You are on page 1of 6

SJK (T) LADANG STOUGHTON,

34510 BATU KURAU, PERAK.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI PERTAMA 2015

TARIKH

20.01.2015

MASA

1.30 Tengah hari

TEMPAT

Bilik Guru

PENGERUSI

PN.G.Sathiavani

GURU YANG HADIR

Pn.G.Sathiavani

( Guru Besar )

En.N.Magentiran ( GK Pentadbiran)
En.S.Nagarajan

( GK HEM )

Cik.K.Naanthinee ( GK KOKURIKULUM)
Pn.S.Pusparani
Pn.K.Kaliswary
Pn.R.Shiyamathi

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI ( KETUA PANITIA)

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan kali Pertama bagi tahun 2015 dan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru yang sudi menghadirkan diri.
1.2 Pengerusi juga memohon kepada semua guru agar dapat bekerjasama dalam
melaksanakan semua aktiviti Panitia yang dirancang dan berharap agar segala aktiviti
yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai kejayaan yang
memberangsangkan.
Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT ( PN.G.SATHIAVANI : GURU BESAR)

2.1 Guru Besar selaku Penasihat Panitia mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kali Pertama 2015. Beliau juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah sudi menghadirkan diri.
2.2 Beliau memohon kerjasama daripada semua guru dalam melaksanakan dan menjayakan
segala program dan aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dirancang
bagi tahun 2015.
2.3 Beliau juga menjelaskan bahawa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga
penting bagi murid-murid untuk menenangkan minda dan badan akan menjadi cergas.
Jadi, guru-guru seharusnya menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk
menarik minat murid-murid dalam matapelajaran ini.
Tindakan : Guru Besar

AGENDA 3 : PENUBUHAN JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN


JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 2015

3.1 Pemilihan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 2015 adalah
seperti berikut :Penasihat
Pengerusi
AJK

:
:
:

Pn.G.Sathiavani ( Guru Besar)


Cik.K.Naanthinee
Pn.K.Kaliswary
Pn.R.Shiyamathi
Tindakan : AJK Panitia

AGENDA 4 : RANCANGAN TAHUNAN 2015


4.1 Beberapa aktiviti tahunan telah dirancang dan dipersetujui bersama oleh semua guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :RANCANGAN PROGRAM:

Latihan Kecergasan
Pelaksanaan 1M1S

Latihan MSSD SJK(T)


Kem 1M1S
Klinikal permainan

4.2 Guru-guru diminta supaya memberikan sokongan dan kerjasama untuk menjayakan
program-program yang dirancang seperti diatas untuk meningkatkan kemajuan sekolah.
Tindakan : AJK Panitia
AGENDA 5 : PENGURUSAN STOR SUKAN
5.1 Untuk makluman semua guru, Ketua Panitia telah mengemaskini bilik stor sukan dengan
mengasingkan peralatan mengikut kategori.
5.2 Ketua panitia juga telah mengemaskini stok peralatan sukan bagi menyenangkan semua
guru apabila mengambil peralatan.
5.3 Selain itu, Ketua Panitia juga telah menyediakan buku log bagi memastikan setiap barang
yang dikeluarkan perlu direkod.
5.4 Ketua Panitia juga memperingatkan kepada guru apabila meminta bantuan murid semasa
menghantar atau mengambil alatan perlulah menemani murid. Guru juga mestilah
bersama murid pada ketika itu.
5.5 Guru juga diminta untuk merekodkan setiap kali penggunaan alatan sukan.
Tindakan : AJK Panitia
AGENDA 6 : SEGAK / PBS
6.1 SEGAK adalah standard Kecergasan Fizikal bertujan untuk melihat kecergasan muridmurid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk menguji tahap kecergasan, kekutan
otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan kelenturan mereka.
6.2 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa ujian SEGAK ini lebih mudah dilakukan
kerana terdapat alatan untuk mengukur tahap keupayaan murid-murid.
6.3 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
6.4 Segak dijalankan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6.
6.5 Murid perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian ini.

Tindakan : AJK Panitia


AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN
7.1 Ketua Panitia memohon agar semua guru Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dapat memberikan kerjasama yang erat dalam menjayakan semua perancangan Takwim
Panitia bagi tahun 2015 dan memberikan penumpuan sepenuhnya ketika proses Pdp serta
sentiasa berusaha mencari langkah penambahbaikan yang berkesan dalam meningkatkan
kecemerlangan dan kualiti GPS sekolah.

Tindakan : Semua Guru


PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan menangguhkan
mesyuarat pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

...............................................

.........................................................

CIK.K.NAANTHINEE

PN.G.SATHIAVANI ( Guru Besar)

(Ketua Panitia PJK )


Disemak oleh,
.............................................................
EN.N.MAGENTIRAN ( Guru Kanan Pentadbiran )
SJK(T) LADANG STOUGHTON, 34510 BATU KURAU, PERAK.
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN KALI PERTAMA 2015

TARIKH

20.01.2015

MASA

1.30 2.30 PETANG

TEMPAT

BILIK GURU

BI
L
1
2
3
4

NAMA GURU

PN.G.SATHIAVANI
EN.N.MAGENTIRAN
EN.S.NAGARAJAN
CIK.K.NAANTHINEE

TANDATANGAN

5
6
7

PN.K.KALISWARY
PN.R.SHIYAMATHI
PN.S.PUSPARANI

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,


SJK(T) Ladang Stoughton,
34510 Batu Kurau,
Perak.

Semua Guru,
SJK(T) Ladang Stoughton.
19.01.2015
Tuan/Puan
Notis Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kali Pertama
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kali Pertama akan
dijalankan seperti berikut :
Tarikh

20.01.2015

Masa

1.30 ptg 2.30 ptg

Tempat :

Bilik Guru

Agenda

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Penubuhan Jawatankuasa Sesi 2015
4. Rancangan Tahunan 2015
5. Pengurusan Stor Sukan
6. Segak / PBS
7. Hal-hal lain

2. Kehadiran dan Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

.
CIK.NAANTHINEE A/P KALLIAPAN
(Ketua Panitia PJK)

You might also like