You are on page 1of 2

MENANGANI MASALAH KAWALAN KELAS MENGGUNAKAN GAMBAR

SEMASA MEMBERI ARAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI PENGALAMAN LALU

Saya telah menjalani tiga fasa pratikum. Fasa pertama iaitu di Sekolah
Kebangsaan Tamil Ladang Harvard Sungai Petani, Kedah. Fasa kedua pula di
Sekolah Kebangsaan Abi, Perlis dan fasa terakhir ialah di Sekolah Kebangsaan
Bintong. Semasa menjalankan praktikum di sini, saya telah ditugaskan untuk
mengajar murid tahun 5 Amar. Bilangan murid di dalam kelas ini adalah seramai 35
orang murid. Sepanjang melalui ketiga-tiga fasa pratikum ini, saya dapat mengesan
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki semasa memberi arahan. Kelemahan
tersebut telah menyebabkan guru tidak mampu untuk menyampaikan isi pelajaran
dengan baik dan berkesan. Ini telah menyebabkan

murid kurang memberikan

tumpuan dan tidak mampu untuk menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan.

Kekuatan :
Kekuatan yang terdapat dalam diri saya ialah saya sentiasa cuba
mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria dan mesra dalam kalangan murid.
Buktinya, murid menunjukkan reaksi yang positif seperti menumpukan sepenuh
perhatian dan memberi respon yang baik apabila guru menanyakan soalan. Selain
itu, keadaan kelas juga dapat dikawal dengan baik dan murid sentiasa berada di
tempat masing-masing sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kelemahan :
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang dikenalpasti dalam diri saya
iaitu saya kurang mahir dalam memberikan arahan kepada para pelajar. Ini kerana,
arahan yang saya berikan dengan menggunakan ayat yang berbelit-belit dan
percakapan yang laju. Oleh itu, murid mengambil masa yang agak lama untuk
memahami arahan yang diberikan. Selain itu, arahan yang diberi telah disalah tafsir
oleh pelajar kerana saya tidak memberikan contoh yang sesuai.

Penambahbaikan :
Dalam hal ini, saya perlu melakukan beberapa penambahbaikan supaya
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan berjaya mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Antaranya,

saya perlu memperbaiki kaedah yang saya

gunakan untuk memberi arahan kepada murid. Misalnya, arahan yang saya berikan
haruslah ringkas dan jelas serta mudah difahami oleh murid. Selain itu, bahasa yang
digunakan juga haruslah mengikut bahasa Melayu standard yang selaras agar murid
lebih memahami arahan yang disampaikan oleh saya. Disamping itu, saya juga perlu
melakukan penambahbaikan dalam memberikan arahan kepada murid. Contohnya,
semasa memberikan arahan, saya perlu menyatakan contoh-contoh yang sesuai
agar murid mendapat gambaran yang lebih jelas.

You might also like