Draf Minit Mesyuarat 2 2014 SPSK

You might also like

You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN YARL


58200 KUALA LUMPUR

DRAF MINIT MESYUARAT PANITIA MPV-MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK


BIL 2 / TAHUN 2014

Tarikh

: 24.04.2014 ( KHAMIS )

Masa

: 2.00 Petang

Tempat

: Bilik GKMP

Pengerusi

: Pn Fazirah Binti Abdul Wahab

Nama yang hadir :

1) Pn. Fazirah Binti Abdul Wahab (Penyelaras MPV)

Hadir Bersama

1) Pn. Keong Man Huai (Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum)

2) Pn.Sim Meng Li (Guru Kanan Teknik dan Vokasional)


1

PERUTUSAN PENGERUSI
Pn. Fazirah mengalu-alukan kehadiran Pn Keong Man Huai dan Pn.Sim Meng Li ke
mesyuarat kali kedua panitia mpv tahun 2014.
Tindakan: Makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA MPV KALI PERTAMA


Minit mesyuarat panitia kali pertama tahun 2014 disahkan sebulat suara tanpa sebarang
pindaan.
Tindakan: Makluman

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran harian.
Pn Fazirah memaklumkan bahawa sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan
rancangan pelajaran harian akan mengikut format sedia ada. Untuk rancangan pelajaran
tahunan tingkatan lima beliau akan gabungkan modul 8 kendalian peralatan elektrik
berasaskan motor dan modul 9penyelenggaraan dan membaikpulih.Keadaan ini akan
memudahkan tujuan pengajaran.Manakala rancangan pelajaran tahunan untuk tingkatan 4
beliau akan menggunakan format lama mengikut modul tingkatan 4.
Tindakan : Penyelaras MPV

3.2 Headcount
Pn Fazirah memaklumkan headcount akan disediakan oleh beliau.Beliau memaklumkan
bahawa pelajar tingkatan 5 tahun 2014 ialah pelajar yang mempunyai kualiti.Pn Sim Meng
Li mengingatkan bahawa headcount akan disediakan selepas keputusan SPM 2013
diumumkan.
Tindakan : Penyelaras MPV
4.0

PERBENTANGAN LAPORAN
4.1 Post Morterm SPM Tahun 2013 dan Program Peningkatan SPM Tahun 2014.
Pn Fazirah memaklumkan bahawa keputusan SPM Tahun 2013 menunjukkan 100 peratus
lulus manakala GPMP menurun sedikit sebanyak 0.20.Walaupun keputusan menunjukkan
penurunan namun beliau masih bersyukur kerana mata pelajaran MPV menunjukkan GPMP
yang paling rendah di dalam SPM tahun 2013 iaitu 3.58.Beliau juga berterima kasih dengan
pelajar-pelajar tahun tersebut kerana walaupun mereka lemah sedikit tetapi seramai 2 orang
pelajar mendapat A dan 3 orang pelajar mendapat A-.
Tindakan : Makluman
4.2 Program Peningkatan SPM Tahun 2014
Pn Fazirah memaklumkan bahawa tahun ini merupakan pelajar yang mempunyai
kualiti.seramai 28 orang yang akan menduduki SPM untuk subjek MPED.Pn Fazirah
mencadangkan aktiviti tahun ini ialah Program Mencari A, Bengkel Teknik Menjawab
Soalan SPM oleh bekas pemeriksa kertas dan Lawatan ke Germany Malaysian Institute
(GMI).
Tindakan : Penyelaras MPV
4.3 Headcount
Pn Fazirah memaklumkan headcount akan disediakan oleh beliau.Beliau memaklumkan
bahawa pelajar tingkatan 5 tahun 2014 ialah pelajar yang mempunyai kualiti.Pn Fazirah
juga memaklumkan GPMP tahun ini untuk ETR mungkin meningkat sedikit.
Tindakan : Penyelaras MPV
4.4 Minggu Akademik
Pn Fazirah memaklumkan bahawa panitia teknik dan vokasional akan merancang minggu
akademik yang akan diadakan pada 28 April 2014 hingga 5 Mei 2014.Aktiviti yang akan
dijalankan ialah jualan dan pameran robot.Segala aktiviti akan disusuli dengan kertas kerja.
Tindakan : Makluman
4.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pn Fazirah memaklumkan bahawa PBS akan diteruskan seperti tahun-tahun lepas.
Tindakan : Makluman
4.6 Pelan Taktikal 2014
Pn Fazirah memaklumkan bahawa pelan taktikal akan disediakan berdasarkan headcount
dan rancangan aktiviti panitia.
Tindakan : Makluman
4.7 Belanjawan tahun 2014
Pn Fazirah memaklumkan bahawa bahawa anggaran PCG panitia MPV tahun ini sebanyak
RM 12,540.00.00 berdasarkan enrolmen pelajar bulan Oktober 2013 . Anggaran
2

perbelanjaan 2014 akan dibuat berdasarkan PCG ini. Pn Fazirah memaklumkan bahawa
kebanyakan duit PCG digunakan untuk membeli bahan projek pelajar dan penyenggaraan
bengkel.
Tindakan : Makluman
5.0

HAL-HAL LAIN
Tiada.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.


Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_______________________
Pn Fazirah Binti Abdul Wahab
(Penyelaras MPV)

________________________
Pn.Sim Meng Li
(GKMP Teknik & Vokasional)

TARIKH : 28.04.2014

You might also like