You are on page 1of 22

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Kategori dan Keberkesanan Bahan Sumber Pembelajaran


dan Pengajaran Pendidikan Islam

TAJUK 2

Bahan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak


Proses penyediaan dan penggunaan sumber
pengajaran
Pelbagai
bahan
sumber
pengajaran
Pendidikan Islam

2.1. SINOPSIS
Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kategori sumbersumber dan bahan-bahan pengajaran yang ada hubungkaitkannya dengan mata
pelajaran Pendidikan Islam dalam usaha membantu bakal guru dan guru untuk
mengetahui,

mengenal,

memilih,

membina

dan

seterusnya

dapat

mengaplikasikan sumber tersebut dalam PdP Pendidikan Islam di sekolah.


Melalui modul ini pelatih akan berupaya untuk membina bahan mengikut
kriteria dan proses yang betul serta berkebolehan untuk menilai bahan yang
dibina atau bahan sedia ada.
2.2. HASIL PEMBELAJARAN
1. mengenalpasti, memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai
dengan komponen-komponen Pendidikan Islam;
2. mengaplikasikan sumber dalam pembelajaran dan pengajaran
Pendidkan Islam; dan
3. meningkatkan daya kreativiti dan inovasi untuk membina sumber
pengajaran yang sesuai dengan Pendidikan Islam.

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

2.3. KERANGKA TAJUK


Sumber Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Islam

Bahan

Bercetak

Proses penyediaan dan


penggunaan sumber
pengajaran

Pelbagai bahan sumber


pengajaran Pendidikan
Islam

Tidak Bercetak

Bahan Perisian

Bahan Tiga Dimensi

Bahan Perkakasan

2.3.1. Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


1. Bahan Cetak
Bahan-bahan bercetak boleh dibahagikan kepada tiga kriteria iaitu;
(a) Buku-buku
Ia terdiri daripada mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku-buku
teks, buku rujukan, buku-buku latihan, kamus, atlas, buku-buku
fiksyen

dan

bukan

fiksyen,

ensiklopedia,

autobiografi

dan

sebagainya. Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan islam ialah


kitab-kitab agama.
(b)Terbitan Berkala

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Ia terdiri daripada semua jenis akhbar harian, mingguan dan


bulanan, majalah yang diterbitkan secara bulanan, tahunan, dwi
tahunan ataupun terbitan khas. Selain daripada itu, semua jenis
risalah, jurnal, nota-nota dan skrip juga termasuk dalam kategori ini.
Contoh yang sesuai dengan Pendidikan Islam ialah Majalah al-Islam,
sisipan jawi Utusan Malaysia
(c) Gambar foto
Ia terdiri daripada gambarfoto-gambarfoto yang menunjukkan
keadaan asas atau semulajadi yang diambil atau dirakam oleh
jurufoto. Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan Islam gambargambar masjid, kaabah dan sebagainya.
2. Bahan Bukan Cetak
Bahan-bahan bukan cetak juga boleh dibahagikan kepada tiga
kriteria iaitu;
(a) Bahan Perisian
Sumber bahan-bahan perisian pula ialah seperti lembaran lutsinar
(transparensi) OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16 mm atau
8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan
flannel, kad imbasan, disket dan cakera padat. Contoh yang
berkaitan dengan Pendidikan Islam ialah seperti CD Holy Quran, CD
Qari-qari dan sebagainya.
(b)Bahan Tiga Dimensi
Bahan-bahan tiga dimensi pula terdiri daripada realia (iaitu bahan
sebenar seperti objek maujud, bahan hidup, dan bahan semulajadi),
glob, replika, model-model, bahan-bahan permainan seperti catur
10

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

dan sahibba.Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ialah


seperti memerhatikan alam sekitar, replika masjid dan kaabah dan
sebagainya.

(c) Bahan Perkakasan


Bahan perkakasan ini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;
Bi
l.
1.

2.
3.
4.

Kategori
Bahan-bahan bukan
tayang
Bahan-bahan audio
(pendengaran)
Bahan-bahan visual
(tayangan)
Bahan-bahan audio
vsual (pendengaran
dan tayangan)

Contoh
Papan tulis, papan magnet, papan
flannel, bingkai carta pusing, imej
primer, imej printer transparency
marker dan mikro komputer.
Radio, radio kaset, pita kaset dan audio
card reader
Overhed projector (OHP), projector filem
slaid, projector filem jalur, episkop dan
epivisor
Televisyen, projector slaid dengan suara,
projector jalur filem dengan kaset,
komputer, CD Holy Quran, CD Qari-qari
dan sebangainya.

2.3.2. Proses penyediaan dan penggunaan sumber pengajaran


Bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran adalah sebagai
media pengajaran yang membantu guru yang membantu guru dan
para pelajar mendapatakan ilmu pengetahuan dan kemahiran. proses
penyediaan dan penghasilan sumber yang sesuai mestilah selaras
dengan matlamat dan objekif sukatan pelajaran, dasar serta hala tuju
pendidikan negara secara keseluruhannya.
11

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Proses

tersebut

secara

ringkasnya

adalah

seperti

dalam

rajah

dibawah ;

Memilih

Mengola
h

Membin
a

Menilai

Menggu
na

2.3.3. Pelbagai Bahan Sumber Pengajaran


Terdapat banyak contoh-contoh peralatan serta bahan-bahan
yang biasa diguna pakai di dalam bilik darjah atau makmal bagi tujuan
membantu

guru

atau

pelajar

dalam

proses

pembelajaran

dan

pengajaran. Di sini dijelaskan beberapa contoh cara penyediaan dan


menggunakan bahan sumber pengajaran yang sering dan sesuai
digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam.
1. Bahan Cetak
Pengajaran
mementingkan
tersebut

guru
kaedah

selalunya

di

dalam

bilik

penerangan
menimbulkan

darjah

sesuatu

secara
fakta.

kesusahan

umumnya
penerangan

untuk

pelajar

memahaminya disebabkan halangan seperti kecekapan verbal dan


dialek guru. Bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran,
guru perlu menyedia, mengguna dan memberikan bahan-bahan cetak
untuk melincin dan menyokong pengajarannya.
Bahan cetak yang sesuai digunakan dalam Pendidikan Islam
ialah buku, majalah, risalah, surat khabar, carta dan graf, peta,
12

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan dan bahan-bahan terbitan


berkala yang relevan.
a. Buku-buku
Buku teks, buku kerja serta buku rujukan biasa digunakan
oleh

guru-guru

dalam

proses

pembelajaran

dan

pengajaran. Buku rujukan misalnya, dapat membantu


pelajar-pelajar
sesuatu

memperoleh

perkara

dengan

lebih

maklumat

mendalam.

tentang

Lebih-lebih

lagi

kepada pelajar-pelajar yang pintar cerdas dalam aktiviti


pengayaan.
Bil.12/1999,

Walau

bagaimanapun,

Kementerian

Pelajaran

Pekeliling
Malaysia

Ikhtisas
(KPM)

memberi garis panduan yang khusus tentang penggunaan


buku

teks

serta

buku

latihan

dan

aktiviti.

menurut

pekeliling tersebut, hanya buku teks, yang diperakui oleh


KPM adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan.
buku latihan dan aktiviti tahap 1 yang diperakui oleh KPM
adalah juga wajib digunakan di sekolah rendah. pekeliling
ini menokok tambah peraturan sebagai yang terdapat
dalam pekeliling Ikhtisas Bil 10/1999 yang melarang
sekolah menggunakan buku serta buku latihan dan aktiviti
secara sewenang-wenang sebagai buku teks dan bukubuku aktiviti atau buku-buku tambahan.
b. Majalah
Majalah ialah bahan bercetak yang diterbitkan secara
berkala seperti diterbitkan secara mingguan, bulanan,
tahunan dan sebagainya. Majalah Anak Muslim al-Islam IZ
Islamik terbitan karang kraf adalah antara contoh yang
sesuai untuk dijadikan medium dalam menyampaikan
sesuatu pengetahuan, kemahiran atau nilai kepada pelajar13

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

pelajar

sekolah

rendah.

bergantung

kepada

kadar

kekerapan sesuatu majalah itu diterbitkan, ia biasanya


akan menyiarkan maklumat yang agak terkini tentang
sesuatu perkara berbanding dengan buku teks atau bukubuku lain.
C. Surat Khabar
Surat khabar juga boleh menjadi bahan yang sangat
berguna kepada guru-guru sebagai sumber pembelajaran
dan pengajaran. Penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD)
tidak semestinya terhad kepada akhbar yang terkini atau
jenis akhbar yang sama setiap masa. mana-mana helaian
surat

khabar

termasuk

surat

khabar

lama

boleh

dimanfaatkan untuk pembelajaran. keratan akhbar boleh


juga dikompilasi mengikut tajuk dan mata pelajaran
tertentu untuk menjadi buku skrap bagi manfaat muridmurid dari semasa ke semasa. Berita Harian dan Utusan
Malaysia ada menyediakan halaman atau ruang yang
khusus untuk pendidikan.
2. Grafik
Kebiasaan pelajar lebih memberikan tumpuan kepada informasi
melalui deria penglihatan mereka. oleh itu adalah sangat berkesan
sekiranya kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan elemen
visual. ini kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh pelajar
melalui penglihatan dapat diterima secara terperinci dan lebih
mempunyai

ketahanan

daya

ingat.

Kadang

kala

pelajar

lebih

mempunyai keyakinan belajar melalui apa yang mereka lihat daripada


penerangan yang diberikan oleh guru. Di antara contoh bahan grafik
ialah ;
14

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

a. Poster
Poster merupakan suatu gambaran yang boleh dijelaskan
melalui perkataan dan gambar serta ilustrasi atau gambar
sahaja. Penerbitan sesuatu poster mestilah memenuhi
prosedur perancangan supaya ia dapat membantu proses
pembelajaran dan pengajaran guru. Prosedur tersebut
ialah;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

kerja melakar
pengumpulan bahan
penghurufan
penerbitan huruf untuk tajuk dan label
layout bahan visual

b. Carta
Carta ialah sesuatu susunan maklumat yang sistematik.
Carta biasanya mengandungi huruf, angka, gambar, jadual,
gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata simbol dan
lukisan. digunakan untuk menghuraikan proses sesuatu
idea

atau menunjukkan pembahagian elemen-elemen

secara terasing. Aliran proses dan elemen-elemen dapat


ditunjukkan secara berorganisasi. Pembinaan sebuah carta
merangkumi tajuk utama, sub tajuk dan huraian ringkas.
Manakala prinsip asas pembinaan carta adalah ;
i.

Penerbitan mestilah jelas dan cukup besar untuk

ii.

memuatkan perincian yang kompleks.


Rancangkan layout dan teknik gambaran yang

iii.

membolehkan mesej dijelaskan.


Reka bentuk tidak akan mengelirukan pemahaman

iv.

pelajar.
Penghurufan

di

dalam

carta

seboleh-bolehnya

menggunakan penghurufan unistensil, tiga dimensi


atau penghurufan komputer dengan saiz min 5 cm.
15

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Namun begitu, sekarang terdapat pelbagai jenis carta yang


dijual di pasaran untuk memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Namun begitu carta yang dibuat oleh guru
mungkin lebih baik dan relevan kerana guru lebih mengetahui
tentang apa yang sepatutnya disampaikan kepada pelajarnya.
Terdapat beberapa jenis carta yang digunakan di dalam bilik
darjah. Antaranya ialah ;
i.

Carta Flip/Selak
Beberapa lembaran carta yang disusun dan diselak
satu persatu apabila mempersembahkannya. Carta
ini digantung pada bingkai yang boleh dibuat oleh
guru sendiri.

ii.

Carta Pusing
Carta yang dibuat daripada kertas tebal atau kain
digulung

atau

dipusing

semasa

mempersembahkannya.
iii.

Carta Aliran
Carta

mempamerkan

langkah-langkah

sesuatu

proses.

iv.

Carta Graf
Memperbandingkan kemajuan berbentuk graf (bar).

v.

Carta Pai
Berbentuk bulatan untuk menunjukkan perbezaan
perkaitan.
16

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

c. Lakaran dan Kartun


Bahan lakaran mengandungi suatu hint atau petunjuk
mengenai hal sebenar. Lakaran ini adalah satu tanda
garisan atau objek secara ringkas untuk mengambarkan
sesuatu subjek atau insiden. Ia boleh dilakukan serta merta
tetapi di dalam konteks penyediaan bahan lakaran yang
berkesan dan ia mestilah diolah

secara terancang, agar

kehadiran subjek tersebut dapat diintepretasikan oleh


pelajar dan menimbulkan

suatu penekanan. Di samping

itu, penggunaan kartun juga berungsi sebagai bahan


humor yang boleh menimbulkan

daya tarikan

kepada

pembelajaran di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun


nilai

estetika

bahan

kartun

tidak

bererti

jika

persembahannya tidak dapat dilihat oleh pelajar atau


dalam edaran yang terhad. Di samping itu kaedah
pembesaran ilustrasi kartun dan penghurufan yang teliti
hendaklah dipatuhi.
d. Peta
Penggunaan peta dapat mendekatkan murid-murid kepada
keadaan sebenar selain daripada dapat menarik minat
murid. Penggunaan bahan ini lebih sesuai seiring dengan
kaedah

penerangan

guru,

sementara

murid-murid

berinteraksi dengan bahan. Guru biasanya menyediakan


peta di atas sekeping kad manila atau kertas sebak untuk
dipaparkan di hadapan kelas secara melekat di papan tulis
atau menggantungnya di tempat pergantungan. Terdapat
juga peta yang telah sedia dilukis yang terdapat di
pasaran. Guru juga boleh menggunakan atlas bagi tujuan
ini yang mana ini lebih mudah untuk dirujuki oleh murid17

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

murid serta boleh dibawa ke mana-mana. Lakaran peta


juga terdapat pada glob yang lebih menyerupai kedudukan
sebenar sesuatu tempat itu di atas permukaan bumi. Di
samping itu, prosedur menyedia dan menerbitkan peta
yang kreatif ialah ;
i.
ii.

Gelapkan kawasan yang difokus.


Lengkungkan perkara yang hendak

iii.

kepada pelajar.
Menggunakan lorekan, bentuk dan warna kepada

dijelaskan

ilustrasi yang digambarkan di dalam peta.


3. Fotografi
Kemahiran guru di dalam bidang fotografi ada hubungkait
dengan kebolehan seseorang guru di dalam membentuk bahan
pengajaran
pelajarnya.

yang

berkesan

Pengambilan

atau

bersesuaian

gambar

tersebut

dengan

kehendak

boleh

diarahkan

berdasarkan penentuan tajuk dan penentuan objektif pengajaran.


Antara faedah menggunakan fotografi dalam PdP antaranya ialah
seandainya guru menghadapi masalah membawa murid ke sesuatu
lokasi, satu siri gambar foto boleh dibawa ke dalam kelas untuk
menjelaskan

sesuatu

aktiviti

atau

situasi

(contohnya

upacara

sembelihan binatang korban sempena sambuatan hari raya idul adha).


Dalam aspek perancangan PdP beberapa elemen mestilah ditekankan
seperti penentuan garis kasar isi, format penyampaian, penyediaan
skrip dan perancangan shot. Dalam elemen penerbitan, setiap bahan
fotografi mestilah diperbesarkan supaya bersesuaian dengan jarak
penglihatan pelajar. Antara cara persembahan fotografi ialah ;
1. Visual bersama audio
2. Visual bersama penyataan
3. Visual bersama penerangan

18

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

4. Transparensi
Transpaensi ialah kepingan lutsinar yang mempunyai tulisan,
lakaran, rajah atau bentuk rajah yang dicetak ke atasnya. ia adalah
sejenis tayangan atau projeksi yang menggunakan overhed projektor
(OHP) semasa penggunaannya. Pengajaran dapat berlangsung dengan
lebih lancar kerana guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk
menulis dan melakar di papan tulis perkara-perkara yang ingin
disampaikan kepada murid-murid. Antara kebaikan menggunakan
transperansi dalam PdP ialah :
1. Boleh

disediakan

dalam

bentuk

warna

supaya

penegasan dan menarik perhatian.


2. Memberi keselesaan semasa penyampaian
transparensi itu disediakan awal.
3. Boleh digunakan berulang kali

dan

memberi

terutama

penyampaian

jika
lebih

bersistematik.
4. Transparensi juga bersih berbanding dengan papan kapur dan
penyampai boleh berada berhadapan dengan pelajar atau
penonton.
5. Pelajar boleh

terlibat

sama

menggunakan

transparensi

di

hadapan rakan sebaya. Sebagaimana bahan-bahan lain dengan


bahan-bahan

PdP

juga

boleh

didapati

di

pasaran.

Walau

bagaimanapun guru boleh menyediakan sendir bahan-bahan


menggunakan

filem

transparensi

jenis

write

on

iaitu

trasnparensi yang hanya boleh ditulis dengan pen transparensi


atau jenis thermal iaitu transparensi yang boleh dicetak
menggunakan mesin pencetak komputer atau mesin fotostat.
Di samping itu, transparensi juga boleh dibuat daripada plastik
atau plastik alas meja. Untuk menulisnya boleh menggunakan pen-pen
transparensi jenis kekal atau jenis larut. manakala untuk memadam
kesilapan pula, boleh menggunakan pemadam kain lembut (penjenis
19

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

larut) atau pelarut kimia. Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan


transparensi. Antaranya ialah Kaedah tetingkap, Kaedah tindihan,
Kaedah urutan, Kaedah singkapan, Kaedah pusing dan Kaedah
tampalan. Namun begitu dengan perkembangan pesat penggunaan
ICT, penggunaan transparensi semakin ditinggalkan.
5. Bahan Audio
Bahan audio ialah bahan PdP yang berasaskan suara atau bunyibunyian. Contoh bahan-bahan audio yang boleh digunakan adalah
seperti yang terdapat pada kaset, cakera laser, audio cakera padat
(CD) dan sebagainya. Dalam PdP, bahan-bahan audio boleh digunakan
apabila kandungannya bersesuaian dengan isi pelajaran serta objektif
sesuatu PdP. Medium ini jika dikelolakan dengan kreatif, jauh lebih
menarik

dan

menyeronokkan

daripada

pembelajaran

melalui

pembacaan.
Antara prosedur penghasilan bahan audio meliputi ;
1. Perancangan - merangkumi penentuan objektif, kumpulan
sasaran, garis panduan isi kandungan dan bantuan lat lain.
2. Persediaan untuk rakaman - meliputi skrip, muzik dan
kesan bunyi, penyampai dan pelakon, peralatan rakaman.
3. Rakaman - guru mestilah memahami panduan teori dan
praktikal rakaman.
4. Aktiviti susulan - penyediaan panduan pengguna dan
lembaran kerja berkaitan.
6. Bahan Audio Visual
Kaedah audio visual menggabungkan dua kemahiran iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran melihat. Peranan bahan ini
antara lain ialah menggabungkan apa yang didengar, difahami,
diingati dan boleh diulang. Untuk memahami dengan cepat apa yang
didengar

dan

disebut,

penggunaan

digunakan.
20

pancaindera

penglihatan

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Dalam pemilihan bahan audio visual untuk pengajaran, guru perlu ;


1. Memastikan dahulu matlamat dan objektif pembelajaran
pelajar.
2. Sumber bahan audio visual mana yang patut dipilih.
3. Tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan agar
semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio
visual tersebut dapat digunakan dengan sepenuhnya.
Untuk

mengaplikasikan

mengguna

dan

kaedah

ini

menumpukan

guru

disarankan

perhatian

untuk

menggunakan media elektronik seperti filem bersuara,


televisyen, slaid dan tape, bahan video, sisipan filem
bersuara kerana bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri audio
visual. Kelebihan menggunakan bahan ini dalam PdP ialah
pelajar merasa apa yang mereka lihat dan dengar seolaholah benar-benar berlaku di sekeliling mereka. Di samping
itu alat ini boleh diubah suai mengikut situasi dengan
menggunakan suara guru dan pelajar berdasarkan kualiti
dan kefasihan pertuturan.
Antara contoh bahan audio visual ialah adalah bahan-bahan PdP yang
berasaskan

gambar

atau

bahan-bahan

visual.

Contoh-contohnya

seperti kaset video, video cakera padat (VCD) dan cakera video digital
(DVD). Guru-guru mempunyai pilihan sama ada membeli yang ada di
pasaran setelah memastikan kandungannya sesuai dengan tajuk serta
objektif sesuatu PdP atau membangunkan sendiri perisian yang
difikirkan sesuai.
7. Teknologi Maklumat Sebagai Sumber Pengajaran

21

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Menurut Jamaludin Badusah et al. (2000) terdapat tiga komponen


utama teknologi maklumat iaitu ;
i.
ii.
iii.

Komputer
Rangkaian komunikasi
Kebolehan menggunakan teknologi

Antara bahan teknologi maklumat yang boleh digunakan sebagai


sumber PdP ialah ;
a) Bahan Komputer
Penggunaan komputer dalam pendidikan semakin meluas
sekarang. Beberapa pendekatan dan konsep telah dikaji
secara intensif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS)
untuk meningkatkan PdP. Contohnya dalam PdP matematik
dan sains menggunakan bahasa Inggeris (EteMS), di
sekolah-sekolah rendah dan menengah telah dibekali oleh
Kementerian Pelajaran dengan peralatan komputer bimbit
termasuk skrin paparan (LCD) serta bahan-bahan perisian
pembelajaran.
Dalam konteks PdP Pendidikan Islam, terdapat perisian
yang boleh dibeli di pasaran. namun begitu, tidak semua
perisian tersebut sesuai sebagai bahan pengajaran. Oleh
itu, sekiranya guru mempunyai kepakaran, perisian yang
sesuai boleh dihasilkan sendiri.
Jenis-jenis perisian yang boleh dihasilkan ialah ;

Tutorial
Latih tubi secara interaktif
Simulasi situasi sebenar
game berunsur pendidikan
Penyelesaian masalah secara proses

22

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Manakala ciri-ciri perisian yang baik ialah ;

Isi yang sesuai dengan objektif dan kognitif pelajar


Mudah digunakan
Grafik menarik
Suara dan muzik yang sesuai
Interaktif

b) Bahan Multimedia
Multimedia bermaksud pelbagai media yang kerap
merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, warna,
gambar, bunyi, video dan animasi. Manakala menurut Von
Vodtke (1993), multimedia masa kini merujuk kepada
integrasi media seperti teks, bunyi, grafik, animasi dan
video ke dalam sistem komputer. Ringkasnya multimedia
ialah kesepaduan antara pelbagai media seperti teks,
numerik, grafik, imej, video, animasi dan suara dalam
suatu

persekitaran

keupayaan
mencapai
urutan

digital,

interaktif
maklumat

(Ab.

Halim

bagi
atau
et

al.

memainkan peranan untuk

di

samping

mempunyai

membolehkan
keperluan
2004).

tanpa

pengguna
mengikut

Multimedia

dapat

menyediakan persekitaran

yang kaya dengan simber bagi membolehkan pengajaran


guru berorientasikan pelajar dapat diamalkan secara lebih
berkesan.
Penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan PdP
kerana ;
i.

Membantu

memotivasikan

pelajar

untuk

belajar

ii.

secara lebih menyeronokkan.


Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam
pengajaran mereka di mana pelajar boleh belajar

23

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

mengikut tahap kebolehan sendiri kerana pelajar


iii.

boleh mengulangi beberapa kali sehingga faham.


Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan

iv.

lebih senang.
Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan

v.

menjadikan pelajar lebih berdikari.


Pelajar belajar secara spontan, leih natural dan

vi.

berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.


Penggabungan pelbagai media di samping latihan
yang direka bentuk secara interaktif membolehkan
pelajar

mengembangkan

pengalaman

mereka

dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak


hanya

menunggu

untuk

memperilehi

maklumat

secara pasif. dengan mengambil peranan yang aktif


dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk
memahami

peristiwa

baru

mereka

dapat

menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang


lebih luas dan mendalam (Halimah 1996)
Pada zaman kepesatan teknologi maklumat ini,
bahan-bahan multimedia sangat bermanfaat untuk
dijadikan

sumber

pengajaran

Pendidikan

Islam

sekiranya sesuai dan diurus dengan baik. Walau


bagaimanapun

guru

boleh

menyediakan

sendiri

bahan-bahan yang diperlukan agar sesuai dengan


kumpulan murid yang akan menggunakan bahan
berkenaan.
c) Internet
Internet merupakan salah satu penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang paling popular
dewasa ini. kemudahan ini merupakan pintu masuk kepada

24

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

gedung maklumat yang menyediakan peluang PdP yang


menarik dan mencabar minda guru dan pelajar.
Memandangkan penggunaan internet dalam PdP boleh
memberikan kesan positif kepada pelajar, penggunaan
dalam PdP Pendidikan Islam perlu dilaksanakan secara
menyeluruh

dan

sepadu.

Walau

bagaimanapun

pelaksanaan tersebut memerlukan perancangan yang teliti


dan rapi oleh guru bai memastikan sesi PdP yang
berlangsung menggunakan strategi pembelajaran situasi,
strategi pembelajaran anjal, penerapan kamahiran berfikir
agar maklumat dan penggunaan internet sebagai bahan
bantu

mengajar

dapat

berjalan

dengan

lancar

dan

berkesan.
Antara cara menggunakan internet dalam PdP Pendidikan
Islam ialah ;

Guru menyediakan tugasan dan meminta pelajar


membuat penyelidikan lanjutan dalam topik-topik

tertentu dari sumber internet.


Guru menggunakan laman-laman web Islam seperti
jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islam.gov.my,

ikim.gov.my dan sebagainya.


Guru menyediakan tugasan

lanjutan

dengan

meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang


disediakan di laman web tertentu seperti JAKIM, IKIM
dan Tabung Haji untuk menjawab dan menyelesikan
tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran
Pendidikan Islam.
8. Bahan Tiga Dimensi
25

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penggunaan bahan tiga dimensi sebagai sumber PdP yang


mempunyai faedah yang lebih banyak berbanding dengan bahan dua
dimensi. Bahan tiga dimensi kelihatan nyata dan benar. Antara bahan
tiga dimensi ialah ;
i.

Realia merupakan bahan yang senang didapati dan senang


diolah. Ia boleh dibawa ke dalam kelas atau sekiranya ia sukar
dialih, pelajar boleh dibawa keluar kelas untuk mendekatinya.
Antara jenis bahan realia ialah spesimen batuan, tumbuhtumbuhan dan haiwan kecil, bahan awet basah dan kering.
Bahan-bahan ini sesuai untuk pengajaran akidah dan Ibadah

ii.

dalam Pendidikan Islam.


Model merupakan bahan gantian yang dapat mewakili bahan
sebenar. Antara contohnya ialah model sebuah rumah, kedai,

iii.

binatang, kaabah dan sebagainya.


Diorama satu reka bentuk bahan-bahan real, patung dan model
diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan
sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan
tiga dimensi. Contohnya diarama di muzium, diarama meja pasir,
diarama bilik gerakan ataupun diarama di sawah padi.

Prinsip Pemilihan dan Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran


Bagi memastikan bahan-bahan PdP dapat berfungsi dengan berkesan
maka beberapa garis panduan perlu diikuti. Antara garis panduan yang
dimaksudkan adalah seperti berikut ;
i.

Sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran,

ii.

iaitu sesuai dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapkan.


Praktikal untuk digunakan, iaitu merujuk kepada kemudahan
untuk dibawa, disimpan dan dikeluarkan semula apabila

iii.

diperlukan.
Menumpukan perhatian murid kepada proses pembelajaran dan
pengajaran. Murid tidak terpegun dengan alat atau bahan yang
26

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

digunakan sehingga tidak memberi tumpuan kepada isi


pelajaran, juga tidak menjemukan sehingga murid mengalihkan
iv.

tumpuan kepada yang lain.


Mempunyai ciri keberkesanan kos seperti mudah bina atau

v.

diperbaiki, tahan lama, murah dan sebagainya.


Lebih baik jika maujud. konkrit dan kontekstual kerana murid-

vi.

murid sekolah rendah mempunyai pemikiran konkrit.


Bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada persekitaran
adalah faktor yang penting untuk perkembangan kognitif

vii.

individu.
Kepelbagaian bagi mengelak jemu atau bosan serta selaras

viii.

dengan tajuk-tajuk yang berbeza.


Jumlah yang mencukupi untuk tidak menjejaskan disiplin murid
dan kawalan kelas akibat daripada perebutan bahan dan

ix.

sebagainya.
Selaras dengan nilai serta budaya yang ada kerana
pertembungan nilai dan budaya boleh menyebabkan konflik.

Proses Penilaian Sumber Pembelajaran dan Pengajaran


Keberkesanan sumber PdP dapat dinilai dari aspek-aspek berikut ;
1. Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan
objektif pelajaran dan dapat membantu usaha guru dalam
menyampaikan isi pelajaran di samping sesuai dengan
tahap pemahaman dan perkembangan kognitif murid.
2. Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber
pengajaran dapat menggalakkan proses PdP di antara
guru dan murid.
3. Sumber PdP dapat menarik minat dan perhatian pelajar di
samping dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi
pelajar dengan sumber tersebut.
4. Sumber PdP tersebut perlu mudah digunakan, di bawa dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dan mudah
disimpan.
27

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

5. Sumber PdP yang digunakan perlu berkualiti seperti tahan


lasak, tidak mudah rosak, menepati sukatan dan piawai
pendidikan di samping mesejnya penggunaannya dapat
diterima dengan berkesan oleh pelajar.
6. Kos penghasilan dan kos penyelenggaraan sumber PdP
perlu berpatutan dan tidak membebankan mana-mana
pihak yang terlibat.
Rumusan
Setelah mengenal pasti pelbagai jenis dan bahan yang boleh
dijadikan

sebagai

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

terutamanya guru Pendidikan Islam perlu peka, bersedia dan bijaksana


dalam membuat keputusan dalam memilih bahan atau sumber
pengajaran yang paling berkesan untuk diguna dan diaplikasikan
dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu,
guru

Pendidikan

Islam

khususnya,

perlu

bersedia

dan

mahir

menggunakan pelbagai jenis sumber, baik yang bercetak mahupun


yang

tidak

multimedia

bercetak
dan

seperti

sebagainya

peralatan
untuk

audio

visual,

meningkatkan

komputer,

kualiti

dan

keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu, dalam


usaha meningkatkan proses PdP, guru Pendidikan Islam juga perlu
mempunyai kemahiran mengoptimumkan penggunaan sumber seperti
boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada
sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan
internet dalam word prosessor atau elektronik presenttion untuk
menghasilkan bahan PdP yang menarik dan berkesan.

28

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Bincang dengan rakan anda tentang bahan sumber yang anda boleh
gunakan di dalam pengajaran mana-mana bidang Pendidikan Islam.
Bina dan aplikasikan di dalam kelas anda. Dapatkan komen dan
respon dari rakan sekelas.

Dapatkan maklumat tambahan dari laman sesawang bahagian


Teknologi Pendidikan berkenaan Educational Courseware Standards

29

You might also like