengan generasi-generasi tersebut, berikut adalah definisi yang
aku kutip daripada ruangan Sesama Kita di akhbar Kosmo hari ini, Ahad,
15 Januari 2012, di mukasurat 10, tulisan Lokman Othman.
1.Generasi Baby Boom
Lahir ketika zaman perang dunia kedua sehingga akhir lewat 50an.Diberikan
nama Baby Boom kerana terdapat peningkatan kelahiran bayi di seluruh
dunia selepas perang dunia kedua.
Blogger generasi Baby Boom yang aku kenal kalau tak silap Dato' Luahan
Fikiran.
Berfikiran matang, bijak bila berkata-kata dan seorang pemerhati yang hebat.

2.Generasi X
Lahir pada tahun 1960an hingga awal 1970an.
Teman-teman blogger generasi X kalau tak silap aku adalah Kak Pah KPoh,
Mama Tunz, Abang Gedek dan ramai lagi.
3.Generasi Y
Kumpulan yang kini berumur 16 hingga 35 tahun.
Adik-adik blogger seperti Lyssa,Afzalsukasuki, Belalang, Abang
Terror, Ellen,Lydia Miza
(Kalau tak silaplah)
4.Generasi Z
Umur kurang 15 tahun
(Anak-anak murid aku di tingkatan 1 hingga 3, yang manja-manja tu)
Menurut tulisan Encik Lokman Othman, era sekarang adalah generasi Y,
kerana generasi Y sangat mahir dengan gajet-gajet moden dan internet.Kalau
nak berhubung tu, di hujung jari je.Berbanding dengan generasi X, yang
kononnya bernostalgik berkomunikasi secara surat-menyurat, menonton
televisyan atau membaca suratkhabar untuk mendapatkan maklumat.
Katanya lagi, generasi X percaya mengejar kemajuan adalah sangat penting
asalkan seiring dengan nilai-nilai murni yang dijunjung.Namun menurut
generasi Y, adalah sebaliknya.Oooo...patutlah anak-anak muda zaman
sekarang dah tak hirau sangat pasal adab sopan.Termasuklah mahasiswa yang
macam-macam kerenah sekarang ni.Gitu rupanya!Letih kami generasi X
membebel, tapi generasi Y buat dekkk je.
Menariknya kata Encik Lokman Othman lagi, generasi Y berfikiran terbuka
dan penuh ciri-ciri kemajuan namun tak bemakna mereka tidak melakukan
kesilapan.Maka di sinilah pentingnya generasi X untuk menasihati
mereka.Encik Lokman Othman menamatkan tulisannya dengan persoalan;
bagaimana dengan generasi Z?Adakah mereka lebih ganas dalam perlakuan
dan pemikiran?
Kesimpulannya, generasi X hendaklah sama-sama berfikiran terbuka seperti
generasi Y agar mudah bagi mereka menegur dan membimbing generasi y
sekiranya ada kesilapan.Jangan biarkan jurang perbezaan terlalu dalam
antara generasi X dan generasi Y.Jika perlu, bina nilai kepercayaan generasi y
kepada generasi X.Generasi X juga diharapkan lebih bersedia untuk bergerak
seiring dengan generasi Y dalam konteks kemajuan dunia siber tetapi masih
dalam batas-batas yang sepatutnya.Sebaliknya, generasi y haruslah bersikap
lebih terbuka dan bersedia untuk dibimbing oleh generasi X agar mereka
tidak melakukan sesuatu di luar norma.Hasilnya, diharapkan kedua-dua
generasi X dan Y dapat membantu generasi Z agar tidak terlalu ganas dari segi
pemikiran dan kelakuan di samping tetap terus mengekalkan nilai-nilai
kemanusiaan.

Generasi Baby Boom


(Bila tengok wajah nenek ni, aku dapat rasa kasih sayang di jiwanya)

Generasi X yang bernostalgik tetapi tetap berilmu seiring generasi Y.


( Wajah Kak Pah yang juga keibuan, penuh kasih sayang )

Contoh generasi Y yang diharapkan ...


sangat bijak dan berilmu namun masih mementingkan nilai-nilai murni
( Pinjam gambar Afzalsukasuki)

Generasi Z?
( Mak aih!Ganasnya!)

Teman seperjuangan aku Cikgu Shida ni generasi mana ye?


Y atau Z?
Ganas tu!

You might also like