You are on page 1of 2

Tutorial Minggu 2

SCE 3106

Kuantiti Asas

Peralatan

Panjang

Pembaris meter, tolok skru mikrometer, angkup

Jisim

vernier
Neraca tiga palang, penimbang elektronik,

Suhu

neraca spring, neraca lengan gantung


Termometer

Arus

Ammeter

1.

2. (a) Termometer
Termometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu
ataupun perubahan suhu. Terdapat 4 skala dalam termometer, iaitu
skala Celcius, skala Fahrenheit, skala Reamur dan skala Kelvin. Antara
skala yang paling banyak digunakan dalam kehidupan adalah skala
Celcius.
Semasa memilih thermometer, pembahagian skala terkecil hendaklah
dikenalpasti dan berdasarkan suhu maksimum yang hendak dicapai.
Cara mengendalikan termometer dengan betul:
i) Sebelum suhu cecair diuji, cecair harus dikacau dengan rod
pengacau supaya suhunya menjadi seragam. Sebelum menguji suhu
cecair, thermometer juga harus digoncang supaya merkuri mengalir
kembali ke bebuli.
ii) Kemudian letakkan

termometer ke

dalam

cecair tersebut.

Memastikan seluruh bebuli termometer berada di dalam cecair.


iii) Semasa membaca bacaan, mata haruslah berada pada aras yang
sama dengan meniskus cecair untuk mengelakkan ralat paralaks.
Semasa mengendalikan termometer, kita harus memastikan agar
bebuli tidak menyentuh dasar bekas semasa pemanasan. Selain itu,
termometer juga dilarang untuk dijadikan sebagai pengacau dan tidak
meletakkan termometer dalam cecair yang suhunya melebihi had atas
termometer.
(b) Silinder Penyukat
Silinder penyukat merupakan alat untuk menyukat isipadu cecair.
Terdapat silinder penyukat yang saiznya berbeza. Ia merupakan penyukat
yang piawai. Oleh itu, radas tersebut akan menunjukkan bacaan yang

Tutorial Minggu 2

SCE 3106

sama tidak kira saiz penyukat yang digunakan semasa menyukat cecair.
Cara mengendalikan silinder penyukat adalah seperti berikut:
i) Cecair dituang ke dalam silinder penyukat.
ii) Silinder penyukat haruslah diletakkan di atas permukaan yang rata dan
semasa mengambil bacaan.
iii) Semasa mengambil bacaan, kita harus memastikan mata berada pada
aras lengkungan paling bawah (meniscus level). Bagi kebanyakan cecair,
meniscus level ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.
iv) Untuk memudahkan pembacaan, kita boleh meletakkan sekeping
kertas berwarna di belakang silinder penyukat.
(c) Pembaris meter
Pembaris meter merupakan sesuautu alat yang digunakan untuk
mengukur panjang sesuatu objek. Pembaris meter dibahagikan kepada
100 bahagian yang sama dikenali sebagai sentimeter (cm) dan setiap 1
cm dibahagi kepada 10 bahagian iaitu milimeter (mm). Milimeter adalah
skala terkecil bagi pembaris meter dan mempunyai kejituan sehingga 0.1
cm. Cara untuk membaca pembaris meter adalah seperti berikut:
i) Letakkan pembaris pada bahagian tepinya supaya skalanya berada
tegak di atas objek yang berukur.
ii) Semasa membuat ukuran, selaraskan hujung objek dengan sifar
pembaris.
iii) Semasa mengambil bacaan pembaris meter, mata haruslah berada
pada aras serenjangan dengan ukuran untukk mengelakkan ralat
paralaks.

You might also like