You are on page 1of 32

Konsep pengujian,

pentaksiran dan
penilaian
Disediakan oleh :
Nurul Syahida Aziz
Fadilah Mohd. Puad
Nur Syafrida Ibrahim

Pengujian

Konsep Pengujian
Proses penyerahan set soalan yang
standard yang perlu dijawab, atau satu
set instrumen atau satu proseduryang
sistematikbagi mengukur
sampeltingkah lakuatau perubahan
seseorang individu atau pelajar. (
http://ismailwasi06.blogdrive.com/archive/
6.html
)
Proses menguji sesuatu kemahiran bahasa

Satu teknik mendapatkan maklumat


tingkah laku seseorang individu.
(Ismail Abu Bakar et. al ,1985)

Konsep ujian
Satu alat yang sistematik bagi
menentukan prestasi atau peringkat
pencapaian seseorang murid dalam
sesuatu bidang.
Satu prosedur yang bersistem untuk
mengukur sebahagian daripada segala
aspek tingkah laku seseorang individu
Suatu alat yang bersistem bagi membuat
perbandingan prestasi atau tingkah laku
di antara dua atau beberapa individu

MenurutCronbach (1970), ujianialah satu


prosedur yang sistematikuntuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan menghuraikandengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Misalnya, 80/100 bagi ujian pencapaian bagi
sesuatu mata pelajaran.
Raminah Haji Sabran (1991): Ujian adalah suatu
cara untuk mendapatkan contohan
perlakuanyang diperlihatkan oleh muriddi
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanyaakan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan

Tujuan pengujian
Membantu murid-murid membina sikap positif
terhadap pengajaran guru
Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.
Laporan kepada penjaga murid
Guru dapatmengetahui sama ada pelajarpelajarnyatelah menguasai sebanyak mana
kemahiran yang telah dipelajari.
Untukmenapisdanmembuat klasifikasi pelajar
Mengenal pastimasalah dalampembelajaran

Proses pengujian

Jenis-jenis pengujian

Ujian pencapaian
Ujian kemajuan
kerap digunakan di dalam bilik
darjah

tujuan untuk mengukur dan


menilai, setakat manakah
pelajar-pelajar telah menguasai
bahan atau perkara-perkara
yang diajarkan di bawah satusatu tajuk tertentu

Ujian pencapaian
ebih rasmi dan bertujuan untuk
mengukur pencapaian secara lebih
menyeluruh, seperti ujian atau
peperiksaan akhir tahun dan
penggal sekolah

Kebanyakan ujian pencapaian


merupakan ujian umum seperti
UPSR

Ujian Kemahiran
untuk menentukan sejauh mana
kemahiran bahasa seseorang pelajar dan
bagaimana dia menggunakan kemahiran
ini untuk menghadapi sesuatu tugas
tertentu seperti pelajaran lain atau
bidang-bidang tertentu.
Misalnya, ada ujian lisan bahasa
Malaysia pada peringkat UPSR, dan ada
ujian untuk menguji kemahiran pelajar di
dalam pertuturan.

Ujian Bakat
Ujian yang dibentuk untuk mengukur
prestasi yang mungkin dicapai oleh
pelajar di dalam bahasa itu.
Adalah dianggapkan bahawa bukan
semua orang, khususnya bukan
Melayu, mempunyai bakat untuk
mempelajari bahasa Malaysia.

PENTAKSIRAN

DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal
daripada perkataan Latin yang membawa
maksud duduk bersama dengan pelajar
dan mengesahkan respon adalah
samadengan apa yang dimaksudkan.
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai
proses pengumpulan datadengan tujuan
untuk mengenal pasti dan mengesan
masalah pelajar serta untukmembuat
keputusan.
(Salvia danYseldyke, 1978)

Pentaksiran adalah proses


pengumpulandan penterjemahan secara
saintifik tentang sesuatu maklumat yang
luas berdasarkankeputusan intervensi
dan apabila bersesuaian keputusan
ditempatkan dan cadanganpenempatan.
(Gearheart, 1990)
Pentaksiran dari segi definisipula adalah
merupakan proses pengumpulan,
menterjemah, merekod,
danmenggunakan maklumat mengenai
respon pelajar kepada tugas pendidikan.
(David Lambert dan David Lines, 2000)

Pentaksiran dalambidang pendidikan


ialah dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yangmerangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan
menterjemahmaklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu.
(Lembaga PeperiksaanMalaysia,
2000)

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan:
i. Proses langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang dikehendaki.
ii. Maklumat bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu
perkara
yang ditaksir.
iii. Penghakiman proses pertimbangan tentang pencapaian
pendidikan pelajar.
iv. Produk pengetahuan, kemahiran & nilai yang pelajar peroleh
setelah melalui proses

TUJUAN/ KEGUNAAN
PENTAKSIRAN
Untuk membuat pengelasan bagi
pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.
BENTUK PENTAKSIRAN

Set ujian bertulis dengan markah dan gred.

CARA/ PROSES
PENTAKSIRAN
i) Proses pengujian
ii) Merekod
iii)Markah/gred
MASA PELAKSANAAN BAGI
PENTAKSIRAN

Selepas pembelajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
Mendapatkan gambaran prestasi
murid dalam P&P.
Menilai aktiviti yang dijalankan
semasa proses P&P.
Guru boleh memperbaiki proses P&P.

CIRI PENTAKSIRAN YANG


BAIK

Kekomprehensifan
Keobjektifan
Kebolehtadbiran
Kesahan skor
Kebolehpercayaan skor
Kemudahtafsiran

PENILAIAN

DEFINISI PENILAIAN
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan
penilaian sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan
bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan
digunakan untuk membuat pertimbangan
yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN


Satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
Satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan
penghuraian kualitatif.
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu
sesi pengajaran guru.
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran
spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

PRINSIP ASAS PENILAIAN


Guru harus menentukan :
i. Tujuan penilaian
ii.Bidang yang dinilai
iii.Calon yang dinilai
iv.Teknik yang hendak
digunakan( termasuk kesedaran
kekurangan dan kelemahan dalam
teknik)

KEPENTINGAN PENILAIAN
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau
pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajarpelajar dalam perkara yang hendak diajar.
Menolong guru-guru mengetahui sejauh
manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan temanteman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.

Menentukan pelajar yang tinggi


keupayaan dan juga yang amat lemah
dalam pencapaian mereka.
Membolehkan guru-guru menilai bahanbahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka. Melalui ujian dan penilaian
mereka sentiasa dapat meningkatkan
pengajaran mereka; dan
Membolehkan pelajar mengetahui
kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan
segera pula memperbaikinya.

JENIS PENILAIAN
1) Penilaian Formatif
2) Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh dapat memberi
maklum balas tentang sejauh mana
sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Dapat mengetahui tentang kelemahan
dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya.

Penilaian formatif diadakan dari


semasa ke semasa apabila guru
selesai mengajar sesuatu unit
pelajaran.
Keputusan penilaian tidak
digunakan untuk pemeringkatan
atau perbandingan di antara
seseorang murid dengan murid
yang lain.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan
penilaian pada akhir semester atau
tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang
membezakan pencapaian seorang
murid dengan murid lain
Seringkali digunakan untuk membuat
pemilihan/ pengredan.

SEKIAN..

You might also like