You are on page 1of 5

LAPORAN

PROGRAM BINA INSAN GURU V


LAWATAN PENANDA ARAS

TARIKH
18 MAC 2014

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN
PISMP AMBILAN JANUARI 2012
MAJOR RBT

1.0 BUTIRAM PROGRAM


a)
b)
c)
d)

Nama program
Penganjur
Tarikh
Tempat

: Program Bina Insan Guru V Lawatan Penanda Aras


: Guru pelatih major RBT ambilan Januari 2012
: 18 Mac 2014
: SK Seliau, Negeri Sembilan

2.0 PENGISIAN PROGRAM


Masa
07:30-7.45 pagi

Pengisian
Berkumpul di Dewan Serbaguna

7.45-8.30 pagi
08:30-10:00 pagi
10:00-10:30 pagi
10:30-12:00 petang
12.00-12.30
12.30-01.00
01:00 petang

Bertolak ke SK Seliau
Taklimat : Berkenaan sekolah
Sarapan pagi
Lawatan sekitar sekolah
Mengadakan aktiviti untuk murid-murid
Sesi fotografi
Bertolak balik ke kampus

3.0 LAPORAN PENGISIAN PROGRAM


07:30 pagi
Semua guru pelatih berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk
menaiki bas yang akan bergerak menuju ke SK Seliau

08.30 pagi
Lebih kurang jam 8.30

pagi, bas yang dinaiki oleh guru-guru pelatih telah tiba di SK Seliau.

Kedatangan semua guru pelatih telah disambut dengan baik oleh pihak sekolah.

08:30 pagi 10.00 pagi

TAKLIMAT 1
Lebih kurang jam 09:00 pagi, semua guru pelatih telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar
taklimat yang akan disampaikan oleh guru-guru yang berkenaan.
Taklimat 1 telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SK Seliau. Taklimat yang disampaikan
oleh beliau adalah berkenaan profil sekolah dan juga pencapaian-pencapaian yang telah dimenangi
oleh sekolah tersebut.

Dalam taklimat beliau, kami semua telah dimaklumkan bahawa SK Seliau merupakan salah
sebuah sekolah kluster kecemerlangan.

Sekolah ini merupakan sekolah gred B dan hanya

menjalankan 1 sesi sahaja, iaitu sesi pagi.


Oleh sebab sekolah ini telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah kluster, maka, sekolah ini
mempunyai kebitaraannya yang tersendiri. Perkara yang menarik mengenai kebitaraan sekolah ini
adalah sekolah ini mempunyai 2 kebitaraan yang berbeza bidang. Pertama, kebitaraan dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia (bersifat akademik) dan yang kedua ialah kebitaraan dalam sukan (bersifat
bukan akademik).
Antara prasarana yang terdapat di sekolah ini ialah pusat sumber, bilik tayang, bilik komputer
yang dibekalkan dengan chrome book, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik kesihatan, bilik KH, bilik
muzik, bilik seni, muzium mini dan bilik Bahan Bantu Belajar (BBB). Kesemua bilik ini telah dihias
dengan indah sekali sesuai dengan pengiktirafan yang telah diperoleh.
Banyak pencapaian yang telah dimenangi oleh sekolah ini. Antaranya ialah, sijil anugerah
pengurusan sekolah cemerlang dan sekolah cluster. Pencapaian-pencapaian yang telah diperoleh ini
jelas menunjukkan bahawa sekolah ini sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai salah sebuah
sekolah kluster di Negeri Sembilan.
Tidak dilupakan juga adalah program-program kecemerlangan akademik yang telah
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah tersebut. Antara
program-program kecemerlangan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah ialah program student
power, program gerak gempur, program kebitaraan BM, program cerdas minda dan program cerdik
minda
Sekolah Kebangsaan Seliau merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di
Seremban, Negeri Sembilan. Kecemerlangan telah dicapai hasil daripada kerjasama semua pihak
yang berada di sekolah tersebut. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru dimana pengurusan masa
yang dieruntukkan untuk berbakti kepada sekolah adalah lebih lama berbanding dengan sekolahsekolah biasa. Melalui taklimat yang diikuti, wajarlah sekolah ini dimartabatkan sebagai sekolah kluster
kerana pencapaian setiap individu dalam organisasi sekolah ini sangat membanggakan baik dari segi
kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum.
Sebelum taklimat berakhir, terdapat sesi soal jawab. Sesi ini penting bagi guru-guru pelatih bagi
menambahkan ilmu dan pengalaman untuk dibekalkan di sekolah apabila menjadi guru yang sebenar
kelak. Oleh itu, program bina insan guru kali ini banyak mengajar kami tentang struktur pengurusan
sekolah bagi memajukan anak bangsa Malaysia.

LAWATAN SEKITAR SEKOLAH

10:30 pagi
Lebih kurang jam 10.30 pagi, kesemua guru pelatih telah dibawa untuk melawat sekitar sekolah.
Antara kawasan yang dilawat ialah pusat sumber, bilik tayang, bilik komputer, bilik kaunseling, bilik KH,
dan muzium mini.
Mula-mula, kami melawat pusat sumber sekolah tersebut. Berdasarkan pengamatan kami,
perpustakaan sekolah ini berjaya menarik minat kami kerana susunan dan kemudahannya yang baik.
Bagi susun atur buku-bukunya pula sangat memudahkan murid-murid kerana pihak
perpustakaan telah mengasingkan buku-buku bagi murid tahap satu dan tahap dua. Oleh itu, muridmurid tidak perlu untuk mencari bahan bacaan yang sesuai dengan tahap mereka kerana kesemuanya
sudah tersedia di rak-rak dan di meja-meja perpustakaan. Pengurusan yang baik juga dapat dilihat
apabila guru-guru perpustakaan menyuruh kami mengisi buku pelawat sebagai bukti terdapat pelawat
yang datang ke sekolah tersebut.
Selain itu, terdapat juga sudut-sudut yang menarik seperti sudut ensiklopedia yang meletakkan
contoh-contoh jurnal dan ensiklopedia sebagai bahan bacaan tambahan murid-murid. Sudut ini sangat
bagus sebagai satu medium memperkenalkan kepada murid apakah yang dikatakan dengan
Berdasarkan lawatan kami ke perpustakaan sekolah ini, kami dapati bahawa perpustakaan
memainkan peranan yang penting dalam memberi maklumat dan informasi kepada murid secara
khusus ataupun tidak. Pengurusan yang baik juga amat penting dalam memastikan sesuatu sistem itu
dapat diurus dengan baik. Kami berharap agar kami dapat memberi sumbangan kepada sekolah yang
bakal kami duduki selepas tamat sesi pembelajaran di institut pendidikan guru.
Seterusnya, kami dibawa ke bengkel Kemahiran Hidup. Semasa di bawa masuk ke dalam
bengkel tersebut, keadaan bengkel kemahiran hidup yang begitu tersusun rapi, kemas, bersih dan
mempunyai banyak kelengkapan. Di setiap sudut bengkel tersebut disusun dengan kemas beberapa
peralatan pertukangan seperti pemutar skru, tukul, spanar, gergaji, paki dan bermacam - macam lagi.
Setiapnya dilabelkan dengan nama nama alatan dan dikelaskan mengikut jenisnya. Ada juga
terdapat meja pertukangan di dalam bengkel tersebut. Di atas setiap meja terdapat sebuah akuarium
kecil dan beberapa model ikan di dalamnya.. Di bengkel tersebut juga terdapat beberapa model
ciptaan kereta mainan, basikal dan beberapa alata permainan robot. Di bengkel ini kami telah
berpeluang melihat berbagai bagai jenis alatan Kemahiran Hidup yang mungkin kami tidak penah
lihat sebelum ini. Sebelum keluar dari bilik tersebut, kami berpeluang mengambil gambar suasana di
bengkel tersebut. Sesungguhnya, Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah tersebut begitu istimewa dari

segi kekemasan, susunan peralatan, dan maklumat penting berkaitan dengan Kemahiran Hidup yang
dipamerkan.
Akhirsekali kami melawat bilik muzium mini. Disini kami dapat melihat alat-alat permainan
tradisonal, pelamin, sejarah tokoh-tokoh tempatan dan sebagainya. Sebelum ini, saya tidak pernah
melihat bilik sepeti ini di mana-mana sekolah. Ini sekolah pertama yang mengadakan muzium mini.

12.00 petang
Pada pukul 12.00 petang, kami mengadakan aktiviti untuk murid-murid tahun 4. Aktiviti yang kami
jalankan adalah aktiviti origami. Pada akhir aktiviti ini, kami memberi sedikit cenderamata kepada
murid-murid tersebut.

12.30 petang
Sesi fotografi telah diadakan di hadapan bangunan sekolah bersama dengan pihak sekolah tersebut.

01:00 petang
Lebih kurang jam 1 petang, semua guru pelatih bertolak balik ke kampus.

You might also like