You are on page 1of 3

Nota BMM 3103- Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Pengujian merupakan suatu sistem untuk mengukur perubahan tingkah laku individu di mana menggunakan soalan yang
boleh dipercayai sebagai bahan ukur. Tujuan pengujian ialah untuk mengesahkan kemajuan, pencapaian, penguasaan
murid terhadap sesuatu bidang pelajaran. Pengujian juga merupakan penilaian atau pencapaian pada tahap eksplisit iaitu
perubahan tingkah laku yang myata di mana menjawab secara lisan atau bertulis. Peringkat pengujian ialah persediaan,
pelaksanaan dan pemeriksaan.

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.Pengukuran membawa definisi sebagai suatu
proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses
menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran
berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut.

Skala Pengukuran

Sifat

Jenis Data

Ujian yang Sesuai

Nisbah

Mempunyai ukuran
sela yang sama dan
mempunyai nilai
mutlak kosong serta
ada kaitan dengan
nisbah.

Parametrik

Ujian-t, analisis,
varians, korelasi
Pearson

Sela

Mempunyai ukuran
sela yang sama dan
mempunyai pangkat

Parametrik

Ujian-t, analisis,
varians, korelasi
Pearson

http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3103-konseppengujian.html

Ordinal

Mempunyai pangkat

Bukan parametrik

Spearman rho MannWhitney Wilcoxon

Nominal

Hanya pengelasan
dan kiraan.

Bukan parametrik

Khi-kuasa dua dan


sebagainya

Seterusnya ialah penilaian ialah proses pengumpulan maklumat dan membuat analisis selepas peperiksaan dan
pentaksiran untuk mendapatkan tindakan selanjutnya. Kepentingan penilaian ialah untuk mengetahui keupayaan sedia
ada murid dalam perkara yang hendak diajar. Daripada ujian tersebut guru dapat merancang dan merencanakan
pengajaran yang seterusnya. Di mana hasil ujian tersebut dapat memberi gambaran kepada guru tentang keupayaan
murid dan menolong guru mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.

Selain itu, penilaian juga membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan
pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal biasanya
diperolehi secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Tanpa
bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan
pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Proses penilaian pada umumnya ialah:
a) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan
b) Menentukan jenis responden/subjek
c) Pengumpulan data
d) Analisis data

Berikut adalah banding beza bagi pengujian, pengukuran dan penilaian.

PENGUKURAN

PENGUJIAN

PENILAIAN

Proses menghasilkan
kuantitatif
Dimensi objek fizikal
ditentukan

Prosedur sistematik
mengukur perubahan
bahagian tingkah laku
terhadap pembelajaran

Proses guru
menentukan
perubahan tingkah
laku dan membuat
penilaian.

Tindakan/keputusan
proses ukuran
Prosedur menentukan
bilangan objek atau
kejadian

Bagaimana sesuatu
berfungsi.
Ukur tahap
ilmu/kemahiran

Beri maklumat
pencapaian hasil
pembelajaran,
metodologi pengajaran
dan keberkesanan
kurikulum.

Membuat klasifikasi
untuk pencapaian
akademik.

Tunjuk tahap
pencapaian dalam
kemahiran atau
penguasaan.

Intepretasi penilaian
berdasarkan data
kuantitatif

Dilakukan selepas satu


tahap pembelajaran

Dilakukan selepas
beberapa siri
pengajaran.

Dilakukan sebelum,
semasa dan selepas
sesi pengajaran.

Proses tentukan
kedudukan murid
melalui
data kuatitatif.

Dijalankan dengan
kaedah pemerhatian
atau kertas ujian.

Dijalankan
berdasarkan
pembelajaran spesifik,
atau keseluruhan
kurikulum.

You might also like