You are on page 1of 8

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

LAPORAN PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN BERSEPADU


UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014
PENGENALAN
Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktiviti pasukan badan
beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform SJK (Tamil)
Tanah Rata.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini,
kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian
akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan
yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan
diri dengan era globalisasi.
Disamping itu juga, melalui ceramah kesihatan yang bakal dijalankan ianya
sama sekali dapat membantu para pelajar ke arah kehidupan

yang lebih sihat

seterusnya mampu menjadi tunjang kepada kecermelangan negara.


Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami
dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta
perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan
setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata
pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

OBJEKTIF
a. Ahli-ahli

gabungan

badan

beruniform

dapat

mempelajari

asas-asas

perkhemahan dalam suasana sebenar.


b. Ahli-ahli gabungan beruniform juga dapat mengetahui dan menyedari bahaya
denggi dan kesan-kesannya.

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

c. Murid-murid dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan


jiran daripada jangkitan denggi.
d. Membentuk pelajar bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran
mereka dan bertindak dengan segera.
e. Ahli-ahli gabungan badan beruniform dapat berusaha untuk menunjukkan
kepandaian dan kebolehan sebagai pemimpin.
f. Membentuk insan yang cintakan keluarga, guru, masyarakat, sekolah dan
negara.

TARIKH PELAKSANAAN :

12.9.2014 HINGGA 13.9.2014

TEMPAT

SJK T TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS

KUMPULAN SASARAN

PELAJAR TAHUN 4,5 DAN 6

KEHADIRAN

36

INPUT / ATURCARA

HARI PERTAMA (12 .9. 2014)


Aktiviti perkhemahan bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada jam
2.30 hingga

3.00 petang. Seramai 36 orang murid termasuk guru menyertai

perkhemahan tersebut di bawah Badan Uniform Pengakap Sekolah. Murid yang


terlibat terdiri daripada 13 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Perkhemahan ini
dikendalikan oleh 10 orang guru yang diketuai oleh Puan Thavamalar Thevi. Aktiviti
Ice breaking, latihan kawad kaki, aktiviti membuat gajet, permainan tradisional telah

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

diadakan hingga pukul 6 petang. Sebelum pertandingan membuat gajet dimulakan,


guru pengakap memberikan taklimat dan syarat-syarat pertandingan.Peserta diminta
melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan yang sedia ada.Setiap kumpulan
peserta dibekalkan dengan beberapa bilah kayu dan tali untuk menghasilkan gadjet
mengikut kreativiti masing-masing. Semua pelajar telah mengambil bahagian secara
aktif dalam semua aktiviti yang diadakan. Dalam pertandingan tersebut peserta
dinilai dari segi kerjasama dalam kumpulan, kekemasan gadjet dan kesesuaian
fungsi gadjet. Selapas itu, Aktiviti kawad kaki diketuai oleh adik Rohan Roy . Aktiviti
ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Pada jam 6.30 petang hingga 7.00
malam, murid bersiap sedia untuk makan malam serta membersihkan diri dan
sembayang.
Tepat pukul 7.00 malam guru-guru dan ibu bapa membuat persiapan unggun api
manakala pelajar membuat persediaan untuk malam kebudayaan secara kumpulan.
Aktiviti camp fire telah dimulakan dengan lagu pengakap, dan diteruskan dengan
acara persembahan kebudayaan dan BBQ. Ibu bapa telah menyumbang masa
bersama guru-guru untuk menyediakan BBQ. Ini telah mengeratkan hubungan
antara sekolah dengan ibu bapa.
Pada 10.30 malam camp fire telah ditamatkan dan ibu bapa telah pulang ke
rumah. En.Yogesh bersama guru pengakap yang lain telah mengendalikan aktiviti
burung hantu. Dalam aktiviti ini, peserta ditutup mata dengan sehelai kain ,
kemudian ditempatkan secara berasingan di tempat-tempat tertentu . Murid
menyusuri jalan berhalangan seperti jalan berbukit dan kawasan berlongkang yang
bertujuan untuk menguji kekuatan mental dan daya tahan fizikal peserta-peserta.
Sepanjang melaksanakan aktiviti ini, terdapat peserta perkhemahan yang menjerit

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

ketakutan apabila ditinggalkan sendirian di dalam keadaan yang gelap. Pada pukul
12.10 malam pelajar diminta masuk ke dalam kelas untuk tidur.

HARI KEDUA
Aktiviti perkhemahan pada hari kedua bermula dengan aktiviti Pemeriksaan
Khemah. Pelajar telah memeriksa Khemah dan pelajar telah meruntuhkan khemah
sebagai persediaan tempat untuk aktiviti memasak.

Selepas itu semua peserta

perkhemahan berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera dan


aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik telah dikendalikan guru bertugas. Pelajar
telah mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ini walaupun tidak mengambil
sarapan pagi. Pelajar telah telah mengambil sarapan ringan iaitu, roti dan air mineral
disebabkan aktiviti kembara.
Tujuan aktiviti kembara diadakan adalah kerana untuk memberikan
pengalaman baharu kepada ahli pengakap sebagai batu loncatan untuk Berjaya.
Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti
perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap berdikari
dalam kalangan ahli Pengakap. Selepas sahaja aktiviti Kembara tamat pelajar diberi
makanan nasi lemak dan minuman. Pelajar dan guru mengambil rehat selama 30
minit sebelum memulakan aktiviti Uji Minda.
Selepas selesai aktiviti uji minda semua pelajar bersedia untuk aktiviti
memasak pelajar telah menunjukkan bakal memasak lauk, sayur, mengoreng ubi
dan sausage. Selain itu, guru besar bersama ibu bapa juga telah masak makanan
untuk pelajar. Pada pukul 1.00 petang pelajar makan makanan yang telah dimasak
bersama guru guru dan ibu bapa. Makanan yang dimasak oleh pelajar telah dirasai

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

oleh guru besar dan diberi markah. Pada pukul 2.00 ptg aktiviti penyampaian hadiah
telah diadakan dan pelajar telah diberi hadiah. Semua pelajar telah menerima
hadiah jam tangan sebagai tanda ingatan perkhemahan pengakap 2014. Pelajar
bersama guru telah membersihkan kawasan sebelum balik ke rumah.
Konklusinya,

matlamat

dan

objektif

perkhemahan

dapat

dicapai

daripada

pemerhatian dan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari perkhemahan ini di mana semangat
kerjasama dan silaturahim di antara peserta perkhemahan yang terjalin erat.

KOS/ SUMBER

Bil
1

Perkara

Butiran

Makan murid

Hari Pertama : 9.00 x 50 (murid + guru)

Jumlah
RM 900

Hari kedua : 9.00 x 50 (murid + guru)


2

Hadiah Pertandingan

RM 10 X 65( murid + guru)

Peralatan

RM 50.00

Kos Luar Jangka

RM 100.00

Lain lain

RM300.00
JUMLAH

RM 650

RM 2000

MENU MAKANAN DAN MINUMAN


Hari Pertama :

a) minum petang : roti (kaya, jam, planta) + air milo


b) Makan malam : Nasi goreng + ayam goreng + buahbuahan(tembikai) + air
c) minum malam : Bun + air milo

Hari kedua

: a) sarapan pagi

: 1) Roti + milo,
2) Nasi lemak + teh o

b) makan tengahari

: Nasi+ kariayam

c) minum petang

: Bun + air kotak

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

KEKUATAN

1. Displin dalam kawalan sehingga aktiviti berakhir.


2. Hadiah dan Sijil Penyertaan
3. Peralatan telah disediakan tepat pada masa oleh En.Yoges
KELEMAHAN
1.
2.
3.
4.

Penyediaan makanan perlu telah mengahadapi banyak masalah.


Hadiah tidak disediakan kepada pekerja-pekerja.
Aktiviti kembara perlu dalam keselamatan
Pelajar yang bermalam telah keciciran barang

CADANGAN

1. Makanan boleh ditempah di kedai berdekatan. Ini boleh menjimatkan masa


penyediaan makanan
2. Hadiah akan disediakan untuk semua staff dan pekerja kebun pada masa
akan datang.
3. Pada masa akan datang aktiviti kembara akan dibimbing oleh guru yang
berpengalaman
4. Barang barang akan disimpan di tempat yang selamat dan pelajar dilarang
membawa barang yang berharga.

.........................................
(
AJK Dokumentasi,
Perkhemahan Unit Beruniform
SJK (Tamil) Tanah Rata

Disahkan Oleh,

.............................................
(
)
Guru Besar
SJK (Tamil) Tanah Rata

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

...............................................
(
)
GPK Kokurikulum
SJK (Tamil) Tanah Rata

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

LAMPIRAN

Guru Besar bersama seorang ibu menyediakan makanan tengah hari

Pelajar pelajar makan makanan tengah hari yang dimasak oleh mereka

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2014

PENYAMPAIAN HADIAH

PENYAMPAIAN SIJIL
KEPADA PELAJAR

SJK T TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS

You might also like