You are on page 1of 15

Kurikulum

Standard Sekolah
Rendah
(KSSR)

Transformasi Kurikulum
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak
daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B.
Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha
penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara
terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta
akan datang. Sehubungan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu
kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk
melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan


penyusunan
semula
dan
penambahbaikan
kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan
transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi
cabaran
abad
ke-21.
Fokus
transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah
kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.

Dalam
proses
transformasi
kurikulum
persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan
negara
maju
bagi
memastikan
kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan
setanding dengan pendidikan global. Di samping
itu, KPM turut mendapatkan input daripada
pelbagai
pihak
berkepentingan
seperti
Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik
dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input
tersebut maka konsep kurikulum persekolahan
rendah berasaskan standard dibangunkan.

Hasrat KSSR
Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
dan
Dasar
Pendidikan
Kebangsaan.
KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.
KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to
know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar
untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar
untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asasasas berikut:

Prinsip KSSR

Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua
murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Tunjang KSSR

1. Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses
menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan
bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus
kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka
dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan
bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab,
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa
Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan


Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi
penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang
membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk
melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

3. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang
Kemanusiaan
memberi
penekanan
kepada
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin
ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah
Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

4. Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan


kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Murid
diberi
peluang
menyepadukan
pengetahuan,
kemahiran
dan
nilai
yang
dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya
dalam kegiatan kokurikulum.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum


seperti persatuan, badan beruniform dan sukan
memberi peluang kepada murid meningkatkan
potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi


Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada
penguasaan:
i. Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
ii. Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
iii. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
iv. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan
kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan
nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi
Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid bukan Islam.

Fokus KSSR

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum
diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

You might also like