You are on page 1of 5

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

Hasil anyaman pandan


Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang ditakungi air tawar
di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai
barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan
daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang
demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding
dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya
lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Memproses Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok.
Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian
seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak
daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri, sedangkan tanah di sekeliling
perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah jerlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas
hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu
hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya
ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu,
duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan seutas serat sabut yang
diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun
terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan
alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis
dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau
dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak
sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air
rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

daun pandan
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum
dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan
jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya
bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah,
hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperoleh. Warna merah daripada
pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan

celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah
dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan
yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu.
Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

ANYAMAN BULUH

ANYAMAN BULUH
Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan
kawasan tropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh
batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang,

buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.


Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail
atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan
batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman
buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh
betung, buluh minyak dan buluh gading.

Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraf tangan. Buluh yang dipilih
dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

Merendam
Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam
dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu
direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula,
buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau
masam.
Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh
dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh
lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian
kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraf tangan. Dalam pembuatan nyiru,
misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

TEMBAGA
Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh
manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai
bermula sejak zaman pra-sejarah. Menurut sejarah,
penggunaan tembaga dalam proses pembuatan
barangan seni telah dibawa masuk oleh masyarakat
Funan apabila berlaku kekacauan di negeri tersebut.
Menurut sejarah, teknik pembuatan barangan tembaga
secara tuangan berasal dari Funan pada zaman DongSon. Apabila berlaku kekacauan di negara tersebut,
satu penghijrahan telah berlaku. Masyarakat Funan dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu
membawa bersama kemahiran yang ada.
Seni kerja tangan tembaga masih giat dijalankan terutama di Terengganu. Teknik pembuatan
masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru diperkenalkan. Barangan yang
dihasilkan melalui teknik tuangan ini seperti tepak sireh, kaki lilin, tempat bara, pahar dan
sebagainya.

You might also like