You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK SIREH

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM


PENGENALAN
Pada Praktikum Fasa II (PRK 3102), saya Akmal Hakim Bin Abdul Majid, nombor kad
pengenalan 920530-08-5809 yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) opsyen Bahasa Melayu ambilan Januari 2012/semester 6 akan
menjalani praktikum selama 8 minggu bermula pada tarikh 14 Julai 2014 hingga 12
September 2014.
Praktikum Fasa II ini, saya perlu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek major/minor, iaitu bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan
Lubuk Sireh, Perlis. Sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini, saya telah menetapkan
fokus dan hala tuju semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Lubok Sireh agar
dapat membantu saya dalam menentukan matlamat dan hala tuju semasa berpraktikum
nanti.
FOKUS TUGASAN DAN MATLAMAT
Pada praktikum Fasa II, saya telah ditugaskan untuk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Lubuk Sireh, Perlis selama 8 minggu atau dua bulan. Sebelum menjalani praktikum fasa II,
saya telah membuat beberapa garis panduan dan objektif yang perlu saya capai sebelum
berakhirnya praktikum pada fasa ini. antara objektif yang ingin dicapai adalah :

Berusaha untuk membina serta mengeratkan hubungan dengan warga Sekolah

Kebangsaan Lubuk Sireh.


Berusaha untuk mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru-guru di

Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh.


Meningkatkan kemahiran untuk mendidik dan mengajar murid di dalam bilik darjah.
Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk mempelajari bahasa

Melayu.
Meningkatkan minat dan motivasi serta membuka minda murid tentang kepentingan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF


1. Bertegur sapa dengan warga sekolah serta menyertai aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah

Semasa saya berada di sekolah ini, saya akan bertegur sapa dengan warga
sekolah ini sekiranya saya bertembung atau berjumpa dengan mereka walau
di mana-mana jua. Sekiranya pihak sekolah ada menganjurkan apa-apa
aktiviti saya akan sedaya upaya cuba untuk menyertai aktiviti yang
dianjurkan. Hal ini demikian kerana melalui penglibatan saya dalam aktiviti
sekolah dapat mewujudkan hubungan baik serta mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.

2. Mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing,


guru pembimbing serta guru-guru di Sekolah Kebangsaan Lubok Sireh

Saya akan berusaha untuk menimba ilmu serta pengetahuan dan mengutip
sebanyak mungkin pengalaman melalui tunjuk ajar dan bimbingan yang
diberikan oleh guru-guru serta pensyarah pembimbing saya. Peluang yang
ada akan saya gunakan sebaik mungkin supaya saya dapat peroleh ilmu dan
pengalaman yang bermanfaat agar saya dapat gunakan untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

3. Meningkatkan kemahiran untuk mengajar dengan mengaplikasikan teori,


strategi, kaedah dan pendekatan yang dipelajari semasa menuntut di IPG

Pelbagai teori, strategi, kaedah dan pendekatan telah dipelajari semasa


berada di IPG. Antara pendekatan yang paling penting serta ditekankan
adalah

pendekatan

berpusatkan

murid.

Pada

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah guru digalakkan untuk


menggunakan pendekatan berpusatkan murid supaya dapat menarik minat
serta fokus murid terhadap pengajaran yang dijalankan oleh guru. Hal ini juga
dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam sesuatu
kemahiran yang dipelajari mereka.
4. Berusaha untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk
bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian
Kebanyakan murid pada zaman sekarang lebih berminat untuk bertutur
dalam bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana ibu bapa juga memainkan
peranan kerana mereka lebih menggalakkan anak-anak mereka untuk

bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya akan berusaha untuk menggunakan


pelbagai kaedah dan teknik yang menarik untuk mengajar bahasa Melayu di
dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan minat mereka supaya mereka
dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pertuturan
mereka dalam kehidupan seharian.
5. Meningkatkan minat dan motivasi serta membuka minda murid tentang
kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kurang dianggap sebagai subjek yang
penting untuk dipelajari murid kerana subjek ini tidak ada dalam peperiksaan
di sekolah. Hal ini menyebabkan semasa waktu mata pelajaran Pendidikan
Jasmani, kebanyakan guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran lain yang dianggap lebih penting bagi mereka. Namun begitu,
saya akan berusaha untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan bagi
mempelajari mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana subjek ini dapat
membantu meningkatkan kecergasan dan mengekalkan kesihatan yang baik
kepada setiap individu.

You might also like