You are on page 1of 1

Kesan sosial pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah renggangnya hubungan antara

kaum. Tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu
dan orang India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun, manakala orang Cina dilayan
dengan buruk. Orang Melayu telah dilantik menjadi kempeitai Jepun yang ditugaskan
untuk menangkap orang Cina. Hal ini telah menambahkan kebencian dalam kalangan
orang Cina terhadap orang Melayu. Permusuhan antara kaum semakin menebal antara
kaum Melayu dengan Cina. Selain itu, kaum Cina telah berpindah ke kawasan pinggir
hutan akibat ancaman tentera Jepun.
Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan untuk menerapkan nilai budaya Jepun
dalam masyarakat tempatan, terutamanya orang Melayu. Sehubun-an itu, penggunaan
bahasa Jepun telah diperluas di Tanah Melayu. Bahasa pengantar di sekolah teiah
ditukar daripada hahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Dalarn bidang pentadbiran,
penunaan bahasa Jepun diutamakan, contohnya peluang kenaikan pangkat dan gaji
berdasarkan kemahirnn herbahasa Jepun. Kerajaan telah mengadakan kursus-kursus
pendek bahasa Jepun. Selain itu, penerapan budaya Jepun telah dilaksanakan terhadap
seluruh masyarakat, contohnya mengisytiharkan cuti-cuti umum sempena hari perayaan
di negara .Iepun. Kerajaan Jepun tclah mengharamkan penggunaan bahasa Cina dan
pelaksanaan sekolah Cina di Tanah Melavu.
Di samping itu, berlaku perubahan terhadap sistem persekolahan di Tanah Melayu.
Dasar Pelajaran Jepun telah dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid diwajibkan untuk
menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kamigayo pada setiap pagi dan
menghormati bcndera Jepun. Tujuan Jepun berbuat demikian supaya penduduk Tanah
Melayu akan menghormati maharaya Jepun. Antara mata pelajaran wajib di sckolah
ialah nyanyian dan muzik dari Jepun.
Selain itu, pendudukan Jepun turut memberikan kesan yang buruk terhadap taraf
kesiharm penduduk Tanah Melayu. Penyakit seperti malaria. beri-bcri dan taun merebak
dcngan meluasnya. Sumber makanan yang terhad dan tidak berzat seperti ubi kayu dan
keledek telah memburukkan lagi keadaan kesihatan penduduk. Kadar kernatian akihat
daripada kekurangan zat makanan telah meningkatdengan mendadakdalam kalangan
rakyat Tanah Melayu. Tentera Jepun telah merampas bekalan makanan dan ubatubatau untuk kegunaan tenteranya. Bekalan ubat-ubatan tidak dibekalkan ke klinikklinik, manakala doktor dan jururawat telah dihantar ke kem tawanan.

You might also like