You are on page 1of 26

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2 , KUNAK
TAHUN 2013
01.

PENGENALAN

Gerak kerja Kokurikulum merupakan gerak kerja pendidikan yang dijalankan di dalam
dan di luar bilik darjah, berasaskan dan lanjutan daripada pembelajaran di bilik darjah. Ia
bertujuan menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan
pelajar di samping bertujuan untuk memberikan pengukuhan dan pengayaan dalam
pembelajaran. Oleh kerana gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan, maka semua murid perlu
melibatkan diri.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, semua pihak perlu berganding
bahu dan bermuafakat dalam merancang serta melaksanakan program-program berbentuk
pembangunan diri pelajar. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum SK Kunak 2,
Kunak mengorak selangkah ke hadapan lagi dalam membantu pembangunan diri pelajar
dengan merancang pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Kunak 2,
Kunak Tahun 2013. Program ini dirancang sebegini rupa sebagai alternatif dan satu hala
tuju kepada terbentuknya visi dan misi semua persatuan uniform sekolah yang terdiri
daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan
Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah bagi menyumbang ke arah pembentukan insan
yang lengkap dan sempurna dari segi JERI individu itu sendiri.

02.

RASIONAL

Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (intelek)


dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Justeru itu, semua murid boleh dididik

dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan-rakan. Murid-murid mempunyai minat dan
bakat yang boleh dimajukan. Oleh itu, warga pendidik bertanggungjawab melahirkan
murid-murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh
memainkan peranan dalam mendidik murid-murid.

03.

OBJEKTIF

Objektif perkhemahan yang dianjurkan adalah seperti berikut :


3.1-

Memberi

pendedahan

dan

pengetahuan

tentang

perkhemahan

serta

memperkembangkan keperibadian individu melalui pendekatan ilmu ikhtiar hidup


supaya murid-murid dapat dan boleh berdikari sendiri.
3.2-

Meningkatkan kemahiran kepimpinan, berketerampilan, pengurusan diri, disiplin


diri, keyakinan, tahan lasak dan ketahanan mental dan fizikal tanpa
membelakangkan

peranan

dan

tanggungjawab

terhadap

diri,

keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara.


3.3-

Membina keyakinan diri pelajar dengan menggalakkan mereka bergerak cergas


dan berkreatif ke arah membina dan memiliki konsep kendiri yang positif.

3.4-

Mempelajari dan menghormati etos dan budaya sekolah.

3.5-

Menjalinkan keutuhan dan keakraban silaturrahim di kalangan peserta tanpa


mengambil kira latar belakang keturunan, budaya, kepercayaan agama dan anutan
serta sosioekonomi.

3.6-

Memperbaiki dan memantapkan lagi kesuburan jasmani, emosi, rohani dan


intelek individu.

04.

KUMPULAN SASARAN

Program perkhemahan ini dicadangkan kepada ahli-ahli dalam unit-unit Kokurikulum


iaitu Unit Beruniform dari tahun 4 hingga tahun 6 yang melibatkan peserta seramai 120
orang. Berikut dinyatakan pecahan peserta mengikut persatuan uniform :

BIL

PERSATUAN UNIFORM

01
02
03
04
05

PENGAKAP
PUTERI ISLAM
TKRS
PBSM
JUMLAH

05.

BILANGAN PESERTA
LELAKI
PEREMPUAN
15
15
30
10
15
10
10
45
75

JUMLAH
30
30
25
20
105

TARIKH PELAKSANAAN

Perkhemahan ini dicadang akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :


5.1-

Tarikh

: 01 hingga 03 November 2013

5.2-

Hari

: Jumaat hingga Ahad

5.3-

Tempat: Perkarangan Sekolah Kebangsaan Kunak 2, Kunak.

06.

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Penasihat

: Puan Ummai Salamah bt. Hj. Abdul Karim

Pengerusi

: En. Ahmadidin b. Rosidin

Tim. Pengerusi

: Pn. Asiah @ Rohana bt. Sandamuddin

N. Pengerusi I

: En. Roslan b. Mohd Isa

N. Pengerusi II

: En. Yusof b. Lemon

N. Pengerusi III

: En. Refen b. Hj. Lyta

Penyelaras

: Pn. Norainah bt. Arif

Setiausaha

: En. Dzulhisyam b. Abdullah

Bendahari

: En. Borhan b. Roslin

07.

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN

Kem Komanden

: 1- En. Yusuf b. Lemon


2- En. Refen b. Hj. Lyta
3- En. Clarence Sitan

Urusetia Pendaftaran

: 1- Pn. Subina bt. Hapit


2- Cik Sheena Sherry Avellinus Gom
3- Pn. Hafsah bt. Baharuddin
4- Cik Azeyana bt. Ahmat Brahim

Tapak Perkhemahan

: 1- En. Martang b. Nurdinjaya


2- En. Awal b. Katek
3- En. Abd. Razak b. Suhaili

Logistik / Peralatan

: 1- En. Kius b. Lohok


2- Hj. Abdul Zah b. Suak
3- En. Borhan b. Roslin

Makan / Minum
( Quartermaster )

: 1- Pn. Jamnah bt. Atik


2- Pn. Norainah bt. Arif
3- Pn. St. Rahmah bt. Tajudin
4- Pn. Siti Huridah bt. Hamad Ali
5- Pn. Hayati bt. Saidah
6- Pn. Nirwana bt. Bedu
7- Cik Nor Aziah bt. Draman
8- Pn. Sainaba bt. Muhtar
9- Pn. Mariah bt. Barompong
10- Cik Aidawati bt. Pancho
11- Pn. Fauziah bt. Nujum
12- Pn. Norimeh bt. Idris

Buku Program

: 1- Pn. Dayang Maznah bt. Zainuddin


2- Cik Nor Aziah bt. Draman

3- Pn. Nirwana bt. Bedu


Publisiti

: 1- En. Herman b. Ambotang


2- En. Abdul Razak b. Suhaili

P.A System

: 1- En. Clarence Sitan


2- En. Rizal Iswandi
3- En. Rudy b. Abd Hadi

Keselamatan / Kebersihan

: 1- En. Hj. Abdul Zah b. Suak


2- En. Abdul Razak b. Suhaili
3- Pekerja Pembersihan/ Security

Kebajikan / Kecemasan

: 1- En. Yusof b. Lemon


2- En. Martang b. Nurdinjaya
3- Pn. Sabturiah bt. Abbas

Kerohanian

: 1- En. Dzulhisyam b. Abdullah


2- En. Andi
3- En. Mohd Azlan b. Gonnong
4- Pn. Hafsah bt. Baharuddin

Malam Kebudayaan

: 1- Pn. Hayati bt. Saidah


2- Pn. Hjh. Salbiah bt. Osman
3- Cik Cynthia Cindy James

Sentri Malam

: 1- En. Refen b. Hj. Lyta


2- En. Awal b. Katek
3- Security

Moderator

: 1- En. Herman b. Ambotang


2- Cik Sheena Sherry Avellinus Gom

3- Pn. Azeyana bt. Ahmat Brahim


4- Pn. Dayang Maznah bt. Zainuddin
Hadiah/Sijil

: 1- Pn. Asiah @ Rohana bt. Sandamuddin


2- Pn. Sainaba bt. Muhtar
3- Pn. Fauziah bt. Nujum
4- Pn. Normeh bt. Idris

Dokumentasi

: 1- En. Abdul Razak b. Suhaili


2- En. Herman b. Ambotang
3- Cik Cynthia Cindy James

Pertandingan

: 1- En Roslan b. Mohd Isa


2- Pn Hjh. Salbiah bt. Hj. Osman
3- En Kius Lohok
4- Pn. Hayati bt. Saidah

08.

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.

PERKARA

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.

Makan & minum


Banner
Sijil penghargaan/penyertaan
Hadiah
Ubat-ubatan
Peralatan
Luar Jangka

08.

JUMLAH

09.

SUMBER KEWANGAN

KUANTITI x KOS
120 orang X RM 15.00
1 set
150 keping x RM 2.00
10 hamper x RM 50.00
1 set

JUMLAH
RM 1800.00
RM 200.00
RM 300.00
RM 500.00
RM 100.00
RM 300.00
RM 200.00
RM 3400.00

SUMBER
KEWANGAN
-Sukan & Ko
kurikulum
-Sumbangan

Pihak penganjur memohon kerjasama dan sumbangan daripada beberapa pihak bagi
menjayakan dan memenuhi tujuan perlaksanaan program perkhemahan ini. Berikut
adalah saluran alternatif untuk mendapatkan dana :
9.1-

Pihak Sekolah

9.2-

PIBG

9.3-

Kontraktor pembersihan/security

9.4-

Pihak ibubapa

9.5-

Orang perseorangan

9.6-

YB

10.

PENGISIAN

10.1- Pengenalan dan sejarah (mengikut unit)


10.2- Adat istiadat
10.3- Persetiaan dan Undang-undang
10.4- Asas Perkhemahan
10.5- Kenegaraan
10.6- Perbarisan dan Kawad kaki
10.7- Simpulan dan Ikatan
10.8- Pertolongan Cemas dan Keselamatan
10.9- Lagu dan Nyanyian
10.10- Kembara
11.

AGIHAN KUMPULAN

Sebanyak 8 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan akan diberi nama dengan nama
haiwan-haiwan tertentu. Setiap kumpulan akan dibantu pula oleh guru-guru penasihat
persatuan masing-masing. Nama-nama kumpulan yang akan dibentuk ialah :
BIL
01

NAMA
KUMPULAN
Serigala

UNIT
Pengakap

BIL AHLI
15 orang

GURU PENASIHAT
1-Dzulhisyam Abdullah
2-Azeyana Ahmat Brahim

02

Gajah

Pengakap

15 orang

1-Clarence Xavier
2-Hjh. Salbiah Osman

03

Zirafah

PPIM

15 orang

1-Noraziah Draman
2-St Rahmah Tajudin

04

Unta

PPIM

15 orang

1-Sitti Huridah Hamad Ali


2-Sainaba Muhtar

05

Beruang

TKRS

15 orang

1-Herman Ambotang
2-Ahmadidin Rosidin

06

Singa

TKRS

15 orang

1-Abdul Razak Suhaili


2-Hayati Saidah

07

Harimau

PBSM

15 orang

1-Sheena Sherry Avellinus Gom


2-Martang Nurdinjaya

08

Seladang

PBSM

15 orang

1-Kius Lohok
2-Jamnah Atik

150 orang

16 orang

09

JUMLAH

12.

TENTATIF PROGRAM

HARI
MASA

JUMAAT

SABTU

AHAD

4.00 pagi

Bangun Pagi / Pengurusan Diri

5.00 pagi

Solat Subuh / Kuliah Subuh

6.30 pagi

Senam Pagi

7.30 pagi

Pengurusan Diri / Sarapan Pagi

8.30 pagi

Pemeriksaan pagi

9.30 pagi

Aktiviti Perkhemahan

10.30 pagi

( Gadget / Ikatan / Pertolongan Cemas )


Jejak Kembara

11.30 pagi
12.00 t/hari

Pengurusan Diri / Makan Tengahari / Solat zohor

2.00 petang

Pendaftaran Peserta

3.00 petang

Taklimat dan
mendirikan khemah

4.00 petang

Lagu dan Nyanyian

Rumusan
Perbarisan dan Kawad kaki

Latihan Kebudayaan/flying fox

MAJLIS PENUTUPAN
MEMBERSIHKAN TAPAK
PERKHEMAHAN DAN BERSURAI

5.00 petang
5.30 petang

8.00 malam

Istiadat menaikkan
bendera perkhemahan
Pengurusan Diri / Makan malam / Solat

11.00 malam

SEHINGGA BERJUMPA LAGI !

Asas
Perkhemahan/Persetiaan
dan Undangundang/Kenegaraan

9.00 malam
9.15 malam

SYABAH DAN TAHNIAH !

Malam kebudayaan

SEPAKAT
BERJAYA

Minum malam
Ilmu Ikhtiar Hidup

Malam Kebudayaan

SELAMAT MALAM

10

13.

PENILAIAN

Perkhemahan ini akan dinilai keberkesanannya melalui beberapa metadologi iaitu :


a. Pemerhatian dan pemantauan sepanjang perkhemahan
b. Pernyataan secara lisan oleh peserta
c. Pernyataan lisan oleh fasilitator / moderator
d. Pernyataan bertulis oleh peserta

14.

PENUTUP

Program perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti yang menekankan kepada pengajaran
dan pendidikan yang berterusan dalam usaha merealisasikan harapan yang termaktub di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menjadi harapan dan impian Unit Kokurikulum
Sk Kunak 2, Kunak serta warga sekolah semoga dengan usaha yang dilakukan ini akan
dapat memberikan pelbagai kemahiran kepada peserta agar dapat menyesuaikan diri
dengan dunia yang penuh dengan cabaran. Di samping itu, diharapkan aktiviti sebegini
mampu melatih generasi muda khususnya supaya menjadi rakyat yang baik, hidup
berdisiplin dan berbakti secara luhur kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara. Segala sokongan, keprihatinan dan kerjasama semua pihak yang menjayakan
program ini amat dialu-alukan dan semoga di masa akan datang program sebegini
mendapat sokongan serta kerjasama yang lebih padu ke arah meningkatkan jati diri dan
konsep kendiri para peserta perkhemahan. Diharapkan juga, para peserta perkhemahan ini
akan menjadi role model kepada murid-murid yang lain. Segala kemahiran dan dapatan
yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini juga diharap boleh membantu dan
menyumbang ke arah pembentukan jati dan waja diri yang padu dan kukuh tanpa
membelakangkan

aspek-aspek

dan

nilai-nilai

seorang

warga

generasi

yang

bertanggungjawab untuk kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan agama, bangsa


dan negara.

11

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

(DZULHISYAM B. ABDULLAH )

( ROHANAH BT. SANDAMUDDIN )

Setiusaha KoKurikulum

Pen. Kanan Kokurikulum,

SK Kunak 2, Kunak.

SK Kunak 2, Kunak.

Disahkan oleh,

( AHMADIDIN B. ROSIDIN )
Guru Besar,
SK Kunak 2, Kunak
ULASAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12

LAMPIRAN / SENARAI SEMAK :


BIL
01
02
03

04
05

06
07
08

PERKARA

TINDAKAN

Senarai barangan keperluan peserta


Kebenaran Ibubapa / Penjaga
Surat pemberitahuan perkhemahan :
* PPD Kunak
* Pihak Bomba
* Pihak Hospital
* Pihak Polis
* Sabah Elektrical
* Jabatan air
* Ibu bapa

-Setiausaha
-Setiausaha
-Setiausaha

Surat jemputan sebagai perasmi :


* PPD- Unit Ko Kurikulum

-Setiausaha

Surat permohonan sumbangan :


* Ibubapa
* Kontraktor sekolah
* PIBG
* Orang perseorangan
* YB

-Setiausaha

Surat jemputan sebagai fasilitator


Borang pemeriksaan pagi
Peralatan perkhemahan :
- Khemah
- Dapur gas
- Tong gas
- Pinggan/Gelas
- Buluh
- Beleran

-Setiausaha
-Setiausaha
-En. Kius Lohok

Bahan makanan :
- Biskut
- Ikan /Ayam
- Sayuran
- Roti

- Pn. Huridah

Barang- barang lain :

-En. Kius Lohok

CATATAN
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
- 10 buah
- 2 buah
- 2 tong
- Untuk guru dan fasilitator

- 4 tin besar
-

13

- Pencuci
- Parang
- Pisau
- Tukul

09

10
11
12
13

Keperluan lain :
- Sijil (Penyertaan/Penghargaan)
- Hamper
- Bendera
- Bendera perkhemahan
- Bena/Backdrop
- Fail
- Saguhati fasilitator
Buku Log
Ubat-ubatan
Refill
Bateri

-Pn. Rohanah
-Pn. Hjh. Salbiah
-Setiausaha
-Setiausaha
-En. Arman Saini

Murid-murid

14

- 200 keping (2 rim)


- 10 set
- 4 set
- 1 set
- 1+1

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SK KUNAK 2, KUNAK 2013
BARANG KEPERLUAN INDIVIDU YANG PERLU DIBAWA
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

BAHAN MAKANAN
Beras
Gula
Minyak masak
Telur
Sardin
Mee kuning
Mee hoon
Bawang merah
Bawang besar
Kicap
Garam

QUANTITI
1 kg
1 cawan
1 cawan
3 biji
2 tin kecil
1 bungkus kecil
1 bungkus
5 biji
1 biji

CATATAN

PAKAIAN
Uniform
Pakaian sukan
Tuala
Selimut
Kasut
Selipar
Pakaian mandi
Pakaian sembahyang
Pakaian harian

QUANTITI
1/2 pasang
2 pasang
1
1
1 pasang
1 pasang
1
1/2 pasang
3 pasang

CATATAN

ALATAN
Gelas
Pinggan/sudu
Lampu suluh
Baldi
Gayung
Sabun
Berus gigi
Ubat gigi
Air mineral botol besar
Tali rapia
Tali ikatan
Wisel

QUANTITI
1
1
1
1
1
1
1
1
3 botol
1 bungkus kecil
1(1 meter panjang)

CATATAN

- 1 botol untuk 1 kumpulan


- 1 bungkus kecil untuk 1 kumpulan

15

:.

BIL

PERKARA

MARKAH
/
KUMPULAN

JUMLAH

TEMPAT

BONUS

:.

KAWAD ASAS

MASA

KEBERSIHAN

:.

GEJET

HARI

UNIFORM

:.

TATA ATUR

TARIKH

15

15

20

20

25

100

KEDUDUKAN

BORANG PEMERIKSAAN PAGI

CATATAN

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10

T/TGN / NAMA PEMERIKSA :

DISAHKAN OLEH :

KEM KOMANDEN / PENYELARAS

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


PETI SURAT 12,
91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

16

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA / WARIS PELAJAR


MENYERTAI AKTIVITI SEKOLAH
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA*
1. Saya__________________________________(Ibubapa / Penjaga) dengan sukacitanya
dan kemahuan saya sendiri bersetuju untuk membenarkan / tidak membenarkan anak /
anak jagaan saya yang bernama ___________________________________________dari
Tahun__________________menyertai aktiviti tersebut di bawah :
Nama Aktiviti :
Tarikh
:
Tempat
:
Masa
:

Perkhemahan Unit Beruniform 2013


01 hingga 03 November 2013
SK Kunak 2
Rujuk tentatf

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut di
jalankan.
3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa
perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak / anak jagaan saya sebelum tarikh kegiatan
berkenaan. Saya juga akan memastikan bahawa anak / anak jagaan saya faham bahawa
setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah hendaklah dipatuhi bagi
memastikan keselamatannya.
4. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa
pertolongan cemas ke atas anak / anak jagaan saya jika didapati perlu. Saya juga faham
dan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya berlaku apa-apa kejadian dan
kemalangan yang mendatangkan kecederaan kepada anak / anak jagaan saya. Saya juga
akur dan yakin pihak penganjur akan berusaha bertungkus lumus dan bersungguhsungguh untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sekian, terima kasih.
__________________________
[Tandatangan ibu bapa / penjaga]
Nama penuh :.
No. I/C
:.............
Tarikh
:.
Alamat
:.
..
No. Tel:.............................

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


PETI SURAT 12,
17

91207 KUNAK, SABAH.


e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Ketua Balai,
Balai Polis Kunak
Tuan,
PEMBERITAHUAN
SEKOLAH 2013

PROGRAM

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

Perkara di atas adalah dirujuk,


02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati untuk meminta kerjasama dari pihak
tuan/puan untuk menjaga, mengawasi serta meninjau lokasi perkhemahan sepanjang
tempoh program tersebut berjalan.
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara
ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


18

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Pengurus,
Sabah Electrical Sdn. Bhd (SESB),
Cawangan Kunak
Tuan,
PEMBERITAHUAN
SEKOLAH 2013

PROGRAM

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

Perkara di atas adalah dirujuk,


02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati untuk meminta kerjasama dari pihak
tuan/puan untuk memastikan dan mengawasi agar tidak berlaku gangguan bekalan
elektrik sepanjang tempoh program tersebut berjalan.
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara
ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru
Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


19

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Pengurus,
Jabatan Air,
Cawangan Kunak
Tuan,
PEMBERITAHUAN
SEKOLAH 2013

PROGRAM

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

Perkara di atas adalah dirujuk,


02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati untuk meminta kerjasama dari pihak
tuan/puan untuk membekal dan menyediakan keperluan air paip sebanyak 3 kali setiap
hari sepanjang tempoh program tersebut berjalan.
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara
ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru
Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


20

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
----------------------------------------------------------------Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM PERKHEMAHAN
Perkara di atas adalah dirujuk,
02.
Sukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak tuan/puan bagi
menampung kekurangan perbelanjaan sepanjang perjalanan program tersebut (Sila lihat
lampiran anggaran perbelanjaan). Sumbangan bolehlah diserahkan kepada En.
Dzulhisyam Abdullah ( Penyelaras Program) pada waktu persekolahan.
04.
Keprihatinan dan kerjasama daripada tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat
diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian harap maklum,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2

21

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Pn. Ummai Salamah bt. Hj. Abdul Karim
Pegawai Pelajaran Daerah Kunak
Tuan,
PEMBERITAHUAN DAN JEMPUTAN
PENUTUPAN PERKHEMAHAN

SEBAGAI

PERASMI

MAJLIS

Perkara di atas adalah dirujuk,


02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan, pihak sekolah akan mengadakan
perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada ketetapan berikut :2.1- Tarikh
:
01 hingga 03 November 2013
2.2- Hari
:
Jumaat hingga Ahad
2.3- Tempat :
Perkarangan SK Kunak 2
03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan tuan
untuk merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan tersebut pada :3.1- Tarikh
:
03 November 2013
3.2- Hari
:
Ahad
3.3- Tempat :
Dewan mini Sk Kunak 2
3.4- Masa
:
3.30 petang
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini
adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian harap maklum,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
__________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


22

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

________________________________________________________________________
Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
________________
________________
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Perkara di atas adalah dirujuk,
02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
mengadakan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada ketetapan
berikut:2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan Sk Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput dan mempersilan Persatuan
Pengakap Kelana dari pihak tuan/puan untuk menyertai sebagai fasilitator perkhemahan
tersebut.
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara
ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian harap maklum,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
__________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


23

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
:

Kepada,
----------------------------------------------------------------Tuan,
PEMBERITAHUAN DAN MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM
PERKHEMAHAN
Perkara di atas adalah dirujuk,
02.
Sukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak tuan/puan bagi
menampung kekurangan perbelanjaan sepanjang perjalanan program tersebut (Sila lihat
lampiran anggaran perbelanjaan). Sumbangan bolehlah diserahkan kepada En.
Dzulhisyam Abdullah ( Setiausaha Program) pada waktu persekolahan.
04.
Keprihatinan dan kerjasama daripada tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat
diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian harap maklum,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru
Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2

24

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Pengarah,
Hospital Kunak
Tuan,
PEMBERITAHUAN
SEKOLAH 2013

PROGRAM

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

Perkara di atas adalah dirujuk,


02.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah berbesar hati untuk meminta kerjasama dari pihak
tuan/puan untuk bersedia menerima dan memberi apa-apa rawatan dan tindakan kepada
murid-murid yang memerlukan sepanjang tempoh program tersebut berjalan.
04.
Keprihatinan, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara
ini adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2


25

PETI SURAT 12,


91207 KUNAK, SABAH.
e-mail : xba3203@gmail.com Tel : 089-851352

Ruj Kami
Tarikh

:
: 22 Oktober 2013

Kepada,
Yang Berhormat Datuk Nilwan Bin Kabang
Ahli Dewan Undangan Negeri N51 Kunak
PEMBERITAHUAN DAN MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM
PERKHEMAHAN
Perkara di atas adalah dirujuk,
02.
Sukacita dimaklumkan kepada YB Datuk bahawa pihak sekolah akan
menganjurkan program perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada
ketetapan berikut :
2.1- Tarikh
2.2- Hari
2.3- Tempat

:
:
:

01 hingga 03 November 2013


Jumaat hingga Ahad
Perkarangan SK Kunak 2

03.
Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak YB Datuk bagi
menampung kekurangan perbelanjaan sepanjang perjalanan program tersebut. Bersamasama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja program berkenaan. Sebarang
pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan En. Dzulhisyam Abdullah
di talian 019 9666210.
04.
Keprihatinan dan kerjasama daripada YB Datuk dalam perkara ini adalah sangat
diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian harap maklum,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
___________________________
( AHMADIDIN BIN ROSIDIN )
Guru Besar

26

You might also like