You are on page 1of 5

Tugasan : Kepelbagaian budaya masyarakat kaum jawa dan masyarakat kaum

siam.
Kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia telah mencorak lanskap
pemikiran rakyat Malaysia. Melalui kepelbagaian budaya , masyarakat umumnya
berjaya menyemai nilai-nilai murni serta mengamalkan perasaan hormat
menghormati, bekerjasama dan toleransi antara satu dengan lain walaupun
berlainan dari segi bangsa, bahasa, adat resam, struktur masyarakat majmuk,
dan jantina. Tetapi semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu membina
sebuah negara yang sejahtera, maju dan jaya. Natijahnya negara kita mampu
mewujudkan integrasi nasional yang ukuh dan seimbang. Pemahaman terhadap
identiti bangsa adalah penting dalam proses mengukuh serta mengeratkan lagi
hubungan etnik dalam kalangan pelbagai masyarakat majmuk. Ketidakfahaman
tentang identiti bangsa akan menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat
akhirnya menimbulkan kepada diskriminasi sosial seperti peristiwa 13 mei 1969.
Bahkan kecelaruan budaya dan amalan budaya yang buruk bakal melahirkan
sahsiah dan keperibadian yang rosak. Oleh itu, kesedaran kepelbagaian budaya
yang baik dapat melahirkan sebuah keluarga yang harmoni disamping
perbentukan peribadi yang mulia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang ka
um dan etnik.
Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah
berketurunan Jawa Demek manakala ibu saya orang Melayu berketurunan siam.
Pertembungan dua budaya telah mencorak pemikiran yang baharu dalam
kehidupan saya dan mempengaruhi perbentukan peribadi saya sebagai rakyat
Malaysia. Sejarahnya bermula apabila seawal 70 an ketika ayah saya remaja
telah berhijrah ke Tanah Melayu bagi tujuan belajar agama dan bekerja serta
mendapat pendidikan awal ketika di Johor Baharu. Sepanjang bermusafir di sana,
ayah mendapat keluarga angkat yang baik dan juga berketurunan jawa. Di
situlah mereka membina sebuah keluarga yang bahagia. Walaubagaimanapun
ingatan tanah tumpah darah di Indonesia tetap menjadi ingatan selamanya.
Menurut
Norhissham
(2012)
etnik Jawa merupakan sebahagian daripada
kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.
Pada masa ini penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat semenanjung
Malaysia terutamanya di barat johor, Selangor, dan Perak.
Kemudian pada hujung 70 an ayah saya mula berhijrah ke utara
semenanjung iaiitu ke kedah untuk belajar agama dan bekerja di sana. Akhirnya
sepanjang di sana ayah saya mendapat jodoh pertemuan dengan seorang gadis
melayu yang berketuruan siam. Pertembungan dua budaya ini telah melahirkan
satu budaya dan pemikiran yang baharu serta mempengaruhi corak cara hidup
dan adat resam kami sekeluarga. Aspek tersebut mempengaruhi perbentukan
sahsiah peribadi kami sekeluarga. Walaubagaimanapun agama tetap menjadi
asas utama dalam kehidupan. Hal ini sangat dititikberatkan oleh ayah saya
selaku ketua keluarga. Melalui agamalah masyarakat akan terpimpin dan dengan
agamalah suatu masyarakat dan budayanya dimuliakan dan diangkat
martabatnya. Contohnya di dalam sejarah silam, masyarakat Arab Quraish
sangat jahil dan teruk akhlaknya sehinggakan kerajaan Rom dan Parsi amat

takut untuk menjajahnya kerana dikuatiri penyakit negatif mula berjangkit


kepada rakyatnya. Kemudian setelah agama islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW budaya dan masyarakat arab diangkat martabatnya
sehinggakan dimuliakan oleh segenap lapisan masyrakat didunia kerana
tingginya nilai akhlak yang ditonjolkan oleh mereka. Oleh itulah agama menjadi
asas utama dalam kehidupan kita semua.

Ayah saya mempunyai akhlak keperibadian yang mulia disamping selalu


berlemah lembut dalam pertuturan. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan
bangsa jawa. Menurut Norhissham (2012), orang jawa dari segi zahirnya, berkulit
sawo matang, berbadan sederhana besar dan tegap dan selalu berlemah lembut
serta berbudi bahasa. Inilah yang menjadi asas perbentukan peribadi kami
sekeluarga. Dan ayah saya juga turut mempraktikkan budaya Arab melalui
sunnah Rasulullah SAW di dalam keluarga. Walaubagaimanapun ayah saya
bersikap tegas terhadap setiap kesalahan yang dilakukan terutamanya dalam
aspek mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. Contonya dalam soal
ibadah dan berpakaian mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan. Ayah
saya juga mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan Menurut Clifford Geertz
(The Religion of Jawa, 1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga
kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi.
Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sis
tem.
Kehidupan
mereka
diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam
menjalani
kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa.
Ketua
masyarakat
Jawa
ialah
Lurah
atau
Kiai.
Lurah
atau
kiai
merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Lazimnya pemilihan Lurah/ kiai
adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam
agama. Mungkin inilah sebab menjadikan ayah saya mempunyai kepimpinan
yang baik dalam keluarga.
Ayah saya juga mempunyai asas agama yang baik. Hal ini kerana
masyarakat
Jawa
bermazhabkan
Syafie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun
Islam.
Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi
seorang
Islam
yang
sempurna di sisi Allah SWT.
Mereka amat mementingkan aspek persaudaraan
selari
dengan
ajaran
agama Islam.
Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat
islam yang lain. Contohnya ketika di rumah ayah saya selalu membudayakan
amalan usaha
ziarah bersama kenalannya.
Menurut Norhissham (2012),
masyarakat
Jawa
masih
mengamalkan
semangat
kekeluargaan
dan kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarahmenziarahi secara beramairamai
atau dikenali
sebagai baraan masih diamalkan
terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan juga hari hari yang lain.

Hal ini menyebabkan orang kampung menghormati ayah saya. Ayah saya juga
tidak terlepas mengamalkan adat resam keturunan jawa ini bagi mengeratkan
silaturahim sesama saurara islam. Kesannya budaya amalan ziarah saya
terbawa-bawa di tempat belajar. Setiap hujung minggu saya bersama-sama
rakan-rakan akan menziarahi sahabat-sahabat yang beragama islam untuk
mengeratkan hubungan di antara kami atas maksud agama dan amalan ziarah
rumah ke rumah ini juga merupakan amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Oleh
itu amalan pembudayaan ini telah sedikit sebanyak menpengaruhi perbentukan
peribadi saya selaku seorang pelajar.
Ayah saya juga mempunyai sikap tegas, berpendirian tetap dan sentiasa
bersikap proaktif dalam menjalankan tugas walaubagaimanapun bertolak ansur
diutamakan. Dalam amalan seharian, ayah saya mempunyai sifat yang kalut
dalam menjalan tugas. Hal demikian kerana ia bertujuan memastikan apa yang
dirancang berjalan dengan lancar. Menurut Norhissam (2012) sifat kaum Jawa
lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat
penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk
badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi
penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Lelaki
kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Hal
ini saya kadang-kadang terbawa-bawa dalam budaya pembelajaran seringkali
saya kalut ketika menjalankan tugas yang diberi. Tetapi dengan adanya
kepelbagaian budaya di kelas seperti kaum cina, bumi putra sabah dan Sarawak
semuanya kian berubah. Akhirnya saya dapat mengatasi masalah tersebut dan
saling hormat menghormati dan bekerjasama dan toleransi antara satu dengan
lain secara berhikmah.
Seterusnya saya berbalik sejarah keturunan ibu saya iaitu melayu yeng
berketurunan siam. Sejarahnya bermula moyang saya yang berketurunan raja
siam berhijrah ke tanah melayu setelah memeluk agama islam. Ramai kaum
kerabat saya yang masih berada di Pattani dan Yala dan sehinga sekarang kami
masih berhubung mesra dengan baik. Pertembungan budaya ini menjadikan
saya lebih mengenal identiti bangsa yang perlu dijaga dan dipelihara. Menurut
kajian, pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan
dan sedikit di Pulau Pinang. Mereka kebanyakkannya beragama Islam dan
bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor
dimana orangorang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi
lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orangorang kampungnya berturur dalam
bahasa siam dan Melayu baku. Ketika nenek saya remaja semasa perang ke 2,
ramai kaum kerabat dari siam mula berhijrah ke tanah melayu iaitu ke kedah.
Disebabkan pengaruh penjajah, masyarakat pada waktu itu membudayakan
berkahwin muda diusia remaja.
Akhirnya nenek saya berkahwin dan dijodohkan dengan seorang lelaki
kedah di yang berketurunan Melayu. Hasil perkahwinan tersebut mereka
mendapat hadiah dari Allah swt seramai 10 cahaya mata. Di situlah mereka
membina sebuah keluarga yang bahagia. Sepanjang perkahwinan tersebut
pengaruh budaya siam tidaklah begitu besar. Pengaruh bangsa dalam budaya

siam sebahagiannya ada diperaktikkan dalam kehidupan seharian. Contohnya


ibu saya begitu gigih berusaha dalam setiap perkara yang dilakukan. Bagi
masyarakat
siam,
masyarakat
siam,
mereka
percaya
bahawa setiap individu harus bergantung pada diri sendiri dan tidak harus
bergantung pada orang lain.
Oleh sebab itulah, mereka berjaya dalam
kehidupan
perlu
bergantung
pada
diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Atas faktor tidak berharap
kepada orang lain, masyarakat pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian
seperti menanam padi dan pokok buah-buahan. Hampir sebahagian mereka
adalah golongan pertanian. Masyarat pada ketika itu, berharap dengan
sepenuhnya dengan alam sekitar. Bekalan air adalah bergantung kepada
tedahan air hujan manakala belakan api bergantung kepada penggunaan minyak
tanah. Bekalan air dan elektrik masih belum disediakan oleh pihak kerajaan.
Rata-rata masyarakat melayu pada ketika itu mengalami tahap kemiskinan iaitu
kurangnya sumber keperluan asas peperti air dan api. Walaubagaimanapun
hasil susah payah keluarga ibu saya mampu membesarkan keluarga yang besar
dan bahagia. Kesannya pembudayaan sikap ini telah membentuk diri saya
menjadi lebih gigih, tekun dan cekal. Hal ini kerana kami biasa dengan
kesusahan. Setiap kesusuhan ada kemudahan dan jalan penyelesaian. Itulah
yang membuatkan kami lebih kuat mengharungi liku-liku kehidupan.
Dalam masyarakat melayu siam mereka amat menitik beratkan kejiranan
dan menghormati tetamu. Hubungan masyarakat melayu dan masyarakat siam
seperti isi dan kuku. Masyarakat siam menganggap masyarakat melayu sebagai
keluarga mereka sendiri. Mungkin berbezaan dapat dilihat dari segi bahasa.
Contohnya air kopi nam kopi, masalah susah, datuk- tok wan, pelita- peta.
Penguaan bahasa masyarakat siam lebih lembut pertuturannya. Kesannya dalam
kehidupan seharian pembudayaan masyarakat melayu siam menjadikan saya
seorang pemalu dan mempunyai sikap sopan terhadap orang yang lebih tua.
Pertembungan dua budaya ini telah membentuk masyarakat yang lebih indah
budi pekertinya. Mereka saling tolong menolong antara satu dengan lain dan
sering mengamalkan amalan bergotong royang dalam setiap majlis yang
dijalankan. Contohnya majlis kanduri perkahwinan, tahlil arwah, uruskan jenazah,
dan lain-lain amalan yang berkaitan. Menurut Asma Hanim menerangkan
masyarakat siam selalu menghormati tetamu, amalan bergotong royong,
membasuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah dan tidak memakai kasut di
dalam rumah.
Kepelbagaian budaya melengkapkan lagi identiti bangsa dalam rumpun
melayu. Dalam masyarakat siam dan melayu mereka memakai kain pelekat dan
sarung dalam kehidupan seharian. Perkara yang sama juga diamalkan bagi
masyarakat Thailand dan Malaysia pada ketika itu. Bagi keluarga ibu saya
pengaruh budaya siam kurang diamalkan berbanding budaya melayu. Contonya
cara berpakaian, makanan dan permainan. Rata-tara masyarakat mengamalkan
budaya melayu yang telah diamalkan sejak zaman berzaman. Terdapat juga seni
persembahan yang terus terpelihara iaitu wayang kulit siam dan wayang pacak.
Media ini menjadi bahan hiburan masyarakat pada waktu tersebut. Secara
lansung memupuk sikap muhibbah antara penduduk kampung dapat dipupuk.

Selain itu persamanan permainan tradisional juga dapat dilihat dialam budaya ini
contohnya sepak raga, bola getah, gasing dan wau. Budaya ini memupuk
masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menggunakan masa
yang lapang dengan aktiviti yang berguna. Kesannya saya lebih aktif dalam
permainan dan bidang yang diceburi. Hal ini memberi pengalaman lansung
kepada saya untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang permainan.

You might also like