You are on page 1of 22

Perkembangan Kanak-Kanak,

Remaja dan Seni

Seni merupakan asas kepada perkembangan


individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat
meransang kepekaan deria kerana semua deria
merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk
menyatakan pendapat dan pengetahuan yang
mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak
yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut
digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu
seni membolehkan kanak-kanak menyertai
proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa
sebarang perbezaan.

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanakkanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,


menggunakan lagu untuk memperkenalkan
tajuk Lebah. Semasa kanak-kanak
menyanyikan lagu, mereka akan bergerak
mengikut irama seperti lebah sedang terbang.
Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar
lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap
tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama,
mereka membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya dan masyarakat
umum.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.


Kanak-Kanak
1. Keinginan untuk bergerak.

- Kanak-kanak suka mengambil


peluang
untuk bermain dan melibatkan
diri
dalam sebarang kegiatan fizikal

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf


- Kanak-kanak bukan sekadar ingin
berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan


sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat
- Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,
disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang
lain

4. Keinginan untuk bersaing


- Kanak-kanak suka bersaing untuk
memperlihatkan kemahiran dan
kekuatan fizikal dan setara dengan
rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai


sumber daya penarik.
- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal
dan membentuk penampilan diri atau
harga diri untuk menyesuaikan dirinya
dalam masyarakat.

6. Keinginan untuk meneroka


- Kanak-kanak gemar melibatkan diri
dalam sesuatu kegiatan yang luar
biasa tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.


- Kanak-kanak gemar mengalami
perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan


melalui pergerakan.
- Kanak-kanak gemar aktiviti yang
memberi peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.


- Kanak-kanak mempunyai keperluan dan
ingin mengembangkan kefahaman dan ingin
mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka
dapat meneroka, menyentuh dan merasai
pemikiran serta interaksi mereka dengan
persekitaran.

Bagaimana mereka menguruskan permainan

ini
Bagaimana menyembunyikan diri mereka
Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh
orang yang mencari
Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan

perkembangan diri mereka. Untuk mencipta


sesuatu yang baru, kanak-kanak akan
bergantung kepada pengalaman dan
kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan
bahan yang mereka gunakan.
Kefahaman yang baik tentang
perkembangan kanak-kanak dapat
membantu kita mengatur bahan-bahan
pembelajaran secara berperingkat dan juga
bersepadu supaya kanak-kanak boleh belajar
mengikut pengalaman lama

Fasa
Umur kanak-Kanak
Deria motor
0 hingga 2 tahun
Praoperasi
2 hingga 7 tahun
Operasi konkrit
7 hingga 12 tahun
Operasi formal
12 tahun ke atas

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih

berdasarkan interaksi mereka dengan alam


sekeliling melalui pancaindera masing-masing.
Kanak-kanak sedar akan kewujudan sesuatu
benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh
salah satu deria pancaindera.

Kanak-kanak mula memperoleh kebolehan

pengekalan iaitu kebolehan untuk menyimpan


imej-imej mental tentang sesuatu konsep
abstrak atau objek fizikal. Ini dapat dibuktikan
melalui kebolehan mereka berbahasa pada
peringkat ini.

Kebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh

pada peringkat ini. Contoh : kefahaman


tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola
tidak akan berubah beratnya walau pun
diubah bentuknya.
Kanak-kanak boleh mengcam melodi
sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan
tempo atau alat muzik yang berbeza.

Kanak-kanak dalam fasa ini dapat

menyelesaikan masalah dengan lebih baik,


iaitu mereka berkebolehan menggunakan
pelbagai strategi untuk menyelesaikan
masalah.
Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir
adalah lebih rumit kerana faktor-faktor emosi,
intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.

Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah

meneliti lukisan kanak-kanak mengikut


peringkat-peringkat perkembangan kanakkanak dan menerangkan bagaimana bahan
kamdungan subjek dan environmen belajar
dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untuk meransangkan
pengutaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental dan
seterusnya perkembangan menyeluruh kanakkanak.

Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi,

pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan


melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap
perkembangan kanak-kanak. Antaranya
ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek
yang konkrit dan isi kandungan yang ada
kaitan dengan kehidupan seharian di
peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif
diaktifkan, persepsi, kognisi dan
pembelajaran berlaku secara semulajadinya.

Cuba teliti bagaimana Pica R.(2000) menerangkan


peranan pergerakan dalam perkembangan kanakkanak dengan memberi contoh aktiviti pergerakan
di bilik darjah. Dalam bahagian empat bukunya
Experiences in Movement with Music, Activities
and Theory , Pica juga telah memberikan contoh
bagaimana pergerakan boleh diintegrasikan
menerusi kurikulum dalam mata pelajaran yang
tertentu seperti Sains, Matematik, Bahasa,Seni dan
Kajian Sosial.

You might also like