You are on page 1of 2

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk

pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan
penerima mesej. Mengikut

Asociation for Educational Communication and

Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau
saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa
maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.
Justeru, segala media

dalam bentuk audio, video, grafik, suara

dan bahasa

penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu:

Mesej

Bentuk mesej

Saluran mesej

i. Mesej
Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh
dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.

ii. Bentuk mesej

Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk


gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.

iii. Saluran mesej


Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej .
Mesej boleh disampaikan dalam bentuk

elektrikal, mekanikal, digital dan

sebagainya. Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen,


projektor Overhead, projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. MultimediaES Resources Sdn. Bhd.
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational

technology for teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.


Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala
Lumpur: OUM.

You might also like