You are on page 1of 2

Speech

Text
Chairman of Teacher and Staff Welfare (BKGS)
En. Amirul Rahimi b. Ahmad


The honourable retiree, Puan Siti Fauziah Chong bt. Abdullah.
The honourable Headmistress, Puan Hjh. Hasni bt. Haniff,
Senior Assistant of Administration, En. Sidan b. Harun,
Senior Assistant of Students Affair, Pn. Fatimah bt Mohamed Soid,
Senior Assistant of Co-Curriculum, Pn. Fatimah bt. Wahid,
Senior Assistant of Special Education, Tn. Hj. Wan Zolkipli b. Wan Ismail
teachers, and fellow students.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinnya kita dapat
berkumpul pada pagi yang indah ini untuk sama-sama meraikan persaraan seorang
tenaga pendidik di sekolah kita.

I feel honoured because this is my first official speech in this school. Sepanjang 10
bulan disini, ini kali pertama saya berucap secara rasmi. Terima kasih kepada pihak
BKGS dan warga sekolah kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai
Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staff pada tahun ini.

Untuk bercakap tentang Puan Siti Fauziah, saya bukanlah orang yang selayaknya.
Saya masih baru disini dan saya percaya lebih ramai lagi cikgu-cikgu yang lebih
mengenali beliau.

My first experience when I first stepped into this school, I saw her as a very fierce
and strict person. Seorang yang garang dan tegas. Itu first impression saya masa
awal masuk dulu. Bila dengar suara beliau bercakap dengan murid dalam bilik
guru, saya pun jadi takut. Kalau ada yang tak siap kerja tu, siaplah kalau kena
panggil.

Tapi anak-anak SK Alma sekalian, percayalah yang cikgu-cikgu disini semuanya nak
kamu berjaya. Itulah yang Teacher Siti Fauziah cuba usahakan. After few months,
saya rasa Pn. Siti mudah didekati. Walaupun ada ketika bila beliau bergurau
dengan saya, saya pun tak pasti sama ada nak gelak ka nak diam.

Deep from my heart, I think she is a wonderful teacher we ever had in SK Alma. We
should appreciate her contributions especially in upper primary. Saya
dimaklumkan bahawa sumbangan Pn. Siti Fauziah dalam peningkatan Bahasa
Inggeris terutama sekali untuk murid Tahap 2 sangatlah banyak. Saya harap kita
semua dapat contohi semangat beliau untuk memastikan kejayaan anak didik kita.

Puan Siti, you will be missed. Baru-baru ni, saya ada terdengar perbualan Cikgu
Sidan dan Puan Siti. Puan Siti kata nanti dah takda orang Cikgu Sidan nak bergaduh.
Saya pasti cikgu-cikgu lain pun akan merasai ketiadaan beliau di sini. Dari gelak
tawanya, gurauan mesra, tegas suaranya. Saya yang dalam Panitia Bahasa Inggeris
pun turut rasa kehilangan seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman.

Baiklah cukup setakat ini sahaja ucapan saya. Cikgu-cikgu kalau ada yang merindui
Pn. Siti Fauziah, bolah lah pergi rumah dia. Depan ni saja. Cuma jangan ambik MC
kategori 8 orang yang tak sakit tu sudah. Cari masa terluang ya cikgu. Boleh kot
kalau Puan Siti buat ketupat daun palas ka soto ka kan?

Thank you, Puan Siti, Thank you.

Youre just like a four-stalks flower, hard to find, but unique to have

To end my speech, I apologise if there is anything wrong came out from my mouth.
Now, I would like everyone to stand up, and give a big applause to our honourable
retiree, Puan Siti Fauziah Chong bt Abdullah.

Thank you.

You might also like