You are on page 1of 2

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

Kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh
setiap orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau
membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang
mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan
keinginan, manusia tidak akan bertindak.
Victor Lowenfeld turut mengariskan 3 proses kreativiti sebagai kefahaman masalah,
kelancaran idea dan proses kreativiti itu sendiri. Oleh sebab itu guru sebagai pendidik
dan pembimbing murid-murid perlu berperanan penting dalam usaha memupuk
kreativiti murid-murid kerana:
1.

Manusia lebih suka belajar dengan kaedah kreatif iaitu melalui kegiatan-kegiatan
kreatif dan berorientasikan penerokaan.

2.

Dapat meningkatkan proses kreativiti murid-murid bagi mempertingkatkan


kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah Negara

3.

Dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perkembangan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan pembentukan insan yang
seimbang daripada segi mosi, rohani, jasmani dan intelek.

4.

Dapat membentuk warganegara yang berilmu pengetahuan, mencapai kesejahteraan


diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

5.

Dapat mencapai matlamat pendidikan seni bagi membentuk warganegara yang


berbudaya, individu yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan seni dan peka kepada
estetika.

6.

Mampu mengamalkan pertimbangan seni dan kesempurnaan dalam urusan hidup dan
alam sekeliling. Menghargai dan bangga pada warisan seni dan budaya.

7.

Dapat melahirkan murid-murid yang berimaginasi, kreatif, berpengetahuan, peka pada


ciri estetika, memupuk nlai keindahan, keselesaan dan ketenteraman.

Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk. Oleh sebab itu
sekolah adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti
kanak-kanak, iaitu dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran ataupun keduaduanya sekali. Sekolah boleh memberi peluang mebantu murid-murid mencapai
penyempurnaan kendiri. Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori
perkembangan dan teori pembelajaran

You might also like